MPU2163; REFLEKSI BAB 1(SEC25) by NUR ARIFAH BINTI SARBAINI BG

PERISTIWA KEJATUHAN SULTAN MELAKA MERUPAKAN PENGAJARAN YANG PENTING TERHADAP NEGARA. BINCANGKAN"
Negara malaysia hendaklah menjalankan hubungan diplomatik bersama  negara-negara lain  untuk mengukuhkan kestabilan politik negara.selain itu,pegawai-pegawai kerajaan perlulah  bekerja dengan bijak dan jujur dalam pemerintahan agar tiada persengketaan antara rakyat  dan pembesar. Seterusnya, elakkan sikap berpuak-puak dalam menjalankan pentadbiran  negara serta fitnah melampau seperti zaman kesultanan melayu melaka yang menjerumus  kepada kejatuhan sesebuah kerajaan.Selain itu,kita hendaklah mencontohi sikap kepimpinan para pemimpin melaka seperti  Sultan Muzaffar Shah, Tun Perak dan Bendahara Tun Ali dan  banyak lagi untuk mencapai kejayaan sesebuah negara. Akhinya,kita hendaklah sentiasa  berhati- hati dalam menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar yang mempunyai niat jahat  terhadap negara kita Sselain itu, sifat berusaha dan semangat nasionalisme perlu ada dalam diri setiap   pemimpin negara agar negara tidak akan ditawan dengan mudah ,contohi sifat Sultan Ahmad dan Sultan   Mahmud yang pada awalnya berundur setelah diserang portugis akan tetapi mereka tetap berusaha   dengan pelbagai cara untuk merampas kembali kerajaan Melaka  dari tangan portugis .Sifat pemimpin ini   yang harus dipuji dan dipraktikkan oleh pemimipin sekarang.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN DAN PENDIRIAN KESULTANAN MELAKA
Kerajaan Melayu Melaka merupakan kesinambungan Kerajaan Melayu Srivijaya.Kerajaan ini diasaskan oleh Parameswara atau Raja Iskandar Syah pada penghujung abad ke-14.Melaka menjadi kuat dan kukuh pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah dan Berjaya mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada pengukuhan kerajaan ini.

Antara faktor yang menyumbang kepada pengukuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah kebijaksanaan Sultan pemerintah Melaka.Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri,40 orang bentara yang menjalankan perintah raja dan melantik biduanda(orang suruhan raja) kecil.kemudian untuk melicinkan urusan negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai Pembesar Berempat yang kemudian dibantu Pembesar Berlapan,Pembesar Enam Belasdan Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab dengan bijak dan jujur.

Faktor kedua adalah Melaka sebagai pusat perdagangan.Oleh kerana kedudukan geografi dan strategik di pertengahan laluan perdagangan antara timur dan barat ,terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya ditambah pula sumber hasil negara seperti hasil pertanian dan hasil hutan yang banyak telah menyebabkan Melaka menjadi sebuah pelabuhan.Pelabuhan ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan.Ramai pedagang yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air menjadikan Melaka sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan.Sistem cukai dan surat kebenaran berniagamenjana ekonomi Melaka.Mata wang juga diperkenalkan agar memudahkan urusan dagangan.

Selain itu penerimaan agama islam turut menjadi faktor penyumbang.Setelah Raja Kedua Melaka iaitu Mahkota Iskandar Syah memeluk agama islam,beberapa pembaharuan telah dilaksanakan bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan dan kesejahteraan rakyat.Peluasan perdagangan dan hubungan antarabangsa juga dapat dikukuhkan.Melaka juga menjadi pusat pendakwahan dan perkembanganagama islam.Hal ini mendoronglebih ramai pedagang islam ke Melaka.Pedagang asing juga berkemungkinan berkahwin dengan gadis Melaka,sekaligus memeluk agama islam.

Tuntasnya,kekukuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada dari aspek politik,ekonomi,mahupun sosial.

KESAN-KESAN POSITIF PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH AIR
Dari segi politik, munculnya semangat nasionalisme; orang Melayu mula bersatu dan tertubuhnye persatuan-persatuan  yang bercorak kenegerian sepeti Persatuan Melayu Kelantan dan Persatuan Melayu Perak. Hal ini menyebabkan, pada tahun1946, wujudnya penentangan secara besar-besaran oleh orang melayu terhadap pengenalan Malayan Union.
Dari segi ekonomi pula,pelbagai infrastruktur baru yang wujud dan dibaik pulih.Pada zaman penjajahan ini Tanah Melayu diperkenalkan dengan sistem perubatan moden dan hospital juga dibina.Selain itu,jalan denai dan kereta lembu yang digunakan telah digantikan dengan jalan raya dan kenderaan bermotor. Seterusnya, penggunaan matawang juga diperkenalkan di Tanah Melayu
Dari segi sosial pula, wujudnya sekolah vernakular yang membolehkan penduduk tanah melayu menyambung pelajaran kepada peringkat yang lebih tinggi dan melayakkan penduduk tanah melayu pada masa itu bekerja.Hal ini mewujudkan keyakinan dalam kalangan orang melayu untuk memerintah negara sendiri akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran.

KESAN-KESAN NEGATIF PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH AIR
Terdapat pelbagai kesan negatif penjajahan di tanah air .Salah satu kesannya ialah penjajah telah memonopoli sumber ekonomi seperti rempah-ratus dan bijih timah .Selain itu, penjajah telah mengawal pentadbiran secara langsung di negeri-negeri melayu .Sebagai contoh ,British telah memperkenalkan sistem residen yang menggantikan sistem pentadbiran tradisional .Hal ini telah menyebabkan sultan dan pembesar melayu telah kehilangan kuasa. Kemasukan Jepun di tanah air juga telah memberikan banyak kesan negatif .Antara kesan dari segi sosial ialah permusuhan antara kaum .Hal ini adalah akibat daripada layanan orang Jepun yang amat baik terhadap orang melayu berbanding dengan layanan terhadap orang-orang cina .Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang cina terhadap orang melayu . Kesan-kesan negatif dari segi ekonomi ialah perusahaan bijih timah dan getah yang pesat sebelum ini telah merosot dan hampir terhenti ekoran kerosakan dan kemusnahan pada lombong ,ladang dan kilang ketika serangan Jepun untuk menakluki tanah air .Selain itu ,nilai mata wang negara jatuh dengan teruk .Hal ini kerana mata wang "daun pisang" yang diperkenalkan oleh Jepun tidak bernilai kerana tidak mengawal percetakkannya . Kesimpulannya , penjajahan kuasa asing telah memberikan pelbagai kesan negatif terhadap Tanah Melayu.