KNOWLEDGE BOARD by Ernie Lydiana Supitang

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
SEBAGAI CONTOH : MELAKA adalah Kerajaan Islam pertama di Nusantara yang dapat melaksanakan Undang-undang Syariat secara tersusun apabila usaha-usaha untuk melakukan kodifikasi Undang-undang Islam bermula pada zaman Sultan Mohammad Shah (1284-1341M). Walaupun Kerajaan Islam telah wujud di Perlak sejak 840M, dan Marco Polo mencatatkan mengenai pelaksanaan Syariat di sana ketika kunjungannya pada 1292M, namun tidak ada bukti mengenai kewujudan undang-undang yang dikodifikasikan. Demikian juga halnya di Samudera-Pasai dan Melaka pada peringkat awal, di mana semua bentuk pelaksanaan Syariat adalah berdasarkan Kitab-kitab Fiqh Mazhab yang dibawa dari Arab atau Parsi, dan dilaksanakan mengikut interpretasi para ulamak semasa. Inilah bentuk pelaksanaan Syariat pada peringkat terawal di Nusantara. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M dikatakan bukti artifak terawal dalam pengkodifikasian Undang-undang Islam di rantau ini.

Mendepani sistem pentadbiran yang lebih cekap dan tersusun, dengan bantuan para ulamak, Sultan Muhammad Shah telah memulakan usaha untuk mewujudkan kod undang-undang yang tersusun bagi Negeri Melaka dan jajahannya, sehingga akhirnya berjaya melahirkan dua teks undang-undang, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang disiapkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1343-1373). Dengan wujudnya teks undang-undang yang berasaskan Syariat ini, Kerajaan Melaka telah mewujudkan pula jawatan pentadbiran pengadilan agama iaitu Qadhi yang dimulakan dengan pelantikan Maulana Syed Yusof Abdul Aziz, yang lebih terkenal dengan panggilan sebagai Qadhi Yusof pada zaman Sultan Muzaffar Shah ini. Walaupun tidak banyak dicatatkan mengenai peristiwa pelaksanaan syariat seperti di Samudera-Pasai, tetapi kewujudan kod undang-undang ini cukup untuk membuktikan berlakunya pelaksanaan Syariat di Melaka.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara.
UNSUR LUARAN
Unsur luaran teori kedatangan Islam dari China dikaji berdasarkan temuan batu nisan dan catatan sejarah China. Menurut S.Q Fatimi, batu nisan Fatimah binti Maimon bertarikh 1082M yang ditemui di Leran, Jawa Timur mempunyai persamaan dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.[14]  Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang menunjukkan bukti kedatangan Islam pada tahun 1303M. Sejarah Dinasti Shung( 960- 1279 T.M) membuat catatan tentang  kemasukan Islam di persisir pantai timur sejak tahun 977M.[15] Batu Bersurat ini menyamai batu nisan di Champa Selatan.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar.
Penyebaran Islam di Tanah Melayu sangat berkait rapat dengan peranan pemerintah. Minat dan sokongan raja-raja dan pembesar-pembesar negeri terhadap gerakan penyebaran Islam sangat penting. Contohnya, sultan-sultan di Acheh terlibat secara langsung dalam kegiatan ilmu pengetahuan dan penyebaran Islam. Antaranya ialah Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Syamsuddin al-Sumaterani dihantar ke Pahang untuk meyebarkan dakwah Islamiah. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam turut menjadikan Acheh sebagai pusat pengajian dan kebudayaan Islam sehingga digelar sebagai Serambi Mekah. Institusi istana menjadi pusat pendidikan pengajian ilmu dan penyebaran Islam. Peranan sultan Melaka seperti Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mansur Syah. Sultan Muzaffar Syah.