Amalan dan Isu dalam Pemakanan Kanak - kanak by Zuraidah Baharin

isu pemakanan dalam kalangan kanak-kanak
1.
Amalan Pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak prasekolah kerana kualiti

pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta

kesihatan kanak-kanak pada masa depan (Nor Hashimah Hashim & Aminah Ayob, 2004)

Pemakanan adalah komponen penting untuk mengekalkan kesihatan dan perlu dimulakan dari peringkat bayi lagi. Amalan pemakanan yang optimum di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah diperlukan untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dari segi fizikal, kognitif, bahasa dan sosio emosi

peranan guru
- merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.
-  bijak memilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

kesan
Amalan pemakanan yang sihat akan membantu kanakkanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya boleh mengelakkan diri daripada mengalami penyakit kronik seperti diabetes, obesiti, kardiovaskular dan barah apabila mereka dewasa kelak.

NAMA AHLI:
Nadzirah binti Osman
Dayang Salina binti Othman
Norsiah binti Padil
Nazihah Shafiqah binti Jainal
Siti Nurjannah binti Adnan

Kanak-kanak mengalami masalah kurang selera makan Menerusi kehidupan seharian, kanak-kanak tidak mahu makan dan hanya mengambil beberapa suap makanan saja kebiasaannya.

Isu ini adalah berkaitan dengan corak pemakanan dan memahami keperluan pemakanan mengikut usia kanak-kanak. Masalah ini boleh berlaku jika kanak-kanak diperkenalkan dengan makanan pepejal (pelengkap) lambat. Salah satu perkara yang perlu diperhatikan ialah jumlah kuntiti/pengambilan susu dalam sehari. Pada usia ini, kanak-kanak pada kebiasaannya mengambil susu pada kadar 2-3 botol besar atau 500ml – 720ml. Jika anak anda minum lebih banyak susu daripada itu atau memberi susu sebelum masa makan, kanak-kanak akan kekenyangan dan kurang selera. Dalam keadaan ini, kurangkan susu sebelum masa makan dan beri makanan bila kanak-kanak lapar. Selepas makan baru beri susu jika kanak-kanak masih mahu minum susu. Sekiranya, kanak-kanak terlalu suka bermain, cuba disiplinkan kanak-kanak  dengan menghidangkan makanan di meja makan atau duduk di kerusinya semasa jadual makannya. Ini akan membolehkan kanak-kanak menumpukan perhatiannya pada makanan yang diberikan. Selain itu, berkomunikasi dengan kanak-kanak atau tunjuk gambar semasa kanak-kanak duduk dan memuji mereka apabila mereka dapat menghabiskan makanan atau duduk di kerusinya semasa makan.

Sebab- sebab kanak-kanak enggan makan :

Terlalu memilih makanan (picky eater).

Tidak memberi tumpuan kepada aktiviti makan dan asyik mahu bermain atau jalan ke sana sini.

Telah mengalami pengalaman negatif semasa makan pada masa lalu. Oleh itu kanak-kanak kurang mahu makanan masuk ke dalam mulut. Misalan-misalan pengalaman negatif ialah penjaga paksa makan dengan cara kasar atau muntah teruk selepas makan

Berpenyakit dan kurang selera. Ini bukan senantiasa dan ada tanda-tanda lain yang kanak-kanak kurang sihat.

Jika masalah ini berlarutan, ibu bapa atau pendidik perlu membawa kanak-kanak ke hospital atau klinik.

NAMA AHLI:
NURHIKMAH SYAKIRAH BINTI SELAMAT
SARAH SYAHIRAH BINTI ZAMERI
NUR ROHATEQAH BINTI ROSLAN
NADHIRAH BINTI AWANG
FATIN NOOR AZIRA BINTI MOHAMAD
SITI FATIMAH BINTI MOHD NOOR

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Slide 4

Slide 5

Slide 6

ARTIKEL
Masalah pemakanan ganggu tumbesaran kanak-kanak

Oleh: ROSMAH DAIN

DALAM tempoh enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak, faktor pemakanan yang baik memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan, tumbesaran, perkembangan dan daya tahan anak-anak.

Bagaimanapun, akibat faktor kesibukan, kekurangan maklumat, tidak peka, malas, tidak ambil peduli dan sebagainya, ia menjadikan sesetengah ibu masih mengalami kesukaran untuk memastikan pemakanan yang terbaik kepada anak- anak mereka.

Kesemua faktor ini mengakibatkan masalah pemakanan yang dikaitkan dengan faktor kekurangan berat badan dan kebantutan.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, soal selidik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) yang dijalankan pada 1998-2000 di kalangan kanak-kanak berumur kurang daripada enam tahun menunjukkan 19.2 peratus kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan dan 16.7 peratus lagi mengalami masalah kebantutan.

Pada masa yang sama pula, terdapat peningkatan mendadak bilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

�Tinjauan juga menunjukkan 6 peratus kanak-kanak berumur tujuh hingga 16 tahun di Kuala Lumpur mengalami berat badan berlebihan, manakala 3.5 peratus lagi adalah obes.

�Kita semua maklum bahawa berat badan berlebihan adalah tidak elok untuk anak-anak dari segi kesihatan selain kanak-kanak juga akan berasa rendah diri dengan kanak-kanak lain,�� katanya.

Dr. E Siong memberitahu, kanak-kanak kini semakin ramai yang menghadapi masalah kekurangan mikronutrien dan zat besi yang menyebabkan anemia, iaitu masalah lazim di kalangan kanak-kanak.

Selain itu, masalah kekurangan vitamin A dan iodin juga menular di kalangan sesetengah masyarakat. Sesetengahnya sangat serius sehingga mengganggu tumbesaran dan perkembangan anak-anak yang kadangkala mungkin kekal selamanya.

Berdasarkan data yang dihasilkan menerusi Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Kemiskinan II, penyusuan ibu di kalangan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah hanya 29 peratus, manakala penggunaan susu botol adalah sebanyak 86 peratus.

Sekiranya kanak-kanak menerima pemakanan yang baik, mereka akan lebih berjaya di sekolah, mampu melawan jangkitan penyakit dan sentiasa berada pada tahap kesihatan semula jadi yang seimbang untuk meneruskan kehidupan di alam yang penuh dengan cabaran.

Sejajar dengan strategi secara global bagi pemulihan pemakanan di peringkat kanak-kanak dan bayi, Program Smart Nutrition telah dilancarkan baru-baru ini.

Program Smart Nutrition merupakan sebuah program berunsur pendidikan untuk ibu bapa yang dibawakan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dengan usaha sama Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA).

Program ini disokong dengan geran pendidikan tanpa syarat oleh Abbott Share & Care World, salah satu unit pendidikan pemakanan untuk Abbott Laboratories (M) Sdn. Bhd..

Apa yang penting, program ini memberi manfaat sepenuhnya kepada ibu hamil dan ibu muda untuk mempelajari dan mendapatkan panduan daripada panel pakar yang bukan sahaja berpengetahuan malah berpengalaman.

Program ini turut diperkenalkan kepada doktor-doktor, jururawat-

jururawat dan ahli-ahli kesihatan. Dengan kerjasama mereka, diharapkan lebih ramai ibu bapa dapat bersama mengikuti program ini.

Menurut E Siong, Program Smart Nutrition akan dijalankan selama tiga tahun dan fokus akan diberikan kepada kanak-kanak dari lahir sehinggalah berusia 12 bulan melalui aktiviti penyusuan ibu dan pemberian makanan lengkap.

Bagi kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun pula, fokus diberikan kepada masalah pemakanan dan cara kreatif untuk menggalakkan mereka makan dan isu-isu berkaitan pemakanan dan perubatan.

Program ini juga menampilkan sumber pendidikan yang berguna kepada ibu bapa kerana ramai di kalangan mereka tidak tahu cara yang betul memberi makan kepada anak-anak bermula dari peringkat bayi. Ia dilakukan menerusi majalah Penyusuan Susu Ibu Secara Mudah: Panduan Praktikal Untuk Ibu Moden.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz5DZA9LMYW
© Utusan Melayu (M) Bhd

ISU
KANAK-kanak sihat adalah aset negara. Bagaimanapun, mereka kini dikatakan terdedah kepada risiko menghidap pelbagai penyakit ekoran mengamalkan budaya pemakanan tidak sihat. Rencana pertama daripada dua bahagian ini cuba menerokai kebenarannya.

KUALA LUMPUR - Kesibukan bekerja, menyebabkan ada segelintir ibu bapa memandang remeh mengenai amalan makanan seimbang dan pengambilan nutrisi sebetulnya mengikut keperluan umur anak.

Ditambah pula, kebanyakan isteri atau ibu pada masa kini tidak lagi menjadi surirumah sepenuh masa tetapi turut bekerja bagi membantu meringankan perbelanjaan isi rumah.

Tidak dinafikan, mungkin ada antaranya ingin memasak tetapi disebabkan rasa letih sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah mendorong mereka mengambil jalan mudah dalam aspek penyediaan makanan anak.

Walhal mendidik anak dengan makanan sihat penting dalam proses tumbesaran mereka. Namun, aspek ini jarang sekali disentuh tetapi menuntut perhatian jitu pihak berkaitan khususnya ibu bapa.

Ini kerana, status kesihatan kanak-kanak hari ini berada pada tahap semakin membimbangkan.

Peningkatan obes

Hasil beberapa kajian sebelum ini mendapati statistik kesihatan awam berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat peningkatan kes berat badan berlebihan dalam kalangan kanak-kanak.

Kaji selidik oleh Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts) mendapati satu daripada 20 kanak-kanak mengalami kurang berat badan manakala satu daripada lima kanak-kanak mengalami lebihan berat badan atau obes.

"Secara keseluruhannya, kanak-kanak negara ini menghadapi dua kes iaitu kekurangan nutrisi dan pemakanan berlebihan.

"Tetapi pemakanan berlebihan adalah lebih lazim, yang memerlukan semua pihak khususnya ibu bapa memandang serius mengenai aspek ini," kata Ketua Program Sains Nutrisi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Poh Bee Koon.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan hasil kajian itu pada majlis 'Bringing Health and Nutrition Back to Malaysian Children' anjuran Dutch Lady Malaysia.

Kajian ini hasil kerjasama antara FrieslandCampina dan empat universiti antarabangsa melibatkan Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Seramai 16,744 kanak-kanak terlibat dalam kajian nutrisi ini yang mana 3,542 adalah dari Malaysia meliputi bandar dan luar bandar.

Masalah global

Dapatan kajian Seanuts ini pada masa sama selari atau menyokong hasil kaji selidik yang pernah dilakukan sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) misalnya pernah menjangkakan masalah obes kanak-kanak akan menjadi kebimbangan bukan sahaja dalam kalangan negara maju malahan membangun pada abad ke-21.

Negara-negara Asia tidak terkecuali, apabila perangkaan WHO mendapati kanak-kanak prasekolah yang mengalami lebihan berat badan di negara berkenaan dijangka meningkat 4.9 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya 3.2 peratus pada 1990.

Trend ini dilihat sebagai 'masalah global' yang turut merunsingkan Malaysia sehingga menarik perhatian pemimpin negara termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau yang dipetik berkata kadar obesiti di negara ini semakin serius dan perlu diatasi segera. Ini memandangkan, rekod kesihatan menunjukkan peningkatan kadar daripada 44.4 peratus pada 1996 melonjak kepada 59.1 peratus pada 2011 iaitu peningkatan sebanyak 15.1 peratus.

Segala perangkaan mahupun statistik ini memberi erti jelas bahawa sudah tiba masanya ibu bapa menilai kembali peranan mereka dalam penyediaan pemakanan sihat kepada anak.

Tambahan pula, masalah obesiti berisiko mengundang pelbagai penyakit kronik seperti buah pinggang, hipertensi, serangan jantung dan strok selain masalah psikologi berkaitan kurang keyakinan diri.

Obesiti terjadi apabila wujud lebihan lemak yang menyebabkan pertambahan berat badan susulan pengambilan makanan tinggi kandungan gula, garam, minyak dan lemak.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi, apabila pengambilan makanan mengikut nafsu itu tidak disusuli dengan senaman.

Mengapa ibu bapa?

Mungkin ada yang mempersoal mengapa ibu bapa? Walhal, kanak-kanak hari ini terdedah kepada kepelbagaian faktor persekitaran luar yang boleh menarik perhatian mereka kepada pengambilan makanan tinggi lemak dan gula.

Sememangnya peranan itu tidak dinafikan, tetapi ibu bapa menjadi tunggak penting membentuk anak dengan kehidupan sihat melalui amalan pemakanan keluarga dan pemakanan harian mereka di rumah.

Bagaimanapun, sikap segelintir ibu bapa, yang tidak prihatin mengenai keperluan nutrisi sebetulnya mengikut carta piramid makanan yang disyorkan, mendedahkan kanak-kanak kepada tabiat pemakanan tidak sihat.

Memburukkan lagi keadaan dengan kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam sehari seperti menggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan, dan faktor ini juga diakui Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Beliau dipetik sebagai berkata masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

Perkara itu dipersetujui oleh Dr Poh dengan berkata, "apabila ekonomi negara semakin baik dan rakyat pun sudah berkemampuan, membolehkan mereka membeli dan makan dengan banyak. Kita harapkan mereka membeli makanan sihat tetapi selalunya adalah sebaliknya".

Tempoh kritikal

Keadaan semakin meruncing apabila kanak-kanak sudah didedahkan sejak kecil dengan makanan tidak seimbang yang akhirnya menjadi rutin kehidupan.

Menjadi masalah, ibu bapa pula tidak bertegas dan lebih cenderung untuk ikut kata hati anak dengan memenuhi selera dan kegemaran anak semata-mata.

Ibu bapa harus sedar, alam kanak-kanak adalah tempoh kritikal kerana pada masa inilah mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.

Kecenderungan menikmati makanan segera dengan kerap akan membahayakan kesihatan kerana mengandungi kalori, lemak, garam dan gula yang tinggi.

Satu kajian oleh University of Minnesota School of Public Health dan National University of Singapore mendapati mereka yang makan empat kali seminggu makanan segera berisiko 80 peratus mati akibat penyakit jantung koronari.

"(Semua ini termasuklah) hasil kajian Seanuts menunjukkan perhatian segera perlu diambil oleh ibu bapa dan pihak bertanggungjawab untuk mempertingkatkan status kesihatan kanak-kanak lebih baik," kata Dr Poh.

Pengawalan harus dilakukan bukan hanya mengelakkan obes tetapi pemakanan baik mengikut piramid makanan disyorkan bagi membantu anak membesar dengan sihat, sempurna dan cergas. - Bernama

Pemakanan

kumpulan 6