Perancangan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak by Mardiana

Misi dan Visi Tadika
MISI

Tadika atau Taman Didikan Kanak-Kanak adalah satu pendekatan yang memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kemahiran kognitif kepada kanak-kanak, membina kekuatan serta keyakinan diri, memupuk semua bidang perkembangan JERIS, melahirkan generasi kanak-kanak yang berilmu, berkualiti serta mampu memberikan pengalaman penerokaan yang bermakna.

VISI

Membantu kanak-kanak menguasai semua elemen 4M bagi merealisasikan serta melahirkan anak bangsa yang cemerlang. Melahirkan kanak-kanak yang berpendidikan dalam berfikir dan berkomunikasi. Meningkatkan kemahiran berfikir yang kreatif dan kompleks dalam diri kanak-kanak. Membantu membimbing kanak-kanak mencapai perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang optimum selaras dengan pendidikan zaman kini. Menghasilkan generasi kini yang berpengalaman dalam kehidupan mereka.

Objektif Tadika
Tadika ini dibina untuk memberikan asas yang kukuh bagi perkembangan kanak-kanak pada peringkat awal kehidupan. Ia juga dapat membantu membangunkan kemahiran kognitif, fizikal, sosial, emosi dan bahasa.

Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya dan belajar meluahkan perasaan dan emosi mereka dengan cara yang sihat.

Membantu dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, termasuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menaakul.

Menekankan penggunaan permainan, seni, dan aktiviti kreatif lain untuk merangsang imaginasi kanak-kanak.

Staf Tadika, Kelayakan dan Keperluan
1. Guru Tadika

Tugas Utama:
Mengajar kanak-kanak pra-sekolah asas membaca, menulis, mengira, serta membentuk perkembangan emosi dan sosial.

Kelayakan:

Diploma atau Ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECE).

Mempunyai Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak Permata (KAP).

Kemahiran komunikasi dan kreativiti.

Keperluan:

Sabar, penyayang, dan bersemangat untuk bekerja dengan kanak-kanak.

Sijil Pertolongan Cemas (disyorkan).

Rekod latar belakang bersih.

2. Pembantu Guru

Tugas Utama:
Membantu guru tadika dalam aktiviti harian, menjaga keselamatan kanak-kanak, dan menguruskan keperluan mereka.

Kelayakan:

Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak Permata (KAP) (tidak wajib tetapi digalakkan).

Kelulusan SPM atau setaraf.

Keperluan:

Sikap positif dan mampu bekerjasama dengan guru.

Minat mendalam terhadap kanak-kanak.

Kreatif dalam melakukan perkara seperti membantu guru tadika ketika mengajar

3. Penyelia Tadika

Tugas Utama:
Mengurus operasi tadika, menyelia staf, dan memastikan standard pendidikan dipatuhi.

Kelayakan:

Ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pentadbiran Pendidikan, atau bidang berkaitan.

Pengalaman bekerja sebagai guru tadika.

Keperluan:

Kemahiran pengurusan dan kepimpinan.

Pengetahuan tentang keperluan undang-undang tadika.

Bertanggungjawab dan amanah

4. Staf Kebersihan dan Penjagaan

Tugas Utama:
Membersihkan kawasan tadika, menyediakan makanan, dan menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak.

Kelayakan:

Tiada kelayakan formal diperlukan.

Latihan asas dalam kebersihan dan keselamatan makanan (digalakkan).

Keperluan:

Penyabar dan peka terhadap persekitaran bersih dan selamat.

Rajin dan amanah

Pendekatan Pengajaran
1. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

Ciri: Kanak-kanak belajar melalui permainan interaktif seperti teka-teki, blok bangunan, dan permainan imaginatif.

Tujuan: Membina kemahiran motor, kreativiti, dan kemahiran sosial.

Contoh Aktiviti:

Bermain "masak-masak" untuk belajar tentang makanan dan cita-cita.

Permainan susun huruf untuk memperkenalkan abjad.

2. Pendekatan Berpusatkan Kanak-Kanak

Ciri: Guru merancang aktiviti berdasarkan minat dan keperluan setiap kanak-kanak.

Tujuan: Memupuk rasa ingin tahu dan keupayaan menyelesaikan masalah.

Contoh Aktiviti:

Projek sains mini seperti menanam biji benih.

Aktiviti seni kreatif yang membolehkan kanak-kanak mencuba pelbagai bahan.

3. Pendekatan Montessori

Ciri: Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk memilih aktiviti mereka sambil menggunakan bahan pembelajaran khas.

Tujuan: Menggalakkan kebebasan, disiplin diri, dan pembelajaran secara individu.

Contoh Aktiviti:

Belajar matematik menggunakan manik Montessori.

Aktiviti kehidupan harian seperti menuang air atau mengikat tali kasut.

Kerjasama Daripada Pihak Ibu Bapa Dan Guru
Kerjasama Daripada Pihak Ibu bapa

• Melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam perkembangan kanak-kanak adalah matlamat  utama dalam pendidikan awal kanak-kanak

• ⁠Dengan penglibatan daripada ibu bapa, kanak- kanak berasa lebih yakin dengan kebolehan mereka serta  mudah bagi kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran sosial.

• ⁠Dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa , dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan di pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Kerjasama daripada pihak guru

• Guru perlu memastikan semua murid belajar secara holistik dan berkembang mengikut tahap prestasi kanak-kanak

• ⁠Guru perlu mewujudkan kawasan pembelajaran yang menarik, selesa dan selamat untuk kanak-kanak belajar didalam kelas.

• ⁠ Kualiti seorang guru perlu diasah lagi dengan menglibatkan diri dalam bengkel bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Bagaiamana kamu menyesuaikan dengan keperluan dan kehendak KSPK 2026?
Memperkukuhkan bahasa

• Memastikan guru pada tahun kini mahir untuk menguasai kedua-dua bahasa secara fasih dan penyediaan bahan bantu mengajar merangkumi kedua-dua bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa english

Peningkatkan Kelayakkan Guru

• Pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak serta menghadiri bengkel atau seminar bagi menambah ilmu pengetahuan.

Pendekatan Karakter Kepada Pendidikan

• Mempunyai elemen yang jujur , amanah boleh bertolenransi dengan rakan sejawat serta  bertanggungjawab diatas tugas yang telah diamanahkan dan menunjukkan contoh tingkah laku yang positif kepada kanak-kanak

PENDEKATAN
Pendekatan dalam pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada kaedah dan cara yang digunakan dalam pengajaran serta pembelajaran di tadika. Tadika boleh mengguna pakai satu atau gabungan beberapa pendekatan berdasarkan keperluan perkembangan kanak-kanak. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah:

1. Pendekatan Bermain Sambil Belajar

- Aktiviti pembelajaran disusun dalam bentuk permainan supaya kanak-kanak belajar secara semula jadi dan menyeronokkan.

- Contoh: Permainan peranan, aktiviti sensorimotor, teka-teki, dan manipulatif.

2. Pendekatan Montessori

- Menekankan pembelajaran kendiri di mana kanak-kanak diberikan kebebasan untuk meneroka bahan pembelajaran.

- Menggunakan bahan khas seperti blok kayu, manik nombor, dan kad fonetik.

3. Pendekatan Reggio Emilia

- Berasaskan penerokaan dan ekspresi kreatif kanak-kanak.

- Kanak-kanak digalakkan untuk meneroka dan menyelesaikan masalah secara aktif.

4. Pendekatan Projek

- Kanak-kanak belajar melalui projek jangka pendek atau jangka panjang yang merangkumi pelbagai aspek pembelajaran.

- Contoh: Projek mengenai haiwan, tumbuhan, atau alam sekitar.

5. Pendekatan Tematik

- Pembelajaran disusun mengikut tema tertentu seperti ‘Diri Saya’, ‘Alam Sekitar’, ‘Makanan Sihat’, dan sebagainya.

- Aktiviti dalam semua bidang pembelajaran (bahasa, sains, seni) dikaitkan dengan tema tersebut.

6. Pendekatan Berasaskan KSPK

- Mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi enam tunjang perkembangan kanak-kanak.

Pendekatan yang dipilih perlu disesuaikan dengan tahap perkembangan kanak-kanak, minat mereka, serta matlamat pendidikan tadika.

Strategi Pemasaran