My phenomenal wall by Siti Nurshaziana Mohd Zakaria

BATU BERSURAT TERENGGANU

LATAR BELAKANG
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Antara Nusantara dan China, hubungan diplomatik diketahui sekitar abad ke-3 ketika rombongan dari China singgah di Funan. Rombongan yang diketuai oleh Kang Tai dan Chu Ying itu telah menasihati lelaki Funan untuk berpakaian kerana pada waktu itu hanya wanita Funan sahaja yang berpakaian.
Kerajaan China telah menghantar Laksamana YinChing yang bertanggungjawab untuk memeterai perjanjian perdagangan dua hala. Parameswara pula memeterai perjanjian itu bagi bershabat dengan China yang berkuasa besar pada ketika itu kerana Melaka masih baru berkembang

Hubung kait dengan Undang-Undang Syariah Islam
Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya.74 Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam.75 Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.76 Berasaskan kepada kajian terhadap Hukum Kanun Melaka,77 kita boleh mengemukakan teori bahawa penulisnya adalah seorang yang terpelajar dalam bidang keagamaan Islam, kerana memang mengetahui agama Islam dan ilmu usul al-fiqh secara holistik.

Islam juga memainkan peranan yang besar dalam sistem pemerintahan Melayu di Terengganu. Dari beberapa fakta sejarah yang ditemui, dapatlah ditegaskan bahawa Terengganu juga merupakan antara negeri-negeri di Tanah Melayu yang telah pun menerima Islam selewat-lewatnya pada abad ke-13 Masihi. Di atas Batu Bersurat Terengganu, terdapat bukti bahawa hukum Islam mengenai kesalahan berzina dilaksanakan di negeri itu sejak tahun 1303 Masihi lagi. Oleh itu, ternyatalah bahawa undang-undang Islam telah terlaksana di negeri tersebut, malah terbukti betapa pentingnya peranan Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu. Hal tersebut dapat dibuktikan melalui catatan Batu Bersurat mengenai hukum jenayah dan mu‛amalah Islam, seperti menerangkan kesalahan orang-orang yang mencuri, berzina dan perkara-perkara yang berhubung dengan hutang piutang.

Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini. Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282. Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

Undang- Undang batu bersurat
Teks Jawi Asal[8][9][10]
Transkripsi Muzium Terengganu[11][12]

Penampang depan
رسول الله دعں ىع اورح سىاىى مرٮک
اسا فدا دىوٮ ملىا راى ٮرى همٮا مںكهكں اكاما اسلام
دعں ٮٮر ٮحارا درما مرٮک مرٯسا ٮكى سكلںں همىا دىوٮ ملىا راى
دٮٮواكو اٮى ٯٮٮٮو أكاما رسول الله صلى الله علىه وسلم راحا
مٮدلٮكا ٮع ٮٮر ٮحارا سٮله دٮوٮ ملٮا راى ددالم
ٮهومى. ٯٮٮٮوں اٮٮو ٯرض فدا سكلںں راحا مںدا
لںكا اسلام مںورٮ سٮٮٮه دٮوٮ ملٮا راى دعں ںںر
ںحارا ںرںاحںكى ںںوا ٯٮٮٮوں اٮٮو مک ٮٮٮه سرى ٯادوكا
ںهں مدودوٯكى ںامرا اٮى دٮٮوا ٮرعكاٮو اد ٯرٮاما ادا
حمعه دںولں رحٮ دٮاهں سرطاں دسسںكلا
ںكںدا رسول الله ںله لالو ںوحه راںس دوا	RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam.
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallalLahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentuan itu fardhu pada sekalian Raja Manda
. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Penampang belakang
كلورک دںںوا حاوه..كں
داںع ںرںكں كامڡ…اورع ںرٯهوںع
حاعں معامںل..ک..هںلعكں امس
كلںما درما ںارع اورع...دںكا
حاعں معامںل ںوكل ںوٮ ٮماس
حكا امںل هںلعكں امس. كاںم درم ںارع
اورع ںرںوٮ ٮلاحارا لاكى لاكى ڡرمڡوں سںںںه
دںوٮ ملںا راى حک مردںكا ںوحن ڡالو
سراٮس راوىں. حک مردٮكا براسٮرى
اٮوا ڡرمڡواں ىرسوامى دٮاٮم هعک
ڡعكع دهمىالع دعں ىاٮو ماٮكں
حک اعكر...همٮالع حک اٮڡ مٮدلٮكا	Keluarga di Benua jauhkan
(Datang berikan. Keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil … (a)mbil hilangkan emas.
Kelima derma barang orang … (mar)dika.
Jangan mengambil (tugas buat) temasnya
Jika ia ambil hilangkan emas. Keenam derma barang
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak Mandalika …
Penampang kanan
ںوحں داںداڽ سڡوله ںعه ںںكا جک اى
مںںرى ںوحں داںداڽ ںوحه ںاهل سڡاها
ںعه ںںكا حك ںںوا ںوحں داںداڽ لںما ںاهل
ںوحه ںاهل سڡاها ماسٯ ںںدارا حک اورع
مردںكا كںوحه درما ںارع ٯرمٯوں هںدٯ
ںںدا داٯٮ ںرسوامى حک ںرںواٮ ىالاحارا ںرںكں	Bujang dandanya sepuluh tengah tiga jika ia …
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se(paha …
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil …
Tujuh tahil sepaha masuk bendara. Jika O(rang) …
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuan hendak …
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara …
Penampang Kiri
ںںدا ںںر داںداڽ سںاهل سٯاها كسمںںلں درما
سرى ٯادوكا ںهں سںاٯا ںںدا هرںا داںداڽ
كسٯوله درما حک اںٯكو اںوا ٯماںںكو اںوا حوحوكو اںوا كلوركاكو اںوا اںٯ
ںمرا اںى سكال اںسى ںمرا اںى ںارع سںاٯا ںںدا مںورٮ ںمرا اںى لعںٮ دںوٮ ملںا راى
دحادںكں دںوٮ ملںا راى ںاكى ںع لعكر احارا ںمرا	… tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
. … Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya
… Ke sepuluh derma jika anakku atawa pemainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
… tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya.
… di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

RUJUKAN
·         http://repository.um.edu.my/635/1/06%20Batu%20Bersurat%20Terengganu.pdf

·         http://eprints.utem.edu.my/1941/1/Kertas_Seminar_Batu_Bersurat_Terengganu_-_Khairuddin_Omar.pdf

·         https://www.researchgate.net/publication/239524298_KERANGKA_AWAL_TRANSLITERASI_MESIN_TEKS_JAWI_BATU_BERSURAT_PIAGAM_TERENGGANU

·         https://www.slideshare.net/peningla/jurnal-aswara-jun-2010-20110209