Pandanus odorus (Pandanus amryllifolius) by Norhana Binti Bakri (Hana)

Video: Kegunaan dan penggunaan daun pandan
Pandanus odorus (Pandanus amryllifolius)
#Resepi kuih tepung pelita menggunakan daun pandan

Tujuan makanan
Menurut Muhamad Ghawas. M, (2005) 'Pandan wangi' mempunyai beberapa kegunaan dalam penyediaan hidangan tradisional terutama di kalangan orang Sabah di negara ini. Ia digunakan sebagai agen pewarna dan perisa, dan hidangan pembuka. Kini, ekstraknya digunakan oleh pengeluar roti, kuih, dan biskut sebagai agen pewarna dan perasa semula jadi.

Menurut Ong Hean Chooi, (2008) mengatakan daun pandan mempunyai banyak khasiat dalam makanan terutamanya aroma atau bau pandan itu sendiri digunakan dalam pembuatan agar-agar, gula-gula, kek, kuih muih, minuman, nasi, taufu, kordial dan sebagainya. Selain itu juga daun pandan ini boleh digunakan sebagai pembungkus dan boleh dimasak bersama ayam, daging, ikan untuk memberikan aroma bau pandan tersebut. Justeru itu, daun pandan ini digunakan sebagai sumber pewarna hijau untuk kek, kuih muih, minuman dan makanan yang lain.

Selain itu, manfaat daun pandan sangat menonjol dalam industri makanan. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan tumbuhan dalam industri makanan berfungsi untuk memperbaiki aroma, rasa dan warna. Pelbagai laporan saintifik yang diterima telah menunjukkan bahawa tambahan ekstrak pandan pada makanan membawa kepada lebih banyak kebaikan terhadap makanan atau makanan menjadi tahan lama (Silalahi, 2016). Menurut beliau lagi, perkara itu disebabkan oleh sebatian metabolit sekunder yang dihasilkan oleh tanaman di mana ianya boleh menghalang pertumbuhan mikrob atau sering dirujuk sebagai sebatian anti mikrob.

Selain memberi aroma daun pandan, ia juga sering digunakan sebagai agen pewarna semulajadi dalam makanan. Mewarnakan makanan bertujuan untuk membuat makanan lebih menarik supaya nilai ekonomi semakin meningkat. Menurut Ningrum et al. (2015) menyatakan bahawa daun pandan mengandungi sebatian karotenoid dan xanthophyl iaitu memberikan aroma yang kuat kepada makanan. Sebagai contoh menurut Normah Baco (2020) salah satu informan dalam penyelidikan ini mengatakan aroma dan pewarna daun pandan dapat dilihat  seperti membuat kuih tepung pelita, nona manis yang menggunakan daun pandan dalam menghasilkan kuih muih yang sedap dan aroma pandan yang menyelerakan.

Tujuan bukan makanan
'Pandan wangi' juga dipercayai mempunyai sifat perubatan. Antara lain, ia dikatakan sebagai ubat untuk campak, gonorea, sifilis, denggi dan anemia. (Muhamad Ghawas. M, 2005)

Menurut Ong Hean Chooi, (2008) kegunaan lain untuk pandan ini juga boleh digunakan dalam industri minyak wangi tempatan, kosmetik tradisional dan bunga rampai. Malahan, daun pandan ini diletakkan sama ada dalam almari, kereta, bilik, peti sejuk supaya berbau wangi dan boleh menghalau serangga. Tambahan lagi, daun pandan ini juga boleh digunakan untuk menganyam bakul dan tikar. Mengikut amalan tradisi, daun ini ditanam sebagai tanaman hiasan dan digunakan dalam istiadat atau upacara tertentu seperti mandi bunga untuk bakal pengantin.

Beliau juga mengatakan akar pokok pandan ini boleh diminum untuk merawat penyakit diabetes. Selain itu, daun pandan ini digunakan dalam kecantikan dimana ia dijadikan ramuan bedak sejuk untuk kesihatan kulit.

Sehubungan dengan itu, dalam kajian  Bangkit Ary Pratama et.al, (2009) mengatakan daun pandan wangi ini boleh  menyebabkan kematian larva Aedes aegypti. Hal ini mencatat peratus tinggi kematian larva dalam purata  kepekatan 0.9% dan 1.0%. Jadi kepekatan ekstrak daun pandan wangi ini berkesan membunuh larva Aedes aegypti sekiranya berada pada kepekatan 0.9%. Apabila kepekatan mencapai 0.9% risiko mematikan larva Aedes aegypti adalah 100%.

Kajian Hastitu (2008) hampir sama dengan kajian  Bangkit Ary Pratama et.al, (2009) mengenai gangguan serangga, di mana daun pandan wangi mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, minyak pati, dan polifenol. Saponin dan polifenol boleh menghalang dan membunuh larva nyamuk. Hal ini kerana kandungan saponin yang ada pada daun pandan boleh merosakkan membran dan mukosa sel yang mengganggu proses metabolik serangga sementara polifenol sebagai perencat pencernaan serangga.

Struktur daun pandan
Daun pandan ini memiliki struktur yang halus sehingga lebih mudah untuk dianyam dengan pelbagai keperluan.(Bella Septiana,2018).

Pokok pandan tidak mempunyai batang kayu keras tetapi mempunyai akar udara yang mudah tumbuh dalam semua keadaan jenis tanah. Daunnya keluar dari pangkal rumpun menegak keatas berwarna hijau gelap. Rahayu,(2008)

Lebar daun sekitar 2-3 cm dan panjang daun 30-60 cm bergantung kepada kesuburan pokok. Selain itu, ketinggian pokok pandan wangi dalam lingkungan 0.5 -1.5 meter.

Sehubungan dengan itu, pandan boleh hidup subur diatas tanah lapang atau dikawasan yang terlindung dengan dari cahaya matahari.

Pandangan Ong Hean Chooi, (2008) hampir sama dengan pengkaji Rahayu,(2008), beliau mengatakan pokok pandan ini terbahagi kepada dua spesies iaitu jenis kecil dan jenis besar. Ianya daapat dilihat melalui batang pokok kecil tumbuh hingga 1-1.6m tinggi berbentuk tirus, dan ukuran garisan pusat 2-5cm. Selain itu, daunnya panjang, berbau wangi, bujur memanjang 25-27cm panjang dan 2-5cm lebar, hijau pudar, nipis dan lembut sama seperti gambar 1.

Selain itu, untuk pandan jenis besar memiliki saiz 22-4.5m tingginya, ukuran garis pusat sehingga 15cm serta disokong dengan jangkaan yang besar. Tambahan lagi, daun pandan jenis besar ini memiliki bujur memanjang, 1.5-2.2m, 7-9cm lebar, permukaan atas hijau tua dan tidak berbunga.

Jenis tanah
Menurut Muhamad Ghawas. M,(2005) mengatakan pandan sifatnya ini boleh sahaja hidup atau ditanam dalam pelbagai jenis tanah. Ini termasuk tanah seperti tanah gambut dan tanah berpasir. Ia sesuai untuk tanah yang mengandungan kelembapan yang tinggi.

Walau bagaimanapun, ia boleh menahan kemarau yang panjang sehingga 1-2 bulan. Jumlah hujan tahunan 200-300 cm dan keadaan tropika dengan julat suhu 18-28ºC sangat sesuai untuk pertumbuhannya.

Penyebaran
Menurut Dalimartha (2009) Tumbuhan pandan ini mudah dijumpai di kawasan tropika dan banyak yang ditanam di halaman rumah, di taman, di atau tumbuh liar di tepi parit. Selain itu, tumbuhan ini boleh tumbuh liar di tepi sungai, dan tempat yang lain di mana tanahnya agak lembap dan dapat tumbuh subur dari kawasan tersebut sama ada di pantai sehingga boleh mencecah ketinggian 500 m di atas paras laut (di bawah permukaan laut)

Kandungan
Menurut Ong Hean Chooi, (2008) mengatakan akar daun pandan ini memiliki asid 4-hidrobenzoik. Kajian menunjukkan bahawa asid 4-hidrobenzoik mempunyai kesan menurunkan kandungan gula dalan darah, meningkatkan kandungan glikogen dalam hati dan tahap insulin dalam serum.

Daun pandan ini sedikit berminyak esen yang terdiri daripada asetilpirolin, linalool, pandamarilakton dan seskuitperen hidrokarbon. Sedikit tambahan mengenai minyak esen pandan ini berfungsi sebagai pencegah serangga terutamanya lipas. Bahkan fungsi linalool dalamkandungan pandan bersifat racun kuman (Ong Hean Chooi, 2008)

Disamping itu, menurut Mardalena (2009) mengatakan Pandan wangi mempunyai sebatian metabolik sekunder yang mana sebatian kimia pertahanan yang dihasilkan oleh tumbuhan pada tisu tumbuhan, sebatian ini beracun dan berfungsi sebagai alat perlindungan diri dari gangguan pesaing atau perosak

Nama sainstifik
Pandanus odorus (Pandanus amryllifolius)

Bangkit Ary Pratama, Dwi Astuti, dan Ambarwati. 2009.  Pemanfaatan Ekstrak Daun Pandan Wangi (Pandanus amaryllifolius Roxb.) Sebagai Larvasida Alami. Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Muhammadiyah Surakarta. Jurnal Kesehatan, ISSN 1979-7621, VOL. 2, NO. 2, DESEMBER 2009 Hal 115-124.

Bella Septiana. 2018. Struktur Anatomi Tumbuhan. Universitas Negeri Surabaya. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Jurusan Biologi. Diterbitkan Februari 2018.

Dalimartha S. 2009. Atlas Tumbuhan Obat Indonesia Jilid 1. Jakarta: Trubus Agriwidya

Hastuti, H. 2008,.Daya Bunuh Ekstrak Daun Pandan Wangi (Pandanus amaryllifolius Roxb.) terhadap Larva Anopheles aconitus Donitz. Skripsi. : Fakultas Kedokteran UNS: Surakarta

Mardalena ML. 2009. Efektivitas Ekstrak Daun Nimba Sebagai Ovisida Nyamuk Aedes aegypti. Skripsi. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam. Universitas Lampung.

Muhamad Ghawas, M. 2005. Pandan wangi (Pandanus odorus). In:     Penanaman tumbuhan ubatan & beraroma. (Musa Y., Muhammad Ghawas, M. and Mansor, P., ed.). pp 63-69, Serdang: MARDI

Ningrum A, Minh NN, and Schreiner M. 2015. Carotenoids and norisoprenoids as carotenoid degradation products in pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.). International Journal of Food Properties, 18(9): 1905- 1914

Normah Baco. 2020. Informan dalam Kajian Mengenai Kegunaan dan Penggunaan Daun Pandan. Tidak diterbitkan

Ong Hean Chooi. 2008. Rempah-ratus Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Page 172 - 173

Rabi'atul Hudauwiyah. 2014. Dasar Penamaan Bahasa Masyarakat Bugis di Teluk Pakedai. Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Tanjungpura

Silalahi M. 2016. Etlingera elatior (Jack) R. M. Smith: Manfaat Dan Aktivitas Biologi. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Biologi dan Biologi Jurusan Pendidikan Biologi, Fakultas MIPA, Universitas Negeri Yogyakarta, 26 November 2016 B.01.01-B.01.012.

Siti Nor Fazruaini Binti Rusli. 2011. Extrcation And Characterization Of Malaysia Pandan Leaves By Soxhlet Method. Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering Universiti Malaysia Pahang, May 2011.

Rahayu, S.E, Handayani, S. (2008). Keanekaragaman Morfologi dan Anatomi Pandanus (Pandaneceae) di Jawa Barat. Vis Vitalis 01 (2): 29-44

Gambar 1: Lokasi daun pandan diperolehi
Tarikh dan masa: 29 Februari 2020 | 4: 22pm
Tempat: Kampung Klias Jalan Kecil Beaufort
Lokasi (GPS): Latitude: 5°43'5.84"N, Longitude: 115°64'98.56"E

Gambar 2: Pokok pandan yang ditanam oleh penyelidik

Informan
Nama infoman: Normah Binti Baco
Umur: 43 Tahun
Jantina: Perempuan
Keturunan (etnik): Bugis
Asal: Kinabatangan, Sabah

Nama Tempatan
Bahasa Bugis:

Daung pandreng

Bahasa Melayu:

Pandan bau, Pandan jelingkeh, Pandan rampeh, Pandan wangi, dan Pandan rampai.

Bahasa Inggeris:

Fragrant screwpine

Bahasa China:

Qi yi lan

Bahasa India:

Kenr

Orang Jepun:

Nioi tako no ki

Bahasa Korea:

Pandanasu

Bahasa Thailand:

Bai toei dan Bao toey hom

Bahasa Vietnam:

Dura thom

Bahasa Arab:

Kathey

Bahasa Jepun:

Takonoki

Bahasa Portugis:

Pandano

Nama Keluarga : Pandanaceae

Sumber: Siti Nor Fazruaini Binti Rusli, (2011) dan Rabi'atul Hudauwiyah, (2014)

Penjagaan
Siram anak pokok apabila perlu. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh keliling pokok. Selain itu, tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 gm atau pokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 gm serta pokok bagi tanaman seperti di sekitar rumah.

Pengenalan
Pandan (Pandanus odorus)  merupakan sejenin tumbuhan dari keluarga Pandanaceae yang  tumbuh di Malaysia dan beberapa negara lain di Asia Tenggara. Ianya mempunyai jenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak ke atas. Daunnya yang tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam di hujung. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujung.

Selain itu, pokok pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu. Pokok pandan juga sejenis pokok hijau yang menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.