Huraikan bagaimana penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks. Sertakan contoh perenggan yang menunjukkan penggunaan wacana dalam pengembangan dan pertentangan idea. by Ameerul Aswad

Penggunaan penanda wacana dapat menyusun sesuatu ayat dengan lebih teratur, oleh itu petikan menjadi koheren dan boleh difahami. Pembaca juga dapat memahamj penulisan teks mengikut kronologi yang ditetapkan, mengelakkan kekaburan penulisan.

FOOKANGYONG & PRRAVIN (TESL2)

Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam teks kerana ia menghubungkan ayat serta idea secara teratur dan memudahkan pembaca memahami isi penulisan. Dalam pengembangan idea, penulis boleh menggunakan penanda wacana seperti selain itu dan di samping itu untuk menunjukkan kesinambungan hujah. Dalam pertentangan idea pula, penulis boleh menggunakan penanda wacana seperti namun begitu, sebaliknya dan walau bagaimanapun bagi memperlihatkan perbezaan pendapat.

Contoh Perenggan:

Aktiviti kokurikulum sangat penting kerana dapat membantu pelajar membina keyakinan diri. Selain itu, pelajar yang menyertai kelab bahasa dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Di samping itu, penyertaan dalam sukan pula melatih pelajar bekerjasama secara berpasukan. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang tidak berminat kerana menganggap aktiviti kokurikulum membebankan. Sebaliknya, mereka lebih suka menumpukan perhatian kepada pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, penglibatan dalam kedua-dua bidang sebenarnya mampu membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Najwa, Intan, Yana (TESL 2)

Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheran dalam sesuatu teks kerana penanda wacana berperanan sebagai penghubung satu idea dengan idea yang lain. Tanpa penanda wacana, ayat akan sukar difahami oleh pembaca kerana kelihatan terpisah. Selain itu, dapat mengelakkan pengulangan sesuatu ayat dan menunjukkan urutan idea.

Contoh Perenggan:

Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, ia membantu meningkatkan kosa kata pelajar serta memudahkan mereka menulis dengan lebih baik. Namun demikian, masih terdapat segelintir murid yang tidak gemar membaca dan lebih suka menghabiskan masa mereka dengan bermain gajet dan melayari internet.

CHU(MT 1)                                      Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks kerana ia berfungsi sebagai penghubung antara idea, ayat, dan perenggan secara sistematik. Dari segi kohesi, penanda wacana memastikan hubungan linguistik antara bahagian teks berlaku secara tersusun sehingga membentuk rangkaian bahasa yang mantap. Dari segi koheren pula, penanda wacana memberi isyarat makna yang jelas kepada pembaca, sekali gus memudahkan mereka memahami hala tuju hujah atau perbincangan tanpa berasa terganggu dengan lompatan idea. Hal ini menjadikan teks bukan sahaja lebih teratur, tetapi juga logik, konsisten, dan mudah difahami oleh audiens sasaran.                                              SOONG(TESL 1)                                   Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mental pelajar. Pertama sekali, program kesihatan mental pelajar boleh diadakan agar pelajar memperoleh pengetahuan asas seperti tanda-tanda isu emosi. Selain itu, perkhidmatan kaunseling yang mudah diakses perlulah disediakan supaya pelajar berpeluang untuk berbincang tentang masalah mereka dengan orang lain. Walau bagaimanapun, segala usaha-usaha ini perlulah diuruskan dengan baik. Contohnya, pelajar perlu diberitahu bagaimana mereka boleh berjumpa dengan kaunselor.

Penggunaan penanda wacana memainkan peranan penting dalam mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks. Kohesi merujuk kepada kesinambungan antara ayat dan idea, manakala koheren pula merujuk kepada kejelasan dan kelancaran keseluruhan teks agar mudah difahami oleh pembaca. Penanda wacana bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan ayat, perenggan, dan idea secara logik dan tersusun.

Contoh Perenggan:

Teknologi moden telah membawa banyak manfaat kepada kehidupan manusia.Sebagai contoh, komunikasi menjadi lebih pantas dan mudah melalui penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan Zoom. Tambahan pula, urusan harian seperti pembelian barangan dan pembayaran bil boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu keluar rumah. Namun begitu, perkembangan teknologi juga membawa kesan negatif. Sebagai perbandingan, penggunaan gajet secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti ketegangan mata dan gangguan tidur.  Oleh itu, walaupun teknologi memberi kemudahan, penggunaannya perlu dikawal agar tidak menjejaskan kesejahteraan individu.

Penanda wacana ialah ungkapan yang digunakan untuk menghubungkan idea, ayat serta  perenggan dalam sesebuah teks. Penggunaan penanda wacana dapat mewujudkan kohesi, iaitu pertautan yang erat antara unsur bahasa, serta koheren, iaitu kesinambungan dan kelancaran idea secara logik. Dengan penanda wacana, pembaca dapat memahami mesej penulis dengan lebih mudah dan berkesan serta lebih tersusun. cth perenggan:Amalan gaya hidup sihat amat penting dalam kehidupan seharian. Pertama sekali, pemakanan seimbang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Seterusnya, senaman dilakukan secara konsisten pula membantu mengekalkan kecergasan tubuh dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Namun begitu, masih ramai yang mengabaikan aspek kesihatan disebabkan kesibukan kerja atau kurang kesedaran. Sebaliknya, mereka lebih cenderung mengamalkan gaya hidup sedentari yang boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, pendidikan kesihatan harus diberi penekanan sejak sekolah agar masyarakat lebih peka terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren sesuatu teks dengan menghubungkan ayat dan perenggan seperti namun. Selain itu dapat menjelaskan lagi maksud dengan menggunakan contohnya bagi membantu memperkukuhkan hujah. Akhir sekali, menstrukturkan ayat bagi membantu menyusun hujah secara berperingkat.

Contoh perenggan

Pendidikan moral sangat penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Pertama, ia membantu pelajar memahami nilai-nilai murni seperti kejujuran dan tanggungjawab. Selain itu, pendidikan moral juga menggalakkan pelajar untuk menghormati orang lain dan hidup secara harmoni dalam masyarakat. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar yang menganggap subjek ini tidak penting kerana ia tidak diuji dalam peperiksaan utama. Walau bagaimanapun, sikap sedemikian perlu diperbetulkan kerana pendidikan moral memberi kesan jangka panjang terhadap pembentukan peribadi dan integriti seseorang.

Fungsi penanda wacana adalah umtuk memastikan ayat-ayat dalam perenggan akan menjadi lebih teratur dan tidak kelihatan seperti terputus  kerana ia menunjukkan hubungan antara idea satu dengan idea yang lain. Tanpa penanda wacana , ayat yang disampaikan akan sukar untuk difahami oleh pembaca.

Contoh Pengembangan Idea

Membaca buku dapat meningkatkan pengetahuan seseorang. Selain itu, amalan membaca juga mampu memperkayakan kosa kata pelajar. Di samping itu, membaca dapat merangsang pemikiran kritis kerana pembaca terdedah kepada pelbagai pandangan dan informasi. Oleh itu, jelaslah bahawa membaca memberikan pelbagai manfaat yang menyumbang kepada perkembangan diri individu.

Contoh penentangan.

Telefon pintar memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mencari maklumat dengan cepat. Namun demikian, penggunaan telefon pintar yang berlebihan boleh menjejaskan tumpuan belajar.

EILEEN PEH POH GOI (TESL 1)

Penggunaan penanda wacanaa dapat digunakan untuk kohesi dan koheren dalam menghubungkan ayat dan idea. Penanda wacana dapat mengelakkan ayat terputus-putus dalam perenggan. Selain itu, penanda wacana dapat membantu dalam susun atur yang jelas. Hal ini dapat memastikan pembaca mudah faham aliran teks. Di samping itu, penanda wacana boleh mengelakkan pengulangan yang tidak diperlukan. Akhir sekali, penanda wacana berperanan untuk membezakan fungsi ayat sama ada perbandingan, sebab atau kesimpulan.

Contoh penanda wacana untuk pengembangan idea adalah selain itu, seterusnya, tambahan pula, malah dan di samping itu, manakala contoh penanda wacana bagi pertentangan idea adalah walau bagaimanapun, sebaliknya, namun begitu dan biarpun.

Contoh perenggan:

Media sosial memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Selain itu, media sosial membolehkan kita berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan walapun berada jauh. Bukan itu sahaja, media sosial juga dapat menjadi medium pembelajaran kerana pelajar boleh mendapatkan maklumat dan bahan rujukan dengan lebih cepat dan mudah. Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial secara berlebihan boleh melalaikan pelajar sehingga menjejaskan pencapaian akademik. Oleh itu, masyarakat perlu menggunakan media sosial secara berhemah agar manfaatnya dapat diperoleh tanpa dipengaruhi kesan negatif.

Penggunaan penanda wacana amat penting untuk membantu mewujudkan keterikatan dan kefahaman yang jelas serta tersusun.

Penanda wacana berfungsi sebagai penghubung ayat atau perenggan. Melalui penggunaan penanda wacana penulisan akan lebih tersusun dan mudah difahami oleh pembaca.

Contoh:

PENGEMBANGAN IDEA

Kegiatan membaca amat penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana membaca dapat menambah ilmu pengetahuan seseorang. Selain itu, aktiviti membaca juga mampu meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis Oleh itu, jelaslah bahawa membaca merupakan amalan yang bermanfaat dan perlu dipupuk sejak kecil.

PERTENTANGAN IDEA

Penggunaan telefon pintar membawa banyak kebaikan kepada masyarat. Namun begitu, ada juga kesan negatif jika ia disalah gunakan.

Penggunaan penanda wacana dapat mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks kerana penanda wacana berfungsi untuk merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Penanda wacana berfungsi untuk membuat ayat lebih teratur dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Sebagai contoh,penulis boleh menggunakan penanda wacana seperti selain itu,dalam pada itu, justeru itu, dan tegasnya.

Contoh perenggan :

Kita perlulah menjaga hubungan baik bersama jiran.Mereka merupakan orang yang terawal yang akan membantu kita apabila kita dalam kesusahan.Tambahan pula,mereka menjadi orang yang boleh kita harapkan untuk menggalas tanggungjawab seperti menjaga rumah kita apabila ketiadaan kita di rumah.Di samping itu,sikap baik antara jiran yang diterapkan juga dapat menjamin suasana kejiranan yang tenteram dan harmoni.Namun,sikap baik antara jiran semakin dipandang remeh oleh sesetengah pihak.Bagi mereka,perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

BOK XUE LIN & LEOW YONG EN

TESL 1

Penanda wacana ialah kata atau frasa yang berfungsi sebagai penghubung dalam teks. Penggunaannya penting kerana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren. Dengan penanda wacana, idea dalam sesuatu teks akan tersusun lancar, dan saling berkait. Sebagai contoh, penanda wacana seperti selain itu, seterusnya, oleh itu digunakan untuk mengembangkan idea, manakala walau bagaimanapun, sebaliknya, namun digunakan untuk menunjukkan pertentangan idea.

Contoh perenggan (pengembangan idea):

Masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengekalkan kesejahteraan hidup. Selain itu, mereka perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi meningkatkan kecergasan badan. Seterusnya, pengambilan makanan seimbang juga amat penting untuk membekalkan tenaga harian. Akhir sekali, tidur yang mencukupi dapat membantu tubuh berehat dan kembali bertenaga.

Contoh perenggan (pertentangan idea):

Penggunaan teknologi moden banyak memberikan manfaat kepada manusia. Contohnya, telefon pintar membolehkan komunikasi menjadi lebih pantas dan mudah. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif seperti ketagihan media sosial yang menjejaskan tumpuan pelajar. Sebaliknya, jika digunakan secara bijak, teknologi dapat menjadi alat penting untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti hidup.

Penanda wacana ialah perkataan atau frasa yang digunakan untuk menghubungkan ayat, idea, atau perengan dalam penulisan. Penggunaannya penting kerana ia dapat mewujudkan kohesi iaitu hubungan bentuk bahasa. Penanda wacana juga dapat membantu menghubungkan ayat agar tidak terpisah atau berdiri sendiri.Contohnya, selain itu, di samping itu, seterusnya, oleh itu.Seterusnya, penanda wacana juga dapat mewujudkan koheren iaitu hubungan makna atau isi. Penanda wacna membantu pembaca memahami aliran idea secara tersusun dan logik.

Contohnya, walau bagaimanapun, sebaliknya, meskipun demikian.

contoh perenggan pengembangan idea :

Membaca buku mampu meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang. Selain itu, amalan membaca juga dapat melatih minda berfikir secara kritis. Di samping itu, pembacaan yang konsisten dapat memperkayakan kosa kata dan gaya bahasa. Oleh itu, jelaslah bahawa membaca memberi pelbagai manfaat kepada pembaca.

contoh perenggan pertentangan idea:

Media sosial mempunyai banyak kebaikan seperti memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaannya secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan mental. Sebaliknya, ada juga yang berpendapat media sosial hanya membuang masa dan mengurangkan tumpuan terhadap pelajaran.

Penggunaan penanda wacana ialah unsur bahasa yang berfungsi untuk menghubungkan ayat, idea atau perenggan supaya teks kelihatan tersusun (kohesi) dan mudah difahami (koheren). Tanpa penanda wacana, sesuatu teks akan nampak terpisah-pisah dan pembaca sukar mengikuti aliran idea.

Contoh perenggan:

Buli di sekolah mendatangkan banyak kesan buruk kepada mangsa. Antaranya ialah mangsa akan berasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk bergaul dengan rakan-rakan. Tambahan pula, kes buli yang berterusan boleh menjejaskan prestasi akademik kerana mangsa berasa takut untuk hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang beranggapan bahawa buli hanya sekadar gurauan antara rakan sebaya. Sebaliknya, perbuatan tersebut boleh membawa trauma yang serius dan menjejaskan kesejahteraan emosi mangsa dalam jangka masa panjang.

Adhha MT1 & Saeif TESL1

Huraian
Penggunaan penanda wacana sangat penting dalam penulisan kerana ia berfungsi sebagai penghubung antara ayat atau perenggan. Dengan adanya penanda wacana, penulisan akan lebih kohesi serta koheren. Penanda wacana membantu pembaca menelusuri idea penulis secara sistematik sama ada ketika memperluas, menambah, membanding, mahupun menentang sesuatu idea. Tanpa penanda wacana, teks akan kelihatan terputus-putus dan sukar diikuti.

Contoh Perenggan Pengembangan Idea (Adhha)
Selain itu, amalan membaca buku setiap hari dapat memperluas pengetahuan seseorang. Di samping itu, aktiviti membaca juga dapat meningkatkan daya imaginasi serta kemahiran berfikir secara kritis. Oleh itu, jelaslah bahawa membaca bukan sahaja mengisi masa lapang, malah membentuk keperibadian yang lebih matang.

Contoh Perenggan Pertentangan Idea (Saief)
Penggunaan teknologi moden banyak memberikan manfaat kepada manusia. Namun begitu, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk seperti ketagihan media sosial. Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa teknologi tetap penting untuk memudahkan urusan seharian. Sebaliknya, manusia perlu bijak mengawal penggunaan teknologi agar tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.

Faiz dan Umara (TESL 2)

Penanda wacana berfungsi sebagai penghubung antara ayat dan perenggan supaya teks lebih mudah difahami dan tersusun.

Contoh perenggan:

Perkembangan idea :

Pendidikan amat penting dalam kehidupan manusia. Selain itu, pendidikan juga membolehkan seseorang memperoleh pekerjaan yang baik. Seterusnya, ilmu yang diperoleh melalui pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Oleh itu, jelaslah bahawa pendidikan merupakan tunjang kemajuan negara.

Pertentangan idea :

Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja mempunyai pelbagai kebaikan kerana membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah dan pantas. Namun demikian, penggunaan yang berlebihan boleh menjejaskan prestasi pelajaran kerana remaja lebih banyak meluangkan masa melayari media sosial berbanding menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebaliknya, jika media sosial digunakan secara berhemah, perkara ini dapat membantu mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk meningkatkan ilmu  pengetahuan.

QISTINA, AISYAH & RABIATUL (TESL 1)

Penggunaan penanda wacana sememangnya amat penting kerana ia membantu menghasilkan kohesi dan koheren dalam penulisan. Dalam perkembangan idea, penanda wacana seperti “selain itu, seterusnya, tambahan pula“ membantu memperluas hujah supaya susunan isi menjadi lebih tersusun dan mudah difahami. Dalam penentangan idea, penanda wacana seperti “walau bagaimanapun, sebaliknya, namun begitu“ membantu menunjukkan perbezaan pandangan atau hujah yang bertentangan. Secara tidak langsung, penanda wacana menjadikan teks lebih kemas dan memudahkan pembaca mengikuti jalan pemikiran penulis.

1) Contoh perkembangan idea

“Pelajar digalakkan untuk menguasai kemahiran teknologi maklumat pada masa kini. Selain itu, penguasaan teknologi dapat membantu mereka mencari maklumat dengan lebih pantas. Tambahan pula, teknologi membolehkan pelajar berhubung dengan guru atau rakan sekelas tanpa mengira masa dan tempat.”

2) Contoh penentangan idea

“Sesetengah pihak berpendapat bahawa penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar hanya membawa kesan negatif. Walau bagaimanapun, hakikatnya telefon pintar juga mempunyai banyak kebaikan. Sebaliknya, jika digunakan secara bijak, telefon pintar dapat menjadi alat pembelajaran yang sangat berkesan.”

ANG LI WEN TESL 1

1. Mewujudkan kohesi merupakan ayat-ayat dalam perenggan dapat dihubungkan secara teratur, mengelakkan penulisan daripada kelihatan terputus-putus.

Contoh penanda: selain itu, seterusnya, di samping itu, oleh sebab itu.

2. Mewujudkan koheren merupakan idea yang dikemukakan dapat difahami dengan jelas kerana penanda wacana memberi isyarat kepada pembaca tentang arah hujah, sama ada mengukuhkan, menyokong, ataupun menentang.

Contoh penanda: namun demikian, walau bagaimanapun, sebaliknya, berbeza dengan itu.

Contoh perenggan ilmiah (pengembangan + penentangan idea)

Pendidikan moral dalam kalangan remaja perlu diberi penekanan yang serius. Selain itu, penerapan nilai murni sejak di bangku sekolah dapat membentuk sahsiah yang kukuh. Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga boleh dijadikan wadah untuk melatih pelajar mengamalkan nilai-nilai seperti kerjasama dan toleransi. Namun demikian, ada pihak yang berpendapat bahawa penekanan terhadap aspek akademik lebih utama kerana kejayaan pelajar diukur melalui keputusan peperiksaan. Walau bagaimanapun, pendapat ini kurang tepat kerana kecemerlangan akademik sahaja tidak menjamin pembentukan generasi berakhlak mulia. Oleh itu, keseimbangan antara akademik dan pendidikan moral harus dicapai demi melahirkan insan seimbang.

Penanda wacana membantu mewujudkan kohesi (kesinambungan bahasa) dan koheren dalam teks. Ia menjadikan isi lebih tersusun, mudah difahami, serta menunjukkan hubungan sama ada pengembangan atau pertentangan idea.

Pendidikan penting untuk membentuk sahsiah remaja. Selain itu, pendidikan juga meningkatkan taraf hidup seseorang. Namun demikian, masih ada remaja yang mengabaikan pelajaran kerana lebih suka hiburan. Walau bagaimanapun, sikap ini merugikan diri sendiri pada masa hadapan.

Selain itu, penggunaan teknologi memudahkan komunikasi. Di samping itu, ia mempercepat akses maklumat. Malahan, proses pembelajaran juga menjadi lebih interaktif.

Syaza dan Radhiatul (TESL 2)

Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks. Kohesi merujuk kepada pertautan ayat atau idea yang membolehkan ayat-ayat dalam teks dapat dihubungkan dengan lancar, mengelakkan teks kelihatan terputus-putus, dan membentuk aliran idea yang lebih mudah difahami pembaca. Koheren pula merujuk kepada keteraturan idea di mana idea disusun secara logik dan berurutan, membantu pembaca melihat hubungan sebab-akibat, perbandingan, pertentangan, atau kesimpulan dengan jelas serta menjadikan hujah lebih kukuh dan berkesan.

Contoh Perenggan (Pengembangan Idea)

Aktiviti kokurikulum memberikan banyak manfaat kepada pelajar. Pertama, aktiviti ini dapat meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar. Selain itu, penyertaan dalam kelab atau persatuan mampu memupuk semangat kerjasama. Tambahan pula, aktiviti sukan menjadikan pelajar lebih sihat dan cergas dari segi fizikal. Oleh itu, jelas bahawa kokurikulum memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.

Contoh Perenggan (Pertentangan Idea)

Media sosial memberikan peluang kepada individu untuk berhubung tanpa batasan. Sebagai contoh, seseorang boleh berinteraksi dengan rakan dari luar negara dengan mudah. Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial yang berlebihan boleh mengundang masalah seperti pembaziran masa. Sebaliknya, ada pelajar yang terlalu leka hingga mengabaikan pelajaran. Oleh itu, media sosial perlu digunakan secara berhemah agar tidak menjejaskan kehidupan seharian.

(SYAZWAN,ZIQREL,HALIM)

Kohesi dan koheren

Penanda wacana seperti membantu menggabungkan ayat supaya pembaca atau pendengar dapat melihat perkaitan antara satu idea dengan idea lain.Conothnya, penanda wacana seperti selainitu dan oleh itu.

Penggunaan penanda wacana dapat mewujudkan koheren (kejelasan serta kesinambungan idea secara logik) dalam teks kerana pembaca akan mudah untuk memahami perubahan arah pemikiran atau sudut pandangan penulis. Sebagai contoh, penanda wacana seperti walau bagaimanapun, sebaliknya atau namun begitu menunjukkan peralihan atau pertentangan idea dengan jelas

Contoh perenggan :

Pertama sekali, penggunaan teknologi hijau dalam sektor perindustrian dapat mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Sebagai contoh, sistem tenaga solar mampu menggantikan sumber tenaga fosil yang banyak menghasilkan gas karbon. Di samping itu, amalan kitar semula sisa industri juga menyumbang kepada pemuliharaan sumber asli bukan itu sahaja, inovasi dalam pembuatan produk mesra alam turut membuka pasaran baharu yang lebih mampan untuk jangka masa panjang.

Penanda wacana membantu sesuatu teks jadi lebih teratur dan senang difahami. Dengan adanya penanda wacana, idea dalam ayat atau perenggan tidak kelihatan terputus-putus, sebaliknya mengalir dengan lancar. Hal ini mewujudkan kesinambungan ayat dan kesinambungan makna. Penanda wacana juga menunjukkan hubungan antara isi, sama ada untuk menambah, membandingkan ataupun membantah sesuatu idea.

Contoh perenggan – pengembangan idea (tajuk: Kepentingan Bersukan)

Bersukan memberikan banyak kebaikan kepada pelajar. Pertama sekali, aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan kerana ia melibatkan pergerakan fizikal yang aktif. Selain itu, bersukan juga mampu mengurangkan tekanan selepas seharian belajar di sekolah. Tambahan pula, melalui aktiviti sukan, pelajar berpeluang memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri.

Contoh perenggan – pertentangan idea (tajuk: Media Sosial)

Media sosial memang memudahkan komunikasi pada masa kini. Namun begitu, penggunaannya secara berlebihan boleh menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran. Sebaliknya, ada pelajar yang lebih gemar meluangkan masa di media sosial berbanding mengulang kaji pelajaran. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi jika pelajar pandai mengawal masa dan menggunakan media sosial dengan tujuan yang betul.

Huraian :

Penggunaan penanda wacana dapat membantu mewujudkan kohesi dalam sesuatu teks dengan menghubungkan dua atau lebih situasi, keadaan atau idea dalam satu ayat dan perenggan agar penulisan lebih lancar dan tidak berdiri secara berasingan. Manakala, koheren juga dapat dicapai melalui pengaplikasian penanda wacana dengan melancarkan penyusunan idea mengikut urutan yang lebih rasional dan menjadikan teks lebih jelas dan mudah difahami.

Contoh :

1) Penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik di sekolah rendah dapat memberi beberapa manfaat. Sebagai contoh, murid dapat membiasakan diri dengan istilah Matematik dalam bahasa antarabangsa dan Tambahan pula, mereka turut meningkatkan kemahiran dwibahasa. Walau bagaimanapun , murid yang lemah dalam bahasa Inggeris mungkin menghadapi kesukaran memahami konsep asas Matematik. Sebaliknya, penggunaan bahasa Melayu lebih mudah difahami oleh majoriti murid.

2) Walau bagaimanapun, penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik di sekolah rendah mempunyai beberapa kelemahan yang wajar diberi perhatian. Pertama sekali, murid tahap rendah sering keliru kerana mereka perlu memahami bahasa dan konsep Matematik serentak sehingga pencapaian mereka merosot. Dari sudut lain, penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik boleh mengurangkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sedangkan bahasa kebangsaan perlu terus diperkukuh.

Kho&Grace

Penanda wacana ialah perkataan, frasa atau ungkapan yang digunakan untuk menghubungkan ayat, idea dan perenggan dalam penulisan. Contohnya termasuklah selain itu, tambahan pula, seterusnya, walau bagaimanapun, sebaliknya, oleh itu, dan kesimpulannya.

Penanda wacana menghubungkan ayat dan perenggan agar penulisan tidak kelihatan terpisah-pisah.

Kohesi terbentuk apabila unsur bahasa seperti kata ganti nama, penanda perhubungan, dan penanda tambahan digunakan secara konsisten.

Penanda wacana memastikan susunan idea mengikut urutan logik.

Pembaca dapat memahami maksud penulis dengan jelas kerana setiap idea dihubungkan dengan penanda wacana yang sesuai.

Misalnya, penggunaan selain itu menandakan penambahan idea, manakala walau bagaimanapun menunjukkan pertentangan idea.

Contoh ayat:

Kemunculan media sosial dalam aktiviti pendidikan bukan untuk menggantikan kaedah pengajaran tradisional tetapi sebaliknya mengintegrasikan aktiviti pembelajaran bersemuka di dalam kelas kepada kaedah ruang maya yang mudah dicapai.

Penggunaan penanda wacana membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam teks. Dari segi kohesi, penanda wacana seperti selain itu, seterusnya, oleh itu menghubungkan ayat serta perenggan supaya lebih tersusun dan tidak terpisah. Dari segi koheren, ia memastikan idea berkembang secara logik, teratur, dan mudah difahami, contohnya melalui penanda urutan (pertama, kedua, akhirnya), pertentangan (namun, sebaliknya), serta sebab dan akibat (oleh sebab itu, justeru). Secara keseluruhannya, penanda wacana menjadikan teks lebih lancar, jelas, dan berkesan

Contoh:

Penggunaan telefon pintar dalam pembelajaran dapat memberikan banyak manfaat. Tambahan pula, telefon pintar juga mudah dalam mengakses pelbagai maklumat. Walau bagaimanapun, telefon pintar ini juga membuatkan pelajar tidak fokus dalam pembelajaran.

Penanda wacana membantu mewujudkan kohesi dengan menghubungkan ayat agar teks dalam keadaan tersusun dengan kemas dan mewujudkan koheren iaitu kesinambungan dan keteraturan idea  agar wacana mudah difahami. Ini dapat membimbing pembaca memahami aliran hujah sama ada dalam bentuk penghuraian, pertentangan, penegasan atau penutup.

Contoh Perenggan Pengembangan Idea

Membaca buku dapat menambah ilmu pengetahuan. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Tambahan pula, tabiat membaca secara konsisten membantu membentuk peribadi yang lebih berdisiplin.

Contoh Perenggan Pertentangan Idea

Media sosial memberi peluang untuk berhubung dengan cepat. Namun begitu, penggunaannya yang berlebihan boleh menjejaskan tumpuan pelajar. Sebaliknya, jika digunakan secara terkawal, ia mampu menjadi sumber maklumat yang bermanfaat.

sofiyah dan hanie

Penggunaan wacana yang berkesan dapat membantu penulis dalam  mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesuatu teks melalui penyusunan idea yang logik serta pengakuan terhadap pandangan yang berbeza. Kohesi membolehkan penulis mengakui kewujudan pendapat yang bertentangan tanpa menjejaskan pendirian utama, manakala koheren pula dapat memastikan setiap idea yang disampaikan ditulis secara tersusun dan saling berkait. Melalui penggunaan penanda wacana seperti "walaupun begitu", "namun", dan "di samping itu", teks dapat disusun dengan lancar dan meyakinkan. Oleh itu, apabila kohesi dan koheren digabungkan secara strategik, teks bukan sahaja menjadi lebih berobjektif dan seimbang, malah lebih mudah difahami oleh pembaca.

Huraian

Penggunaan penanda wacana membantu mewujudkan kohesi kerana penanda wacana berfungsi untuk menghubungkan ayat dan perenggan supaya tidak terpisah. Selain itu, penggunaannya menjadikan penulisan koheren kerana idea disusun secara jelas dan logik. Contohnya, penanda wacana selain itu digunakan untuk menambah idea, manakala walau bagaimanapun digunakan untuk menunjukkan pertentangan. Dengan adanya penanda wacana, teks menjadi lebih tersusun, dan mudah difahami.

contoh perenggan pengembangan

Pertama sekali, membaca buku dapat menambahkan pengetahuan kerana seseorang memperoleh maklumat baharu setiap kali membaca.Selain itu, aktiviti membaca juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.

contoh perenggan pertentangan idea.

Ramai berpendapat bahawa penggunaan media sosial memberi banyak manfaat kepada pelajar. Namun begitu, ada juga yang beranggapan bahawa ia boleh melalaikan dan menjejaskan prestasi akademik. Sebaliknya, ada pelajar yang berjaya menggunakan media sosial untuk tujuan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal tetap membawa kesan negatif.

Amylia (TESL 2) dan Izzah (TESL 2)

Penggunaan penanda wacana membantu mewujudkan kohesi dan koheren dalam sesebuah teks dengan menyusun dan menghubungan idea-idea yang dikemukakan serta membolehkan penulis mengembangkan hujah dan menonjolkan persamaan atau pertentangan idea dengan lebih teratur.

Contoh perenggan dengan penggunaan penanda wacana dalam pengembangan dan pertentangan idea:

"Amalan membaca dalam kalangan remaja harus dipupuk sejak kecil. Hal ini demikian kerana membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berfikir secara kritis. Selain itu, membaca juga membantu meningkatkan kemahiran bahasa dan penulisan pelajar. Namun begitu, masih ramai remaja yang lebih gemar melayari media sosial berbanding membaca bahan ilmiah. Walau bagaimanapun, usaha perlu digembleng oleh ibu bapa dan guru untuk memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda."

KAM & SHARVITA (TESL 2)

Penanda wacana berfungsi sebagai “penghubung” antara ayat dan perenggan. Dengan menggunakan penanda wacana, setiap ayat tidak terasing, tetapi saling berkait antara satu sama lain. Penanda wacana juga membantu pembaca memahami perkembangan idea secara logik dan teratur.

Perenggan Pengembangan Idea:

Pendidikan dalam talian kini semakin popular, terutamanya selepas pandemik COVID-19. Pertama sekali,pendidikan dalam talian memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti pelajaran tanpa perlu hadir ke sekolah atau universiti. Selain itu, pendidikan dalam talian juga membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran melalui internet, yang tidak terhad oleh ruang dan waktu.Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendidikan dalam talian memberikan banyak manfaat, terutamanya dalam memudahkan akses kepada pendidikan tinggi.

Perenggan Pertentangan Idea:

Namun begitu, walaupun pendidikan dalam talian mempunyai banyak kelebihan, tetapi perkara tersebut juga menghadapi beberapa kekurangan yang perlu diatasi. Misalnya, pelajar yang kurang berkemampuan atau tinggal di Kawasaki pedalaman atau luar bandar akan menghadapi kesukaran dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Selain itu, pelajar juga mungkin berasa kurang motivasi kerana tidak berinteraksi secara langsung dengan guru dan rakan sekelas mereka. Maka, walaupun pendidikan dalam talian memberikan banyak kemudahan, kita perlu mengambil kira cabaran-cabaran ini suapaya dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Lilyann dan Intanshah TESL 2

Penggunaan penanda wacana membantu mewujudkan koheren dan kohesi dalam sesuatu teks kerana dapat menghubungkan ayat supaya tersusun dengan teratur dan mampu dibaca dengan lancar.

Contoh perenggan

Pertama sekali, membaca dapat membuka minda kita kerana setiap buku memberi ilmu dan pengalaman baharu.Selain itu, membaca juga boleh memperkayakan kosa kata, jadi kita lebih mudah berkomunikasi dengan yakin.

Akhir sekali, membaca mampu menenangkan jiwa kerana ia boleh dijadikan hobi santai yang menghilangkan tekanan.

Membaca memang dapat menambah ilmu pengetahuan, namun masih ada remaja yang lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet berbanding buku. Buku dianggap sumber maklumat yang boleh dipercayai, tetapi sebahagian pelajar lebih suka mencari jawapan segera di internet tanpa meneliti kesahihan fakta. Membaca boleh menenangkan fikiran, akan tetapi ada juga yang beranggapan membaca itu membosankan dan membuang masa.

Fatihah, Adriana, Nayli TESL 2

Penanda wacana dapat mewujudkan kohensi dan koheren dengan menghubungkan setiap idea dengan huraian serta menjadikan struktur ayat lebih tersusun dan mudah difahami oleh pembaca.

contoh perenggan pengembangan idea :

Selain itu, pendidikan dapat meningkatkan tahap kemahiran seseorang untuk menghadapi cabaran hidup. Tambahan pula, sistem pendidikan yang baik mampu melahirkan generasi yang berdaya saing di peringkat global.

contoh perengan pertentangan idea :

Remaja sering digambarkan sebagai generasi yang malas dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, tidak semua remaja bersikap demikian.