SJHK 3093 by Aida Najwa Abd Rahman

STRATEGI PENGAJARAN SEJARAH
Objektif pembelajaran :
1) Menyatakan sekurang-kurangnya 2 kuasa luar yang telah menjajah negara kita
2) Melabelkan sekurang-kurangnya 3 negeri yang terlibat ketika campur tangan kuasa luar
3) Menjelaskan sekurang-kurangnya 2 kepentingan mempertahankan negara dari kuasa luar

Strategi yang dipilih untuk menjalankan aktiviti pengajaran ialah berpusatkan bahan di mana ketika fasa imaginasi guru akan menggunakan gambar duit pisang yang digunakan ketika zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Murid akan cuba untuk mengaitkan tajuk yang bakal dipelajari pada hari itu dengan gambar tersebut. Seterusnya, berdasarkan buku teks, murid akan cuba mencari maklumat berdasarkan soalan yang dikemukakan guru seperti " Berapakah kuasa luar yang pernah menjajah Tanah Melayu?" dan "Negeri manakah yang terlibat ketika zaman campur tangan dan penjajahan kuasa luar?". Seterusnya, di fasa perkembangan bahan yang boleh digunakan untuk strategi ini ialah peta Malaysia di mana murid perlu memadankan negeri yang pernah dijajah pada peta tersebut. Peta Malaysia juga digunakan bagi memudahkan murid untuk mengklasifikasikan pentadbiran yang wujud pada zaman penjajahan melalui negeri-negeri yang terlibat contohnya, Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersukutu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Manakala di peringkat tindakan, murid akan membuat banding beza dengan negara yang tidak pernah dijajah seperti Thailand bagi membantu murid menjelaskan kepentingan mempertahankan negara dari campur tangan kuasa luar.