Pandangan tentang isu etika by

Pandangan isu etika dalam video yang dipaparkan
Assalamualaikum, salam sejahtera.

Pandangan mengenai video yang dipaparkan yang berkaitan isu etika ditempat kerja, seharusnya jujur dan amanah dalam konteks moral yang baik, kerana moral yang baik akan membentuk etika yang unggul dalam kehidupan. Pembentukan nilai diri yang rapuh tanpa moral, seperti yang terjadi dalam video yang dipaparkan sama sekali tidak mempedulikan akan kepentingan bekerja dalam ruangan kejujuran dan menganggap apa yang dilakukan adalah perkara yang remah dan tidak memudaratkan, akan tetapi etika sebegitu akan membentuk seseorang atau komuniti yang bekerja dalam pasukan akan merosakan imej syarikat berdasarkan video dipaparkan.

Terima kasih.

Royrafik

Pandangan tentang isu etika
Berdasarkan video pendek yang disiarkan di akhir sesi kuliah sebentar tadi, saya dapat menyimpulkan bahawa budaya organisasi menjadi faktor utama dalam kesalahan etika kerja seperti yang ditunjukkan di dalam video. Hal ini demikian kerana pekerja tersebut secara jelas mencuba untuk mencuri produk yang dihasilkan. Bukan sahaja tindakan tersebut dilakukan secara terang-terangan, malah perbuatan tersebut disokong oleh rakan sekerjanya. Mereka juga malah mengajarkan tindakan tersebut kepada pekerja baru. Hal ini sekaligus akan menjadikan perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang normal dan akan terus dilakukan oleh pekerja-pekerja yang lain selagi perbuatan itu tidak dapat dikesan oleh pihak atasan. Kesimpulannya, budaya dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi nilai etika profesional dalam seseorang individu.

Isu etika mengenai video yang dipaparkan
Selamat sejahtera Dr. Pandangan saya tentang video tersebut yang berkaitan dengan isu etika  profesional kerja. Budaya organisasi  yang mempengaruhi rakan sebaya untuk melakukan perbuatan yang tidak baik, contohnya, pekerja lama telah mengajar pekerja baru perlakuan yang tidak baik dengan meletakkan harga murah daripada harga yang sepatutnya seolah hendak mencuri barang tersebut. Perlakuan ini namun disokong oleh rakan sebaya yang lain. Pekerja baru mendapati perbuatan tersebut telah melanggar peraturan dan tidak baik. Kesimpulannya,  Seseorang individu seharusnya bersikap moral yang baik seperti jujur dan amanah semasa melakukan sesuatu tugas, tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. ciri-ciri individu yang ada pada pekerja baru tersebut menunjukkan dia adalah seorang yang jujur dan mempunyai nilai moral yang tinggi.

isu etika di tempat kerja
Merujuk kepada video pendek yang dikongsi sebentar tadi, dapat dilihat beberapa isu etika ditempat kerja yang dipamerkan. Pertama sekali adalah penipuan dan pemalsuan dokumen. Individu terbabit sudah lama melakukan aktiviti yang salah itu tanpa tertangkap kerana berlaku pemalsuan terhadap dokumen yang berkaitan. Dia merasakan perbuatannya itu tidak menyalahi peraturan syarikat kononnya membantu meningkatkan jualan tambahan pula kesalahan tersebut dilakukan bersama rakan sekerja yang lain. Hal ini melibatkan ketidakjujuran dan memanipulasi sistem untuk kepentingan peribadi.  Kesimpulannya, hal seperti ini akan menyebabkan masalah kerja berpasukan dan komunikasi kerana hilangnya kepercayaan dan hormat terhadap sesama rakan sekerja.

Terima Kasih,

mizahmail

Pandangan tentang isu etika dalam video dalam e-kuliah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pandangan saya, terdapat beberapa isu etika yang saya boleh simpulkan melalui video pendek tersebut. Antaranya, budaya kerja yang tidak telus kerana salah seorang staf berniat untuk mencuri produk serta disokong oleh rakan sekerjanya yang pengecut. Saya berkata demikian kerana rakannya tidak berani mengutarakan apa yang benar dan apa yang salah, sebagai rakan yang baik seharusnya membetulkan satu sama lain. Selain itu, budaya kerja yang tidak amanah asbabnya staf tersebut juga mengerahkan staf yang baru masuk kerja 3 hari untuk menukarkan kenyataan invois. Amalan buruk ini akan dicontohi oleh staf-staf lain dan menjadi kebiasaan selama mana ianya tidak dipantau sebaiknya oleh pihak syarikat. Sepatutnya mereka bertiga wajarlah mempunyai kesedaran etika dan nilai profesional dengan berpegang pada prinsip dan standard tingkah laku yang diharapkan oleh majikan mereka.

Terima kasih.

Ruhillizzati