Dalam konteks pendidikan tinggi, apakah faktor yang mendorong berlakunya plagiat? Huraikan sama ada faktor tersebut lebih berpunca daripada kelemahan individu atau sistem. by Ameerul Aswad

Terdapat pelbagai faktor yang berlakunya plagiat yang sering berlaku dalam kalangan pelajar di institut pendidikan tinggi.

Antara faktor utama ialah sikap malas dalam kalangan pelajar. Hal ini disebabkan pengaruh rakan sebaya yang mengajak pelajar-pelajar ini melakukan perkara yang sia-sia berbanding untuk menyiapkan tugasan yang lebih utama. Contohnya, kawan-kawan mengajak mereka bermain permainan video pada waktu malam.

Selain itu,mereka suka menangguhkan tugasan dan tidak berusaha untuk mencari maklumat sendiri.Akibatnya,mereka mencari jalan mudah untuk menyiapkan tugasan dengan meniru atau menyalin semula kerja rakan-rakan mereka secara bulat-bulat.

Faktor malas yang mendorong plagiat lebih berpunca daripada kelemahan individu . Ini kerana keputusan untuk tidak berusaha adalah pilihan peribadi . Pelajar yang malas ialah pelajar yang kurang berdisiplin. Oleh sebab itu , mereka tidak mahu meluangkan masa untuk membaca bahan sumber rujukan . Mereka juga tidak mahu susah dengan teknikal seperti sitasi dan rujukan .

Aqwa Adhha & syabil

Faktor Individu (Aqwa)

1. Kurang kejujuran dalam membuat tugasan

– Ada pelajar yang sedar bahawa perbuatan meniru adalah salah tetapi mereka tetap melakukannya kerana mereka ingin cepat menyiapkan tugasan tersebut.

2. Bersikap malas berusaha

– Sesetengah pelajar malas untuk meluangkan masa mereka untuk membaca, memahami dan menulis semula idea dengan ayat sendiri jadi mereka lebih memilih jalan mudah dengan meniru bulat-bulat hasil karya orang lain.

3. Pengurusan masa yang lemah

– Pelajar yang suka bertangguh atau tidak pandai menguruskan masa akan kesuntukan masa lalu bergantung kepada plagiat sebagai cara untuk menyelamatkan diri mereka.

4. Keyakinan diri rendah

– Segelintir pelajar merasakan bahawa mereka tidak yakin dengan kebolehan menulis atau menghasilkan idea sendiri. Mereka menganggap karya orang lain lebih betul dan tepat jadi mereka memilih untuk menirunya.

Faktor Sistem yang Dorong Plagiat (Adhha)

1.	Kurang pendedahan awal

– Ramai pelajar masuk universiti tanpa betul-betul memahami apa itu plagiat, cara membuat rujukan, atau menulis dengan ayat sendiri.

2.	Sistem kejar gred

– Kebanyakan universiti memberi tekanan untuk pencapaian akademik (CGPA tinggi) sampai pelajar rasa keputusan lebih penting daripada proses pembelajaran.

3.	Beban tugasan

– Tugasan yang diberikan terlalu banyak dalam masa yang singkat membuatkan pelajar mengambil jalan pintas dengan menyalin terus daripada internet.

4.	Penguatkuasaan yang longgar

– Ada pensyarah atau universiti yang kurang tegas tentang plagiat. Jadi pelajar rasa tidak mengapa kalau tabiat tersebut diteruskan.

Kesimpulan,(syabil)

Secara keseluruhannya, plagiat dalam kalangan pelajar universiti berpunca daripada kelemahan sistem dan juga individu. Dari segi sistem, kekurangan pendedahan awal, budaya kejar gred, beban tugasan yang melampau serta penguatkuasaan yang longgar mendorong pelajar memilih jalan pintas. Manakala dari aspek individu, sikap malas, kurang jujur, pengurusan masa yang lemah dan keyakinan diri yang rendah.

Namun demikian, faktor individu lebih ketara kerana pelajar tetap mempunyai tanggungjawab peribadi untuk menjaga integriti akademik. Walaupun sistem yang lemah boleh memberi ruang kepada plagiat, keputusan untuk menyalin atau meniru tetap bergantung kepada pilihan individu itu sendiri. Oleh itu, usaha membendung plagiat mestilah seimbang antara pemantapan sistem pendidikan dan pembentukan nilai integriti dalam diri pelajar.

Antara faktor yang mendorong berlakunya plagiat dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi ialah individu kurang kesedaran tentang etika akademik. Hal ini kerana mereka kurang mendedahkan diri kepada maklumat berkenaan kepentingan integriti dalam penulisan akademik yang dapat menimbulkan unsur plagiarisme dalam hasil karya individu tanpa disedari. Hal ini sering berlaku dalam kalangan individu yang menganggap bahawa tugasan hanya sekadar syarat untuk mendapatkan markah serta menganggap peniruan bukanlah sebagai satu perkara yang serius.

Disamping itu, Individu yang sering melakukan kerja di akhir masa cenderung untuk melakukan plagiarisme. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka dalam keadaan tergesa-gesa ingin menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhir hantar tugasan. Dengan masa yang suntuk, hal ini menyukarkan mereka untuk memahami secara mendalam terhadap topik tugasannya. Ilmu pengetahuan yang sedikit akan menyebabkan mereka mencari maklumat di Internet atau info yang ada di dalam karya orang lain dan hanya menyalin ayat-ayat tersebut.

Dalam pendidikan tinggi, plagiat turut berlaku kerana beberapa faktor lain. Pertama, tekanan untuk mencapai kecemerlangan akademik mendorong pelajar menyalin karya orang lain demi mendapatkan gred tinggi. Kedua, pengaruh teknologi dengan akses mudah kepada internet menyebabkan pelajar lebih cenderung menyalin maklumat tanpa memberi rujukan. Ketiga, kurangnya kesedaran tentang akibat plagiat seperti kehilangan kredibiliti atau tindakan disiplin menjadikan pelajar mengambil ringan isu ini. Oleh itu, kesedaran dan integriti akademik perlu dipupuk bagi mengelakkan masalah plagiat berterusan.

Selanjutnya,pelajar-pelajar juga kurang kesedaran terhadap etika sebagai seorang yang berdisiplin dan berkualiti.Dalam pemikiran mereka hanya untuk menyiapkan tugasan dengan senang malah terlupa tujuan sebagai seorang pelajar untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Seterusnya,pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang mendorong berlakunya plagiat.Pelajar mudah jatuh ke dalam keraguan diri semasa menemui rakan yang berlakunya plagiat dalam menyiapkan sesuatu tugasan.Dengan ini,pelajar yang kurang disiplin dan kawalan diri akan mudah terjejas dan akhirnya ketagih dalam keseronokan melakukan plagiat.

Antara faktor yang mendorong berlakunya plagiat dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi ialah faktor kurangnya sistem pengesanan plagiat. Hal ini kerana terdapat pensyarah yang bergantung kepada pembacaan manual tanpa bantuan teknologi. Contohnya, terdapat sesetangah pensyarah tidak melanggan perisian semakan plagiat seperti Turnitin dan Ouriginal kerana kos yang tinggi. Kesannya, keaslian tugasan pelajar tidak dapat disemak dan plagiat sukar untuk dikesan.

Selain itu, Pencapaian Cumulative Grade Point Average (CGPA) yang tinggi untuk lulus telah memberikan tekanan kepada pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi. Maka tumpuan penuh perlu diberikan kepada setiap kursus yang diambil. Dengan itu, pelajar jadi takut gagal walaupun sedikit lalu perkara itu akan menyebabkan mereka terdorong kepada plagiat.

Seterusnya, Tindakan disiplin yang tidak terlalu tegas terhadap kesalahan plagiat turut menjadi faktor yang mendorong pelajar untuk mengulangi perbuatan yang tidak bermoral itu. Hal ini kerana terdapat institusi yang hanya memberi amaran ringan atau memotong sedikit markah tanpa mengambil tindakan lebih berat. Perkara ini akan menyebabkan pelajar kurang berasa takut malah ada yang menganggap plagiat sebagai perkara biasa. Lanjutan daripada itu, apabila rakan-rakan lain melihat kesalahan plagiat tidak dihukum dengan tegas, mereka juga terdorong untuk meniru kerana beranggapan risikonya sangat rendah. Dengan ini, budaya akademik menjadi longgar dan nilai integriti ilmu juga akan semakin terjejas.

Kesimpulannya, plagiat dalam pendidikan tinggi lebih berpunca daripada kelemahan sistem yang gagal memantau etika akademik. Walaubagaimanapun, pelajar juga bertanggungjawab untuk mengamalkan kejujuran dan keintelektualan dalam setiap tugasan yang dilakukan.

1. Faktor yang mendorong berlakunya plagiat ialah tidak memahami apa yang dipelajari. Ini berpunca daripada kelemahan individu tersebut kerana apabila pelajar itu memiliki kurang kefahaman tentang topik yang dipelajari menyebabkan mereka sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga mengambil keputusan untuk melakukan plagiat. Oleh itu, pelajar itu perlulah mempunyai kefahaman yang baik supaya dapat melakukan tugasan dengan cemerlang.

2. Faktor kedua yang mendorong berlakunya plagiat ialah tekanan akademik.Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar kini sering dibebankan dengan banyak projek,peperiksaan dan pertandingan.Aktiviti tersebut telah menyebabkan pelajar meluangkan banyak masa dan tenaga untuk menyelesaikannya.Hal ini akan mengakibatkan mereka berasa penat.Dengan ini, mereka akan melaksanakan perlakuan plagiat untuk meringankan beban sendiri.

Faktor ini lebih berpunca daripada kelemahan individu kerana mereka menjalankan plagiat demi kemudahan sendiri.

3. Faktor ketiga yang mendorong berlakunya plagiat adalah kekurangnya kesedaran etika dan integriti. Hal ini kerana sesetengah pelajar tidak menanam nilai kejujuran dalam akademik. Mereka menganggap menyalin sedikit sahaja tidak salah, padahal ia tetap plagiat. Sebagai contoh, pelajar menyalin beberapa ayat daripada buku rujukan tanpa sitasi kerana menganggap ia tidak akan memberi kesan besar.Faktor ini jelas lebih berpunca daripada kelemahan individu, kerana kesedaran etika dan integriti adalah soal sikap dan nilai peribadi.

Aqil Syazwan & Grace

Faktor Sistem

Antara faktor sistem yang mendorong pelajar melakukan plagiat ialah kemudahan akses kepada maklumat. Penggunaan Internet telah memudahkan pelajar melakukan plagiarisme. Pelajar dapat memanfaatkan kemudahan itu dengan menyalin dan meniru maklumat secara daripada pelbagai laman web. Terdapat juga beberapa aplikasi yang dikuasai oleh kecerdasan buatan yang dapat memudahkan pelajar untuk menyalin dan meniru maklumat tanpa memeriksa semula sumber yang diberikan oleh aplikasi tersebut. Contohnya, aplikasi seperti ChatGPT Dan Gemini.

Faktor Individu

Kelemahan kemahiran penulisan dan penyelidikan seseorang boleh menjadi salah satu punca yang mendorong berlakunya plagiat. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang pelajar yang kurang membaca atau membuat penyelidikan akan mempunyai idea yang kurang. Maka, pelajar tersebut memplagiat idea orang lain untuk mencukupkan patah perkataan atau meningkatkan prestasi penyelidikannya.

Tekanan akademik dan beban tugasan seseorang pelajar juga menjadi faktor yang mengakibatkan berlakunya plagiat. Hal ini disebabkan oleh tugasan yang banyak dalam satu tempoh yang singkat mendorong pelajar tersebut mencari jalan pantas iaitu plagiarisme untuk menyelesaikan tugasannya.
Maka, pelajar harus belajar pengurusan masa supaya dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Akhir sekali , sifat tidak jujur pelajar dalam melaksanakan tugasan juga merupakan faktor utama berlakunya plagiarisme . Pelajar tersebut lebih memilih untuk melakukan tugasan dengan sambil lewa. Maka pelajar tersebut membuat keputusan untuk meniru tugasan rakan sekelasnya . Hal ini jelas telah melanggar etika dalam penulisan akademik iaitu plagiarisme .

Kesimpulan

Kedua-dua faktor individu dan sistem memainkan peranan penting dalam isu plagiarisme dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pembentukan jati diri pelajar dan sistem yang berkesan adalah penting dalam menangani isu plagiat dalam pendidikan tinggi.