Sumbang Saran / Brainstorming by LING JIA YING IPG-Pelajar

Sosiobudaya suku Fuzhou di Malaysia
Pada masa kini, budaya suku Fuzhou etnik Cina didapati semakin dipinggirkan. Hal ini pasti akan mendatangkan masalah kehilangan identiti budaya suku Fuzhou pada masa akan datang jika masalah ini tidak diselesaikan.
Sebagai seorang pembaca google sites ini, setujukah anda budaya ini harus ditelan zaman? Mengapa?
Kalau tidak, mengapakah situasi ini akan berlaku?
Adakah apa-apa langkah yang boleh kamu lakukan untuk menyelamatkan budaya suku Fuzhou ini daripada hilang begitu sahaja?
Sila memberikan pandangan anda mengenai isu ini. Terima kasih.

# Warisan khazanah semua manusia

Tidak setuju, saya rasa budaya ini harus dikekalkan. Kerana setiap budaya muncul ada dia punya sebabnya, jadi budaya Fuzhou ini muncul mesti adanya kelebihan sendiri. Aspek-aspek dalam budaya ini amat membantu dalam kerja penyelidikan. Inovasi budaya juga boleh berlaku seterusnya memberi sumbangan kepada manusia. Bagi soalan yang kedua, situasi ini akan berlaku mungkin disebabkan bilangan orang Fuzhou agak kurang di Malaysia berdasarkan pemerhatian saya setakat ini. Apabila orang sedikit, maka pun susahlah nak kekalkan budaya ini. Selepas melayari google sites ini, saya rasa saya pun nak buat sesuatu untuk menyelamatkan budaya ini. Ini kerana saya lihat budaya ini begitu unik sekali. Jadi, sebagai seorang manusia saya rasa saya boleh menyebarkan situasi sebenar ini  pada laman sosial supaya lebih banyak orang sedar bahawa ada banyak lagi budaya haruslah kita menjaga bagi kebaikan semua. Kesimpulannya, budaya Fuzhou ini harus dijaga kerana amat bernilai dari segi ilmu, sejarah ataupun estetika.

Pada pendapat saya, budaya Fuzhou tidak harus ditelan zaman. Walaupun saya bukan orang Fuzhou, tetapi saya berasa budaya mereka unik dari segi adat istiadat, bahasa dan dialek, alat muzik, permainan, makanan dan seni tarian selepas saya melayari google sites. Atas alasan tersebut, budaya ini haruslah dikekalkan seperti budaya yang lain. Dengan persoalan kenapa budaya ini semakin dipinggirkan, alasan yang saya beri adalah tentang isu arus pemodenan. Dunia yang semakin moden ini telah memberi kebaikan kepada kami tetapi juga menimbulkan masalah-masalah sebegini. Masyarakat yang sibuk untuk menjejak ke depan sudah lupa untuk menjaga warisan mereka yang ada. Kesannya, budaya ini akan hilang begitu sahaja. Langkah-langkah mestilah diambil dengan segera untuk menjaga budaya ini. Untuk saya, saya akan cuba untuk pergi mencari maklumat budaya Fuzhou yang lain selain daripada google sites ini kerana saya memang minat terhadap budaya Fuzhou ini.  Saya juga akan menjelaskan budaya-budaya ini kepada kawan-kawan saya.

Sebagai seorang orang Fuzhou etnik Cina, saya bersikap tegas dalam mempertahankan budaya suku saya walaupun hidup dalam suasana berbilang kaum, bangsa dan suku. Tambahan pula budaya Fuzhou mempunyai banyak keistimewaan yang tidak boleh diabaikan. Sebagai contoh, adat perkhawinan. Semasa meminang pihak lelaki harus membawa bersama ibu bapa, buku etika, mee, gula, daging, senarai hadiah dan emas kepada pihak perempuan. Budaya traditional ini telah memberi tunjuk ajar kepada generasi kini supaya beradab dan bersopan semasa berkahwin. Ini telah menunjukkan betapa pentingnya budaya Fuzhou ini kepada masyarakat Fuzhou kini ataupun masyarakat yang lain. Kedua, berdasarkan soalan yang disebut oleh penulis, saya berpendapat bahawa masalah kehilangan identiti budaya Fuzhou ini berlaku kerana generasi Fuzhou kini tidak lagi mementingkan budaya mereka sendiri tetapi telah dipengaruhi oleh budaya yang lain seperti budaya Barat, Korea dan Jepun. Memang betul mengikut trend tidak ada masalah, tetapi juga haruslah menjamin kelansungan budaya sendiri kerana ini merupakan warisan kita daripada nenek moyang kita. Oleh itu, saya sudah bersiap sedia untuk mempromosikan budaya suku Fuzhou kepada orang ramai terutamanya masyarakat Fuzhou supaya warisan ini tidak akan hilang. Sebagai contoh, saya akan mengajar orang-orang di pesekitaran saya tentang cara untuk bercakap menggunakan dialek Fuzhou.