TUGASAN KPS 3014 (INDIVIDU) by Ryan Augustine

TUGASAN 2: Bagaimanakah faktor sosioekonomi keluarga boleh mempengaruhi perbezaan kesediaan belajar seseorang murid? / Cadangan memotivasikan murid yang berbeza kesediaan belajar.
1.)Faktor sosioekonomi merangkumi aspek bilangan isi keluarga, pendapatan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan aspirasi sesebuah keluarga yang lazimnya dikaitkan dengan komponen teras sosial dan ekonomi. Dalam konteks ini,para pelajar berasal daripada pelbagai jenis latar belakang  keluarga, ada yang kaya, sederhana dan yang kurang mampu. Hal ini demikian kerana, bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang mampu kebiasaannya akan merasa malu untuk pergi ke sekolah kerana tidak mampu untk membeli makanan, buku serta keperluan lain seperti rakan- rakan mereka. Ini akan membuatkan mereka tidak sedia untuk pergi ke sekolah. Lebih kasihan lagi apabila pelajar berkenaan mempunyai adik beradik yang ramai dan ibu bapa mereka kurang mampu untuk menanggung biaya persekolahan semua anak-anak mereka ,tambahan pula kos perbelanjaan keluarga juga yang boleh ditakrifkan sebagai cukup-cukup makan. Perkara seperti ini akan membuatkan terdapat pelajar terpaksa tidak hadir ke sekolah dan memilih untuk bekerja terutamanya bagi yang sudah remaja, hanya untuk membantu ibu bapa mereka menanggung perbelanjaan keluarga.

2.)Antara  kaedah yang boleh saya cadangkan untuk memotivasikan murid saya yang berbeza kesediaan  belajar mereka adalah pihak sekolah membuat kutipan derma dan sumbangan untuk membantu para pelajar yang kurang mampu. Sebagai contoh, sumbangan yang boleh diberikan kepada para pelajar yang kurang mampu adalah dalam bentuk wang, kelengkapan sekolah seperti baju,buku dan sebagainya. Dengan itu, saya percaya ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban para pelajar tersebut lantas mampu meningkatkan motivasi dalam diri mereka untuk turut serta menjalani sesi pembelajaran seperti rakan-rakan lain dan tidak lagi ketinggalan.

Tugasan 4: Hasrat / harapan/ intentions yang saya harapkan terhadap diri sebagai sebagai pendidik dan juga harapan saya terhadap sistem pendidikan negara.
https://youtu.be/KGqRWrB4ejc

Tugasan 3: Andaikan saya merupakan seorang guru disiplin.
Situasi :
Anda didatangi oleh seorang pelajar yang anda kenali & dia mengaku bahawa telah diliwat oleh pelajar lain yang lebih berusia, malah diberikan imbuhan untuk melakukan aktiviti tersebut. Pelajar ini berasa amat kesal, keliru & sedih atas peristiwa itu. Berasaskan konsep bimbingan, penasihatan , kaunseling atau mentoring, bagaimanakah peranan yang boleh anda lakukan dalam membantu menguruskan permasalahan pelajar ini?

Jawapan:
Sehubungan dengan masalah pelajar yang telah diliwat tersebut, pada awalnya saya akan meluangkan sedikit masa untuk menyiasat terlebih dahulu tentang sehahihan tentang peristiwa tersebut. Saya juga akan mengambil masa untuk memerhatikan tingkah laku pelajar yang meliwat pelajar yang saya kenali tersebut. Sekiranya segala pernyataan yang dikeluarkan oleh pelajar yang diliwat adalah benar. Berikut adalah perkara yang akan saya lakukan bagi kedua-dua pihak.

1.) Pelajar yang diliwat:
-Saya akan menggunakan kemahiran melayan dan mendengar saya sebagai seorang guru disiplin untuk meluangkan masa mendengar cerita dan segala penjelasan masalah daripada pelajar yang diliwat ini. Saya akan mengambil berat segala yang dikatakan olehnya dan sedaya upaya memberi khidmat kaunseling supaya pelajar tersebut kekal tabah dan kuat untuk melanjutkan pelajarannya seperti biasanya. Saya juga akan cuba mengembalikan semangat pelajar ini untuk gembira dan cuba melupakan titik hitam tersebut dari hidupnya.

2.) Pelajar yang meliwat:
-Bagi pelajar yang bermasalah moral ini, selepas segala bukti yang saya kumpulkan adalah kukuh, saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak atasan seperti Pengetua dan P.K HEM untuk turut serta menyelesaikan masalah ini. Saya bersama pihak atasan lain akan mengambil tindakan yang setimpal terhadap pelajar ini atas segala kesalahan yang dilakukan. Walaupun begitu, kami akan cuba melindung juga pelajar ini kerana dia juga merupakan pelajar kami, masallah ini akan kami cuba atasi secara tertutup untk menjaga imej pelajar kerana semua pelajar mempunyai masa hadapan yang cerah. Sekiranya masih berlarutan masalah ini,  saya akan menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar yang bermasalah ini untuk memberi tahu tentang kegiatan keji anak jagaan mereka. Saya akan melakukan perbincangan dengan pihak atasan dan ibu bapa pelajar ini untuk memberi denda serta amaran keras yang setimpal. Jika tiada perubahan. pelajar ini akan dibuang sekolah atau pindah sekalah atau dihantar ke juvana. Saya akan memberi nasihat yang mampu menyedarkan pelajar ini tentang perbuatan keji gara-gara nafsunya yang serakah yang amat dilaknat Tuhan.

Kesimpulannya, itu adalah langkah yang saya rasa merupakan jalan terbaik yang boleh saya dan pihak sekolah lakukan. Masalah ini akan saya cuba selesaikan secara tertutup untuk menjaga aib kedua-dua pelajar yang masih muda dan berpeluang untuk mendapatkan masa depan yang cerah.

Sekian Terima Kasih.

Relfeksi:
1) 34/40 pelajar mampu menyatakan jenis prinsip rekaan.

2)40/40 pelajar telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan kaedah pembelajaran Rally Robin

Contoh ilustrasi Rally Robin.

Langkah-langkah menggunakan kaedah rally robin:-
1) Guru menyoal atau bertanya kepada pelajar berkenaan topik prinsip rekaan yang dibincangkan. satu kumpulan minimum 2 orang.

2)Pelajar yang memberi pendapatnya kepada rakan di sebelah ,kemudian rakan secara bersilang. Boleh juga secara sehala. (merujuk/mengikut posisi dalam kelas atau skrin)

3)Guru meminta wakil ahli kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.

TUGASAN INDIVIDU 1:(Situasi:JUMLAH PELAJAR YANG TERLALU RAMAI DI DALAM KELAS)
TOPIK: Prinsip Rekaan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: belajar tentang jenis-jenis prinsip rekaan yang wujud dalam pendidikan seni.

Kaedah / Aktiviti yang digunakan: Kaedah Rally Robin.