TAMADUN ISLAM by lily azman

HUBUNGKAIT ANTARA BATU BERSURAT TERENGGANU DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM.
Batu Bersurat Terengganu ini ditemui pada tarikh 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan 22 Februari 1303 Masihi.

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Tujuan utama batu bersurat ini ditulis adalah sebagai dokumen undang-undang di mana jelas dinyatakan hukuman termasuk hukum hudud. Hukum Hudud adalah salah satu daripada undang-undang syariah Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT didalam Al-Quran.

Melalui penerangan diatas jelas bahawa Batu Bersurat Terengganu mempunyai kaitan dengan undang-undang Syariah Islam.

Untuk pembacaan, layari :
http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2286 (Blog Rasmi Jabatan Peguam Negara)

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu ini jelas menunjukkan bahawa ia mempunyai perkaitan dengan sejarah perkembangan Islam di Nusantara pada ketika itu.

Perkembangan Islam dan proses Islamisasi di Nusantara dengan pelbagai faktor antaranya ialah kemasukan pedangang-pedagang arab melalui jalur perdangangan. Sejak awal abad ke-7 Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara merupakan jalur perdagangan utama antara Asia Barat dan Timur Jauh serta kepulauan rempah-rempah Maluku. Semenanjung Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dari gugusan pulau-pulau Nusantara. Bila saudagar-saudagar Arab dan lainnya singgah di pelabuhan-pelabuhan Nusantara, mereka juga singgah di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung. Oleh itu, islam terus berkembang di Nusantara termasuklah di Semenanjung.

Dikatakan Kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu adalah Kerajaan Kelantan iaitu pada pertengahan abad ke-12 dan ia dapat dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan diplomatik yang pertama dijalinkan di Semenanjung Tanah Melayu adalah dengan Kerajaan China melalui hubungan perdangan dan politik. Perhubungan itu terjalin pada 28 Oktober 1403 Masihi diantara Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung lo. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam. (Sumber: http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Politik_Diplomatik.htm )

Untuk pembacaan lanjut, layari artikel :