FORUM MERDEKA2 by Najihah Abdullah

Makanan
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan, contohnyaa dari nasi lemak, roti canai sampai laksa. Bila orang luar puji makanan kita, memang terasa bangga jadi rakyat Malaysia

Kawad Kaki
Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara, menempatkan pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa dan agama. Apabila tiba bulan Kemerdekaan, sudah menjadi rutin tahunan Bahagian Sains Sosial Menganjurkan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

Pelajar tingkatan 4 tahun ini akan mengetuai pasukan unit beruniform masing-masing untuk bertanding pada tahun ini, Amir seorang pelajar aliran sains tulen jarang sekali mengambil bahagian di dalam aktiviti kokurikulum.

Amir juga merupakan seorang pelajar yang baru sahaja menetap di Asrama, katanya nak hidup berdikari. Lim yang juga kawan sejak dari Tingkatan 2 juga berada gembira apabila Amir masuk asrama.

"Baik, saya tugaskan Lim untuk mengetuai kawad kaki Bulan Sabit Merah pada tahun ini. Selamat Maju Jaya semua!" Ujar Cikgu Suhaili semasa memilih wakil ketua kawad kaki.

Minggu training kini bermula, Lim mengajak Amir untuk masuk bersama dalam pertandingan Kawad Kaki.

"Aku taknak la wei, aku mana pandai berkawad, malaslah!" Ujar Amir kepada Lim

"Ah takde, kau kena join jugak pertandingan tu, malulah sikit, kata anak Melayu tapi kawad pun tak pandai". Suara Lim mengherdik Amir di dalam dorm membalas tolakan Amir.

Amir tersentak, ayat yang dikeluarkan Lim itu menusuk terus ke hati.

"Kata anak Melayu tapi kawad pun tak pandai" masih terngiang-ngiang suara Lim di dalam benak fikiran Amir.

"Tak boleh, aku kena buktikan bahawa aku anak Melayu sejati!" Amir bermonolog kepada dirinya sendiri sewaktu dia ingin menjawab soalan latihan Kimia waktu prep.

Pada malam itu, Amir datang ke padang sekolah. Lampu limpah menerangi wajah-wajah sahabatnya yang berbaris tegak, bersedia untuk pertandingan kawad kaki sempena Hari Kemerdekaan. Dari jauh, kedengaran sorakan semangat setiap unit beruniform.

Amir menarik nafas panjang. “Kita bukan sekadar nak menang. Kita nak tunjuk yang kita, anak Malaysia, boleh bersatu walaupun lain agama, lain bahasa.”

Rakan-rakannya mengangguk. Lim tersenyum sambil membetulkan songkok di kepala, sementara Mei Ling membetulkan tudung sahabatnya di sebelah. Mereka berbeza, tapi malam itu mereka satu pasukan.

Apabila gendang mula dipalu, langkah pertama diatur. Bunyi hentakan kasut memenuhi udara. Penonton bangun memberi tepukan gemuruh. Jalur Gemilang di tangan Amir berkibar tinggi, seolah-olah ikut rentak langkah mereka.

Di akhir persembahan, mereka menjerit serentak:

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Amir terpaku seketika. Dadanya sebak. Tepukan bergema, tetapi yang paling kuat terasa ialah degup jantungnya sendiri. Dalam hati, dia berbisik:

“Inilah detik paling bangga aku jadi rakyat Malaysia! Bila kami berdiri sama tinggi, sehati sejiwa, di bawah satu bendera.”

Budi pekerti rakyat Malaysia
Saya paling merasa bangga sebagai rakyat Malaysia ketika melihat masyarakat di luar negeri ramai menggelar rakyat Malaysia sebagai masyarakat dengan etika dan adab yang tinggi kerana sopan santun dan tatasusila kita yang sentiasa dijaga di mana-mana tempat kita berada.