YBP223 Tugasan Individu (Yeap Yu Hou 152054) by

Iklan Minicooper
Minicooper membangunkan jenama melalui Billboard.

Pada pendapat saya, pengiklanan Billboard ialah cara yang sesuai untuk memperkenalkan serta membangunkan jenama tentang produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Hal ini penting kerana papan iklan (billboard) meninggalkan kesan dalam fikiran orang ramai sekali gus mewujudkan kesedaran tentang produk atau jenama tertentu. Contohnya, orang ramai melihat iklan billboard semasa mereka dalam perjalanan ke sesuatu tempat mewujudkan kesedaran dalam minda penonton, apabila orang membuat keputusan untuk membuat keputusan pembelian mengenai kereta, mereka lebih cenderung untuk mengingati perkara yang mereka telah dilihat. Selain itu, iklan Minicooper ini menggunakan iklan konseptual, di mana ia telah menekankan kelebihan utama produk iaitu kestabilan Minicooper yang membawa keselamatan dengan mengambil kira pandangan utama (insight) berkenaan audien sasaran. Contohnya, reka bentuknya yang menggunakan tali pinggang keledar untuk mengikat kereta pada Billboard telah menguatkan kepercayaan penonton bahawa kestabilan Minicooper di dalam jalan raya adalah terjamin.

Iklan Burger King
Iklan Burger King yang berkolaborasi dengan 'Stranger Things'  ini merupakan iklan yang mensasarkan kepada golongan belia dalam lingkungan 6 hingga 19 tahun. Demografik audiens ini lebih cenderung menyukai barang yang berkaitan dengan hiburan seperti makanan segera, idol, lagu atau filem. Jadi, iklan Burger King ini yang berkolaborasi dengan drama Stranger Things sudah tentulah dapat menarik minat golongan belia kerana kedua-dua jenama ini merupakan kegemaran dan arus perdana dalam topik kalangan golongan belia. 'Stranger Things' merupakan drama yang disambut meriah oleh golongan belia kini dalam Netflix.  Iklan ini juga menggunakan ton warna dan font Stranger Things untuk menarik perhatian golongan belia supaya mencuba makanan segera yang terbaru dilancarkan oleh Burger King. Bukan itu sahaja, nama watak Stranger Things 'Whooper' juga telah digunakan dalam iklan ini untuk menambah minat audiens yang menyukai watak ini untuk membeli pakej yang terbaru ini.

Iklan Nike
Terdapat 2 jenis objektif yang terkandung dalam iklan Nike ini. Objektif yang tersurat adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa kita semua orang mempunyai kehebatan dalam diri, tidak memandang rendah pada potensi diri. Manakala, objektif tersirat iklan ini adalah untuk menyeru seluruh strata masyarakat untuk membeli produk Nike, memotivasikan masyarakat supaya mulakan gaya hidup sihat seperti membuat senaman setiap hari, dan cuba mencungkil potensi yang ada dalam diri sendiri. Dari aspek maklum balas, iklan ini cuba meminta masyarakat untuk memulakan gaya hidup sihat, supaya masyarakat rajin bersenam, dan masyarakat diharapkan dapat membeli dan menggunakan produk Nike semasa membuat segala aktiviti senaman, termasuklah joging, bola keranjang, bola sepak, dan sebagainya.

Kempen Periklanan Antarabangsa
Ringkasan Kreatif

Pelanggan: Wanita dan perempuan
Tarikh pelancaran: June 2014
Bajet: Kira-kira 10 juta dollars
Jangka masa: 3 bulan

Produk
Latar belakang: Always ialah produk kebersihan haid jenama Amerika , termasuk pad maxi , pad ultra nipis, pantyliner , seluar dalam pakai buang untuk pemakaian waktu malam dan lap faraj. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat dalam pasaran ujian pada musim bunga tahun 1983, kemudian secara nasional pada Mei 1984. Pada penghujung tahun 1984, Always juga telah diperkenalkan di peringkat antarabangsa di United Kingdom, Kanada, Perancis, Jerman dan Afrika.
Pesaing utama:  Kotex, Libresse
Posisi sekarang:  Gigih dalam melancarkan kempen baharu disebabkan pasaran telah dijejaskan oleh pandemik global dan penutupan negara serta persaingan sengit dengan jenama produk yang lain seperti Kotex.
Ciri dan faedah produk:  Menjual produk perlindungan kebersihan seperti tuala wanita, tampon dan pantyliner yang berkualiti tinggi.

Kempen
Matlamat:  Kempen pemasaran video ini melancarkan langkah baharu dalam pertempuran epiknya untuk memastikan gadis di mana-mana mengekalkan keyakinan mereka melalui akil baligh dan seterusnya dengan menangani batasan masyarakat yang menghalang mereka.
Pasaran sasaran: Wanita Milenium berumur 13-34 tahun, dan lokasinya adalah  di seluruh dunia dengan lebih fokus pada pasaran AS dan Afrika.
Posisi baharu(jika ada):  -
Strategi:
1) Perkenalkan hashtag: Untuk membalikkan maksud frasa, hashtag sosial #LikeAGirl diperkenalkan sebagai
rallying crying untuk misi berubah. Hashtag menjemput penyertaan dan penglibatan untuk gadis-gadis untuk membiarkan dunia
tahu perkara yang memberi inspirasi yang mereka lakukan 'Seperti Gadis'.

2) Pelancaran video: Dengan memanfaatkan keupayaan media perdagangan untuk mencetuskan liputan media pengguna/perniagaan yang meluas, video percubaan sosial Always #LikeAGirl adalah secara strategik diumumkan melalui eksklusif dengan Ad Age. Video itu adalah didedahkan melalui pelancaran PR pada 26 Jun ke atas platform YouTube.

3) Selebriti yang terkenal: Selebriti termasuk Vanessa Hudgens dan Bella Thorne, dipilih untuk jangkauan sosial mereka yang tinggi dan perkaitan dengan khalayak sasaran, terlibat untuk menyiarkan tweet pada kempen tersebut. Ini mencetuskan tambahan tweet selebriti daripada Sarah Silverman, Tyler Oakley, Maria Shriver, Cher, Kristen Bell, Chelsea Clinton dan Melinda Gates, semua berkongsi video dan mesej.

Idea utama:
1) Cuba menukarkan persepsi masyarakat yang menganggap bahawa wanita adalah lemah dan pemalu, sebaliknya menggantikan persepsi tersebut dengan persepsi di mana wanita adalah berkemampuan, tegas dan berani.

2) memperkasakan gadis dengan menggalakkan mereka untuk melepasi batasan.

Nada suara:  Bold. Courage. Confidence. #Unstoppable #LikeAGirl.

Pelaksanaan
Keperluan:  Slogan, Logo, Tagline, Ambassador, Kandungan Video iklan yang kreatif.
Jenis: Media sosial, sepert aplikasi Youtube.
Format: Video pendek.