REFLEKSI KENDIRI by FATIN NABILAH BINTI RASYIDY IPG-Pelajar

MUHAMMAD ADIB BIN MOHD KHAIRUL SAM
Sepanjang kursus ini, saya banyak berlatih meningkatkan kemahiran komunikasi sama ada secara lisan mahupun bertulis. Dalam tugasan berkumpulan, saya perlu menyampaikan idea dengan jelas kepada rakan sepasukan dan pada masa yang sama belajar mendengar pandangan orang lain dengan penuh hormat.

Selain itu, saya juga belajar menulis laporan mesyuarat, kertas kerja, dan refleksi dengan lebih teratur serta menggunakan bahasa yang sesuai dalam konteks formal. Kemahiran komunikasi ini sangat penting kerana ia membantu saya menyampaikan mesej dengan tepat, mengelakkan salah faham, dan memudahkan kerjasama dalam kumpulan.

Oleh itu, melalui kursus ini saya berjaya membina kemahiran komunikasi yang lebih mantap, yang akan menjadi bekalan penting sebagai seorang guru dan juga pemimpin persatuan di masa hadapan.

TIE CHIENG SZE
Saya berpeluang mengasah kemahiran pemikiran kritis melalui pelbagai tugasan dan aktiviti. Saya belajar menilai maklumat dengan teliti sebelum membuat keputusan, contohnya ketika batch kami berbincang sama ada mahu mengadakan karnival secara bersama atau setiap kelas menguruskan sendiri. Perbincangan ini melatih saya menimbang kelebihan dan kekurangan setiap pilihan sebelum mencapai kata sepakat. Aktiviti seperti kuiz interaktif dan pembentangan turut menuntut saya berfikir secara analitikal untuk menjawab soalan dengan tepat serta menyusun hujah yang meyakinkan.

AHMAD IDRIS AIZAT BIN ABDUL RAHMAN
Karnival MPU ini membuka ruang kreativiti pelajar melalui setiap aktiviti. Dalam aktiviti berstesen, kami mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif. Aktiviti jualan pula mengajar kami berinovasi dalam pemasaran dan kewangan. Pengurusan program mendorong kematangan berfikir bersama, sekaligus membentuk kepimpinan, kerjasama dan sahsiah secara menyeluruh. Tidak dinafikan kretiviti stesen setiap opsyen adalah sangat cemerlang.

NUR FATIN AMIRA BINTI AMIRUDDIN
Melalui kursus ini, saya banyak belajar tentang cara dan kepentingan membina sahsiah diri yang baik dalam pengurusan persatuan. Nilai seperti integriti, disiplin, dan tanggungjawab amat penting untuk memastikan segala urusan persatuan dijalankan dengan telus dan berkesan. Saya sedar bahawa tanpa ciri-ciri ini, seorang pemimpin atau ahli persatuan sukar untuk mendapat kepercayaan dan sokongan daripada orang lain.

SYAMIL ZULKIFLI HANIF BN RIDWAN
Sepanjang kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan, saya menyedari bahawa kreativiti sangat penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Kreativiti membantu saya berfikir di luar kebiasaan, menggunakan teknologi serta menghasilkan idea baharu untuk menarik minat ahli. Ia juga mengajar saya berani mencuba, menilai kelemahan, dan menambah baik program. Secara tidak langsung, kreativiti mengukuhkan komunikasi, kerjasama, dan pemikiran kritikal, sekali gus menjadikan pengurusan kelab lebih berkesan dan relevan.

NUR LEERISAH BINTI MOHD SARIJIL
Kursus ini memberikan saya peluang untuk mengembangkan kreativiti, terutama dalam mengurus cabaran seperti masa dan lokasi. Tidak dinafikan pada awalnya jadual program yang dirancang bertembung, namun kami berjaya menyelesaikannya dengan menggabungkan beberapa program menjadi satu acara besar, yang hasilnya memberi impak positif kepada penglibatan peserta. Kami juga kreatif dalam memilih lokasi yang strategik bagi program serta booth setiap opsyen untuk memastikan ia mudah diakses dan sesuai dengan tema.

Selain itu, diantara interaksi kursus ini kami telah melaksanakan aktiviti tutorial dalam platform Google Classroom dan kuiz interaktif secara online. Hal ini membuktikan kepada saya bahawa terdapat pelbagai medium pembelajaran sejajar IR4.0 yang boleh diterokai.

Secara keseluruhan, kursus ini mengajar saya bahawa kreativiti adalah kunci dalam mengatasi cabaran pengurusan, menyelesaikan masalah dan merancang program yang lebih berkesan. Pengalaman ini mengukuhkan pemahaman saya bahawa kreativiti bukan hanya tentang idea baru, tetapi juga tentang bagaimana kita menyelesaikan isu dan beradaptasi dengan pendekatan yang lebih inovatif.

ELIZABETH RUTH BERNARD
Sepanjang tempoh kursus ini, saya banyak mendapat peluang untuk mengasah kemahiran komunikasi dengan lebih berkesan. Sama ada ketika berbincang dalam kumpulan kecil atau ketika berkongsi pandangan di hadapan kelas, saya mula lebih yakin untuk menyampaikan buah fikiran dengan cara yang teratur. Saya juga menyedari pentingnya memberi respon yang sopan dan membina agar perbualan dapat berjalan dengan lebih lancar.

Di samping itu, kemahiran komunikasi juga  turut membantu saya dalam penulisan yang dijalankan. Saya dapat menilai semula gaya bahasa yang digunakan, supaya mesej yang ingin disampaikan lebih tepat dan mudah difahami. Kesedaran ini menjadikan saya lebih berhati-hati dalam menyusun kata dan memastikan setiap penulisan mempunyai tujuan yang jelas.

FATIN NABILAH BINTI RASYIDY
Kursus ini mengajar saya mengenai kewarganegaraan dengan memberi peluang untuk memahami tanggungjawab sebagai seorang ahli, iaitu melaksanakan tugas dengan amanah dan mematuhi peraturan. Saya juga belajar pentingnya bekerjasama dan bertoleransi dengan rakan lain, sama seperti hidup bermasyarakat. Selain itu, melalui aktiviti seperti pemilihan pemimpin dan membuat keputusan bersama, saya dapat mempraktikkan nilai demokrasi. Semua ini membantu saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin, dan peka terhadap kepentingan bersama.

MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN AHMAD SHABRI
Melalui penganjuran Karnival Persatuan ini, saya memperoleh pengalaman berharga dalam mengurus dan menyelaras sesuatu program secara sistematik. Saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan serta kerjasama berpasukan. Selain itu, program yang kumpulan saya anjurkan iaitu Permainan Pusaka memberi peluang kepada kami untuk lebih menghargai warisan budaya bangsa dan menyemai rasa tanggungjawab dalam memelihara permainan tradisional agar tidak hilang ditelan zaman.

SITI NURSYAFFIQAH BINTI SALLEH
Penglibatan saya dalam penganjuran Karnival Persatuan memberi peluang untuk mengasah sahsiah diri dan membentuk nilai karakter yang positif. Sepanjang proses perancangan hingga pelaksanaan, saya belajar untuk lebih berdisiplin dalam menepati masa serta bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Saya juga sedar bahawa sikap amanah dan integriti amat penting agar rakan sepasukan dapat mempercayai saya dalam menjalankan peranan. Melalui pengalaman ini, saya semakin memahami bahawa kekuatan karakter seperti kejujuran, ketekunan, dan sikap saling menghormati adalah asas kepada kejayaan sesuatu pasukan. Nilai-nilai ini bukan sahaja membantu menjayakan karnival, malah membentuk diri saya sebagai individu yang lebih matang dan berakhlak mulia.

NURUL ALIYYA ZAHIRAH BINTI MOHAMMAD ALI
Sepanjang mengikuti kursus ini, saya menyedari bahawa komunikasi merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai dalam mengurus sesebuah persatuan. Kursus ini memberi peluang kepada saya untuk berlatih menyampaikan idea dengan lebih jelas melalui pembentangan, penulisan kertas kerja, serta perbincangan bersama rakan sekumpulan. Saya belajar bahawa komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi turut melibatkan keupayaan mendengar secara aktif, memberi maklum balas yang membina, dan menyesuaikan gaya penyampaian mengikut situasi serta audiens.

Melalui pengalaman ini, saya menjadi lebih yakin untuk bercakap di hadapan orang ramai dan lebih peka dalam menyusun mesej agar mudah difahami. Saya juga sedar bahawa komunikasi berkesan dapat mengelakkan salah faham, meningkatkan kerjasama, dan memastikan kelancaran aktiviti persatuan. Justeru, kemahiran ini akan saya aplikasikan kelak sebagai guru dalam membimbing murid serta berinteraksi dengan pelbagai pihak di sekolah.