MODEL- MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN by Fazri Ilham

MODEL- MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Model ADDIE
- Model ini menjadi asas kepada kebanyakan model reka bentuk.
- Kebaikan model ini ialah penambahbaikan yang berterusan boleh dibuat berasaskan maklumat yang
dikumpul.
- Ia juga menjimatkan masa kerana  masalah dapat diatasi sebaik sahaja dikenalpasti.
- Ia mendapatkan namanya hasil akronim huruf awal  A.D.D.I.E.
A - Analysis ( Analisis )
D - Design ( Reka Bentuk )
D - Development ( Perkembangan )
I - Implementation ( Pelaksanaan )
E - Evaluation ( Penilaian )

Hannafiin & Peck
Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) iaitu melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.

Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna, analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk dan perancangan dilaksanakan.

Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.

Fasa 1 : Analisis keperluan

Fasa 2 : Reka bentuk

Fasa3 : Pembangunan dan perlaksanaan

Fasa 4 : Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media.

Model Dick dan Carey
Model Dick dan Carey
Dick dan Carey (1996) telah mengemukakan 10 proses utama dalam model pengajaran mereka mengandungi 9 peringkat dalam gelungan yang berulang dan berakhir dengan proses penilaian keberkesanan pengajaran.

9 peringkat dalam model rekabentuk pengajaran Dick dan Carey :

Peringkat 1: Mengenalpasti matlamat pengajaran
Peringkat 2. Mengendalikan analisis pengajaran
Peringkat 3. Mengenalpasti Pengetahuan Sedia Ada dan ciri-ciri murid
Peringkat 4: Menulis objektif pencapaian
Peringkat 5. Membina / menggubal item-item ujian rujukan kriteria
Peringkat 6. Membina strategi pengajaran
Peringkat 7: Membina dan memilih bahan-bahan pengajaran
Peringkat 8: Membina dan melaksanakan penilaian formatif
Peringkat 9: Membina dan melaksanakan penilaian sumatif

Rapid Prototype
odel Rapid Protyping melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.

Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas perisian sebenar.