TOKOH PEREMPUAN PADA ZAMAN RASULULLAH by rayyyyyy

Pengenalan
Jarang sekali dapat menemui wanita hebat sepertinya dalam sejarah. Keimanannya yang mantap serta keberaniannya yang amat tinggi jarang dimiliki oleh seseorang wanita sepertinya, malahan keberanian dan keperkasaannya mengatasi kegagahan lelaki. Beliau menerima cahaya Islam apabila yakin dan berpuas hati dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Pengeb
Nama penuh beliau ialah Nusaybah Binti Ka’ab Bin ‘Amru, Bin ‘Auf, dan lebih dikenali sebagai Ummu ‘Umarah. Nusaybah berkahwin kali pertama pada zaman Jahiliah dengan Zaid Bin ‘Asim al-Mazini. Beliau memperolehi dua orang anak iaitu Abdullah dan Hubaib. Apabila Zaid meninggal dunia, beliau berkahwin pula kali kedua dengan Ghaziah Bin ‘Amru al-Mazini, dan memperoleh dua orang anak yang bernama Tamim dan Khaulah.

Nusaybah merupakan di antara golongan Ansar yang terawal memeluk Islam. Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengutuskan Mus’ab Bin ‘Umair ke Madinah al-Munawwarah untuk mengajar penduduk Madinah tentang Islam dan al-Quran. Nusaybah amat tertarik dengan dakwah dan ajaran Islam, lalu tanpa berlengah terus memeluk Islam.

Perempuan dari bani Najjar, saat 74 tokoh islam terdiri dari ulama, prajurit dan negarawan dari madinah berkumpul untuk bersumpah setia pada Nabi Muhammad SAW terdapat dua orang perempuan yaitu Nusaybah dan Umm Munee Asma, dia adalah salah satu tokoh wanita pertama dari madinah yang memeluk islam. Pada masa penyebaran islam di Madinah Nusaybah mengajarkan islam pada kaum hawa.

Sumbangan 1
Nusayba adalah salah satu tokoh pejuang perempuan islam yang bertempur dalam medan perang saat perang uhud berlangsung. Pada awalnya perang dia dalam perang seperti perempuan lain, iaitu menyediakan makan dan mengambil air saat kedua anaknya mengikut berperang dalam medan perang. Tatkala ramai yang bertempiaran lari, Nusaybah sekeluarga begitu berani mara untuk berjuang menentang musuh. Mereka berjuang bermati-matian mempertahankan Islam sebagaimana janji yang telah digubal pada Perjanjian Aqabah yang Kedua. Beliau memutuskan untuk mengambil pedang dan perisai untuk ikut membantu berperang. Nusaybah secara langsung memberikan perlindungan pada Nabi Muhammad SAW saat Nabi mendapat serangan, dalam melindungi Nabi dalam perang beliau mendapatkan beberapa luka pedang, panah dan tombak. Dia bahkan secara langsung memberikan tubuhnya menerima luka senjata untuk melindungi Nabi Muhammad SAW dan akhirnya beliau jatuh pengsan

Setelah dia sedar daripada pengsan seharian, apa yang diucapnya adalah "Adakah Nabi selamat?"

Luka-lukanya mengambil masa setahun untuk sembuh.
Nusaybah adalah tokoh perempuan pejuang islam yang berperang gagah berani sebagai seorang prajurit.

Sumbangan 2
Ketika munculnya Musailamah al-Kazzab yang mendakwa sebagai nabi di Yamamah, Rasulullah mengutuskan anak Nusaybah iaitu Hubaib Bin Zaid untuk menyampaikan surat Rasulullah kepada Musailamah. Musailamah bertanya kepada Hubaib, “Adakah aku ini utusan Allah?” Jawab Hubaib: “Tidak!.” Lalu Musailamah bertanya lagi, apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah? Maka dengan tegas Hubaib menjawab: “Ya, aku menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah!” Lantas Musailamah bertindak kejam terhadap Hubaib dengan memotong motong tubuhnya sehingga dia meninggal dunia. Ketika mengetahui bahawa anaknya Hubaib terbunuh, Nusaybah berazam untuk membunuh Musailamah. Lalu, dia turut serta bersama anaknya Abdullah dalam peperangan Yamamah. Namun takdir telah menentukan yang membunuh Musailamah bukannya Nusaybah tetapi anaknya Abdullah yang menuntut bela di atas kematian saudaranya Hubaib . Nusaybah menceritakan, “Tangan aku terpotong pada hari peperangan Yamamah, padahal aku sangat berhajat untuk membunuh Musailamah. Tiada sesiapa yang dapat melarangku daripada melakukannya sehinggalah aku melihat anakku Abdullah bin Zaid mengusap pedangnya dengan pakaiannya, lalu aku bertanya kepadanya: “Engkaukah yang membunuhnya (Musailamah)?.” Dia menjawab “Ya.” Kemudian aku bersujud kepada Allah kerana bersyukur.

Begitulah secebis kisah Nusaybah yang menonjolkan kehebatan dan keberanian seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya.