MOOC TITAS by Qama Nina

Sejarah Batu Bersurat
Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang dengan ukiran yangg paling tua dan berbentuk tulisan jawi adalah batu bersurat yang pertama  dijumpai di Malaysia atau dikenali sebagai Tanah melayu iaitu berusia kira-kira 700 tahun dan ia bertarikh 702 H. Penemuan batu ini pada tahun 1899 oleh seorang ahli perniagaan Sayyid Husin bin Ghulam al Bukhari lalu Batu ini telah dibawa dan dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III dan telah ditempatkan di atas Bukit Puteri Kuala Terengganu.

Hubung Kait Antara Penemuan Batu Bersurat Di Terengganu Dengan Undang-undang Syariah Islam
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu mempunyai hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam disebakan pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah bermula pada abad ke-14 di negara ini. Hal ini kerana hasil penemuan Batu Bersurat di Terengganu.

Pada abad ke-14 telah wujudnya undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini. Hal ini demikian kerana pada tahun 1898, penemuan Batu Bersurat Terengganu mewujudkan teks perundangan Islam yang pertama ditulis di negara ini. Penemuan Batu Bersurat ini penting bagi perkembangan sejarah perundangan Syariah di negara ini kerana mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu pada abad itu. Sifat asas Batu Bersurat Terengganu merupakan artifak ataupun manuskrip yang penting kerana mengandungi peraturan negara dan masyarakat yang dijadikan rujukan semua lapisan masyarakat dalam soal agama Islam.

Fakta sejarah menunjukan bahawa Terengganu merupakan negeri-negeri terawal  di Tanah Melayu yang telah menerima kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu mengandungi konsep cara Islam yang syumul iaitu keterangan tentang konsep Tauhid yang dibuktikan dengan sistem perundangan Islam yang merupakan gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia meliputi 9 atau 10 hukum dalam bidang seperti mu’amalat iaitu tentang hutang piutang, undang-undang keterangan serta hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan hukuman bagi kesalahan zina.Selain itu, hal ini juga telah menjadikan Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam yang memainkan peranan penting dalam undang-undang Islam ketika itu. Hal ini dapat dibuktikan dengan hukum jenayah dan mu’amalah Islam yang menerangkan kesalahan mencuri, berzina dan perkara berkenaan dengan hutang piutang melalui catatan di Batu Bersurat Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu ini telah digubal berasaskan kepada dua perkara yang utama iaitu wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu. Hal ini demikian kerana Batu Bersurat Terengganu digubal apabila tamadun kerajaan Melayu-Islam telah bertapak secara kukuh di Terengganu. Selain itu, telah membentuk satu kerajaan negara kota yang tersusun dengan bilangan penduduk yang ramai dan berasaskan Bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa serta tidak memerlukan sistem perundangan bagi merancang dan menjamin kehidupan seharian masyarakat pada masa itu.

Di samping itu, bermulanya sistem tulisan jawi dan sejarah intelektual Islam yang berasaskan daripada Batu Bersurat Terengganu. Perkara ini telah berjalan dengan lancar disebabkan keberkesanan cara berdakwah oleh para mubaligh Islam yang terawal di Terengganu. Dengan cara menerapkan budaya agama Islam dengan mendekati pemerintah Melayu secara berhemah serta memperkasakan sistem komunikasi ilmu dan mekanisme.

Sejarah Perkembangan Islam Di Nusantara
Pengenalan Islam semakin berkembang di kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara iaitu Brunei, Melaka, Patani, Aceh, Banten dan Mataran. Kewujudan proses perdagangan dan pendidikan menyebabkan Agama Islam tersebar secara meluas.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan dan artifak-artifak lain di rantau ini. Penemuan batu nisan pada awal abad ke-11 Masihi di Champa serta di Gersik, Jawa. Penemuan Batu Bersurat Tetengganu pada tahun 1303 telah merekodkan penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di Utara Tanah Melayu serta pengislaman Raja Pasai pada tahun 1282. Pada akhir abad ke-15 kedudukan Islam telah kukuh di Tanah Melayu, Sumatera serta bahagian utara seperti Pula Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga membusi bahagian Maluku dan Sulu.

Teori Kedatangan Islam secara Langsung Dari Tanah Arab

Sejarah Cina mencatatkan bahawa pada abad ke-7 Masihi, pedagang-pedagang Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera pada tahun 684.

Selain itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid seorang nakhoda yang memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan seorang daripada kalangan mereka berketurunan Quraish belajar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Ketika sampai di Perlak mereka menghadap Raja Perlak di Acheh dan berjaya membuat baginda menganut agama Islam. Raja Perlak kemudiaannya mengahwinkan puteri baginda dengan mubaligh Quraish. Hasil daripada perkahwinan itu mereka mendapat seorang putera yang dinamakan sebagai Syed Abdul Aziz yang kemudiaannya menjadi Sultan Perak.

Selain itu pada tahun 1717 Masihi sebuah angkatan laut Islam yang mempunyai 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab dan menuju ke China. Ketika perjalanan, kapal-kapal tersebut telah berhenti di Ceyloon (Sri Lanka), Srivijaya dan Palembang. Mereka telah berdakwah dan menyebarkan Agama Islam ketika berhneti di Ceyloon, Srivijaya dan Palembang.

Perkembangan Budaya Ilmu

Pengajian Islam berpusat di Bandar masyur seperti Baghdad, Makkah, Madinah, Bukhara dan Samarkand Jabal Qubais sebelum pertengahan abab ke-19 merupakan tempat terakhir ulama yang arif dari seluruh dunia berkumpul dan menimba ilmu. Ulama Nusantara Melayu turut belajar di benua Arab seperti Yusuf Makasar, Daud Patani, Ismail Minangkabau dan Hamzah Fansuri. Umat Islam Nusantara Melayu menunaikan fardhu haji dengan mempelajari ilmu Islam daripada guru yang warak dan arif. Antara ulama yang belajar di Jabal Qubais ialan Datuk Laksamana Sungai Ujong, Sheikh Daud Patani dan Ahmad Mohamad Baqir dengan mengikuti sunnah Rasulullah iaitu belajar dengan seorang Sheikh yang mengamalkan ilmu serta berakhlak dengan ilmu. Perkembangan ilmu terjadi apabila penghijrahan para ulama selepas tamat perguruan ke Nusantara bagi mengembangkan syiar Islam. Perkembangan ilmu Islam bermula di kalangan penduduk nusantara melalui pengkaji Ilmu yang datang ke Nusantara dan kembali semula ke tempat asal mereka.

Hubungan Dan Jalinan Diplomatik Dengan Negara Sekitar
Hubungan diplomatik mendorong penyebaran Islam di Tanah Melayu dengan negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah.  Di Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerjaan Islam seperti Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Mekah dan sebagainya. Sheikh Abdul Kadir Ibn dan Sheikh Muhammad Yamani dari Mekah telah mengunjungi Acheh ketika zaman baginda. Tambahan pula, hubungan diplomatik dengan negara Acheh terjalin apabila Raja Perlak mengahwinkan anak baginda dengan salah seorang mubaligh Quraish

Di samping itu,  menjalinkan hubungan dengan negara sekitar contohnya negara-negara Eropah telah mendorong kepada penyebaran Islam. Negara-negara Eropah telah menggunakan peluang ini untuk memajukan negara mereka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengkaji budaya masyarakat Islam Andalusia sebanyak mungkin. Hal ini menyebabkan ilmu-ilmu Islam secara tidak langsung tersebar dengan cepat dan meluas.

Selain itu, negara Islam juga telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara Andalus. Pedagang-pedagang dari negara Islam telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan para pedagang Islam di Andalus. Pelbagai sistem nilai dan keilmuan Islam berjaya diperolehi oleh masyarakat Kristian melalui perdagangan ini. Andalusia telah berjaya menguasai perdagangan di setiap bandar besar Eropah. Secara tidak langsung, tamadun dan kebudayaan Islam tersebar meluas ke pelusuk dunia.

Jurnal
Batu Bersurat Terengganu
http://www.academia.edu/23980752/BATU_BERSURAT_TERENGGANU_BBT_SEBAGAI_SUMBER_SEJARAH_DAN_TAMADUN_ISLAM_DI_ALAM_MELAYU

Teori Kedatangan Islam di Asia Tenggara