TUGASAN TUTORIAL YBP 223 by bbb jjj

The Last Game
Iklan pilihan: Nike: The Last Game

Link: https://youtu.be/FbAomoT6VaY

Iklan yang dipilih adalah iklan jenama yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi dalam bidang kesukanan iaitu NIKE. Syarikat ini sememangnya terkenal dalam mengeluarkan iklan-iklan yang berkesan. Iklan ini telah dikeluarkan pada tahun 2014, iaitu semasa kempen Piala Dunia berlangsung. Antara aspek penting mengapa iklan ini dipilih adalah pertama dari aspek mesej. NIKE menyampaikan mesej yang sangat berkesan dalam iklan ini. Mesej yang disampaikan adalah semangat kesukanan dan pentingnya kita mengambil risiko dalam apa jua keadaan. Ini boleh difahami dengan jelas melalui plot iklan dan Ronaldo De Lima, salah satu figura amat penting dalam dunia bola sepak berkata dalam iklan, ‘There is no greater danger than playing safe’. Mesej boleh dinterpretasikan dengan kita perlu keluar daripada zon selesa dan menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain kerana itu yang menjadikan kita istimewa. Kreativiti iklan juga menjadikan iklan menjadi sangat berkesan, NIKE berjaya mengadaptasi mesej ke dalam sebuah konsep penceritaan yang sangat menarik untuk ditonton. Karakter ahli sukan dibentuk dengan sangat baik menjadikan tidak jauh beza dengan realiti meskipun animasi 3D yang digunakan. Kesimpulannya, kreativiti iklan sememangnya sangat baik tanpa mengaburi mesej sebenar iklan.

Market Segmentation
Iklan Pilihan: McD ads in different countries

Link: https://youtu.be/pMLrVP_E-jA

Sebenarnya saya sudah bentang untuk soalan ini, jadi hanya saya menggunakan iklan yang sama. Iklan tersebut adalah  daripada McDonald’s. Syarikat ini sememangnya terkenal dengan iklan dan produk lokalisasi mereka. Jadi mereka menggunakan segmentasi pasaran tertentu bagi menyesuaikan apa yang dikeluarkan oleh mereka kepada pengguna. Segmentasi umum apabila berkaitan lokalisai adalah sudah tentu budaya dalam sesuatu tempat. Contohnya, Bacon di negara USA, Kebab di negara Arab Saudi, Paneer di negara India dan lain-lain jika dari segi menu itu. McD juga menyesuaikan iklan mereka sesuai budaya masyarakat, contohnya Vietnam yang menjadikan gay sebagai iklam mereka dan rempah-ratus untuk India. Ini adalah iklan yang dekat dengan masyarakat disitu. Dan sudah tentu ia juga akan mendatangkan isu jika digunakan dinegara yang lain. Contohnya, iklan gay di Vietnam itu jika digunakan di Malaysia sudah tentu ia akan mendatangkan kontrovesi kerana negara kita memang tidak menyokong kegiatan LGBTQ. Atau Bacon di USA juga tidak sesuai dalam negara kita yang berlandaskan undang-undang agama islam.

Penyelidikan Sekunder
Produk & Perkhidmatan: Fasion Artist, Designer, Watercolorist by Hardiana

Sumber : Instagram hardianaofficial

Pilihan kumpulan adalah usaha persendirian daripada Hardiana. Ia menyediakan hand painted skarf batik, jubah tidur, dan casual painted silk outfits. Perkara yang positif didapati daripada produk Hardiana ini adalah keasliannya. Ini kerana hasil kerja yang dibuat adalah daripada mereka sendiri. Mereka menggunakan kreativiti yang dimiliki sebagai satu daya tarikan produk mereka. Walaubagaimanapun , varian kepada produk itu agak terhad iaitu ia hanya fokus kepada aksesori pemakaian atau pakain tertentu sahaja. Dari segi penjenamaan juga menghadapi sedikit permasalahan, ini kerana tidak banyak sumber berkaitan produk atau perusahaan mereka ini, melalui ini dapat disimpulankan bahawa penjenamaan tidak begitu baik.

Brand Positioning
Iklan Pilihan: Malaysia Awaits You

Link: https://youtu.be/k7NCPsPKnag

Iklan yang dipilih adalah daripada Malaysia Airlines pada tahun ini. Berdasarkan iklan dapat difahami objektifnya adalah untuk menjadikan Malaysia Airlines sebagai pilihan untuk menjelajah bumi Malaysia dan meneroka budayanya. Untuk posisi penjenamaan dalam adalah  psychological position. Ini kerana jenama dikaitkan dengan penerokaan budaya sesuatu tempat atau destinasi pelancongan. Posisi jenama juga boleh jadi sebagai preemptive position. Ini kerana Malaysia Airline merupakan operator utama penerbangan di Malaysia dari dulu hingga ke hari ini.

Ringkasan Media Timberland
Iklan yang dikeluarkan oleh Timberland ini adalah salah satu bentuk tanggungjawab sosial organisasi. Ianya fokus kepada pemuliharaan alam sekitar, yang kini diancam bahaya akibat aktiviti manusia.Tanggungjawab sosial pada hari ini dianggap penting kerana terdapat kelompok masyarakat yang mementingkat hal ini. Boleh dikatakan tanggungjawab sosial ini merupakan satu permintaan pada hari ini. Oleh itu, pihak pengurusan perlu memberi perhatian terhadap hal ini seperti mana yang dilakukan oleh Timberland Malaysia ini bagi menyokong Earth Day. Kreativiti iklan juga sangat baik, dengan menggunakan naratif kana-kanak, ia memberi gambaran kepada isi hati generasi yang akan datang yang seterusnya menjadikan iklan emosional. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan struktur ayat yang baik bagi menghasilkan pemujukan yang berkesan. Antara contoh jelas adalah, ayat “Caring is no longer enough, Nature needs heroes”. Ayat ini memberikan satu perasaan state of urgency kepada audiens yang melihat iklan ini. Secara keseluruhannya Timberland sememangnya menghasilkan iklan ini dengan sangat baik dan berkesan.

Refleksi Encik Jovian Lee
Daripada apa yang dijelaskan oleh Encik. Jovian Lee dalam sesinya bertajuk Confession of Copywriters, hal pertama yang dijelaskan oleh beliau adalah persepsi. Persepsi itu adalah pandangan kita terhadap sesuatu. Kita perlu mengurus persepsi kita disetiap aspek kehidupan. Hal ini juga perlu diaplikasikan dalam apa juga organisasi, dimana kita perlu membentuk persepsi audiens terhadap produk, perkhidmatan, mahupun jenama melalui periklanan. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan tentang mengapa dalam periklanan kita perlu menjadi single-minded. Ini kerana kita perlu menjadikan apa yang ditawarkan itu mempunyai sesuatu attribut agar ia mudah diingati pengguna. Encik Jovian juga menjelaskan  tentang insight menggunakan beberapa iklan. Dimana menurut beliau pada pandangan saya, insight memainkan fungsi penting dalam periklanan kerana ia menyediakan satu sudut yang berbeza terhadap sesuatu dan akan membentuk tarikan terhadap hal tersebut.

Insight, Idea, Execution
Iklan poster yang dihasilkan

Penerangan
Produk pilihan kumpulan adalah daripada coway:

Insight

Insight yang dipilih adalah ‘Human is a living tree’

Idea

Ideanya adalah manusia sangat bergantung dengan air. 70% kandungan badan manusia adalah air, 75% otak juga adalah air. Air membersihkan luar dan dalam tubuh manusia. Banyak fakta tentang kepentingan air kepada manusia. Oleh itu kita sangat bergantung dengan air sama seperti pokok. Ini menjadikan bekalan air bersih sangat penting bagi kita. Coway menyediakan produk sesuai dengan keperluan kita.

Execution

Poster yang dihasilkan adalah menggunakan gambar tumbuhan berbentuk manusia sebagai satu simbolik kepada persamaan kita dengan tumbuhan, dimana kita sama-sama memerlukan air bersih untuk terus hidup. Coway sebagai satu organisasi yang pakar dengan water purifier atau pembersih air semamangnya adalah sesuai dengan keperluan kita. Ini disampaikan dengan satu mesej ringkas dalam poster iaitu ‘Grow great with Coway’.