ELEP4113 - Perbandingan Kurikulum by ABDUL HADI MAT DAWI

ARMAN NORZAMAN CS 1
Berdasarkan pandangan saya, bagi membantu Malaysia melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global dengan cara membuat perbandingan kurikulum adalah dengan beberapa aspek. Antaranya ialah dengan penyediaan kurikulum yang baik berdasarkan hasil dapatan dari kurikulum negara maju. Kurikulum ini perlulah sesuai dengan demografi dan tahap murid kita.  Kurikulum yang diadaptasi perlulah direlevankan dengan target pendidikan kita yang boleh diterjemahkan melalui hasil SPM, PISA dan sebagainya.

Selain itu, aspek kemenjadian murid dalam kurikulum perlulah diteliti semula. Ini kerana apabila kurikulum menuntut kemenjadian dan direkodkan, ianya hanya terpakai untuk segelintir murid sahaja bukan semua. Objektif kurikulum itu akan tersasar daripada landasan sepatutnya dan menjadikan ianya tidak relevan.

Bagi pandangan saya, kurikulum di Malaysia ini :-

Pendedahan kepada Pelbagai Sistem Pendidikan: Membandingkan kurikulum tempatan (seperti KSSM atau Kurikulum Kebangsaan) dengan kurikulum antarabangsa (seperti IGCSE, IB, A-Level) memberi gambaran tentang standard global dan membantu penambahbaikan kurikulum tempatan.

Penekanan kepada Kemahiran Abad ke-21: Melalui perbandingan, Malaysia dapat mengintegrasikan lebih banyak kemahiran seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kreativiti, dan komunikasi – yang sangat dihargai di peringkat global.

Penguasaan Bahasa Inggeris: Kurikulum antarabangsa menekankan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium utama. Malaysia boleh memperkukuh aspek ini untuk membolehkan pelajar bersaing di peringkat antarabangsa.

Pendidikan STEM yang Kukuh: Negara maju sering menekankan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Penyesuaian ini dalam kurikulum Malaysia dapat meningkatkan daya saing pelajar dalam industri global.

Penilaian Berasaskan Kompetensi: Kurikulum luar negara sering menggunakan pendekatan berasaskan kompetensi dan projek, bukan hanya peperiksaan. Ini boleh menjadikan pelajar Malaysia lebih bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Secara ringkas, perbandingan ini membolehkan Malaysia menyesuaikan kurikulum agar lebih relevan, progresif, dan bertaraf antarabangsa, lalu melahirkan pelajar yang mampu bersaing secara global. Juga dapat mengharumkan nama negara kita dimata dunia. Contoh yang pernah kita lihat apabila pelajar Malaysia menerima pelbagai anugerah dalam kepakaran bidang masing mading diperingkat dunia khususnya.

Sekian, terima kasih

Pada pendapat saya, perbandingan kurikulum sebagai satu pendekatan strategik untuk menilai, menambah baik dan menyesuaikan sistem pendidikan Malaysia dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa supaya dapat melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global.

Antaranya kita dapat:

Mengenalpasti asas kurikulum Malaysia yang bermatlamat melahirkan insan seimbang (JERI – Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek).

Membandingkan dengan negara berprestasi tinggi contohnya Finland – Kurikulum berfokuskan kemahiran insaniah, autonomi guru, pembelajaran berasaskan projek.

Hasil perbandingan dapat  disesuaikan dengan konteks tempatan seperti kepelbagaian etnik, keperluan industri Malaysia, dan aspirasi Malaysia MADANI.

Melihat implikasi kepada pelajar Malaysia yang lebih berdaya saing dalam pasaran kerja global, menguasai kemahiran digital dan inovasi serta memiliki pemikiran kritis dan kreatif.

Kesimpulannya, perbandingan kurikulum bukan sekadar meniru negara maju, tetapi mengadaptasi keunggulan mereka dengan mengambil kira falsafah pendidikan kebangsaan.

SITI AISYAH BINTI AZHAR (CS1)
Pada pandangan saya, perbandingan kurikulum dengan negara maju penting untuk melahirkan pelajar Malaysia yang kompetitif di peringkat global.

Kelebihan perbandingan kurikulum

Ambil amalan terbaik: KBAT, projek, penguasaan bahasa global.

Sesuaikan dengan budaya dan konteks Malaysia.

Model Tyler

Matlamat: Murid berdaya saing, kreatif, kritis.

Pengalaman: STEM, inkuiri, kolaboratif.

Organisasi: Seimbang akademik, sahsiah, kemahiran hidup.

Penilaian: Projek, portfolio, bukan hanya peperiksaan.

Contoh di sekolah

Sains Tahun 5: Projek kincir angin (Finland – hands-on).

Bahasa Inggeris Tahun 6: Public speaking (Singapura – komunikasi global).

Matematik: Gamifikasi kuiz online (Korea Selatan – digital learning).

Kesimpulan: Perbandingan kurikulum + Model Tyler → kurikulum Malaysia lebih mantap dan melahirkan murid yang bersedia bersaing di pentas dunia.

KHAIRUL AMSYAR BIN AHMAD CS3
Pada hemah saya,perbandingan kurikulum dalam membantu Malaysia melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global adalah dengan melalui kaedah benchmarking, kita dapat mengenal pasti elemen kurikulum yang melahirkan pelajar kreatif, inovatif dan berdaya saing, seperti yang diamalkan di Finland, Singapura dan Korea Selatan. Malaysia perlu menilai aspek kemahiran abad ke-21, penggunaan teknologi digital, serta penguasaan bahasa sebagai asas kepada daya saing global.

Namun, perbandingan ini tidak bermaksud meniru sepenuhnya sistem luar, sebaliknya menyesuaikan dengan nilai tempatan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kekuatan Malaysia ialah keseimbangan antara ilmu, nilai dan akhlak, tetapi kelemahannya masih wujud dalam aspek terlalu menekankan peperiksaan, kurang fleksibiliti dalam pembelajaran, serta jurang penguasaan bahasa Inggeris. Justeru, pemetaan kurikulum global dengan keperluan tempatan sangat penting agar kita tidak hilang identiti kebangsaan itu sendiri.

Selain itu, sistem pendidikan perlu lebih holistik dengan menekankan pendekatan student-centered learning, Project-Based Learning (PBL), serta integrasi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam PdP. Langkah ini akan menjadikan pelajar lebih bersedia menghadapi dunia sebenar, kreatif dalam penyelesaian masalah, dan mampu bersaing dalam ekonomi digital.

Sebagai contoh lain,antara perbandingan kurikulum yang ketara di Malaysia adalah apabila pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini(KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz(KBT).2 Kurikulum ini telah mengiktiraf subjek-subjek agama khususnya di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK) dan Sekolah Tahfiz Negeri diperingkat kebangsaan dan sekaligus dapat membantu pelajar dalam meneruskan pembelajaran diperingkat universiti dalaman mahupun di luar negara.

Secara tuntasnya, kurikulum Malaysia perlu diperkaya dengan elemen terbaik dunia tetapi tetap mengekalkan roh tempatan. Dengan mengimbangi antara kompetensi global seperti STEM, inovasi, dan literasi digital, serta nilai murni dan identiti kebangsaan, Malaysia mampu melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat antarabangsa, malah menjadi pemimpin masa depan yang berakhlak dan berjati diri.

Pandangan Saya. Perbandingan kurikulum penting agar murid Malaysia bukan sekadar cemerlang akademik, tetapi juga menguasai teknologi, komunikasi global dan daya fikir kritis. Dengan mencontohi amalan terbaik negara maju, murid kita dapat dilatih menjadi berdaya saing, yakin, dan bersedia menghadapi cabaran dunia moden.

MOHD HASROL BIN ABD HALIM CS 1
Menurut pandangan saya, sistem pendidikan di Malaysia perlu berubah seiring dengan keperluan dunia semasa. Kurikulum kita sekarang masih banyak menekankan hafalan dan peperiksaan, sedangkan di peringkat global, pelajar dilatih untuk berfikir kritis, menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu yang baharu. Oleh itu, saya berpendapat Malaysia perlu membuat perbandingan dengan kurikulum negara maju agar dapat membina sistem yang lebih seimbang.

Sebagai contoh, Finland menekankan kesejahteraan pelajar dan kemahiran hidup berbanding ujian berterusan. Sistem ini berjaya melahirkan pelajar yang kreatif dan berdikari. Bagi saya, Malaysia boleh mengambil pendekatan ini dengan mengurangkan penilaian berasaskan peperiksaan, dan menggantikannya dengan tugasan projek yang menggalakkan daya fikir.

Selain itu, Singapura telah membuktikan bahawa keseimbangan antara STEM dan kemahiran insaniah mampu menjadikan pelajarnya lebih kompetitif. Menurut pandangan saya, Malaysia juga perlu menekankan kemahiran komunikasi global seperti penguasaan bahasa asing dan keberanian berdebat di pentas antarabangsa, di samping mengekalkan kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi.

Saya juga melihat bahawa negara Jepun dan Korea Selatan berjaya kerana mereka mendidik pelajar dengan disiplin dan etika kerja yang tinggi. Jika nilai ini diterapkan secara lebih tersusun dalam kurikulum Malaysia, kita bukan sahaja dapat melahirkan pelajar cemerlang, malah insan yang berakhlak dan berdaya tahan.

Akhir sekali, menurut pandangan saya, fleksibiliti yang diamalkan oleh UK dan Amerika Syarikat dalam memberi pilihan kepada pelajar juga wajar dicontohi. Malaysia sepatutnya memberi peluang kepada pelajar memilih subjek mengikut minat sejak peringkat awal, agar mereka lebih fokus membina masa depan dalam bidang yang diminati.

Secara keseluruhannya, jelas bahawa perbandingan kurikulum amat penting bagi memperkukuh sistem pendidikan negara. Menurut pandangan saya, Malaysia perlu menggabungkan kekuatan pelbagai model kurikulum dunia untuk membina satu sistem hibrid yang seimbang antara pencapaian akademik, kemahiran abad ke-21, serta nilai moral dan identiti  kebangsaan. Dengan pendekatan ini, kita bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga memiliki daya fikir kritis, kreativiti tinggi, beretika, dan berdaya saing di peringkat global.

KU SUFIAH BINTI KU YAAKOB CS1
Pada pandangan saya, perbandingan kurikulum sangat diperlukan bagi membantu Malaysia melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global (menguasai ilmu & kemahiran abad ke-21), beridentiti nasional (bangga dengan budaya & bahasa sendiri) dan seimbang (intelek, emosi, sosial, etika).

1.     Kontekstual (ikut budaya & keperluan Malaysia)

-Kurikulum mesti berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

-Nilai budaya, bahasa, agama, dan kepelbagaian etnik perlu diintegrasi.

-Contoh: Pendidikan Muzik mengekalkan elemen lagu rakyat sambil memperkenalkan muzik global.

2.     Holistik (gabung pengetahuan, kemahiran, nilai)

-Bukan hanya fokus akademik, tetapi juga pembangunan sahsiah, emosi, dan sosial.

-Aktiviti kokurikulum, pendidikan seni, sukan, dan nilai murni digabung dalam sistem persekolahan.

-Hasilnya: pelajar bukan sahaja pandai dalam akademik, tetapi juga berakhlak dan berkemahiran insaniah.

3.     Berorientasi Masa Depan (digital, global, lestari)

-Kurikulum perlu bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan era AI.

-Literasi digital, STEM, kelestarian alam, dan isu global menjadi sebahagian pembelajaran.

-Contoh: penggunaan Google Classroom, coding dalam kurikulum, Pendidikan Alam Sekitar.

4.     Berteraskan Guru (autonomi & pembangunan profesional)

-Guru ialah pelaksana utama kurikulum.

-Autonomi diberikan agar guru boleh menyesuaikan PdP mengikut tahap murid.

-Latihan profesional berterusan (PLC, kursus, penyelidikan tindakan) perlu diperkukuh untuk meningkatkan kualiti pengajaran.

MUHAMAD NOOR BIN ROSLEE CS2
Pada pandangan saya , kita perlu mengenalpasti matlamat dan falsafah pendidikan yang merangkumi matlamat fan falsafah di Malaysia dan juga di luar negara. Seterusya, kita perlu bandingkan struktur dan kandungan di Malaysia ddengan negara-negara yang maju. Selain itu juga, kita perlu melihat kepada perbezaan kaedah pengajaran. Dengan melihat perbezaan ini, kita dapat memberi idea bagi memperbanyakkan kaedah pengajaran yang pelbagai. Yang terakhir , kita perlu melihat kepada sistem penilaian yang diamalkan di Malaysia dan juga negara-negara lain. Dengan itu, kita dapat melihat kepentingan menilai pelajar secara lebih menyeluruh, bukan hanya sekadar akademik semata-mata.

SITI RAHAYU BINTI ARIFIN CS3
Pada pandangan saya, perbandingan kurikulum bagi membantu Malaysia melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global dapat dibuat melalui kajian literatur, laporan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA, serta melalui analisis kurikulum negara-negara lain. Menurut Tyler(1949), kurikulum dianalisis dalam 4 perkara iaitu matlamat, isi kandungan, strategi pelaksanaan dan kaedah penilaian. melalui kaedah ini, kita dapat menilai sejauh mana tahap keberkesanan kurikulum kita yang sedia ada dan adalah ianya sesuai untuk digunakan secara berterusan atau perlu ditambahbaik untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. selain itu, perbandingan juga dapat dilakukan melalui beberapa program lain seperti program pertukaran akademik, lawatan penanda aras, kerjasama dengan dengan negara-negara lain serta membuat penilaian keberkesanan dasar pendidikan sedia ada.

SITI SARAH BINTI YUSUF CS2
Pada pandangan saya, membuat perbandingan kurikulum merupakan satu pendekatan penting dalam memastikan Malaysia mampu melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat global. Hal ini adalah kerana kita dapat menilai kelebihan dan kekurangan kurikulum tempatan berbanding negara-negara lain yang lebih maju. Proses perbandingan tersebut juga dapat membantu penggubal dasar mengenal pasti elemen yang boleh ditambah baik sama ada dari aspek kandungan, kaedah pentaksiran mahupun strategi pengajaran. Bukan itu sahaja, perbandingan kurikulum telah membuka ruang inovasi pendidikan. Malaysia boleh mengadaptasi pendekatan terbaik daripada negara-negara maju yang lain dan sekali gus mengekalkan identiti kebangsaan.

GRACE LEE AI LEAN CS3
Perbandingan Kurikulum bagi Melahirkan Pelajar Malaysia yang Kompetitif di Peringkat Global

Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, sistem pendidikan sesebuah negara memainkan peranan penting dalam membentuk modal insan yang berdaya saing. Bagi Malaysia, usaha untuk melahirkan pelajar yang kompetitif di peringkat antarabangsa memerlukan penambahbaikan berterusan terhadap kurikulum kebangsaan. Salah satu pendekatan yang berkesan ialah melalui kajian perbandingan kurikulum dengan negara-negara yang telah terbukti berjaya dalam menghasilkan pelajar berprestasi tinggi. Pendekatan ini membolehkan pihak berkepentingan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sistem sedia ada, seterusnya merancang strategi pembangunan kurikulum yang lebih relevan dan berkesan.

1. Penetapan Matlamat Kajian Perbandingan

Langkah pertama dalam membuat perbandingan kurikulum ialah menetapkan matlamat kajian dengan jelas. Penyelidik perlu menentukan aspek yang ingin dianalisis, contohnya sejauh mana kurikulum Malaysia menekankan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kreativiti, komunikasi dan kolaborasi. Penetapan fokus ini penting agar kajian yang dijalankan tidak bersifat umum, sebaliknya tertumpu kepada aspek yang memberi impak besar kepada kebolehsaingan pelajar.

2. Pemilihan Negara Perbandingan yang Sesuai

Langkah seterusnya ialah memilih negara perbandingan yang sesuai. Negara-negara seperti Finland, Singapura dan Korea Selatan sering dijadikan rujukan kerana pencapaian mereka yang cemerlang dalam pentaksiran antarabangsa seperti PISA dan TIMSS. Finland misalnya terkenal dengan pendekatan pembelajaran holistik dan tekanan peperiksaan yang rendah, manakala Singapura pula menekankan kecemerlangan akademik, inovasi serta pembelajaran STEM. Dengan membuat perbandingan dengan negara berprestasi tinggi, penyelidik dapat memperoleh gambaran jelas tentang amalan terbaik yang boleh disesuaikan ke dalam konteks Malaysia.

3. Penentuan Aspek-Aspek Kurikulum yang Hendak Dibandingkan

Bagi memastikan perbandingan lebih sistematik, penyelidik perlu menentukan dimensi utama kurikulum yang akan dikaji. Antara aspek yang lazim dianalisis termasuklah falsafah dan matlamat kurikulum, struktur kandungan, pendekatan pedagogi, kaedah pentaksiran, pembangunan kemahiran abad ke-21, penggunaan teknologi dalam pembelajaran serta latihan dan pembangunan profesional guru. Analisis ini boleh dilakukan melalui pendekatan analisis kandungan terhadap dokumen rasmi seperti Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), laporan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta laporan antarabangsa daripada UNESCO atau OECD.

4. Penggunaan Model Perbandingan Kurikulum

Dalam proses menganalisis data, penyelidik boleh menggunakan model perbandingan kurikulum seperti Model Bereday yang melibatkan empat peringkat: deskriptif, interpretatif, juxtaposisi dan perbandingan. Melalui pendekatan ini, persamaan dan perbezaan antara sistem pendidikan Malaysia dan negara lain dapat dikenal pasti secara sistematik. Sebagai contoh, Malaysia masih menekankan pendekatan pengajaran tradisional berbanding Finland yang lebih berpusatkan murid. Malaysia juga bergantung pada peperiksaan berpusat, manakala Finland menekankan pentaksiran berasaskan sekolah yang lebih holistik.

5. Pengenalpastian Jurang dan Cadangan Penambahbaikan

Hasil perbandingan ini membolehkan penyelidik mengenal pasti jurang dan kelemahan dalam sistem pendidikan negara. Antara jurang yang sering dikenal pasti termasuklah kurangnya penekanan terhadap kreativiti, pembelajaran berasaskan projek, penguasaan teknologi digital serta kemahiran komunikasi global. Penemuan ini penting untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kurikulum seperti memperkukuh pembelajaran STEM, meningkatkan latihan guru dalam pedagogi inovatif, mengurangkan kebergantungan kepada hafalan, dan memperkenalkan pendekatan pembelajaran rentas budaya bagi menyediakan pelajar menghadapi cabaran dunia sebenar.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, perbandingan kurikulum merupakan satu strategi penting bagi membantu Malaysia memperkukuh sistem pendidikannya agar setanding dengan negara maju. Pendekatan ini bukan bertujuan meniru sepenuhnya kurikulum negara lain, sebaliknya menyesuaikan amalan terbaik tersebut dengan konteks tempatan. Melalui usaha ini, diharapkan Malaysia dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai kemahiran insaniah, inovatif dan mampu bersaing di pentas global.

NOOR AINI BINTI HASHIM CS3
Pada pandangan saya, perbandingan kurikulum ialah satu pendekatan untuk menilai, menganalisis dan melihat persamaan serta perbezaan antara kurikulum dalam negara atau dengan negara lain. Dari sudut kepentingan kepada pendidikan di Malaysia, ia penting kerana:

1. Penambahbaikan kualiti pendidikan

Membantu pihak pembuat dasar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan kurikulum sedia ada.

Memberi idea baharu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. Penyesuaian dengan perkembangan global

Membolehkan Malaysia menyesuaikan kurikulum dengan keperluan semasa dunia seperti Revolusi Industri 4.0, kemahiran digital, dan kecekapan global.

Mengelakkan sistem pendidikan kita ketinggalan berbanding negara lain.

3. Memastikan kesesuaian dengan konteks tempatan

Dengan membuat perbandingan, kita dapat menyesuaikan elemen kurikulum luar yang baik dengan nilai, budaya dan aspirasi nasional.

Membantu menghasilkan murid yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. Rujukan untuk inovasi

Memberi inspirasi kepada guru dan perancang kurikulum untuk memperkenalkan kaedah pembelajaran kreatif dan inovatif.

Contoh: pendekatan STEM, pembelajaran berasaskan projek atau integrasi teknologi.

5. Menyokong agenda nasional

Perbandingan membantu memastikan kurikulum Malaysia sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Menyokong matlamat melahirkan murid berdaya saing di peringkat global.

Kesimpulannya, perbandingan kurikulum penting kerana ia bukan sekadar “meniru” sistem lain, tetapi sebagai cermin untuk memperbaiki sistem kita sendiri agar lebih relevan, efektif, dan selaras dengan aspirasi Malaysia serta cabaran dunia.

Perbandingan Kurikulum untuk Melahirkan Pelajar Kompetitif di Peringkat Global

Mengambil Inspirasi daripada Sistem Pendidikan Global

Finland: menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman, kreativiti, dan kesejahteraan murid.

Singapura: memberi tumpuan kepada STEM, disiplin akademik ketat, dan penggunaan teknologi terkini.

Jepun: menitikberatkan nilai moral, disiplin, serta budaya kerja berpasukan.

o   Malaysia boleh menyesuaikan kekuatan ini mengikut konteks tempatan.

Keseimbangan antara Akademik dan Kemahiran Insaniah

Kurikulum perlu menekankan 21st Century Skills (kemahiran berfikir kritis, kolaborasi, kreativiti, komunikasi).

Mata pelajaran tradisional (Matematik, Sains, Bahasa) kekal penting tetapi disepadukan dengan projek berasaskan penyelesaian masalah sebenar.

Integrasi Teknologi dan Literasi Digital

Bandingkan dengan negara seperti Korea Selatan yang maju dalam EdTech.

Malaysia perlu melatih murid menjadi pengguna aktif dan kreatif teknologi, bukan sekadar penerima.

Penerapan Nilai Global dan Identiti Nasional

Untuk bersaing di peringkat antarabangsa, pelajar Malaysia mesti fasih dalam Bahasa Inggeris, selain memelihara kekuatan Bahasa Melayu sebagai identiti nasional.

Penerapan nilai sejagat seperti toleransi, kepimpinan, dan etika global menjadikan murid lebih diterima dalam konteks dunia.

Penilaian Lebih Fleksibel

Kurikulum antarabangsa (contoh: IB – International Baccalaureate) menggunakan penilaian berasaskan projek, kajian kes, dan refleksi.

Malaysia boleh memperluas penilaian formatif dan autentik, bukan hanya peperiksaan berpusat.

Di sini dapat di lihat bahawa perbandingan kurikulum dengan negara maju membolehkan Malaysia mengenal pasti jurang dan peluang. Dengan menyesuaikan pendekatan terbaik seperti pembelajaran holistik Finland, kecemerlangan akademik Singapura, dan nilai disiplin Jepun Malaysia dapat membentuk kurikulum hibrid yang seimbang. Hasilnya, murid bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berdaya saing, beretika, inovatif, serta mampu menjadi warganegara global yang kompetitif.

NURHAYATI BINTI MOHD AZELAN
Perbandingan kurikulum sangat membantu Malaysia melahirkan pelajar yang kompetitif peringkat global. Ada banyak kaedah untuk membantu melahirkan pelajar yang kompetetif antaranya,

1. Mengkaji semula dasar-dasar pendidikan dan kurikulum lalu.

Malaysia telah melalui banyak fasa kurikulum. Bermula dengan

i- Era Pra-Kemerdekaan

ii- Pasca Kemerdekaan

iii- Era penyeragaman

iv- Era KBSR dan KBSM

v- Era KSSR dan KSSM

vi-Era Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Semakan Kurikulum)

Sehinggan kini, KPM tidak pernah berhenti menambah baik kurikulum di Malaysia. Setiap perubahan era ini sentiasa menitik beratkan penambahbaikan dari kurikulum sebelumnya bagi memastikan Kurikulum yang lebih relevan dan terkini.

2. Menjalankan analisis perbandingan dengan negara maju

Mahu atau tidak, kurikulum Malaysia perlu seiring dan mampu menyaingi kurikulum negara luar bagi membolehkan kita melahirkan hasil pelajar yang mampu bersaing di peringkat global. Justeru, Malaysia boleh membuat perbandingan kurikulum dengan negara yang mempunyai sistem pendidikan cemerlang seperti Finland, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Daripada analisis itu, Kementerian Pendidikan dapat mengenal pasti  elemen-elemen yang menjadiakan kurikulum tersebut cemerlang. Kajian perlu menyeluruh seperti dari sudut pendekatan yang digunakan, kaedah penilaian serta kaedah untuk matlamat menjadi insan beradab.

2. Menilai kesesuaian dengan konteks tempatan

Setelah mengambil faktor yang meningkatkan kecemerlangan negara kurikulum negara luar,  elemen-elemen tersebut perlu diambil dan dikaji. Faktor utama kajian Adalah kesesuaian elemen tersebut untuk diadaptasi di Malaysia. Perbandingan bukan untuk mencari kekurangan, tetapi untuk mencari ruang untuk dilaksanakan penambahbaikan. Perlu diingat, kesesuaian setiap negara adalah berbeza dari segi adat dan budaya, nilai sosial, taraf ekonomi juga kaedah kefahaman sesebuah negara mahupun budaya.

3. Meningkatkan kemahiran abad ke-21

Antara elemen penting dalam perbandingan kurikulum ialah  jurang dalam kemahiran abad ke-21, elemen ini merangkumi kemahiran berfikir kritis, kolaborasi, kreativiti dan literasi digital.elemen 6C iaitu Critical Thinking, Creativity, Communication, Collaboration, Citizenship dan Character perlu diketengahkan kerana elemen ini yang akan membentuk murid yang mampu berfikir aras tinggi tanpa mengenepikan adab dan sahsiah.agar lebih bersedia menghadapi cabaran globalisasi, Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital.

4. Memperkuat peranan guru dan pedagogi

Guru merupakan ejen perubahan. Justeru guru perlu sentiasa memperbaharui dan menambah ilmu dana amalan pengajaran. Negara maju memberi tumpuan besar kepada latihan guru. Melalui perbandingan, Malaysia dapat memperkukuh pendidikan guru, strategi pedagogi digital dan pentaksiran autentik.Ini penting supaya pelaksanaan kurikulum yang baharu benar-benar efektif dan tidak hanya indah di atas kertas.

5. Menetapkan piawaian global

Perbandingan kurikulum juga membantu Malaysia menetapkan standard pembelajaran sejagat, misalnya melalui rujukan kepada Programme for International Student Assessment (PISA) atau Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).Ini membolehkan pelajar Malaysia dinilai dan dilatih berdasarkan piawaian global, menjadikan mereka lebih kompetitif.Tidak dilupakan, tahap pembelajaran ini juga akan menyumbang kepada tahap pelaburan yang akan dibawa masuk ke Malaysia kerana isu Pendidikan memainkan peranan sangat penting dalam sesebuah pelaburan.