Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan, Ekonomi dan Pentadbiran Kerajaan by Ameerul Aswad

Pengaruh Bahasa Inggeris
Dalam era globalisasi, Bahasa Inggeris semakin dominan, terutama dalam bidang teknologi dan sains. Ada kalanya, penggunaan Bahasa Melayu terkesan apabila pelajar lebih tertarik kepada penguasaan Bahasa Inggeris untuk tujuan akademik dan kerjaya. Ini menyebabkan pengurangan penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks formal dan profesional.

Bantahan penggunaan bahasa Melayu perlu ditangani secara serius
Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang membantah pelaksanaan secara paksa sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

ISU DALAM PENDIDIKAN
Bahasa rojak

Bahasa yang terhasil dengan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini akan menyebabkan lama kelamaan perkataan bahasa Melayu tersebut hilang. Sebagai contoh, perkataan yang murid sering gunakan di sekolah ialah "so" yang bermaksud "jadi".

Isu pendidikan- Cabaran dalam penggunaan bahasa Melayu formal. Hal ini disebabkan generasi muda kini lebih cenderung menggunakan bahasa rojak atau slanga untuk berkomunikasi dalam kehidupan harian. Ini akan menyebabkan penggunaan bahasa Melayu formal dalam konteks akademik terjejas.

pengaruh dialek
Bahasa Melayu adalah bahasa yang berkembang secara evolusi dan unik bertambah pula dengan adanya dialek daerah, seperti dialek Utara, dialek Kelantan dan dialek Terengganu, serta sukuan Sabah, bahasa sukuan Sarawak dan sebagainya. Ada sarjana bahasa menyatakan banyak dialek dan slanga dalam bahasa Melayu sedikit sebanyak menjadi penghalang dan kekangan kepada perkembangan serta kebakuan bahasa Melayu. Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia sendiri, dialek percakapan yang wujud sebenarnya atas faktor geografi dan asal usul serta susur galur keturunan. Menurut kajian ilmiah, dialek tidak boleh membabitkan mereka yang tidak memahaminya kerana hanya akan menimbulkan salah faham dan kekeliuan.

Penguasaan bahasa yang lemah
Masalah kelemahan dalam penguasaan bahasa Melayu, terutama dalam aspek tatabahasa, kosa kata, dan struktur ayat, dapat menghalang pelajar mencapai kefahaman yang mendalam dalam mata pelajaran lain yang diajar dalam bahasa Melayu. Guru juga menghadapi cabaran dalam memastikan pelajar benar-benar memahami dan menguasai bahasa ini.

Kekurangan Guru Bahasa Melayu
Kekurangan guru yang mahir dan berkualiti dalam mengajar bahasa Melayu, terutamanya di kawasan luar bandar. Hal ini menyebabkan kualiti pengajaran bahasa Melayu di sesetengah sekolah tidak memuaskan dan menyukarkan pelajar untuk menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Solusi :

-Melatih lebih ramai guru pakar dalam bahasa Melayu dan meningkatkan program pembangunan profesional untuk guru sedia ada agar mereka dapat menguasai kaedah pengajaran yang efektif.

Kekurangan guru bahasa Melayu yang berkualiti
Kegagalan untuk memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mungkin menyebabkan pelajar kurang berminat atau tidak cekap dalam menguasai bahasa ini. Penggunaan pendekatan yang lebih inovatif dan menarik dalam pengajaran bahasa Melayu diperlukan untuk meningkatkan minat pelajar.

Faktor latar belakang yang berbeza
Kebanyakan murid ataupun guru itu sendiri mempunyai latar belakang yang berbeza misalnya dari segi asal usul dan tempat kelahiran negeri. Ini menyebabkan suasana pembelajaran di dalam kelas agak berbeza kerana penggunaan dialek yang tidak dapat ditinggalkan. Terdapat kesalahfahaman yang mungkin berlaku semasa dalam proses pembelajaran kerana menggunakan perkataan yang tidak difahami oleh semua. Sebagai contoh, seorang guru bahasa Melayu yang mengajar di Johor tetapi berasal dari Kelantan. Ada kemungkinan beliau masih menggunakan dialek atau perkataan yang tidak difahami oleh murid.

Bahasa Inggeris menandingi bahasa Melayu
Menurut laporan Razak, bahasa inggeris merupakan bahasa kedua yang perlu diajar di sekolah. Akan tetapi, penggunaan bahasa inggeris lebih berleluasa berbanding bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana penubuhan kolej swasta dan separuh swasta serta institusi pengajian tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Oleh itu, bahasa Melayu semakin terjejas dikalangan masyarakat Malaysia

(Izzah)
kemampuan guru mengajar bahasa Melayu.

Isu ini timbul akibat kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu yang menyebabkan subjek ini terpaksa diajar oleh guru opsyen lain. Faktornya pada masa kini, kegilaan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan guru-guru Bahasa Melayu yang berkualiti mengajar di sekolah mereka sudah tiada lagi seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an. Pada mereka, subjek Bahasa Melayu bukan lagi subjek penting yang harus menduduki tempat tertinggi di sekolah.

persepsi negatif terhadap bahasa melayu
Permasalahan yang berkaitan dengan sikap atau persepsi tidak yakin untuk menggunakan bahasa Melayu. Permasalahan ini telah menular daripada golongan rakyat bawahan. sehinggalah ke peringkat golongan pemimpin. Contohnya, golongan pelajar menganggap bahasa Melayu hanya perlu dipelajari atas keperluan peperiksaan semata-mata.

Bahan rujukan
Kurangnya bahan rujukan dalam bahasa Melayu:

Dalam beberapa bidang khusus, bahan rujukan dalam bahasa Melayu mungkin terhad, menyebabkan pelajar terpaksa bergantung pada bahan dalam bahasa Inggeris.

bahasa asing
penggunaan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik. perubahan ini dikatakan dapat mempercepat kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di malaysia. keadaan ini seolah ii memaparkan peranan bahasa melayu yg semakin merosot dalam kehidupan yang serba canggih

Penggunaan Bahasa Melayu dalam Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum seperti debat, teater, dan kelab bahasa juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Namun, ada sekolah yang kurang memberi perhatian kepada aktiviti ini atau lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris dalam aktiviti kokurikulum. Kelab bahasa Melayu ketika waktu kokurikulum itu sendiri tidak memenuhi kriteria kelab yang membawa nama bahasa Melayu. Banyak aktiviti yang hanya dijalankan di dalam kelas tanpa penglibatan kelab-kelab lain seperti kelab bahasa Inggeris serta kelab sains dan matematik.

Sistem Pengajaran dan Pembelajaran
Isu berkaitan pendekatan pengajaran bahasa Melayu yang kurang menarik atau kurang relevan dengan perkembangan semasa juga dibincangkan. Beberapa pihak berpendapat bahawa kaedah pengajaran perlu lebih inovatif dan menekankan penggunaan bahasa dalam situasi dunia nyata untuk meningkatkan keberkesanannya

Isu terkini dalam bidang pendidikan
Antara isu dalam bidang pendidikan termasuklah masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana berdasarkan laporan terkini, hanya 58% pelajar Malaysia mampu menguasai kemahiran membaca menjelang akhir Tahun Lima. Laporan ini mengenal pasti beberapa punca seperti akses terhad kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti, kesediaan guru, dan kekurangan sistem penjejakan prestasi yang mantap. Menurut pengalaman saya pula, semasa di sekolah, terdapat beberapa rakan saya yang tercicir dalam pembelajaran atas faktor pengajaran yang terlalu cepat dan juga guru tidak memastikan murid-muridnya benar-benar faham dengan apa yang mereka pelajari. Oleh itu, perkara ini perlulah dibasmi supaya tiada lagi pelajar yang akan tercicir dalam pembelajaran.

Isu dalam pendidikan
Kemampuan guru mengajar bahasa melayu. Hal ini kerana pengajaran bahasa Melayu tidak lagi memerlukan guru yang berkebolehan dalam bidang tersebut. Ustaz, ustazah, guru sains dan guru matematik boleh disuruh untuk mengajarkan bahasa melayu dengan alasan bagi mencukupkan bilangan waktu dalam jadual.

Penggunaan bahasa dielek
Setiap negeri mempunyai dielek tersendiri. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu di sekolah mereka tidak menggunakan bahasa yang sebetulnya dan penggunaan istilah yang berbeza. Mereka sering menggunakan bahasa dialek mereka sendiri di dalam percakapan mahupun penulisan.

Contohnya dialek Kedah): hang pi mana ( Awak pergi mana)

BAHASA SLANGA
Bahasa slang merupakan gaya bahasa yang tidak formal dan bersifat dinamik iaitu berubah-ubah mengikut trend semasa. Bahasa ini sering digunakan dalam kalangan golongan belia kerana dianggap penggunaannya lebih mudah dan mengganngap penggunaan bahasa Melayu asli terlalu formal dan ketinggalan zaman. Contohnya, cip ialah ketua.

Dalam Akta Pendidikan 1996 Fasa ke-28 menyatakan Menteri Pendidikan mempunyai bidang kuasa untuk mewujudkan sekolah kebangsaan dan vernakular. Masalah pada sekolah vernakular pula, diadakan fasa ke-17 iaitu Menteri Pendidikan diberi kuasa mengecualikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan di sekolah vernakular.

Disebabkan sekolah vernakular didedahkan dengan bahasa ibunda, martabat bahasa kebangsaan mustahil akan berlaku. Penguasaan bahasa Melayu sudah parah di sekolah vernakular, justeru bagaimana pula jika penambahan 16 sekolah vernakular baharu di negara ini?

Sekolah vernakular tidak pernah wujud di Indonesia, Jepun, Korea, Cina dan Eropah kerana mengamalkan prinsip asimilasi. Namun, Malaysia mengamalkan integrasi, iaitu kekuatan setiap kaum dipertahankan, termasuk bahasa.

Oleh itu, sekolah vernakular wujud di negara ini dan bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Ini antara punca bangsa Malaysia masih tidak fasih atau tidak boleh berbahasa Melayu.

-Pelajar lebih suka menggunakan bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu

-Bahasa rojak sering digunakan

-Pelajar dipengaruhi oleh media sosial seperti tiktok, facebook, instagram yang menggunakan bahasa Melayu yang tidak bersesuaian

-Pelajar mempunyai persepsi negatif terhadap bahasa Melayu

-Kekurangan guru opsyen bahasa Melayu

Silibus Bahasa Melayu terlalu sukar untuk murid-murid sekolah rendah
Pakar pendidikan, Zamri Mahamod menyatakan bahawa silibus bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah terlalu sukar untuk tahap pemikiran mereka. Hal ini kerana beliau merasa terkilan tentang topik pantun yang diselitkan topik tahun 1.  "Macam manalah murid nak buat pantun empat kerat? Mereka tak tahu pun struktur pantun seperti ritma atau jumlah perkataan dalam satu baris," kata Zamri, profesor di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain itu, beliau mempersoalkan mengenai penerapan konsep "isi tersurat" dan "isi tersirat" dalam buku teks murid tahun 1-3. Lebih lagi, murid tahun 1 diajar untuk menyunting teks dan murid tahun 2 diajar untuk membuat "ayat pasif" dan "ayat aktif."