KUMPULAN 3 : FAKTOR DALAMAN KELAHIRAN ALIRAN PEMIKIRAN AKIDAH ISLAM by Azlinah Awang

Terjemahan: wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula mnetapkn dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga kesuatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kmu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. (surah al-Hajj 22: 5)

“Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara isinya ada ayat ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-Quran. Dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah, dan untuk mencari-cari takwilnya. Padahal tidak mengetahui takwilnya itu melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami” Dan tidak mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang orang yang berakal.” (surah Al Imran: 7)Ayat ini menjelaskan bahawa ayat-ayat suci Al-Quran terbahagi pada dua, 1) muhkamat, dan 2) mutasyabihat.

Umat islam kurang memahami konsep qada' dan qadar atau salah faham mengenainya yang menunjang dalam minda sudah tentu memberi impak negatif terhadap individu Muslim. Impak negatif tersebut pula terjelma melalui percakapan dan tingkah laku. Tidak hairanlah sekiranya sering kedengaran orang yang cetek pemahaman mengenai konsep tersebut mengungkapkan kata-kata yang menunjukkan bahawa Allah SWT itu zalim, manusia tidak mempunyai apa-apa daya upaya sehinggakan perbuatan yang dilakukan oleh manusia pun dikawal oleh Allah SWT,buruk dan baik adalah sama sahaja dan bermacam-macam maksud negatif lagi yang tersirat. Ungkapan begitu tidak terhenti di situ sahaja tetapi ia menular kepada perbuatan lalu Iahirlah tingkah laku yang buruk seperti tidak menunaikan suruhan agama dengan alasan masih belum ditakdirkan berbuat begitu.

Ulama Salaf
Adakah sifat Allah dikira sebagai zat atau tidak. Adakah Allah bersifat Salbiyah atau tidak dan lahir golongan Musyabbihah dan Mujassimah serta anatara mereka saling berhujah. Manakala al syairah berpendapat sifat sifat Allah bukan zat.Al quran menggalakkan supaya manusia berfikir.

Muktazilah berpendapat bahawa manusia mencipta sendiri perbuatanya dan tidak ada hubungan dengan qada dan qadar allah. Seterusnya, manusia tidak boleh brusaha sendiri kecuali di tentukan oleh allah seperti bulu yang berterbangan di udara pendapat dari Jabariah.

Rasulullah SAW melarang umat Islam daripada membincangkan isu ketuhanan, termasuklah persoalan sifat, namun selepas zaman sahabat,perbahasan mengenainya menjadi semakin rancak. Ini kerana persoalan akidah yang dahulunya diyakini sepenuhnya oleh umat Islam, telah menjadimedan perdebatan secara terbuka dalam kalangan ulama-ulama Islam.Pemikiran Islam terus bergolak dengan kemunculan banyak perbahasan ketuhanan. Perbincangan ini lahir antaranya ekoran usaha ulama-ulama Islamuntuk mempertahankan keagungan dhat Allah SWT dan membersihkanNya daripada sifat kekurangan. Ekoran daripada itu, lahirlah beberapa orang tokoh seperti Ja' d Ibn Dirham, Jahm Ibn Safwan, Wasil Ibn 'Ata', al-Asy' ari,al-Maturidi dan lain-lain. Meskipun mereka mempunyai misi yang sama untuk mentanzihkan Allah SWT daripada sifat kekurangan, namun metod yang digunakan berbeza dan bertentangan antara satu sama lain. Situasi ini mengundang kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam kalangan mereka yang mengakibatkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Mazhab al syairah berpendapat al quran adalah kalamullah dan bukanlah makhluk atau qadim. Manakala Al maturidiah berpendapat bahawa al quran adalah makhluk dan menyifatkanya sebagai makhluk

Ayat muhkamat menjadi ibu kitab yang jelas dan mesti diikuti.Manakala ayat mutasyabihat memberi ruang kepada akal dan mentakwil maksud sebenar. Perselisihan berlaku dalam ayat berkaitan akidah, sifat allah sebagai contoh firman Allah dalam surah Taha ayat 5. Maksudnya iaitu Allah ar rahman bersemayam di atas arasy.