Aktiviti 4.1 by Amal Syahmi

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu (BBT) yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan (BBT) itu adalah penting bagi sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
BBT adalah sumber asas dalam mengetahui tentang bagaimana bentuk pengamalan undang-undang Islam dalam institusi Melayu tradisi yang telah dilaksanakan dalam konteks zaman silam. Tambahan pula, BBT merupakan karya perundangan pertama yang pernah dihasilkan oleh masyarakat Melayu Islam. Tanpa maklumat yang terdapat dalam batu bersurat ini, kita mungkin akan gagal menjawab banyak tomahan buruk yang dilontarkan oleh sesetengah sarjana barat yang menyatakan bahawa bentuk pengamalan undang-undang Islam di zaman tradisi ini adalah kucar-kacir, tidak bertamadun, bersifat terlalu autokrasi dan tidak pernah dilaksanakan dalam masyarakat Melayu.

BBT juga sebagai sumber dalam membuktikan tahap kesarjanaan ulama Melayu di dalam usaha mereka mengajar, menuntut ilmu dan menerapkan perundangan Islam dalam masyarakat Melayu. BBT membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada masa itu sudah melahirkan para ilmuan dan memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam