Titas Aktiviti 4.1 by Sanjeev

Batu Bersurat Terengganu
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887, (ada berpendapat 1899). Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO. Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Kandungan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa terdapat sejarah perkembangan pemikiran Syariah Islam di zaman tersebut. Pada asasnya,  dapat dikatakan bahawa pencatat teks di Batu Bersurat ini memang terdiri daripada seorang yang berpengetahuan dalam bidang perundangan Islam. Ini kerana isi kandungan Batu Bersurat bukanlah perkara yang kosong tetapi berasaskan dua perkara. Pertama, wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu. Pada masa Batu Bersurat ini digubal, sejarah telah melaporkan bagaimana tamadun kerajaan Melayu Islam telah bertapak secara kukuh di Terengganu. Di dalam tamadun ini, selain dari memiliki artifak kebendaan yang tinggi merangkumi bentuk kerajaan negara kota yang tersusun dengan bilangan penduduk yang agak ramai, kota ini juga berasaskan bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa . Kedua, timbulnya latar belakang intelektual Islam dan sistem tulisan Jawi yang memungkinkan BBT dicatatkan. Kesemua perkara ini timbul disebabkan kerana kecanggihan metode dakwah yang diusahakan oleh para mubaligh Islam terawal di Terengganu. Mereka telah menerapkan kefahaman agama Islam melalui kaedah mendekati pemerintah Melayu secara berhemah, mengamalkan pendekatan mesra budaya, memperkasakan sistem kominikasi ilmu dan mekanisme pendidikan

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Penemuan batu bersurat di terengganu mempunyai kaitan dengan perkembangan islan di nusantara. Ketika Islam datang di Indonesia, berbagai agama dan kepercayaan seperti animisme, dinamisme, Hindu dan Budha, sudah banyak dianut oleh bangsa Indonesia bahkan dibeberapa wilayah kepulauan Indonesia telah berdiri kerajaan-kerajaan yang bercorak Hindu dan Budha. Misalnya kerajaan Kutai di Kalimantan Timur, kerajaan Taruma Negara di Jawa Barat, kerajaan Sriwijaya di Sumatra dan sebagainya. Namun Islam datang ke wilayah-wilayah tersebut dapat diterima dengan baik, karena Islam datang dengan membawa prinsip-prinsip perdamaian, persamaan antara manusia (tidak ada kasta), menghilangkan perbudakan dan yang paling penting juga adalah masuk kedalam Islam sangat mudah hanya dengan membaca dua kalimah syahadat dan tidak ada paksaan. Terdapat beberapa cara lain iaitu melalui perdagangan, kultural, pendidikan, dan kekuasaan politik.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatannegeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China.Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.

Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. Hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu pada abad ke 15.