REFLEKSI KURSUS KREATIVITI DAN ESTETIKA DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU by Nur Farzanah

KURSUS INI AMAT MENYERONOKKAN DAN MEMBERIKAN SAYA ILMU BAHARU SEPERTI ILMU MUZIK YANG SAYA TIDAK PERNAH TAHU, SELAIN ITU ILMU TENTANG SENI DAN PERGERAKAN JUGA ADALAH ILMU BAHARU YANG SAYA DAPAT DARIPADA KURSUS INI. KURSUS INI JUGA ADA MENGHASILKAN SATU LAWATAN YANG AMAT MENARIK DAN MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT KEPADA KAMI SEPERTI KAMI DAPAT MEMBUAT DAN MENYAMPAIKAN PUISI, KAMI MENARI SECARA SPONTAN DAN KAMI JUGA DAPAT MENENANGKAN MINDA DAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA RAKAN KAMI. SECARA KESELURUHANNYA, KURSUS INI AMAT MENARIK DAN MEMBERIKAN SAYA ILMU YANG DAPAT MEMBANTU SAYA APABILA SAYA MENJADI GURU NANTI.

Kursus ini memberi pendedahan kepada bakal guru tentang kepentingan pengajaran yang kreatif dan estetik untuk menarik minat murid serta memperkasa pengalaman pembelajaran. Melalui pendekatan seperti drama, lagu dan seni, guru dapat membantu murid menghayati keindahan bahasa dan budaya. Kursus ini juga mendorong bakal guru menjadi lebih fleksibel, imaginatif dan inovatif dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

Kursus ini sangat menyeronokkan! Selama mengikuti kursus ini, banyak pengetahuan dan pengalaman baharu yang saya perolehi terutamanya apabila mengikuti bengkel seni visual dan juga bengkel seni muzik dan pergerakan. Satu pengalaman berharga yang saya perolehi melalui kursus ini adalah ketika saya melibatkan diri dalam aktiviti ekspresi kreativiti dan estetika melalui bahasa. Aktiviti ini memberikan saya peluang untuk menghasilkan sebuah sajak mengikut kreativiti saya sendiri.

Kursus ini sangat seronok serta memberikan pengalaman yang baharu kepada diri saya. Kami berpeluang untuk belajar benda yang baharu yang menyeronokkan serta pengalaman yang mampu digunakan dipraktikkan dalam kehidupan sebenar sebagai seorang guru di dalam bilik darjah. Kursus ini telah banyak memberikan pengalaman kepada kami iaitu dapat meningkatkan keupayaan diri dalam lakonan dan nyanyian melalui pergerakan- pergerakan kreatif semasa melaksanakan tugasan yang diberikan sekaligus dapat belajar benda seni yang baharu. Saya sangat seronok sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan.

Sepanjang mengikuti subjek Kreativiti dan Estetika, saya telah mendapat banyak pendedahan tentang kepentingan menerapkan unsur kreativiti dalam proses pembelajaran, terutamanya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak. Saya menyedari bahawa kreativiti bukan hanya berkaitan dengan aktiviti seni seperti melukis atau mewarna semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai pendekatan yang dapat merangsang imaginasi, ekspresi diri, dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Melalui pelbagai tugasan dan aktiviti praktikal seperti penghasilan bahan bantu mengajar yang kreatif, saya dapat memahami bagaimana estetika dan nilai seni boleh mempengaruhi minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran. Saya juga belajar bahawa setiap kanak-kanak mempunyai cara ekspresi tersendiri, dan sebagai pendidik, kita perlu memberi ruang dan peluang untuk mereka berkembang secara semula jadi.

Saya juga semakin yakin bahawa kreativiti bukanlah sesuatu yang statik, sebaliknya boleh dipupuk dan diasah melalui latihan, pendedahan, dan galakan yang berterusan. Subjek ini telah membuka minda saya untuk lebih terbuka terhadap idea-idea baru, menghargai keunikan individu, dan berani mencuba pendekatan yang berbeza dalam pengajaran.

Secara keseluruhan, subjek ini sangat memberi manfaat dan membantu saya bersedia menjadi pendidik yang lebih kreatif, peka terhadap estetika, dan memahami peranan seni dalam membentuk perkembangan emosi, sosial, dan kognitif kanak-kanak.

Kursus kreativiti dan estetika dalam pendidikan bahasa Melayu ini memberikan saya banyak ilmu pengetahuan baharu. Tambahan pula kursus ini memainkan peranan penting dalam memupuk kemahiran berbahasa yang lebih mendalam dan menyeluruh. Sepanjang saya mengikuti kursus ini saya dapat belajar untuk menguasai bahasa dan meningkatkan kepekaan terhadap keindahan bahasa dan sastera. Melalui kursus ini juga saya dapat mengembangkan daya imaginasi, pemikiran kritis, dan kemampuan ekspresi diri yang lebih kreatif dan berkesan. Saya turut memperolehi ilmu pengetahuan baharu dengan mengenali pelbagai bentuk seni dan karya sastera serta dapat memupuk apresiasi terhadap seni dan sastera. Secara keseluruhannya, kursus kreativiti dan estetika dalam pendidikan bahasa Melayu ini adalah penting dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir berbahasa tetapi juga kreatif, kritis, berbudaya, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kursus ini memberikan banyak ilmu pengetahuan baharu dan pelbagai aktiviti yang memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk menyertai dan menimba pengalaman baharu. Ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada kami sebagai seorang bakal guru untuk mempelbagaikan aktiviti yang berunsurkan didik hibur sekaligus menerapkan ilmu pengetahuan mengenai seni visual dan muzik serta pergerakan. Dengan cara ini, kami dapat melatih diri kami sendiri untuk sentiasa menerapkan unsur kreativiti dan estetika dalam pdp. Di samping itu, dengan adanya kursus ini saya dapat mengenali kepentingan kreativiti dan estetika itu sendiri melalui aktiviti yang kami turut sertai iaitu aktiviti nenghasilkan sebuah puisi. Ini menjadi titik mula untuk diri saya dalam mencipta sebuah puisi yang kreatif dengan menerapkan semua elemen pembelajaran yang telah saya perolehi semasa saya belajar melalui kursus ini. Secara keseluruhannya, kursus ini memberikan saya pengalaman dan ilmu pengetahuan yang terbaik dan bermanfaat untuk saya terapkan semula apabila saya menjalani praktikum fasa kedua dan apabila menyandang jawatan sebagai seorang guru kelak.

Kursus ini telah membuka perspektif baharu saya terhadap kepentingan kreativiti dan unsur estetika dalam dunia pendidikan khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Hal ini kerana pelbagai aktiviti seperti seni visual, muzik dan pergerakan yang boleh dilaksanakan dalam suatu PdP dapat menjadikan PdP itu lebih hidup, menyeronokkan dan bermakna. Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja memberi ilmu yang bermanfaat, tetapi juga membentuk kemahiran insaniah saya sebagai bakal pendidik yang lebih kreatif dan fleksibel dalam menyampaikan ilmu.

Sebagai seorang bakal pendidik, kursus BMMB3262: Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu sangat bermanfaat kerana ia membuka pemahaman saya tentang kepentingan menerapkan unsur kreatif dan estetika dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Melalui kursus ini, saya belajar bagaimana elemen seperti visual, gerakan, bunyi dan ekspresi seni dapat digunakan untuk menjadikan PdP Bahasa Melayu lebih menarik, interaktif dan berkesan. Pengalaman ini membantu saya merancang aktiviti yang lebih inovatif dan menyeronokkan, sekali gus meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam kelas. Kursus ini bukan sahaja memperkukuh ilmu pedagogi saya, malah membentuk saya menjadi guru yang lebih peka, kreatif dan bersedia menghadapi keperluan pendidikan abad ke-21.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB3262 Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu di bawah bimbingan Puan Rodzita, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman berharga yang mengubah cara pandang saya terhadap peranan seorang guru Bahasa Melayu. Kursus ini membuka ruang untuk saya memahami bahawa pengajaran bukan hanya tentang menyampaikan ilmu, tetapi juga bagaimana ilmu itu disampaikan secara kreatif dan menyentuh jiwa pelajar.

Antara pengalaman yang paling bermakna ialah ketika saya menyertai Program Ekspresi Kreativiti dan Estetika melalui Bahasa di Membakut. Program ini memberi peluang kepada saya untuk melihat secara langsung bagaimana kreativiti dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk aktiviti bahasa yang menyeronokkan dan bermakna. Selain itu, kami juga telah menjalankan aktiviti lakonan cerita kanak-kanak di bilik kuliah, yang memberi peluang kepada saya untuk mengasah bakat persembahan serta memahami bagaimana unsur drama boleh dimanfaatkan dalam bilik darjah sebagai alat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Melalui kursus ini, saya menyedari bahawa seorang guru perlu sentiasa meningkatkan tahap kreativiti dalam pengajaran agar pelajar lebih teruja dan berminat untuk belajar. Ini bukan sahaja menjadikan suasana pembelajaran lebih hidup, tetapi juga membantu murid memahami dan menghayati isi pelajaran dengan lebih mendalam.

Sebagai seorang bakal pendidik, kursus ini telah menyuntik semangat dalam diri saya untuk meneroka pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran yang bersifat kreatif dan inovatif. Saya lebih terdorong untuk mencipta bahan bantu mengajar yang menarik, mengintegrasikan elemen seni dalam pengajaran, dan menyusun aktiviti yang mampu menjadikan murid lebih aktif serta seronok belajar.

Secara keseluruhannya, kursus BMMB3262 telah membentuk saya menjadi seorang guru yang lebih terbuka dan bersemangat dalam mengaplikasikan kreativiti serta estetika dalam pengajaran Bahasa Melayu. Saya percaya dengan pendekatan ini, saya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bukan sahaja berkesan tetapi juga penuh makna dan kenangan buat murid-murid saya kelak.

Kursus ini menagajar saya tentang kepentingan unsur seni dan kreativiti dalam pengajaran Bahasa Melayu. Saya belajar menggunakan pelbagai pendekatan seperti puisi, drama, lagu rakyat dan aktiviti kreatif untuk menarik minat murid terutamanya dalam PdP bahasa Melayu. Kursus ini juga bantu saya melihat bahawa pengajaran tidak semestinya menulis dan membuat lembaran kerja sahaja, malah boleh disampaikan dengan cara yang menyeronokkan dan menyentuh emosi dengan memanfaatkan alat dan bahan yang ada. Sebagai bakal guru, saya berazam untuk terus menerapkan kreativiti dalam PdPc agar murid lebih menghargai keindahan bahasa dan budaya.

Kursus ini banyak memberi ilmu pengetahuan mengenai cara sebagai seorang guru menggunakan pelbagai teknik agar PdP dalam kelas lebih menarik dan kreatif. Selain itu, kursus ini dapat menunjukkan bahawa PdP boleh dilaksanakan melalui nyanyian atau lakonan dan bukan hanya tertumpu dengan satu kaedah sahaja. Oleh itu, kursus ini dapat membantu guru khususnya pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru untuk merancang dan menggunakan kaedah dengan lebih kreatif dalam menjalankan PdP di dalam kelas.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB3262, saya telah memahami betapa pentingnya penerapan unsur kreativiti dan estetika dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kursus ini telah membuka minda saya berkenaan pelbagai teori kreativiti seperti Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kontruktivisme yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah.

Saya juga mendapat pengalaman menghasilkan bahan pengajaran yang menggabungkan seni visual, muzik asas dan seni pergerakan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi meningkatkan daya kreativiti saya dalam merancang PdP yang menarik dan berkesan.

Secara keseluruhan, kursus ini membantu saya menjadi bakal guru Bahasa Melayu yang lebih peka terhadap keindahan, nilai seni dan kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Ia juga menyedarkan saya bahawa seni boleh menjadi medium yang berkuasa untuk membina minat dan jati diri murid dalam pembelajaran bahasa.

Kursus ini telah memberikan saya pendedahan yang sangat bermakna tentang pentingnya kreativiti dan estetika dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sepanjang kursus ini, saya belajar bagaimana penggunaan unsur seni seperti puisi, lagu, drama dan lukisan dapat menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran lebih seronok serta bermakna. Saya juga menyedari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa kreatif dalam merancang aktiviti pembelajaran agar murid tidak mudah bosan. Estetika pula memberi nilai tambah dari segi keindahan bahasa dan budaya yang boleh meningkatkan penghayatan murid terhadap bahasa Melayu.

Melalui tugasan kursus ini, saya turut belajar bekerjasama, bertukar idea dan menghasilkan projek yang menarik. Semua ini membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran saya dalam berkomunikasi dan merancang pengajaran yang berkesan.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberi saya inspirasi untuk menjadi pendidik yang kreatif, inovatif dan mampu menyampaikan ilmu bahasa Melayu dengan cara yang lebih menarik dan bermakna.

Kursus BMMB3262 telah memberikan saya pendedahan yang begitu bermakna tentang kepentingan penerapan unsur kreativiti dan estetika yang begitu besar dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sepanjang kursus ini, terdapat pelbagai pengetahuan mengenai pelbagai teori kreativiti seperti Teori Kecerdasan Pelbagai dan Teori Kontruktivisme yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Saya telah mendapat pengalaman menghasilkan bahan pengajaran yang menggabungkan seni visual, muzik asas dan seni pergerakan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi meningkatkan daya kreativiti saya dalam merancang PdP yang menarik dan berkesan. Keseluruhannya, kursus ini amat membantu saya dalam membentuk seorang guru Bahasa Melayu yang begitu mengutamakan keindahan, nilai seni dan kepelbagaian gaya pembelajaran murid. Tambahan lagi, seni merupakan medium yang mampu membina minat dan jati diri murid dalam pembelajaran bahasa khususnya bahasa Melayu. Inspirasi membawa transfomasi dalam menjayakan pembelajaran melalui penyampaian ilmu bahasa Melayu dengan cara yang lebih menarik dan bermakna yang diterapkan oleh seorang pendidik yang kreatif dan inovatif.

Kursus BMMB3262 Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu ini benar-benar membuka mata saya terhadap peranan penting kreativiti dan inovasi dalam dunia pendidikan. Saya menyedari bahawa sebagai bakal guru, saya tidak boleh hanya bergantung pada kaedah tradisional, sebaliknya perlu berani meneroka pendekatan baharu yang lebih kreatif dan inovatif untuk menarik perhatian murid. Melalui pendedahan kepada penggunaan elemen visual, pergerakan, bunyi dan ekspresi seni, saya dapat melihat sendiri bagaimana suasana PdP boleh menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna. Sebagai contoh, guru menggunakan kaedah nyanyian dan lakonan dalam menyampaikan pembelajaran. Pengalaman ini turut mengingatkan saya bahawa setiap murid mempunyai cara pembelajaran yang berbeza, dan pendekatan yang kreatif dapat membantu mereka lebih mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Saya juga lebih yakin untuk merancang aktiviti yang inovatif dan pelbagai, agar minat murid terus mekar. Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja memperkukuh asas pedagogi saya, malah membentuk saya menjadi seorang pendidik yang lebih terbuka, peka dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Saya berharap dapat terus mengamalkan nilai kreativiti dan estetika ini dalam bilik darjah kelak demi melahirkan generasi yang lebih kreatif dan kritis.

Kursus BMMB3262 memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat menyeronokkan dan bermakna. Saya berasa seronok mempelajari kursus ini kerana saya telah meneroka pelbagai bentuk seni seperti seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penerokaan ini membantu saya memahami bagaimana elemen seni dapat digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu secara kreatif dan berkesan.

Kursus BBMB3262 telah memberi saya kefahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kreativiti dan estetika dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saya menyedari bahawa penggunaan elemen seni seperti visual,pergerakan dan lagu mampu meningkatkan minat serta penglibatan murid dalam PdP.

Sepanjang kursus, saya didedahkan dengan pelbagai strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif. Aktiviti yang dijalankan, seperti penghasilan bahan bantu mengajar, membantu saya membina keyakinan serta melatih kemahiran merancang PdP yang lebih menarik.

Selain itu, saya juga belajar bahawa seorang guru perlu bersikap fleksibel dan terbuka dalam mengaplikasikan unsur estetika, mengikut keperluan murid dan suasana kelas. Kreativiti bukan hanya terletak pada bahan, tetapi juga pada pendekatan guru itu sendiri.

Secara keseluruhannya, kursus ini sangat bermanfaat dalam membentuk saya sebagai bakal pendidik yang lebih kreatif, berdaya cipta dan bersedia untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih bermakna dan menyeronokkan.

Melalui kursus BMMB3262 ini, saya dapat memperoleh pelbagai pengetahuan khususnya dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif, dengan memasukkan unsur seni seperti seni pergerakan, seni muzik dan seni visual. Saya berasa seronok ketika menjalani kursus BMMB3262 kerana saya dapat mengaplikasikan seni pergerakan melalui penghayatan dan pembawaan watak sebagai haiwan dalam sebuah cerita kanak-kanak bersama rakan-rakan sekelas. Bukan itu sahaja,  melalui pembelajaran seni muzik dalam kursus ini, kami  telah mencipta lirik lagu yang berkaitan pengajaran dalam kelas bagi menarik minat sekali gus mengubah suasana kelas. Ahkir sekali, kami juga telah mencipta topeng sebagai bahan bantu pengajaran khususnya dalam aktiviti main peranan bersama pensyarah BMMB3262 dan pensyarah Pendidikan Seni Visual. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendedahkan kami dengan pelbagai keindahan dalam seni yang akan membantu kami dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran kelak.

Kursus BMMB3262 iaitu Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu memberikan saya pemahaman yang mendalam tentang kepentingan elemen kreatif dalam pembelajaran bahasa. Ia mengajarkan bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi, tetapi juga medium untuk ekspresi kreatif dan estetika yang dapat merangsang minat pelajar. Pendekatan kreatif seperti penulisan cerpen, puisi, dan drama bukan sahaja meningkatkan kemahiran berbahasa tetapi juga memperkaya pengalaman budaya dan identiti Melayu. Secara keseluruhan, kursus ini membuka peluang untuk mengintegrasikan kreativiti dalam pengajaran bahasa, menjadikannya lebih menarik dan bermakna bagi pelajar.

Kursus Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu telah memberikan pemahaman mendalam tentang bagaimana kreativiti dan estetika dapat memperkaya proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Saya belajar bahawa pengintegrasian elemen seni, seperti penulisan kreatif, permainan bahasa, dan analisis karya sastera, dapat meningkatkan minat pelajar serta kemahiran berbahasa mereka. Estetika dalam bahasa pula membantu pelajar untuk menghargai keindahan dan makna di sebalik setiap perkataan, memperkukuh pemahaman mereka terhadap bahasa dan budaya Melayu. Walaupun terdapat cabaran dalam melaksanakan pendekatan ini secara praktikal, kursus ini memberi saya banyak idea tentang bagaimana kreativiti dapat diterapkan dalam bilik darjah, menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

Kursus ini memberikan saya kesedaran mengenai betapa pentingnya pengetahuan unsur seni & muzik dalam menghasilkan sebuah sesi PdP yang lebih seronok dan kreatif. Malahan, melalui kursus ini juga , kemahiran muzik dan seni saya juga semakin meningkat kerana banyak topik-topik yang mengajar saya dalam dua kemahiran ini.

Kursus ini telah memberi saya pendedahan tentang kepentingan kreativiti dan estetika dalam pengajaran Bahasa Melayu. Saya belajar menghargai keindahan bahasa melalui karya sastera dan memahami bagaimana elemen estetika boleh menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan. Aktiviti seperti puisi digital dan lakonan membantu saya membina keyakinan serta daya imaginasi. Kursus ini mendorong saya menjadi guru yang lebih kreatif dan berjiwa seni.Kursus ini telah memberi saya pendedahan tentang kepentingan kreativiti dan estetika dalam pengajaran Bahasa Melayu. Saya belajar menghargai keindahan bahasa melalui karya sastera dan memahami bagaimana elemen estetika boleh menjadikan PdP lebih menarik dan berkesan. Aktiviti seperti puisi digital dan lakonan membantu saya membina keyakinan serta daya imaginasi. Kursus ini mendorong saya menjadi guru yang lebih kreatif dan berjiwa seni.

Setelah mempelajari kursus Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu, saya menyedari bahawa kreativiti bukan sahaja mencorakkan proses pembelajaran yang menyeronokkan, malah memperkasakan keberkesanan penyampaian ilmu. Kefahaman terhadap pelbagai teori seperti Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Konstruktivisme dan Teori Hoka Hoki telah memperluas perspektif saya tentang keunikan setiap murid dan keperluan untuk menggunakan pendekatan yang pelbagai dalam pengajaran Bahasa Melayu. Estetika pula memainkan peranan penting dalam membentuk penghargaan terhadap bahasa, budaya dan nilai seni yang terkandung dalam teks dan komunikasi. Secara keseluruhan, kursus ini telah membentuk saya menjadi bakal pendidik yang lebih peka, kreatif dan reflektif dalam merancang aktiviti pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan bagi murid-murid.

BMMB3262 merupakan kursus yang meningkatkan kefahaman saya bahawa pengajaran bahasa Melayu bukan hanya menelaah pelajaran secara pasif semata-mata namun diiringi dengan kreativiti untuk menarik minat murid-murid. Disamping itu, pengajaran bahasa Melayu juga menerapkan pelbagai unsur seperti unsur seni dan muzik serta dilengkapi dengan bahan digital yang membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang lebih efisien dan komprehensif. Guru secara tidak langsung melahirkan bakal pemimpin yang berkredibiliti dan murid yang akan menjadi pemimpin kepada negara berkualiti.

Melalui kursus ini, saya semakin memahami kepentingan penguasaan unsur seni dan muzik dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik serta kreatif. Selain itu, pengetahuan dan kemahiran saya dalam bidang seni dan muzik turut berkembang dengan baik kerana pelbagai topik yang dipelajari banyak membantu saya mengasah kedua-dua aspek tersebut.

Melalui kursus ini, saya memperoleh banyak ilmu dan pendedahan tentang kepentingan unsur seni, muzik, dan estetika dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Saya menyedari bahawa elemen kreativiti bukan sekadar untuk mencantikkan aktiviti, tetapi mampu menarik minat murid, memupuk nilai estetika, serta membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, kursus ini sangat bermanfaat dan membuka minda saya tentang peranan guru sebagai individu yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan suasana pembelajaran yang harmoni, kreatif, dan penuh nilai seni.

kursus ini memberi saya banyak pengetahuan baharu tentang erti kreativiti dan estetika. melalui pengajaran yang sangat baik daripada pensyarah kursus , saya dapat memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan kursus ini. saya juga dapat melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang kuliah berlangsung

SITI MAZLINAH BINTI ABDUL NAIB

Sepanjang mengikuti kursus BMMB3263 pada semester lepas, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman dan ilmu yang memperkayakan pemahaman saya terhadap aspek kreativiti dan estetika dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu. Kursus ini memberi pendedahan yang luas tentang bagaimana unsur seni, keindahan bahasa, dan pendekatan kreatif dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara peribadi, saya mendapati kursus ini sangat bermakna kerana ia menggalakkan saya untuk berfikir di luar kotak dan menyedari bahawa pengajaran Bahasa Melayu bukan sekadar menyampaikan isi kandungan semata-mata, tetapi juga tentang menyampaikan pengalaman yang menarik, menghiburkan, dan berkesan kepada murid.

Kursus BMMB3262 telah memberikan saya pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan unsur kreativiti dan estetika dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sepanjang kursus ini, saya didedahkan kepada pelbagai kaedah inovatif seperti penggunaan seni visual, drama, muzik dan puisi dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran murid.

Saya juga menyedari bahawa guru Bahasa Melayu bukan sahaja perlu menyampaikan isi kandungan secara berkesan, tetapi juga perlu bijak mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah membantu saya mengembangkan daya imaginasi, kemahiran berfikir secara kreatif serta keupayaan menghargai keindahan bahasa dan budaya.

Secara keseluruhan, kursus ini amat bermanfaat dalam membentuk saya menjadi seorang pendidik yang lebih peka terhadap kepelbagaian pendekatan dan lebih bersedia untuk mengaplikasikan elemen kreatif dalam bilik darjah.

Kursus BMMB3263 banyak memberikan saya pengalaman, pengajaran dan pembelajaran yang amat mendalam, bukan sahaja menjurus kepada bahasa semata-mata. Gabungan antara konsep kreativiti dan estetika ini telah menciptakan suatu pengajaran dan interaktif.  Kemahiran dalam bahasa Melayu berupaya menghidupkan keceriaan dan semangat murid untuk belajar.

Dalam kursus ini, saya mempelajari cara mencipta sesuatu bahan bantu mengajar sama ada digital mahupun maujud yang boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran atau bahan pengajaran seharian.

Sepanjang mengikuti kursus Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu, saya memperoleh pelbagai ilmu, pengalaman dan kesedaran baharu yang sangat bermakna dalam membentuk diri sebagai seorang pendidik yang kreatif, inovatif, dan berjiwa seni. Kursus ini membuka minda saya tentang pentingnya elemen kreativiti dan estetika dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan berkesan.

Melalui aktiviti penghasilan bahan pengajaran kreatif, saya belajar untuk menggabungkan unsur visual, muzik dan pergerakan dalam menyampaikan kandungan pembelajaran, seterusnya mencipta suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan bermakna.

Secara keseluruhan, kursus ini telah memberikan saya inspirasi dan keyakinan untuk mengintegrasikan kreativiti dan estetika dalam setiap aspek PdP Bahasa Melayu.

Sepanjang mengikuti kursus Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman baharu yang membuka minda serta memperkaya pemahaman saya tentang peranan kreativiti dalam kehidupan seharian. Kursus ini bukan sahaja membantu saya memahami konsep estetika dari pelbagai sudut pandang seni, budaya, emosi, dan falsafah malah menggalakkan saya untuk berfikir di luar kebiasaan dan mencabar cara pemikiran saya yang lama.

Antara aspek yang paling menarik dalam kursus ini ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara individu dan berkumpulan. Ia memberi ruang kepada saya untuk mengekspresikan diri melalui pelbagai medium seperti lukisan, penulisan kreatif, dan persembahan. Saya juga belajar bahawa kreativiti bukan hanya terhad kepada bidang seni, tetapi merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti penyelesaian masalah, komunikasi dan inovasi.

Tambahan pula, perbincangan tentang estetika membantu saya menghargai keindahan dalam pelbagai bentuk bukan sahaja yang nampak cantik secara fizikal, tetapi juga yang membawa makna mendalam, nilai budaya dan emosi yang tersirat. Ia mengajar saya untuk lebih peka terhadap persekitaran dan nilai seni dalam kehidupan harian.

Kursus ini juga meningkatkan keyakinan diri saya untuk mencuba perkara baharu tanpa takut gagal, kerana setiap hasil kerja kreatif adalah unik dan tidak semestinya "salah". Saya mula melihat bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresikan kreativiti, dan perbezaan itu adalah satu kekuatan, bukan kelemahan.

Secara keseluruhan, kursus ini sangat bermanfaat dan memberi impak positif terhadap perkembangan diri saya. Ia mengasah keupayaan saya untuk berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif, serta meningkatkan kepekaan saya terhadap nilai estetika dalam kehidupan.

Sepanjang mengikuti kursus “Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu”, saya telah mempelajari cara mengintegrasikan unsur seni dan kreativiti dalam pengajaran. Kursus ini membantu saya memahami kepentingan menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik melalui penggunaan puisi, drama, permainan bahasa dan teknologi. Dalam pada itu, kursus ini mampu mengasah kemahiran berfikir kreatif dan bekerjasama, sekali gus mempersiapkan saya untuk menjadi guru yang lebih inovatif dan reflektif.

Setelah mengikuti kursus “Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu”, saya menyedari betapa pentingnya unsur kreativiti dan estetika dalam merancang serta melaksanakan pengajaran yang berkesan. Kursus ini telah memberi pendedahan tentang pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang menarik, interaktif, dan sesuai dengan keperluan murid masa kini. Pendekatan yang kreatif bukan sahaja dapat menarik minat murid, malah mampu meningkatkan pemahaman dan penghayatan mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

Melalui kursus ini juga, saya memahami bahawa nilai estetika dalam pengajaran bukan hanya merujuk kepada keindahan visual semata-mata, tetapi juga melibatkan keindahan bahasa, susunan aktiviti, dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan elemen seperti puisi, drama, lagu, dan lukisan dalam pengajaran dapat mencetuskan emosi positif dan merangsang daya imaginasi murid. Hal ini menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan, dan berkesan.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberikan saya asas yang kukuh sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang lebih kreatif dan inovatif. Saya berazam untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah diperoleh dalam pengajaran kelak, agar dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam penguasaan bahasa, tetapi juga mampu menghargai keindahan dan keunikan bahasa Melayu.

ILMA BINTI SAPININ

Setelah mengikuti kursus ini, saya tahu pentingnya kita mengaplikasikan kreativiti dan estetika dalam pengajaran bahasa melayu di sekolah. Penggunaan kreativiti dan estetika dalam pengajaran bahasa melayu akan membolehkan guru dapat menarik minta murid dalam pengajaran selain mampu menyediakan sesi pengajaran yang menyeronokkan untuk mereka. Penggunaan Muzik dan seni visual akan menjadikan pembelajaran bahasa melayu di kelas seronok, menarik Dan lebih berkesan.

Setelah mempelajari kursus Kreativiti dan Estetika dalam Pendidikan Bahasa Melayu, saya memahami bahawa kreativiti bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang baru, tetapi juga bagaimana kita menyelesaikan masalah, menyampaikan idea dan mengekspresikan diri secara unik. Saya juga menyedari bahawa kreativiti ini bukan sahaja dapat menerapkan keseronokan dalam pembelajaran malah memperkasakan keberkesanan dalam penyampaian ilmu. Kefahaman terhadap pelbagai teori seperti Teori Hoka Hoki, Teori Konstruktivisme, Teori Kecerdasan Pelbagai adalah penting agar saya dapat mempelbagaikan pendekatan pembelajaran dalam Pendidikan Bahasa Melayu.

Estetika pula membawa saya kepada penghargaan terhadap keindahan dalam pelbagai bentuk. Ini bukan hanya berkaitan dengan rupa fizikal atau kecantikan luaran tetapi juga bagaimana sesuatu itu memberi kesan emosi, nilai dan makna kepada kita.

Saya belajar bahawa estetika sangat berkait rapat dengan budaya, nilai, bahasa, perasaan dan persepsi individu. Apa yang indah bagi seseorang mungkin berbeza bagi orang lain. Dalam kelas, kami banyak membincangkan tentang elemen-elemen estetika yang terkandung dalam teks atau komunikasi. Elemen-elemen ini dapat membantu saya dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Secara keseluruhannya, kursus ini membantu saya untuk menjadi seorang pendidik yang lebih kreatif dan mampu menghargai dan menerapkan unsur kreativiti dan estetika dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kursus ini telah membantu saya memahami bahawa kreativiti boleh dipupuk dan penting dalam pembelajaran. Saya belajar menghargai nilai estetika dalam seni dan kehidupan seharian. Aktiviti hands-on yang dijalankan memberi peluang untuk saya meneroka idea secara kreatif dan menilai karya dengan lebih apresiatif. Kursus ini sangat berguna dalam membentuk saya sebagai pendidik yang lebih peka dan inovatif

Sepanjang mengikuti kursus kreativiti dan estetika dalam pendidikan Bahasa Melayu, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman bermakna yang memperkaya pengetahuan saya sebagai bakal pendidik Bahasa Melayu. Kursus ini membuka minda saya terhadap peranan penting elemen kreativiti dan estetika dalam pengajaran dan pembelajaran, terutamanya dalam membina minat serta menggalakkan penglibatan aktif murid. Antara kandungan kursus yang paling menarik perhatian saya ialah penggunaan seni nyanyian, seni pergerakan dan seni visual dalam sesi pengajaran. Seni nyanyian seperti lagu-lagu bertema Bahasa Melayu bukan sahaja menceriakan suasana kelas, malah membantu murid menghafal kosa kata dan struktur ayat dengan lebih mudah. Aktiviti seni pergerakan pula seperti lakonan pendek memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif, sekali gus membina keyakinan diri mereka. Manakala seni visual seperti melukis, mewarna dan mencipta bahan bantu mengajar secara kreatif membantu saya menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih menarik dan berkesan.

Sepanjang mengikuti kursus ini, saya telah memahami dengan jelas maksud kreativiti dan estetika dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu. Kreativiti merangkumi keupayaan menghasilkan idea dan aktiviti yang baharu dan bermakna, manakala estetika melibatkan unsur keindahan dalam bahasa, sastera dan penyampaian. Kefahaman ini penting dalam membina pembelajaran yang lebih menarik dan efektif.

Kursus ini turut menekankan peranan guru sebagai pencetus idea dan pembimbing dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Saya turut mempelajari kaedah penilaian yang sesuai bagi aktiviti kreatif, yang merangkumi keaslian, penghayatan, gaya penyampaian dan keberkesanan mesej. Ini membantu saya menilai hasil kerja murid secara lebih holistik dan adil.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memperkaya ilmu dan kemahiran saya sebagai bakal guru Bahasa Melayu. Saya lebih yakin untuk merancang pengajaran yang kreatif, menggunakan pendekatan estetika, serta memupuk minat murid terhadap keindahan bahasa. Ilmu yang diperoleh ini akan saya manfaatkan dalam PdP untuk membentuk generasi murid yang berfikiran kreatif, menghargai seni dan mencintai bahasa Melayu.

Kursus ini merupakan kursus kegemaran saya! Melalui kursus ini, saya mendapat banyak pendedahan tentang cara untuk menarik perhatian murid dalam bentuk seni dan pergerakan. Dengan cara-cara yang telah diajarkan kepada kami ini, murid-murid lebih terbuka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan keberanian seperti menyanyi, berlakon, bersajak, berpidato dan banyak lagi. Semuanya bermula daripada kreativiti seorang guru yang membuka hati dan minda murid untuk menerima aktiviti-aktiviti tersebut menjadi sebuah kebiasaan dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain, pendekatan yang kami pelajari melalui kursus ini, menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif dan mereka tidak sabar menanti aktiviti yang akan saya berikan kepada mereka!