Planeterriors by Mazlima Omar

NUR AZIAYUNI BINTI AZHAR (BA20110395)
Pada pendapat saya, perkara yang menarik mengenai pendekatan Deep Ecology adalah teori ini menekankan bahawa kesemua benda- benda hidup mempunyai jiwa, nilai dan tanggungjawab yang tersendiri. Setiap benda hidup berada pada tahap kedudukan yang sama tanpa mengira spesies. Pegangan terhadap perkara ini menyebabkan manusia tidak boleh sewenang- wenangnya menggunakan atau memanfaatkan sumber alam sekitar yang ada demi kepentingan manusia. Oleh itu, kita boleh melihat secara jelas bahawasanya pendekatan ini adalah sangat radikal. Tidak dapat dinafikan setiap sumber alam mempunyai nilainya yang tersendiri dan sangat berharga. Namun begitu, sumber- sumber ini juga boleh dimanfaatkan oleh manusia secara terkawal demi kepentingan sejagat.

NUR AIN SAKINAH BINTI HISHAMUDDIN (BA20110157)
Pada pandangan saya, perkara yang menarik berkenaan konsep Deep Ecology adalah teori ini menegaskan tentang semua benda hidup yang wujud di bumi bukan hanya manusia sahaja, mereka turut mempunyai tanggungjawab dan hak mereka yang tersendiri. Ini termasuk dengan alam sekitar dan sistem ekologi yang dikatakan bahawa mereka juga mempunyai jiwa dan nilai serta taraf yang sama dengan manusia.
Deep Ecology ini juga memperlihatkan tentang keistimewaan mereka apabila mereka menekankan bahawa sumber bumi terhad yang mana ia adalah benar pada pendapat saya kerana sekiranya tidak ada teknologi atau usaha yang boleh menjamin keselamatan dan keberadaan mereka di bumi ini seiring dengan era modenisasi, keperluan manusia itu sendiri akan mengalami kesukaran dan terpaksa berdepan dengan cabaran yang lebih buruk seperti kekurangan sumber makanan berkhasiat.
Deep Ecology juga menarik dipelajari kerana melihat kepada tahap ekstrem dan radikal mereka dalam menjaga alam semula jadi namun kurang mempedulikan aspek kehidupan manusia walhal manusia adalah objek yang lebih wajar diutamakan.
Justeru itu, saya berpandangan bahawa Deep Ecology ini mempunyai intipati yang menarik dan wajar untuk dipelajari demi keupayaan alam semula jadi dan kehidupan manusia pada masa akan datang.

DAYANG NOR ATIQAH BINTI JAFRI (BA20110016)
Pada pendapat saya, antara perkara yang menarik mengenai teori 'Deep Ecology' ialah kerana ia bertentangan dengan konsep ‘shallow environmentalism’. Konsep ‘shallow environmentalism’ ini menggesa manusia untuk berusaha melindungi sumber semulajadi seperti hutan dan hidupan laut seperti ikan yang boleh menjadi sumber makanan dan pendapatan manusia. Konsep ini memperlihatkan bahawa manusia melindungi sumber semulajadi atas tujuan untuk memanfaatkan segala kelebihan sumber tersebut kepada kehidupan manusia sama ada tempoh jangka pendek ataupun panjang. Namun, berbeza dengan teori 'Deep Ecology' yang menyatakan bahawa semua makhluk yang wujud di dunia ini tidak kira manusia, alam semulajadi atau ekosistem kesemuanya memiliki nilainya tersendiri tanpa melihat kegunaannya untuk manusia. Ini selaras dengan salah satu dari 8 prinsip ‘Deep Ecology’ yang mengatakan ‘biodiversiti memiliki nilai intrinsik’ (dalam erti kata lain ia dianggap sebagai harta yang bernilai dengan sendirinya). Untuk melindungi ‘harta’ ini, Deep Ecology menekankan pelaksanaan satu perubahan yang radikal iaitu perubahan yang meliputi ideologi dan ekonomi manusia. Salah satunya adalah dengan mengurangkan populasi manusia supaya dapat mengurangkan campur tangan berlebih kepada manusia kepada kehidupan bukan manusia. Tidak dinafikan bahawa sebagai makhluk yang dikurniakan akal, kita seharusnya sedar bahawa kehidupan kita dapat dijalankan dengan adanya sumber-sumber yang datangnya daripada alam sekitar semulajadi, terutamanya seperti oksigen. Namun, manusia selalu alpa dan menggunakan kesemua sumber secara berlebihan malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. ‘Deep Ecology’ merupakan sebuah teori yang menarik kerana ia mengangkat nilai berharganya alam semula jadi yang semakin berkurangan kualitinya akibat penggunaan manusia yang berlebihan. Walaubagaimanapun, manusia merupakan makhluk yang sentiasa mendominasi kehidupan yang ada di muka bumi ini.  Untuk mengusahakan sebuah perubahan yang radikal berkemungkinan sukar untuk dicapai sepenuhnya melainkan manusia sendiri memiliki kesedaran dan mula bertindak untuk melindungi alam sekitar, meskipun kita bergantung kepadanya namun kita harus mengubah corak pemikiran mengenai alam semulajadi bahawa ianya wujud bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan manusia namun ia juga memiliki nilainya yang sama seperti manusia kerana mereka juga merupakan benda yang hidup.

PUTRI MAISARAH BINTI KHAIRUL BAHRI (BA20110567)
It seems to me that humans are not more important than other species in deep ecology concepts and theory, and the relationship between humans and nature needs to be radically readjusted accordingly. This movement refers to fundamental root causes and long-range questioning of the environment. The ecological and cultural diversity of natural systems will be preserved by redesigning the whole system. In my understanding, "deep ecology" is a philosophy or way of approaching ecological science, which implies that all life, not just human life, has inherent moral value. We are not adversely affected by the extinction of some species caused by humans, for example. Industrialization has the potential to benefit a wide range of people, even if it caused the extinction of some species. Similarly, these deep ecologists believe that human footprints are intrinsically bad, which is a common belief among deep ecologists. Life on Earth, including human life and nonhuman life, has value in itself that can also be referred to as intrinsic value. Non-humans can serve a variety of purposes, regardless of their usefulness to humans. In conclusion, regardless of whether the non-human world serves human purposes, these values continue to exist. Despite the fact that deep ecology asserts that all living things are interconnected parts of one larger self, I personally find this philosophy very interesting to adopt by scholars and academics. It asserts that there are no boundaries between self and other, and therefore, all living things are essentially part of one larger self. Also, from my perspective, I don't think those who supported deep ecology were obligated to adhere to a strict doctrine, rather, they could use the principles in their lives and communities as they saw fit. As I see it, this movement could potentially appeal to people of different religious, cultural, sociological, and personal backgrounds that can come together and embrace certain broad principles and philosophies, and methods of action that can be implies

SONIA SELIAN FREDERICK (BA20110631)
Deep Ecology menjadi menarik kerana ianya satu pendekatan alam sekitar yang memberi penekanan yang lebih kepada alam sekitar daripada manusia kerana fokus terhadap proses semula jadi yang berlaku terhadap alam sekitar itu sendiri. Maka secara tidak langsung, pendekatan ini akan menyebabkan seseorang itu akan meletakkan alam sekitar menjadi keutamaannya yang paling atas. Deep Ecology juga menekankan bahawa manusia dan alam itu adalah satu secara semula jadinya. Yang lebih menariknya lagi, apabila Deep Ecology ini berpendapat bahawa taraf antara manusia dan alam sekitar adalah sama dan tiada bezanya antara kedua benda tersebut. Hal ini kerana, pendapat ini mengatakan bahawa setiap benda hidup di dunia ini berada di kedudukan yang sama dan tiada yang tinggi atau rendah. Maka, secara tidak langsung individu yang mengamalkan pendekatan ini akan kurang mengambil perhatian terhadap manusia tetapi akan mengambil berat terhadap alam sekitar. Pengamal Deep Ecology ini akan bersikap agresif jika melibatkan proses menjaga kelestarian alam sehinggakan mereka sanggup mengabaikan keperluan asas terhadap manusia kerana mereka menganggap bahawa dalam sebarang hal, alam adalah lebih penting dan manusia hanyalah salah satu spesies yang hanya wujud di muka bumi ini. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Deep Ecology ini menarik disebabkan oleh semangat ekstrim pendekatan itu untuk cuba menjaga ketulinan dan kelestarian alam sehinggakan mereka sanggup mengetepikan sifat-sifat kemanusiaan.

NURUL AFIQAH BINTI MOHD YUNUS (BA20110170)
Saya tertarik dengan teori Deep Ecology kerana ia mengatakan bahawa manusia bukanlah satu-satunya populasi yang ada dibumi dan mempunyai nilai intrinsik. Malah, kewujudan benda hidupan bukan manusia juga mempunyai nilai intrinsik dan kepentingannya tersendiri. Teori ini juga menegaskan bahawa manusia dan segala kehidupan yang lain adalah sama taraf, tidak ada yang lebih tinggi, dan tidak ada yang lebih rendah. Walaupun begitu, Deep Ecology lebih memihak kepada alam sekitar dan kurang memberi pertimbangan kepada manusia. Bagi teori ini, campur tangan manusia ke atas kehidupan lain seperti alam sekitar hanya menyebabkan keadaan bertambah parah dan berada di luar kawalan. Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana pada masa ini kita boleh merasakan kesan lapisan ozon yang menipis disebabkan penggunaan daripada kilang-kilang untuk membuat alatan seperti elektronik demi kepentingan manusia. Tidak hairanlah sekiranya Deep Ecology mengetepikan kehendak manusia untuk menggunakan sumber alam untuk menjaga kepentingannya sehingga ia berada pada kedudukan yang lebih baik dari hidupan yang lain. Akhir sekali, saya tertarik dengan teori ini kerana ianya turut menumpukan kepada perubahan polisi yang mampu mengubah struktur ekonomi, teknologi, dan ideologi, justeru memfokuslan ideologikal daripada "meningkatkan taraf kehidupan" kepada "menghargai kualiti kehidupan".

Izzati Jamri (BA20110141)
Deep Ecology merupakan pendekatan yang didefinisikan sebagai mengurangkan penekanan ke atas timbal-balik yang rasional di antara manusia. Arne Naess (ahli falsafah Deep Ecology) memetik bahawa "tidak ada satupun spesies kehidupan yang memiliki hak melebihi spesies kehidupan yang lain". Dalam kata lain, Naess menolak idea yang menyatakan sesuatu kehidupan boleh disusun berdasarkan nilai relatifnya. Sebagai contoh, kedudukan manusia lebih tinggi berbanding haiwan kerana manusia lebih bernilai. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kesamarataan pada tatatingkat (hierarki) atau tidak ada suatu spesies yang mempunyai lebih hak berbanding spesies lain membuatkan pendekatan Deep Ecology ini menjadi lebih menarik. Tambahan pula, Deep Ecology ini memberikan tumpuan kepada semua spesies termasuklah spesies bukan manusia.