PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR ( KPP 3014 ) by

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN REMAJA

KONFLIK YANG BERLAKU KEPADA DIRI SENDIRI
Konflik yang terjadi dalam hidup saya adalah konflik bersama rakan sebaya iaitu pergaduhan. Konflik ini terjadi kerana berlakunya salah faham antara saya dan juga rakan saya. Kisahnya bermula saat berada di bawah dorm tempat letak kenderaan dimana rakan saya menyuruh saya memegang topi keledarnya sebentar kerana ingin berjumpa seseorang pada masa itu. Saya pula sedang terburu-buru untuk ke kelas jadinya saya turuti permintaanya namun akibat lama sangat pertemuanya dengan rakan itu, saya menelefon dia dan berkata bahawa saya sudah meletakkan topi kelendarnya di atas motor tempat saya berada saat dia memberikan topi kelendarnya. Pada malam hari, si dia tiba-tiba datang kepada saya dan bertanya di mana topi kelendarnya. Saya merasa keliru kerana saya sudah beritahunya saya sudah letak di atas motor itu namun kemungkinan dia lupa lalu rakan saya memarahi saya serta menyalahkan saya atas kehilangan topi kelendarnya. Maka disinilah terjadinya konflik pergaduhan antara kami kerana saya merasakan bahawa ini bukan kesalahan daripada saya. Kami bergaduh mulut serta hampir bergaduh fizikal kerana dia tidak puas hati dengan saya. Setelah hampir 3 hari saya mengambil tindakan untuk menggantikan topi kelendarnya namun ditolak oleh rakan saya atas sebab yang saya tidak tahu. Saya dengan rasa rendah hati telah meminta maaf dan ingin menebus salah saya namun diabaikan oleh rakan saya itu. Akhir sekali, konflik ini telah dapat diselesaikan apabila saya dan rakan yang lain ternampak topi kelendarnya di atas motor seorang individu. Kami kemudianya bertanya adakah itu topi kelendar individu tersebut lalu sahabat itu berkata 'itu bukan topi saya, saya jumpa topi kelendar itu di atas motor saya pada tarikh sekian'. Kami lalu menerangkan semula bahawa itu topi kelendar kawan kami lalu individu tersebut memulangkan semula topi kelendar rakan kami itu. Kemudianya, saya memulangkan semula dan kami berbaik semula. Saya terfikir sebab rakan saya menolak saya untuk menggantikan topi kelendarnya berkemungkinan topi kelendar itu memberikan nilai berharga kepada dirinya. Kesimpulannya, setiap konflik atau masalah yang terjadi dalam hidup kita pasti ada jalan penyelesaian.

MUHAMMAD IKRAM BIN ABD LATIF (D20192090861)

MUHAMMAD IKRAM BIN ABD LATIF

MUHAMMAD IKRAM BIN ABD LATIF (D20192090861)
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya dengan adanya kursus KPP 3014. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah En. Mohd Muslim Md Zalli, atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang bersama-sama dalam menjayakan tugasan kumpulan. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

Sepanjang mengikuti kursus KPP 3014, kandungan pembelajaran yang paling menarik minat saya adalah bab 3, iaitu perkembangan isu-isu remaja dalam bilik darjah. Sebagai seorang yang akan menjadi kaunselor di sekolah, saya amat minat dengan tajuk ini kerana seorang kaunselor perlu tahu mengenai isu-isu perkembangan remaja agar dapat membantu remaja menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Terdapat 3 perkara atau kunci kepada isu perkembangan remaja iaitu kecelaruan bahasa, emosi dan tingkah laku. Ketiga perkara ini sekiranya saya sebagai seorang kaunselor di sekolah dapat membantu pelajar menangani tiga isu utama ini, saya yakin pelajar-pelajar mampu menjadi seorang yang lebih baik dalam kehidupanya.

Selain itu, apa yang saya ingin tahu lebih lanjut mengenai kursus ini adalah bagaimana saya sebagai seorang kaunselor pada masa akan datang mahupun seroang pelajar biasa ingin mengaplikasikan teori-teori dan teknik-teknik yang ada dalam setiap tajuk yang ada dalam kursus ini kepada dunia luar.

Pada pendapat saya, cadangan penambahbaikan kepada kursus ini adalah agar kursus ini dipanjangkan masa kerana sememangnya kursus ini amat berguna bagi kami semua.

Intihannya, subjek Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar memberikan impak yang positif kepada diri saya. Subjek ini meluaskan pengetahuan saya dan membuka minda dan mata saya kepada dunia.