Kumpulan 3 (Nurul Ain, Stacey Olivia, Brineysa Bangie) by BM1-0620 Nurul Ain Syafiqah Binti Mohd Azizi

Komponen Tema dan Isu
Tema : Persahabatan baik yang menjamin hubungan yang berkekalan sejahtera.

Tema dalam skrip drama “Bangau Menolong Ikan” berkisar tentang persahabatan baik yang menjamin hubungan yang berkekalan sejahtera.

Watak-watak dalam drama ini memaparkan nilai-nilai positif yang dijadikan sebagai teladan dalam sesebuah persahabatan.

Contohnya, ‘Bangau’ yang menunjukkan semangat setia kawan dan baik hati dengan membantu rakan-rakan baiknya iaitu ‘Ikan 1’, ‘Ikan 2’ dan ‘Ikan 3’.

Buktinya pada keratan ayat di bawah yang terdapat dalam Babak 2:
“Bangau mula memindahkan rakan-rakannya satu per satu.”

Melalui keratan ayat di atas, dapat dilihat bahawa Bangau menununjukkan nilai yang positif iaitu nilai semangat setia kawan dan baik hati kerana membantu untuk memindahkan rakannya yang berada dalam kesusahan iaitu dalam krisis kemarau.

Dalam kehidupan seharian, kita hendaklah mengamalkan nilai-nilai positif seperti nilai semangat setia kawan dan nilai baik hati dalam bersahabat.

Contohnya, menolong rakan-rakan yang berada dalam kesusahan seperti membantu mencuci dan membersihkan rumah rakan-rakan yang dilanda banjir, membantu rakan-rakan dalam pembelajaran dan lain-lain lagi,.

Justeru, nilai-nilai positif yang diterapkan dalam persahabatan akan menjadikan sebuah persahabatan itu menjadi persahabatan yang kekal dan sejahtera.

Isu 1 : Kerelaan hati dalam persahabatan

Isu yang diketengahkan dalam skrip drama “Bangau Menolong Ikan” ialah isu kerelaan hati dalam persahabatan di antara Bangau dengan Ikan.

Persahabatan di antara ‘Bangau’ dengan ‘Ikan-Ikan’ ini dapat dilihat apabila Bangau membantu untuk memindahkan Ikan-Ikan yang hampir mati kerana kekurangan oksigen.

Hal ini dapat dilihat pada dialog ‘Bangau’ dalam Babak 2:
“Bangau : Jom. Aku pindahkan kamu bertiga seorang demi seorang ke sungai di kampung  sebelah.”

Dalam dialog ini, ‘Bangau’ dengan rela hatinya membantu untuk memindahkan ‘Ikan-Ikan’ ke sungai yang lain di kampung sebelah.

Jelaslah, bahawa isu persahabatan wujud di sini kerana Bangau dengan rela hati membantu rakan-rakannya semasa menghadapi krisis kemarau yang melanda.

Isu 2: Konflik dalaman

Selain itu, isu yang diketengahkan dalam skrip drama “Bangau Menolong Ikan” ialah konflik dalaman yang dihadapi oleh Bangau sewaktu berperang dengan kata hati dan otaknya.

Hal ini dibuktikan melalui Babak 2 yang menunjukkan bahawa ‘Bangau’ mengalami konflik dalaman iaitu berperang dengan kata hati dan kata otaknya semasa membantu memindahkan ‘Ikan 3’ ke sungai yang lain.

Buktinya, terdapat dalam Babak 2 seperti di bawah:
“Apabila Ikan 3 berada dalam paruh Bangau untuk dipindahkan, perut Bangau mula berkeroncong untuk diisi. Bangau mula berperang dengan otak dan hatinya.
Bangau  : Patut ke aku makan Ikan ni?... Macam sedap je…(Kata hati Bangau)
Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

Sewaktu Bangau berperang dengan kata hati dan otaknya, tiba-tiba Bangau terdengar ikan 3 berkata-kata.
Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun tadi, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…
Bangau terharu mendengar kata-kata ikan 3. Keinginan Bangau untuk memakan ikan 3 terbatal”

Konflik dalaman yang dialami oleh Bangau ini akhirnya terlerai jua apabila Bangau membatalkan niatnya untuk memakan Ikan 3 setelah terharu mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Ikan 3 kepadanya.

Justeru, dalam kehidupan, konflik dalaman yang dialami dapat diatasi sekiranya seseorang itu berfikiran rasional dalam membuat suatu keputusan atau sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara.

Skrip Drama 'Bangau Menolong Ikan'
SKRIP DRAMA KUMPULAN 3

TAJUK: BANGAU MENOLONG IKAN

BABAK 1

Di tepi hutan, terdapat sebuah kolam yang hampir kering airnya. Di situ, hidupnya seekor Bangau dan Ikan-Ikan yang bersahabat baik. Pada waktu itu, kemarau teruk melanda. Ikan-Ikan di situ nampak tercungap-cungap kerana air semakin kering. Bangau terbang mendekat ke arah Ikan-Ikan di tepi kolam. Bangau melihat sahabat-sahabatnya terdampar lemah.

Ikan 2    : Tolong kami, bantu kami,

Ikan ini hampir mati.

Tolong kami, bantu kami

Ikan ini hampir mati.

(Ikan 2 menyanyi dengan tidak bermaya)

Bangau : Kau ni kenapa Ikan?...Tercungap-cungap…

Ikan 1  : Kami kekurangan oksigen…

Bangau : Lah..Kenapa?

Ikan 3  : Kau tengoklah air di sini makin kering…

Bangau : Kasihannya melihat kalian semua… Marilah kita mencari jalan penyelesaian. (Bangau membuat aksi berfikir)

Setelah beberapa minit, Bangau menyuarakan pandangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

Bangau : Haaa! Ikan, aku baru teringat…

Ikan 1    : Haaa! Kenapa, Bangau?

Ikan 2    : Ada berita baik ke Bangau?

Bangau : Sabar, sabar..(Bangau membuat aksi mengangkat tangan agar ikan-ikan bersabar).  Aku baru nak beritahu ni…

Ikan 3  : Betul juga, eh…Kamu berdua ni… (Ikan 3 membuat aksi menggelengkan kepala melihat rakan-rakannya yang tidak sabar)

BABAK 2

Bangau mencadangkan agar sahabat-sahabatnya berpindah ke sungai yang lain. Sungai itu terletak di kampung sebelah. Ikan-Ikan pun bersetuju untuk mengikut Bangau berpindah.

Bangau : Jom. Aku pindahkan kamu bertiga seorang demi seorang ke sungai di kampung sebelah.

Ikan 2 : Wah, bersyukur kami bertiga jadi rakan baik kau! (Ikan 2 mengucapkan kata dengan nada terharu)

Ikan 1 : Kami berterima kasih dengan kau, Bangau…

Ikan 3 : Kau dah kami anggap seperti ahli keluarga kami, Bangau. Kau selalu ada untuk kami.

Bangau mula memindahkan rakan-rakannya satu per satu. Ketika memindahkan Ikan 1 dan Ikan 2, Bangau masih menahan nafsunya daripada memakan rakan-rakannya. Namun….Apabila Ikan 3 berada dalam paruh Bangau untuk dipindahkan, perut Bangau mula berkeroncong untuk diisi. Bangau mula berperang dengan otak dan hatinya.

Bangau : Patut ke aku makan Ikan ni?... Macam sedap je…(Kata hati Bangau)

Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

Sewaktu Bangau berperang dengan kata hati dan otaknya, tiba-tiba Bangau terdengar ikan 3 berkata-kata.

Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…

Bangau terharu mendengar kata-kata ikan 3. Keinginan Bangau untuk memakan ikan 3 terbatal. Sampai sahaja di sungai, Bangau melepaskan Ikan 3 dari paruhnya.

Bangau : Takda hal punya lah…. Janganlah terlalu memuji.. Kalian semua kan sahabat aku. Aku harus membantu kalian. Tuhan masih menutup aib aku… Doakan saja aku mendapat kesejahteraan atas kebaikan yang aku lakukan.

Akhirnya,Ikan-Ikan dapat meneruskan hidup mereka dengan sejahtera. Tiada lagi masalah kekurangan air melanda. Bangau juga berasa senang hati kerana dapat membantu rakan-rakannya.

SOALAN
Secara berkumpulan, anda diminta untuk menulis skrip drama pendek yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah dengan memberikan penekanan pada aspek berikut :

> Tema dan isu

> Penyerapan aspek tatabahasa

> Unsur didik hibur

> Gaya bahasa

Skrip drama yang dipilih ialah Bangau Menolong Ikan.

Komponen Penyerapan Aspek Tatabahasa
Aspek 1: Penggunaan ayat yang ringkas serta mudah

Penulis menggunakan ayat yang ringkas serta mudah untuk difahami oleh kanak-kanak yang membaca skrip drama tersebut.

Penggunaan ayat akan diringkaskan dan ayat berkenaan tidak terlalu panjang untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Penggunaan ayat yang terdapat dalam skrip drama “Bangau Menolong Ikan” yang memaparkan penggunaan ayat yang ringkas dalam dialog yang diujarkan oleh watak-watak dalam drama.

Buktinya, terdapat pada dialog dalam Babak 1:
“Bangau : Kau ni kenapa Ikan?...Tercungap-cungap…
Ikan 1  : Kami kekurangan oksigen…

Dialog yang berlaku di antara Bangau dan Ikan 1 menunjukkan penggunaan ayat tunggal yang ringkas.

Hal ini demikian kerana, keratan ayat dalam dialog tersebut dibina menggunakan satu subjek dan satu predikat serta tidak menggunakan sebarang kata hubung.

Jelaslah, menunjukkan bahawa watak di antara ‘Bangau’ dan ‘Ikan 1’ menggunakan ayat tunggal yang mudah serta ringkas untuk difahami oleh kanak-kanak ketika membaca skrip drama ini.

Aspek 2 : Penggunaan golongan kata yang mudah

Skrip drama “Bangau Menolong Ikan”  memaparkan penggunaan golongan kata yang mudah.

Antara golongan kata yang terlibat dalam drama ini ialah kata nama, kata tugas, kata adjektif dan kata kerja.

Contoh kata nama yang terdapat dalam drama ini ialah kata nama khas seperti ‘Bangau’, ‘Ikan 1’, Ikan 2’ dan ‘Ikan 3’ serta kata nama am seperti ‘kolam’, ‘sungai’ dan ‘rakan’.

Contoh kata sendi nama yang terdapat dalam drama ini ialah ‘air di sini semakin kering’ dan “…ke sungai di kampung sebelah”.

Malah, kata adjektif yang terdapat dalam skrip drama ini ialah ‘terdampar lemah’, ‘kerana air kolam yang hampir kering’ dan ‘kemarau teruk’.

Kata kerja yang terdapat dalam skrip drama ini pula ialah ‘memindahkan rakan-rakan’, ‘menyuarakan pandangan’ dan ‘menyelesaikan masalah’.

Komponen Didik Hibur
Unsur didik hibur : Nyanyian

Skrip drama “Bangau Menolong Ikan” menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian.

Hal ini dapat dilihat pada Babak 1 apabila ‘Ikan 2’ menyanyikan sebuah lagu untuk meminta bantuan.

Buktinya pada nyanyian ‘Ikan 2’ di bawah;
“Ikan     : Tolong kami, bantu kami
Ikan ini hampir mati.
Tolong kami, bantu kami
Ikan ini hampir mati.
(Ikan 2 menyanyi dengan tidak bermaya)”

Justeru, penerapan unsur didik hibur nyanyian ini dapat menjadikan sesebuah skrip drama tersebut menjadi lebih menarik dan tidak membosankan untuk dibaca oleh kanak-kanak.

Komponen Gaya Bahasa
Gaya Bahasa 1 : Inversi

Gaya bahasa pertama yang terdapat dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ialah inversi. Buktinya, terdapat penggunaan gaya bahasa inversi dalam Babak 1, iaitu ;

‘Di tepi hutan, terdapat sebuah kolam yang hampir kering airnya.’

Terdapat penggunaan gaya bahasa inversi pada ayat di atas. Ayat tersebut dapat disusun menjadi ayat susunan biasa iaitu ‘Di tepi hutan, terdapat sebuah kolam yang airnya hampir kering.

Gaya Bahasa 2 : Hiperbola

Gaya bahasa kedua yang terdapat dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ialah hiperbola. Buktinya, terdapat penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam Babak 2 :

“Ikan 3  : Terima kasih, Bangau kerana telah membantu kami semua… Jasa kau ni, kami tak dapat balas dengan intan permata sekalipun… Kami akan ingat jasa kau. Kalau kami mati sekalipun, kami sanggup hidup semula demi nak tolong kau…”

Gaya bahasa hiperbola ini terdapat dalam dialog yang diujarkan oleh Ikan 3 yang menunjukkan bahasa yang berlebih-lebihan.

Hal ini demikian kerana, tiada kehidupan di dunia ini yang boleh hidup semula setelah mengalami kematian. Jadi, jelas di sini bahawa ayat yang diujarkan kelihatan berlebih-lebihan.

Gaya Bahasa 3 : Sinkope

Gaya bahasa ketiga yang terdapat dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ialah sinkope. Buktinya, terdapat penggunaan gaya bahasa sinkope dalam Babak 1 dan Babak 2, iaitu :

Babak 1 :

Bangau : Kau ni kenapa Ikan?...Tercungap-cungap…

Penggunaan gaya bahasa sinkope diwakili oleh perkataan ‘kau’ yang merupakan singkatan bagi perkataan ‘engkau’.

Babak 2 :

Bangau  : Eh, tak boleh! Ni kawan baik aku sendiri. Aku tak boleh makan dia.. (Kata otak Bangau)

Penggunaan gaya bahasa sinkope yang kedua diwakili oleh perkataan ‘tak yang merupakan singkatan bagi perkataan ’tidak’.

Gaya Bahasa 4 : Repetisi Ayat

Gaya bahasa keempat yang terdapat dalam skrip drama ‘Bangau Menolong Ikan’ ialah repetisi ayat. Buktinya, terdapat penggunaan gaya bahasa repetisi ayat dalam Babak 1, iaitu ;

‘Tolong kami, bantu kami,

Ikan inihampirmati.

Tolong kami, bantu kami

Ikan ini hampir mati.’

Lirik lagu di atas yang terdapat dalam Babak 1, menunjukkan terdapat pengulangan pada rangkap 2 lirik di atas.

Penutup
Kesimpulannya, skrip drama kanak-kanak Bangau Menolong Ikan ini mengandungi tema dan isu, penerapan aspek tatabahasa, unsur didik hibur, dan gaya bahasa.

Selain itu, skrip drama kanak-kanak hendaklah mengandungi nilai-nilai yang positif agar dapat dijadikan sebagai teladan kepada kanak-kanak. Penerapan nilai-nilai yang positif inilah yang meningkatkan akhlak dan menjadikan kanak-kanak menerapkan nilai murni yang baik dalam diri mereka.