ANALISIS KESALAHAN BAHASA 2K3 by Mr. Mohd Yuszaiman

Adrian Zachary M000761
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/333071/jangan-buang-sekolah-rohani
1. PUTRAJAYA: Hukuman buang sekolah bukan penyelesaian yang berkesan dalam menangani gejala sosial.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata hukuman itu seolah-olah menafikan hak pelajar untuk mendapatkan pendidikan asas seperti kanak-kanak lain.Katanya, langkah itu juga memberi kesan negatif kepada masyarakat kerana anak-anak itu terabai, melepak dan terbabit dalam anasir tidak sihat.Beliau berkata, kementeriannya mencadangkan penyelesaian dengan menempatkan pelajar bermasalah dalam kelas pemulihan dan mereka diberi bimbingan oleh pakar atau guru kaunseling.
Rohani berkata, cadangan itu sudah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan dan Kabinet menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut.

"Melihat kepada situasi hari ini, semua kementerian juga sekarang diarah untuk mengadakan program intervensi bagi mengatasi masalah sosial," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan 2017, bertemakan Membudayakan Kaunseling, di sini, hari ini.
Yang turut hadir Presiden Lembaga Kaunselor, Nor Amni Yusoff dan Ahli Lembaga Kaunselor, Prof Emeritus Datuk Dr Amir Awang.
Mengulas lanjut, Rohani berkata, langkah mengekalkan pelajar bermasalah dalam sistem pendidikan dapat mencegah remaja itu daripada didekati unsur negatif dalam masyarakat.
"Jadi mereka tidak terabai apabila berada di luar kawasan sekolah, malah guru kaunseling memainkan peranan besar untuk membantu pelajar ini menangani masalah yang dihadapi.
"Itulah tugas yang perlu dilakukan oleh guru kaunseling dalam membimbing dan membawa mereka kembali ke sistem persekolahan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/333157/4000-penunggang-motosikal-dapat-petrol-percuma

2. PUTRAJAYA: Lebih 4,000 penunggang motosikal di sini menerima petrol percuma melalui program 'Jom Isi Minyak Percuma Putrajaya' anjuran Pemuda UMNO Putrajaya sejak diadakan awal Februari tahun ini.
Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal Abd Karim, berkata pihaknya mengambil inisiatif memberi petrol percuma sebanyak RM5 kepada penunggang motosikal di bawah 150 kuasa kuda dengan tujuan meringankan beban golongan terbabit.
Jelas beliau, rungutan kenaikan harga bahan api daripada orang ramai terutama penunggang motosikal mendorong Pemuda UMNO Putrajaya memberi petrol percuma bagi sedikit sebanyak mengurangkan kesan kegawatan ekonomi sekarang.
"Idea ini bertujuan membantu pengguna yang rata-rata terdiri daripada kakitangan kerajaan dan kami menganggapnya sebagai tanggungjawab untuk membantu meringankan beban mereka," katanya ketika ditemui pada program 'Jom Isi Minyak Percuma' di stesen minyak Petronas Presint 16, di sini sebentar tadi.
Program kali ke 13 itu dianjurkan secara bulanan, membabitkan lokasi yang berbeza-beza, antaranya Presint 16, 11, 9 dan 18 supaya pemberian minyak percuma itu sampai kepada kumpulan sasar secara sama rata.
Ahmad Faisal berkata, sejak program itu dimulakan, Pemuda UMNO sudah membelanjakan RM20,000 bagi menyediakan kemudahan berkenaan kepada pengguna dan akan diteruskan sehingga hujung tahun ini serta pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak yang sudi.
Beliau berkata, program berterusan itu membuktikan keprihatinan pihaknya bagi membantu orang ramai dan ia sama sekali tidak bersifat politik.
"Sebagai mewakili golongan muda, kami memahami permasalahan rakyat dan bantuan yang tidak seberapa ini sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati mereka," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/333066/thanabalan-tekad-bawa-felcra-fc-ke-final
3. SEREMBAN: Penyerang utama FELCRA FC, N Thanabalan yakin pasukannya mampu melangkah kaki ke pentas final Piala FAM 2017, biarpun mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Sime Darby FC, dalam aksi separuh akhir pertama, di Stadium Arena Universiti Malaya, malam tadi.
Berikutan keputusan itu, skuad bimbingan Yusri Che Lah berdepan laluan sukar pada perlawanan separuh akhir kedua di gelanggang lawan, Ahad ini.
Bagaimanapun, Thanabalan yang juga penyerang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) yakin, walaupun mereka bakal bertandang ke tempat lawan, impian mereka untuk menewaskan Sime Darby FC sekali gus layak ke pentas final musim ini tetap cerah.
"Saya dan rakan sepasukan perlu menggandakan lagi usaha menjelang perlawanan separuh kedua yang berlangsung Ahad ini, selepas hasrat kami untuk mendapatkan bekalan selesa di laman sendiri tidak kesampaian," kata pemain bawah 22 tahun negara itu.
"Bagaimanapun, saya optimis peluang kami untuk mara ke pentas final tetap meyakinkan dan kami akan berjuang habis-habisan pada aksi penentuan itu nanti, bagi merealisasikan kemenangan.
"Secara peribadi, saya tidak rela perjuangan untuk membawa FELCRA FC layak beraksi di Liga Perdana musim depan tersekat, selepas kami hanya tinggal selangkah lagi untuk mencapainya," katanya di sini, hari ini.
Dua pasukan yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FAM 2017, secara automatik mereka layak beraksi di Liga Perdana musim 2018.
Mengulas mengenai perlawanan malam tadi, pemain kelahiran Rantau itu berkata, skuadnya menguasai sebahagian besar perlawanan terutama pada separuh masa pertama dan berjaya mencipta banyak peluang jaringan, namun banyak percubaan ke arah pintu gol lawan kerap kali tersasar.
Pemain yang dipinjamkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selama semusim itu berkata, kegagalan menemui penyudah nyata menjadi pengajaran berguna buatnya, yang diberikan tanggungjawab menggalas misi penting itu.
"Walaupun menguasai perlawanan, saya akui kami banyak mensesiakan peluang. Kami perlu bertindak lebih pantas dan bijak dalam meletakkan bola ke dalam pintu gol lawan.
"Saya bertekad untuk tidak mengulangi sebarang kesilapan sebaliknya akan berusaha memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol pada perlawanan penentuan itu nanti, bagi menjulang FELCRA FC yang banyak membantu saya sepanjang musim ini."

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/09/330592/speedy-jantan-sasar-bawah-10-saat

4. KOTA TINGGI: Jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berhasrat untuk melakukan catatan bawah 10 saat, sekali gus mengekalkan kedudukan selaku atlet terpantas di rantau Asia Tenggara dalam acara 100 meter.
Hasrat itu disuarakan Khairul Hafiz, selepas seorang atlet Jepun Yoshihide Kiryu berjaya memecahkan rekod kebangsaan negara berkenaan dalam acara 100 meter dengan catatan 9.98 saat, baru-baru ini.
"Ia satu motivasi kepada saya untuk bersaing di pentas antarabangsa. Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik," katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Khairul Hafiz dianugerahkan Olahragawan Harapan pada Majlis Anugerah Juara Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan.

Dalam pada itu, Khairul Hafiz yang dikenali sebagai 'The Speedy Jantan' berkata beliau kini semakin pulih daripada kecederaan dan sudah memulakan latihan bersama jurulatihnya Poad Kassim di SSTMI.
Selain itu, Khairul Hafiz turut memaklumkan beliau berjaya melayakkan diri untuk bersaing pada Sukan Asia di Indonesia, tahun depan.
"Fokus saya sekarang adalah untuk Sukan Asia," katanya.
Khairul Hafiz berkata beliau juga sedang memberi fokus untuk layak secara merit untuk​​​​ mewakili negara ke Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia.
Sebagai persediaan menghadapi kedua-dua temasya berkenaan tahun depan, Khairul Hafiz dijangka beraksi pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Birmingham, London, Mac 2018. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2017/10/333323/f1-mercedes-harap-tuah-suzuka

5.SUZUKA: Lewis Hamilton dan pasukannya Mercedes akan mendapatkan semula kelajuan jentera mereka menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) terakhir di Asia musim ini di Jepun, hujung minggu ini.
Pendahulu kejuaraan dunia itu bernasib baik kerana berjaya melebarkan kelebihan ke atas pencabar Sebastian Vettel dari Ferrari kepada 34 mata dengan berbaki lima perlumbaan tetapi dia menegaskan masih banyak kerja yang perlu dilakukan.
AKSI pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ketika bersaing di GP Malaysia, Sepang, baru-baru ini. - Foto AFP/Mohd Rasfan

Mercedes lebih perlahan berbanding Ferrari dan Red Bull buat kali kedua berturut-turut ketika saingan di Malaysia selepas pasukan berkenaan turut bergelut di Singapura.
Hamilton pernah menang dua kali sebelum ini di Suzuka dan tiga kali di Jepun apabila Fuji turut tersenarai dalam kalendar F1, manakala Mercedes tidak pernah tewas di sana dalam tempoh tiga tahun.
Di atas kertas, ia seharusnya tidak menjadi masalah buat pasukan itu tetapi timbul kebimbangan terhadap ancaman daripada Red Bull selepas pemandunya, Max Verstappen muncul juara di Sepang.
Ada banyak persoalan yang timbul dan memerlukan kami membuat penilaian," kata ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff.
"Saya fikir kami perlu lebih laju berbanding di Malaysia dan Suzuka adalah lebih serasi dengan kami. Saya teruja untuk aksi di Suzuka bagi menyaksikan kemampuan jentera kami kerana ia pastinya berbeza."
Tahun lalu, Hamilton tiba di Jepun dengan kegagalan enjin ketika di Sepang masih menghantuinya - situasi yang menyebabkannya terlepas gelaran juara dunia. - Reuters

Qistina Sofiya Binti Shahanizam
1)  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dakwaan-tiada-staf-di-unit-kecemasan-hospital-yan-tidak-benar-1.533909

ALOR SETAR 4 Okt. - Jabatan Kesihatan negeri hari ini menafikan dakwaan bahawa tiada kakitangan bertugas di Unit Kecemasan Hospital Yan di Jerai sehingga berlaku kelewatan rawatan pesakit, awal pagi semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, pihaknya segera menjalankan siasatan setelah dakwaan itu tular di media sosial dan mendapati penggadu berkenaan menjalani saringan pada pukul 3.50 pagi dan dikategorikan sebagai kes hijau iaitu kes tidak kritikal dengan masa menunggu adalah 90 minit.

“Rawatan awal diberikan pada pukul 4.30 pagi oleh penolong pegawai perubatan dan kes dirujuk untuk rawatan lanjut. Pesakit dirawat pada pukul 5 pagi setelah pegawai perubatan selesai memberi rawatan kecemasan kepada dua kes di zon merah iaitu kes kritikal.

“Dakwaan tiada staf bertugas sehingga menimbulkan persoalan “tidoq ka” adalah tidak dan tidak wajar. Dalam keadaan terdapat kes kecemasan yang dirawat tambahan pula melibatkan dua kes pada satu masa di hospital daerah maka semua ahli pasukan bekerja bertungkus lumus untuk menyelamat nyawa ke kritikal di zon merah,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, perkara itu menyebabkan staf akan bertugas di ruang yang tidak dapat dilihat oleh pesakit yang menunggu di ruang menunggu bagi kes-kes hijau.

“Pihak hospital masih berusaha untuk menghubungi pengadu untuk menjelaskan keadaan sebenar. Diharap pengadu dapat menghubungi Dr. Mithali Abdullah, Pengarah Hospital Yan melalui talian 04-4655333,” katanya.

Semalam, seorang pengguna media sosial menggunakan akaun nama Azizi Arsat di Facebook memuatkan status berlaku kelewatan ketika dia mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Pemilik akaun itu turut mendakwa tiada kakitangan bertugas di unit berkenaan ketika pukul 3.45 pagi dan memuatkan kata-kata berbaur sindiran, tidoq ka (tidur ka).-UTUSAN ONLINE

2) https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/333259/main-catur-jika-takut-cedera-keane

LONDON: Legenda Manchester United, Roy Keane membalas kebimbangan mengenai bahaya akibat gegaran pada kepala dalam sukan dengan memberitahu bintang sukan untuk 'bermain catur' jika mereka takut cedera.

Keane kini bertugas selaku pembantu pengurus Ireland, Martin O'Neill dan negaranya kini tidak boleh memanggil Kevin Doyle selepas penyerang itu bersara minggu lalu kerana masalah gegaran.

Keluarga bekas penyerang West Bromwich Albion, Jeff Astle melancarkan dana untuk kempen bagi mendapatkan perlindungan lebih baik terhadap pemain moden selepas kematiannya pada usia 59 tahun kerana penyakit otak yang berlaku akibat terlalu banyak menanduk bola.

Gegaran juga menambah kebimbangan dalam sukan ragbi dan bola sepak Amerika.

"Saya yakin ia ada (keperluan untuk melakukan lebih banyak kajian), ia berterusan. Namun jika anda bimbang mengenai fizikal dalam apa juga sukan, jika anda bimbang mengenainya, elok bermain catur," kata Keane hari ini.

"Ia sebahagian daripada permainan, sama ada ia melempar, bola sepak, bola sepak Amerika Syarikat, pemain ragbi, ia sebahagian daripada permainan.

"Apabila anda melepasi garisan itu, ia membabitkan elemen risiko. Saya tidak rasa ia akan menjadi sesuatu yang berbeza kepada pemain yang bermain ketika ini. Apabila anda melepasi garisan, apa peluang anda akan terhantuk. Itu adalah risiko yang anda perlu ambil." - AFP

PUTERA CHARLES ENGGAN LAWAT MYAMMAR

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2017/10/333309/putera-charles-enggan-lawat-myanmar

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera Charles, tidak akan mengunjungi Myanmar dalam lawatan rasminya ke Asia Tenggara dan India, yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

Keputusan itu dibuat susulan keganasan dan `pembersihan etnik' yang dilakukan pihak berkuasa negara itu.

Bulan lalu, media melaporkan Putera Charles akan singgah di Myanmar dalam lawatan rasminya bagi pihak Kerajaan Britain.

Bagaimanapun, Mynmar dikeluarkan dalam jadual akhir lawatan yang diumumkan hari ini.

Putera Charles dan isteri, Camilla, hanya akan mengunjungi Singapura dan Malaysia sebelum ke India untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Narendra Modi.

"Kami sudah mengkaji pelbagai pilihan lawatan dan dengan ini mengumumkan, kami akan meneruskan lawatan ke Singapura dan Malaysia," kata Timbalan Ketua Jabatan Luar dan Pejabat Komanwel, Philip Malone kepada pemberita.

Namun, Malone dan pembantu diraja enggan mengulas lanjut mengenai kunjungan terbabit.

Ketika ini, lebih 500,000 etnik Rohingya sudah melarikan diri dari Myanmar menuju ke Bangladesh sejak beberapa bulan lalu berikutan serangan tentera ke atas penempatan mereka, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Insiden keganasan itu juga menyebabkan Britain bertindak menggantung program latihan dengan tentera Myanmar.

Dalam pada itu, Putera Charles dan Camilla dijangka tiba di Singapura pada 31 Oktober sebelum ke Malaysia bagi menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Selepas itu, Charles dan isterinya akan meneruskan lawatan selama 11 hari ke India. - REUTERS

3)  https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/333329/janda-edar-syabu

Janda edar syabu

KOTA KINABALU: Dua janda berusia 26 tahun dan 36 tahun ditahan selepas polis menemui lebih satu kilogram syabu yang disembunyikan di bawah lantai rumah mereka di Kampung Pondo, Pulau Gaya, kelmarin.

Kedua-dua wanita itu dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah dengan berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit di rumah atas air berkenaan.

Suspek berusia 36 tahun yang dikenali dengan gelaran 'Hajah' itu memiliki taraf penduduk tetap, manakala rakannya tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

Dalam serbuan jam 12 tengah hari itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, menyerbu rumah mereka susulan maklumat dan risikan.

Hasil pemeriksaan mendapati semua dadah berkenaan disembunyikan di dalam tiang rumah yang diubah suai untuk menyimpan dadah.

Semua dadah yang dirampas adalah seberat 1,006.22 gram dan dianggarkan bernilai kira-kira RM70,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata dadah berkenaan ditemui disimpan dalam 33 paket plastik yang dipercayai untuk dijual di Pulau Gaya dan Kota Kinabalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti pembekal dadah kepada kedua-dua wanita terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Chandra berkata, polis turut merampas pelbagai barangan kemas dan telefon pintar, dianggarkan bernilai RM24,000 daripada kedua-dua suspek.

Mereka kini direman tujuh hari sehingga 9 Oktober ini untuk membantu siasatan.

4)  https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/269311/sedih-dituduh-cuba-gelap-wang

'Sedih dituduh cuba gelap wang'

Kuala Lumpur: “Saya sedih apabila dituduh cuba menggelapkan wang sumbangan diterima daripada orang ramai, padahal saya sudah melantik juruaudit bertauliah bagi mengemaskini wang diterima,” ujar Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood.

Menurutnya, maklumat yang dilaporkan beberapa portal berita itu tidak bertanggungjawab dan satu tuduhan jahat.

“Urusan mengenai wang sumbangan sudah diserahkan kepada juruaudit dan ia mengambil masa sebelum pembahagian dilakukan kepada waris,” katanya.

Katanya, tidak timbul isu pihaknya cuba melambatkan proses pembahagian dengan alasan mahu menyeleweng wang diterima berikutan pembahagian hanya boleh dibuat selepas audit selesai dijalankan.

“Saya tak pasti bila audit akan selesai sebabnya bukan bidang kerja kita. Cuma, apa yang boleh saya maklumkan adalah kami akan berbincang mengenai peratusan pembahagian pula sebaik proses itu selesai.

“Hanya selepas itulah baru kami panggil semula waris untuk proses pembahagian yang akan disaksikan peguam bagi mengelak sebarang isu berbangkit,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seorang waris mempersoalkan ke mana perginya wang derma orang ramai.

Dalam laporan itu, mereka mengadu masih belum menerima sumbangan yang dikumpul dan menuntut Zahid memberi penjelasan.

Laporan itu turut menyebut seorang ibu mangsa kebakaran yang tidak mahu dikenali menyatakan belum lagi menerima satu sen pun duit derma itu.

Katanya, dua bentuk sumbangan itu membabitkan sumbangan dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, manakala satu lagi sumbangan pula memang untuk waris, tetapi diserahkan kepada pihaknya.

“Bagi sumbangan yang dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, sepatutnya dibahagi sama rata. Tapi hasil perbincangan, sumbangan itu akan dilebihkan kepada keluarga mangsa dan pusat tahfiz hanya mengambil sedikit bagi pembangunan semula dan pengurusan.

“Sumbangan untuk mangsa tapi diserahkan kepada pihak kami untuk uruskan pembahagian. Wang ini kita (pusat tahfiz) tak boleh ambil. Namun sebelum diserahkan, jumlahnya juga perlu dikenal pasti dan dibahagi secara adil kepada keluarga mangsa kerana membabitkan soal amanah,” katanya.

Mohd Zahid berkata, pihaknya berharap waris tragedi kebakaran pada 14 September lalu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua warden bersabar serta berbincang dengan pihak pengurusan tahfiz terlebih dulu.

“Dalam perjumpaan bersama beberapa waris sebelum ini pun, saya tegaskan ia mengambil masa kerana soal duit ini bukan boleh dibuat sambil lewa kerana membabitkan proses perundangan berikutan jumlahnya besar dan membabitkan banyak pihak,” katanya.

5) https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/269359/rompak-hasil-laut-metrotv

Rompak hasil laut [METROTV]

Kuala Terengganu: Nelayan warga asing dikesan sanggup berada di laut sehingga empat bulan bagi merompak hasil laut di perairan negara yang sememangnya kaya dengan sumber marin.

Bukan itu sahaja, nelayan asing juga dipercayai mengadakan transaksi di tengah laut dengan kehadiran kapal induk yang akan mengutip hasil serta bekalan sebelum semua hasil laut dihantar ke negara asal mereka.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak balik ke negara asal dan kekal menceroboh perairan negara kerana mempunyai bekalan mencukupi dan hanya melarikan diri apabila kehadiran mereka disedari pihak berkuasa.

Itu antara taktik dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) susulan penahanan dua bot nelayan Vietnam bersama peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dan diesel membabitkan rampasan bernilai RM3 juta kira-kira 100 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 9 (DM9) Kuala Terengganu Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, pihaknya turut menahan 18 nelayan Vietnam berusia antara 19 hingga 60 tahun masing-masing pada jam 6.20 pagi dan 7.15 pagi.

Menurutnya, kehadiran dua bot berkenaan disedari kapal maritim yang sedang meronda dalam Operasi Perkasa Timur dan Operasi Marikh.

“Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka cuba melarikan diri namun tindakan mereka gagal sebelum pemeriksaan terhadap bot pertama menahan 13 nelayan Vietnam termasuk tekong manakala lima orang lagi berada di dalam bot kedua.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan tidak mempunyai lesen serta permit yang sah untuk menangkap ikan di perairan negara,” katanya.

NOOR BAITI HUSNA BT MOHAMAD M000770
ARTIKEL

1.      SANGGUP RAGUT BEG ISTERI SENDIRI

ALOR SETAR - Seorang suami tergamak meragut beg tangan isteri sendiri demi mendapatkan wang untuk membeli dadah di kawasan Pasar Sungai Petani, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun bertindak agresif memukul isteri berusia 30 an dan anak lelaki berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kekecohan.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata, insiden dilaporkan orang awam yang menyaksikan kekecohan ditimbulkan lelaki itu yang mula membuat kacau akibat gian terlampau di hadapan khalayak ramai.

"Malah, masyarakat setempat yang berada di kawasan kejadian bertindak menahan lelaki itu dari terus bertindak agresif terhadap isteri dan anak lelakinya.

"Sebaik, AADK tiba di kawasan pasar berkenaan kita mendapati suspek telah ditahan orang awam, sebelum dia dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk siasatan lanjut," katanya.

Mahadzir berkata, siasatan awal AADK mendapati suspek pernah ditahan beberapa kali kerana bertindak agresif kepada keluarga akibat pengaruh dadah.

Menurut beliau, pihaknya juga menerima beberapa aduan memaklumkan bahawa lelaki yang memukul isterinya itu merupakan seorang penagih dadah tegar.

Katanya, dia disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983, dan ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine.

"Sebenarnya, insiden yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara asing apabila berlaku satu pergolakan rumah tangga akibat dadah," katanya.

Mahadzir berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.

Katanya, untuk itu, masyarakat digesa agar terus berhubung dengan AADK supaya masalah berkaitan dadah dapat ditangani dengan baik dalam usaha mewujudkan keluarga bebas dadah.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/sanggup-ragut-beg-isteri-sendiri-1.736526

2.      KECUT SEPARUH MATI

Kuala Lumpur: Pantang maut sebelum ajal. Itu dilalui seorang wanita warga emas yang terselamat walaupun kereta dipandu dihempap sebuah lori tangki air yang terbalik di Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa, Rosie Lim, 71, dikatakan sedang memandu bersendirian dalam perjalanan ke pusat bandar sebelum sebuah lori tangki air terbalik menghempap keretanya.

Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang mangsa wanita warga emas dalam keadaan ketakutan.

“Lori tangki air berkenaan dipercayai gagal dikawal ketika keluar dari simpang jalan sebelum terbalik dan menghempap kereta mangsa.

“Mangsa bagaimanapun dibantu orang awam untuk keluar dari dalam keretanya,” katanya. Mangsa tidak mengalami kecederaan walaupun keretanya remuk di bahagian enjin kereta.

Zul-Afti berkata, lori tangki air berkenaan terpaksa ditunda menggunakan kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke kawasan lain bagi melancarkan laluan di lokasi kejadian.

“Operasi mengalihkan lori tangki itu dibantu pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/269344/kecut-separuh-mati

3.      SAMPAI PUTUS DUA

SEORANG lelaki parah selepas kereta Perodua Kancil dipandu bertembung pacuan empat roda (4x4) dan putus dua dalam kejadian di KM32.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Sungai Kelong, Pasir Puteh, 6 petang hari ini.

Tuan Sabri Tuan Ismail, 40, patah kedua-dua kaki, mengalami kecederaan dalaman dan di bahagian kepala, kini dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh.

Difahamkan, dia masih tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Kancil dipandu mangsa dari arah Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Akibatnya, kereta berkenaan bertembung dengan 4x4 dipandu lelaki berusia 36 tahun dan terputus dua.

"Sebahagian keretanya (bahagian enjin) terpelanting ke dalam parit di tepi jalan. Mangsa cedera parah, manakala pemandu 4x4 tidak alami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta tampil bantu siasatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/269283/sampai-putus-dua

4.      PILOT SELAMAT NYAWA

Butterworth: “Sampai sekarang saya mencari juruterbang helikopter Nuri yang menerbangkan saya ke hospital ketika parah akibat terkena periuk api,” kata Mejar (B) Lee Hock Sun, 60, yang cedera ketika menjalankan operasi menggempur sarang komunis dalam Ops Gubir di sempadan Malaysia-Thailand pada 1979.

Lee berkata, ketika itu, dia ketua platun dan diarahkan menggempur sarang komunis dihuni pengganas di kawasan sempadan Malaysia di Gurun, Kedah.

Beliau berkata, tempat operasi ketika itu kawasan sungai dan mereka perlu menyeberanginya untuk ke lokasi persembunyian komunis.

“Saya bersama-sama platun mengharungi sungai yang kedalamannya hingga paras paha dan berada di belakang dua anggota saya.

“Ketika berada 10 kilometer dari lokasi dan bergerak ke tebing sungai, kaki saya terpijak periuk api menyebabkan saya terpelanting dan parah di kaki kiri dan kanan akibat terkena letupan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Anggota Cedera Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-84 di Pangkalan Udara Butterworth, di sini, semalam.

Lee berkata, kecederaan dialaminya parah, namun dia tidak pengsan dan ketika itu hanya Tuhan saja yang tahun penderitaan dialaminya kerana dia boleh mati bila-bila masa sahaja.

“Jika saya mati pun, saya tidak kisah, namun tidak sanggup menahan kesakitan.

“Kejadian berlaku jam 1.05 tengah hari pada 6 Oktober 1979 dan menunggu bantuan helikopter Nuri untuk diterbangkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Pada masa itu, saya sudah hilang harapan untuk hidup, namun berterima kasih kerana lima jam kemudian, helikopter Nuri tiba,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/269308/pilot-selamat-nyawa#cxrecs_s

5.      ROHINGYA:  MERCY MALAYSIA HANTAR PASUKAN PERUBATAN

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah kebanjiran drastik pelarian Rohingya ke Bangladesh berikutan keganasan di utara Wilayah Rakhine, Myanmar, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) akan menghantar kira-kira 60 kakitangan perubatan dalam enam bulan akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pada masa ini, keperluan perubatan  mendesak pelarian Rohingya adalah terhadap wanita mengandung dan kanak-kanak kerana mungkin berlaku wabak kolera dan penyakit bawaan air lain berikutan kekurangan kebersihan dan bekalan air bersih  serta  sanitasi yang baik.

“Kementerian Kesihatan Bangladesh akan melaksanakan vaksinasi kolera besar-besaran tidak lama lagi untuk 500,000 pelarian, dan kami akan berada di sana memberi bantuan perubatan dan menangani masalah  air, sanitasi dan kebersihan,” kata beliau dalam satu sidang media di sini  hari ini.

Mercy Malaysia akan beroperasi dari kem pelarian di  Balukhali dan Thangkali serta memerlukan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada pelarian Rohingya.

“Sementara kami berharap keadaan akan bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang menerusi koordinasi yang lebih baik dalam kalangan kerajaan, tentera, agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)  dan masyarakat madani, realitinya keadaan di kem-kem (pelarian) adalah menyedihkan.

Dr Ahmad Faizal juga berkata Mercy Malaysia mempunyai empat wakil bagi memberi bantuan perubatan di dua klinik  untuk pelarian.

“Dalam enam bulan akan datang, 12 pasukan akan dihantar ke sana, dengan tempoh giliran setiap dua minggu. Apabila keperluan membantu wanita mengandung meningkat, terdapat rancangan untuk menambah perkhidmatan  termasuk  untuk penjagaan ibu mengandung dan selepas melahirkan anak. Ada juga rancangan untuk menjadikan satu daripada klinik itu kepada klinik bersalin untuk mengurangkan beban kepada kemudahan kesihatan kerajaan sedia ada,” katanya.

Menurut perangkaan yang diberikan Pertubuhan Antarabangsa Mengenai Migrasi  (IOM), setakat 1 Okt lepas, kira-kira 507,000 pelarian baharu  melarikan diri dari wilayah yang di dalam krisis itu dan tentera  Bangladesh telah menetapkan 12 kem utama untuk mereka.

Dua kem utama, Kutupalong dan Balukhali  dalam daerah Cox Bazar, menempatkan lebih daripada separuh pelarian yang melarikan diri dari wilayah yang dilanda krisis itu.

Sejak krisis itu meletus pada 25 Ogos lepas, lebih daripada 400,000 etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh berikutan tindak balas tentera Myanmar terhadap serangan Arakan Rohingya Salvation Army terutamanya di Wilayah Rakhine. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/rohingya-mercy-malaysia-hantar-tim-perubatan-1.738430

LALIYTHKUMAR A/L SARAVANAN M000766
1). Pemeriksaan Kenderaan Akan Dilanjut Kepada Enam Bulan - Liow

Tarikh kemaskini: 03/10/2017

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Tempoh sah laku pemeriksaan kenderaan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan dilanjutkan daripada 30 hari kepada enam bulan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu bertujuan memudahkan segala proses dalam urusan pembelian dan penukaran hak milik kenderaan terpakai.

Katanya, secara prinsip, kementerian telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh itu setelah menerima cadangan Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM).

"Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan untuk meneliti dan meluluskan segera perkara ini untuk dikuatkuasakan,"katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara FMCCAM, Persatuan Pedagang Kenderaan Singapura (SVTA) dan Persatuan Kereta Terpakai Thailand (AUCT).

Liow berkata kementeriannya juga akan meneliti perjanjian antara kerajaan dan Puspakom daripada aspek undang-undang dan implikasinya dalam melaksanakan perkara berkenaan...
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1397036

2). Rohingya: Mereka Yang Berkuasa Perlu Bertindak Hentikan Genosid - Raja Nazrin

Tarikh kemaskini: 04/10/2017

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah menegaskan bahawa ia memerlukan keberanian bagi mereka yang berkuasa untuk menghentikan genosid yang dilakukan sekarang ke atas etnik Rohingya.

"Kita tidak boleh membenarkan perasaan bimbang menggangu jiran kita atau takut dituduh campurtangan atau khuatir menjejaskan perdagangan serantau daripada menghalang kita daripada menyuarakan kebimbangan dan perhatian berat terhadap apa yang berlaku di wilayah Rakhine,"titah baginda.

Ketika bertitah pada majlis jamuan malam untuk mengumpul dana bagi masyarakat Rohingya di sini malam ini, Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dalam kes Rohingya, hampir semua kriteria genosid yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terpakai.

PBB pada 1948 mentakrifkan genosid sebagai tindakan yang dilakukan dengan niat untuk melenyapkan secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan etnik, kaum atau agama termasuk membunuh anggota masyarakat itu, menyebabkan kemudaratan tubuh atau mental yang serius terhadap anggota kumpulan masyarakat itu.

Ia juga meliputi secara sengaja menimbulkan keadaan kehidupan untuk menyebabkan pemencilan fizikal secara keseluruhan, mengenakan langkah-langkah bertujuan untuk mencegah kelahiran di kalangan masyarakat itu dan secara paksa memindahkan kanak-kanak kumpulan itu ke kumpulan yang lain.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1397037

3). Najib Ucap Takziah Atas Kemangkatan Raja Puan Besar Perak

Tarikh kemaskini: 04/10/2017

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, semalam.

"Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani bt Raja Shahar Shah. Moga roh dicucuri rahmat, Al-Fatihah," katanya dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Raja Nor Mahani, 74, mangkat di Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 5.07 petang semalam, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, selepas solat Asar, petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raha Di Hilir, Ipoh, mulai pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula pukul 11.30 pagi.

Raja Nor Mahani, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.

Dilahirkan pada 18 Okt, 1942, Almarhumah dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1397042

4). Kementerian Pertanian Sedia Peluang Perniagaan Kepada Peserta AIM Seluruh Negara

Tarikh kemaskini: 04/10/2017

TELUK INTAN, 3 Okt (Bernama) -- Pelbagai peluang perniagaan yang disediakan bagi peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mampu memberi sumber pendapatan lumayan kepada mereka, asalkan mereka sanggup menumpukan masa dan tenaga serta berusaha memajukan bidang yang diceburi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kementerian berkenaan menyediakan pelbagai peluang perniagaan untuk diteroka peserta AIM di seluruh negara.

Ini, katanya, termasuk industri kecil dan sederhana (IKS), Program Tanam Semula Buah-buahan, kolam ternakan ikan sangkar atau industri agropelancongan.

"Ia mampu memberi sumber pendapatan yang lumayan kepada mereka sekiranya menceburi bidang berkenaan kerana di segi peluang memang tidak ada masalah,"katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana berjumlah RM100,000 kepada Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar Pasir Salak di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Dr Zubir Harun, yang turut hadir dalam majlis itu, berkata AIM memberi pinjaman berjumlah RM1.8 bilion kepada 347,278 peminjam di seluruh negara sehingga Ogos tahun ini.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1397040

5).Almarhumah Raja Nor Mahani Banyak Beri Sumbangan Kebajikan

Tarikh kemaskini: 04/10/2017

IPOH, 3 Okt (Bernama) -- Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, yang mangkat pada 5.07 petang ini, sememangnya dikenali sebagai seorang yang banyak menyertai aktiviti kebajikan.

Almarhumah, 74, yang merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjayakan setiap program persatuan berkenaan dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit kanak-kanak, menjayakan program turun padang bersama anggota persatuan serta aktif dalam program pemuliharaan hutan simpan di negara ini.

Baginda menabur bakti selama tujuh tahun dalam persatuan itu dan dua hari yang lepas merupakan hari terakhir baginda berkhidmat sebagai Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Bukan itu sahaja, almarhumah juga sangat aktif menjalankan aktiviti kebajikan seperti melawat mangsa banjir dan membantu golongan miskin selain mendekati penduduk kampung di negeri ini.

Malahan Raja Nor Mahani baru-baru ini sempat mengikuti majlis santapan bersama rakyat di Kampung Mandah di Kuala Kangsar selain membuat lawatan seharian ke Pekan Lama Ipoh bersempena Tahun Melawat Perak 2017.

Baginda juga pernah menulis buku 'Warisan Santapan Darul Ridzuan' yang mengandungi 137 muka surat terbitan Qalam Seri Ridzuaniah Sdn Bhd pada tahun 1999.

Raja Nor Mahani dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Sebelum itu, Raja Nor Mahani dikurniakan gelaran Raja Puan Muda Perak berikutan suaminya, Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, diisytihar sebagai Raja Di-Hilir Perak pada 1998.

Baginda mendirikan rumah tangga bersama Raja Jaafar pada tahun 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.

Baginda mendapat pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Baginda pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Raja Chulan di Ipoh dan mengajar Bahasa Inggeris serta Geografi di St John Institution, Kuala Lumpur.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, esok selepas solat Asar.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1397035

JUFRY HAIKAL B. JUAIDY M000765 1) LAS VEGAS: Polis mengesahkan sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam insiden tembakan rambang di Las Vegas, Amerika Syarikat hari ini.Ia merupakan insiden tembakan rambang terburuk dalam sejarah negara itu.Pada Jun tahun lalu, korban tertinggi dicatatkan dalam insiden tembakan rambang di Kelab Pulse di Orlando di mana 49 nyawa disahkan terkorban.Suspek yang melepaskan tembakan di The Strip itu dikenal pasti sebagai Stephen Paddock berusia 64 tahun yang kemudiannya ditembak mati pihak berkuasa.Jurucakap polis, Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan.Pada masa sama, seorang wanita yang dipercayai terbabit dalam serangan itu berjaya diberkas.Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/50-terbunuh-dalam-insiden-tembakan-di-las-vegas-156778
2)  VIENNA: Seorang pekerja 26 tahun mati dilanggar gerabak roller coaster Volare di taman tema ikonik Prater Park di Vienna, ibu kota Austria pada Isnin.

Kejadian yang berlaku sekitar 5 petang itu mengakibatkan mangsa cedera teruk di bahagian kepala.

Jurucakap polis Harald Soros berkata, mangsa yang memasuki kawasan operasi taman tema tersebut telah dilanggar oleh sebuah roller coaster yang menghampirinya secara tiba-tiba.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dua pelancong warganegara Belgium yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, mangsa sedang berdiri membelakangi roller coaster itu ketika dia dilanggar.

Pihak polis belum mengesahkan spekulasi media tempatan yang mengatakan bahawa mangsa sedang mengambil telefon bimbit yang terjatuh dari penumpang roller coaster berkenaan semasa dilanggar.

"Kami telah menyoal siasat dua penumpang dan pegawai pengendali roller coaster sejurus selepas kejadian tersebut,’ ujar Soros.

Soros menambah, pihaknya masih tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku.

Pihak polis masih menjalankan siasatan.

Presiden taman tema tersebut, Stefan Sittler-Koidl, mengarahkan agar roller coaster Volare ditutup pada Selasa.

Kejadian ini bukan yang pertama berlaku di roller coaster berkenaan.

Pada Oktober 2010, sebuah gerabak roller coaster tersebut merempuh sebuah kren, sekali gus melanggar pekerja 21 tahun yang sedang berdiri di dalamnya.

Mangsa jatuh dri ketinggian 26 kaki dan cedera parah.

Remaja Slovakia yang berada dalam gerabak tersebut pula mengalami keretakan tulang dan kecederaan intrakranium.

Gerabak roller coaster Volare tergantung di bawah rel besi dan penumpang akan baring dengan kepala mereka menghadap ke bawah, lantas meningkatkan lagi kemungkinan berlakunya sebarang kemalangan.

Dua minggu lepas, sebuah insiden berdarah berlaku di Columbus State Fair di Ohio, Amerika Syarikat apabila sebuah struktur permainan berayun patah akibat pengakisan.

Seorang penumpang meninggal dunia dan beberapa orang lain cedera parah.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/pekerja-taman-tema-mati-dilanggar-gerabak-roller-coaster-151880
3) SEORANG  ibu dari lowa, Amerika Syarikat ditahan polis selepas didakwa meninggalkan empat anaknya bersendirian di rumah untuk bercuti di Eropah.

Menurut laporan portal New York Times, polis bergegas ke rumah Erin Lee Macke, 30, di Johnston selepas mereka menerima laporan bahawa kanak-kanak terbabit ditinggalkan tanpa pengawasan.

Semasa menjalankan pemeriksaan kebajikan, polis menemui empat anak Macke - dua berumur 12 tahun, seorang anak berusia 7 tahun dan seorang lagi berusia 6 tahun tinggal bersendirian.

Polis mendapati Macke telah meninggalkan Amerika Syarikat sehari sebelum hari penyiasatan dan dijangka balik pada 1 Oktober ini.

Lebih mengejutkan, wanita itu tidak mengatur sebarang pengawasan untuk anak-anaknya, kata pihak berkuasa.

Macke kemudian dihubungi oleh polis ketika dia berada di Jerman dan diarahkan untuk kembali.

Jabatan Kebajikan lowa turut menggantung hak penjagaan anak-anak dan menyerahkan ia kepada saudara-mara mereka.
http://www.astroawani.com/berita-dunia/ibu-tinggalkan-anak-di-rumah-bersendirian-untuk-bercuti-di-eropah-156618
4)  KOTA BHARU: Syawal tahun ini pastinya membawa keceriaan kepada bekas pesakit kanser tulang kerana menerima sumbangan tangan cetakan elektronik 3D yang direka khas untuknya.

Farahdina Che Fauzan, 16, yang kehilangan tangan kirinya apabila terpaksa dipotong kerana penyakitnya dua tahun lepas, meluahkan rasa syukur dan terharu di atas keprihatinan pihak yang tampil membantunya.

"Meskipun bantuan tangan cetakan elektronik 3D boleh melakukan pergerakan bahagian jari sahaja, namun saya rasa selesa dan ringan kerana beratnya hanya 600 gram, " katanya kepada Bernama di sini.

Anak sulung pasangan Hanismulizuana Mustaffa, 38, dan Che Fauzan Che Ahmad, 46, kini dalam peringkat percubaan menggunakan tangan cetakan elektronik 3D itu yang diaktifkan melalui Bluetooth dengan menggunakan telefon pintar.

Hanismulizuana berkata sejak Farahdina menggunakan tangan cetakan elektronik 3D itu, beliau dilihat lebih berkeyakinan dan berani untuk berdepan dengan masyarakat.

"Alhamdulillah, keadaan fizikal badannya ketika dia berjalan sekarang juga dilihat lebih lurus (seimbang) berbanding ketika tidak mendapat bantuan tangan cetakan elektronik 3D," katanya.

Pereka tangan cetakan elektronik 3D itu, Sujana Mohd Rejab, 48, mengakui penciptaannya agak mencabar kerana prototaip model pertama itu berbeza dengan ciptaannya sebelum ini.

"Dalam kes Farahdina, saya tiada rujukan khusus untuk mereka cipta bahagian bahu yang menyambung dengan badannya, hanya bantuan khidmat nasihat mengenai pergerakan tangan daripada Hospital Universiti Kubang Kerian.

"Insya-Allah, selepas ini akan ada lagi proses pembangunan dan penyelidikan (RnD) supaya ia lebih banyak berfungsi seperti boleh menggerakkan siku dan bahu," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Sujana bagi menghasilkan tangan bionik baharu yang lebih efektif bagi menggantikan tangan cetakan elektronik 3D.

Memandangkan Farahdina adalah seorang daripada anak angkat persatuan itu, katanya, POKB akan terus memantau kebajikan beliau termasuk menanggung kos rawatan kemoterapinya.

http://www.astroawani.com/berita-teknologi/tangan-elektronik-3d-ceriakan-pesakit-kanser-147036
5) TERASA lapar tetapi terlalu sibuk untuk keluar, cari tempat letak kereta dan beratur di restoran?

Anda boleh menghela nafas lega apabila perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Kuala Lumpur kini tersedia kepada semua warga kota.

Mulai 21 September 2017, jam 9 pagi, penggemar makanan di ibu kota boleh membuat pesanan sajian kegemaran mereka melalui aplikasi mudah alih 'UberEATS' di telefon bimbit mereka.

Pengurus besar UberEATS Malaysia dan Singapura, Shri Chakravarthy Gopalakrishnan dalam sidang media pada Rabu berkata perkhidmatan penghantaran makanan ini satu kemudahan baharu kepada semua.

“Dengan UberEATS, rakyat Malaysia hanya perlu menekan satu butang dan dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan selesa dan mudah.

“Sama ada anda di taman, bersiar di kota, atau mengatur hidangan makan malam dari pejabat – carilah apa yang anda ingini, tekan butang dan kami akan uruskan yang selebihnya,” katanya lagi.

UberEATS menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman dan pencuci mulut merangkumi sajian tempatan, Asia dan Barat daripada lebih 200 rakan restoran.

Antara rakan restoran UberEATS ialah restoran nasi lemak terkemuka Nasi Lemak Antarabangsa, kafe aiskrim Inside Scoop, Restoran Sitka, dan Mikey’s Original New York Pizza.

Pilihan makanan halal juga ditawarkan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang berbilang agama. Untuk itu, UberEATS Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan cara penghantaran makanan halal mengikut syarat yang ditetapkan.

Melalui cogan kata "Idam, Tekan and Nikmati", aplikasi UberEATS menjadikan khidmat penghantaran makanan semudah dan sepantas memesan kereta tumpang Uber.

Tempoh penghantaran makanan adalah antara 30 hingga 35 minit.

UberEATS kini beroperasi di sekitar kawasan pusat bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar dan Bukit Damansara dengan fi sebanyak RM5 bagi setiap penghantaran tanpa sebarang pesanan minimum.

Setakat ini, UberEATS menerima bayaran dalam talian menerusi kad debit dan kredit manakala kaedah pembayaran tunai pula akan diperkenalkan kelak.

Kuala Lumpur merupakan bandar kesepuluh di rantau Asia yang menawarkan perkhidmatan ini selain bandar terkemuka seperti Seoul, Bangkok, Tokyo, New Delhi, Bangalore dan Singapura.

Untuk mencuba UberEATS, pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih UberEATS di Google Play Store dan Apple App Store atau layari www.ubereats.com//kuala_lumpur/.

Sempena pelancaran UberEATS, pengguna boleh memasukkan kod promosi KLTASTY untuk menikmati khidmat penghantaran percuma untuk tiga pesanan pertama.

Kod promosi ini sah hingga 21 Oktober 2017.
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/ubereats-mula-beroperasi-di-kuala-lumpur-155817

HAMZAH BIN SAHIRUL AMRI M000764
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/berita-gembira-buat-penjawat-awam-1.533864#ixzz4uVYY6VfP

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/air-liur-darah-bercampur-muntah-dalam-mulut-kim-jong-nam-doktor-156819

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10/333340/ubat-nyamuk-punca-almari-pusat-tahfiz-terbakar

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/269359/rompak-hasil-laut-metrotv

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/269344/kecut-separuh-mati

Nur Izzati Binti Omar
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/333327/ejen-malaysia-di-luar-negara

1)Ejen Malaysia di luar negara

LONDON: Rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara mampu menyumbang kepada negara terutama sebagai ejen rangkaian teknologi dan mewujudkan perniagaan baharu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau yakin dengan kredibiliti golongan profesional yang berhijrah kerana golongan itu masih tetap sayangkan tanah air.

Justeru, katanya, pihak kerajaan sentiasa akan berhubung dan bekerjasama dengan mereka untuk membantu mereka memberikan yang terbaik kepada negara.

"Mereka berhijrah atas pelbagai sebab seperti mendapatkan peluang berbeza, mendirikan rumahtangga dan membina keluarga serta berpeluang menuntut ilmu di luar negara.

"Dalam hal ini (penghijrahan), tidak bermakna mereka tidak boleh menyumbang kepada Malaysia.

"Jadi, kita perlu terus membina dan memperkukuhkan rangkaian dengan diaspora rakyat Malaysia di luar negara untuk kebaikan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama lebih 350 pelajar Malaysia di University College London, Ahad lalu.

Dalam sesi itu, sebanyak 38 aspirasi berjaya dikumpulkan bagi merealisasikan visi TN50.

Pada Sabtu lalu pula,  Khairy berkesempatan mengadakan dialog yang serupa bersama kira-kira 200 penuntut Malaysia di sekitar Scotland di The University of Edinburgh dan mengumpulkan 45 aspirasi pelajar di sana.

Ini adalah kali pertama beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab melaksanakan TN50, mengadakan dialog secara bersemuka dengan penuntut Malaysia di luar negara.

Beliau juga telah beberapa kali melaksanakan perbincangan secara atas talian seperti menggunakan teknologi Skype.

Beliau gembira dan berbangga dengan kualiti aspirasi yang telah dinyatakan oleh penuntut Malaysia dalam usaha membina negara bangsa yang lebih baik.

"Lawatan ini amat berbaloi kerana kualiti aspirasi mereka amat baik dan tepat seperti mahukan kemajuan yang lestari, penjagaan alam sekitar dan mahu Malaysia muncul sebagai negara maju di samping mengutamakan soal kesopanan dan etika dalam kalangan rakyat kita.

"Selain itu, mereka juga mengutamakan soal silibus pendidikan terkini kerana kira-kira 60 peratus pekerjaan masa hadapan tidak wujud sekarang.

"Jadi, mereka mahukan pelajar di sekolah dilengkapkan dengan pendidikan yang terkini dan dinamik seperti pengaturcaraan," katanya sambil menyifatkan dua sesi dialog itu sebagai berjaya.

Sejak siri dialog TN50 dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu, Kementerian Belia dan Sukan kini telah mengumpul lebih 80,000 aspirasi rakyat untuk didokumentasikan.

Mereka kini dalam proses menyiapkan laporan akhir inisiatif berkenaan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri pada akhir tahun ini.

https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2017/10/333320/jason-aldean-jennifer-lopez-batal-konsert

2)Jason Aldean, Jennifer Lopez batal konsert

LOS ANGELES: Bintang irama 'country', Jason Aldean dan penyanyi, Jennifer Lopez, membatalkan konsert mereka di Las Vegas, susulan insiden tembakan pada Ahad lalu, yang mengorbankan 59 nyawa.

Aldean berkata, antara lokasi konsert 'They Don't Know Tour' yang dibatalkan ialah di Los Angeles, San Diego dan Anaheim, California.

Katanya, siri konsert itu akan diteruskan pada 12 Oktober di Tulsa, Oklahoma dan pembayaran balik akan dibuat bagi semua konsert yang dibatalkan.

"Bagi menghormati mangsa, keluarga mereka dan peminat, saya rasa keputusan ini (membatalkan konsert) adalah langkah tepat yang perlu diambil.

"Memandangkan peristiwa adalah sesuatu yang menyentuh perasaan semua pihak, kami bercadang untuk berkabung bagi mengingati mereka yang terkorban," kata Aldean dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Lopez yang kini mengadakan persembahan 'Jennifer Lopez: All I Have' di Planet Hollywood di Las Vegas, turut membatalkan jadual pertunjukannya sepanjang minggu ini.

Menurut wakilnya dalam satu kenyataan, persembahan Lopez akan dijadualkan semula ke tarikh baharu.

"Jennifer amat sedih kerana tidak menyangka tragedi yang tidak berperikemanusiaan itu boleh berlaku dan berdoa untuk mangsa serta keluarga mereka," katanya. – REUTERS

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-ucap-takziah-atas-kemangkatan-raja-puan-besar-perak-1.533913

3)Najib ucap takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, semalam.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani bt Raja Shahar Shah. Moga roh dicucuri rahmat, Al-Fatihah,” katanya dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Raja Nor Mahani, 74, mangkat di Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 5.07 petang semalam, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, selepas solat Asar, petang ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raha Di Hilir, Ipoh, mulai pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula pukul 11.30 pagi.

Raja Nor Mahani, merupakan isteri Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.

Dilahirkan pada 18 Okt, 1942, Almarhumah dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014.- BERNAMA

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2017/10/333194/myanmar-sedia-terima-semula-pelarian-rohingya-pegawai-bangladesh

4)Myanmar sedia terima semula pelarian Rohingya: Pegawai Bangladesh

DHAKA: Myanmar akan menimbang menerima semula pelarian Rohingya yang lari dari negara itu pada tahun sebelumnya, kata seorang pegawai kanan Bangladesh hari ini.

Hampir 600,000 Muslim Rohingya lari ke Bangladesh sejak keganasan meletus di Rakhine pada Oktober 2016, termasuk anggaran 507,000 yang tiba sejak lima minggu lalu.

Pada masa sama, Bangladesh juga menempatkan tambahan 300,000 Rohingya yang meninggalkan Rakhine susulan keganasan sebelumnya termasuk puluhan ribu yang datang sejak 1990-an.

Dalam mesyuarat dua hala pertama dengan pihak berkuasa Bangladesh sejak kebangkitan keganasan terbaharu bermula 25 Ogos lalu, seorang menteri Myanmar semalam berkata, kerajaannya bersedia menerima semula Rohingya.

Tiada butiran diberi ketika tawaran dibuat Kyaw Tint Swe dalam pertemuan di sini bersama Menteri Luar Bangladesh, Mahmood Ali.

Namun seorang pegawai kanan Bangladesh yang hadir dalam pertemuan itu berkata, Myanmar akan menerima hanya Rohingya yang meninggalkan negara itu pada tahun sebelumnya.

"Mandat mereka ialah, mempertimbangkan pelarian yang datang selepas Oktober dan Ogos lalu," katanya kepada AFP.

Pegawai itu berkata, Bangladesh tetap dengan pendirian menggesa kepulangan semua 900,000 pelarian Rohingya yang kini tinggal di rantau sempadan tenggara negara itu.

Katanya, pegawai Myanmar yang mengambil bahagian dalam mesyuarat di sini tidak 'mempunyai mandat' untuk membincangkan nasib pelarian Rohingya yang datang lebih awal.

Pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi berkata bulan lalu, negaranya akan menerima semula pelarian 'disahkan', namun ramai terpaksa melarikan diri tanpa sebarang dokumen. -AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2017/10/333182/sharapova-teruja-aksi-temu-halep

5)Sharapova teruja aksi temu Halep

BEIJING: Maria Sharapova berkata pertemuan dengan pemain ranking dua dunia, Simona Halep di pusingan tiga Terbuka China, esok akan mengukur tahap kemajuan yang dicapainya sejak penggantungan selama 15 bulan susulan doping.

Bekas pemain tenis nombor satu dunia itu yang kembali pada April lalu selepas digantung kerana menggunakan bahan terlarang meldonium perlu bekerja keras sebelum menewaskan rakan senegara dari Russia, Ekaterina Makarova di pusingan kedua, hari ini.

Sharapova yang menghuni ranking 104 dunia dan memperoleh tiket wildcard untuk beraksi di China belum memenangi sebarang kejohanan sejak kembali ke gelanggang.

Juara lima kali Grand Slam itu mengakui dia mengharungi "beberapa aksi baik dan lemah" sebelum menyingkirkan Makarova dalam aksi tiga set 6-4, 4-6, 6-1.

Begitupun, bintang berusia 30 tahun itu gembira dengan pertembungan dengan pemain Romania, Halep.

"Kami tahu permainan masing-masing dengan amat baik dan ia bukannya satu rahsia," kata Sharapova. "Perlawanan akan sentiasa amat mencabar, sukar, kompetitif dan emosional.

"Tetapi saya gembira dengan cabaran untuk beraksi menentang seseorang yang menghuni ranking nombor dua dunia. Dia adalah pemain yang hebat, dia memperoleh tahun yang hebat.

"Setiap kali kamu berpeluang untuk bertemu dengan lawan yang bermain dengan cemerlang dan amat baik, ia adalah peluang yang hebat untuk menilai di mana kamu berada dan di mana tahap kamu."

Pertembungan dengan Halep adalah aksi ulangan perlawanan pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat pada Ogos lalu di mana Sharapova mencatat kemenangan mengejut sebelum tersingkir di pusingan keempat.

Sharapova masih memenangi rekod kemenangan 7-0 ke atas Halep yang melangkah ke pusingan tiga selepas lawannya Magdalena Rybarikova menarik diri akibat masalah kesihatan. - AFP

MUHAMAD SYAMIL IMRAN BIN MOHD MANSOR

Wardina Inani Bt Khairudin

Siti Maisarah binti Ahmad Tubandawi

Alyaa Nadia Bt Muhammad Assuad

Hamiezah binti Abdul Hapiz

Analisis Kesalahan Bahasa

NOTA 2

Wardina Inani Bt Khairudin
Artikel yang baru.

Maryam Zilhusna bt Ahmad Shahzalli
Pembetulan Kesalahan Artikel

Alyaa Nadia Bt Muhammad Assuad
Tak siap lagi.

Artikel dan jawapan

Loo Qiao Ning

Wardina Inani Khairudin

Hamiezah binti Abdul Hapiz

Siti Maisarah Ahmad Tubandawi

Nur Izzati Binti Omar 2k3