Berikan contoh Aktiviti penerokaan warna, ruang dan irama dalam seni visual by Ameerul Aswad

Aktiviti: "Melukis Emosi melalui Warna"

Murid diberikan tema seperti gembira, sedih, marah, atau tenang dan diminta menggunakan warna yang sesuai untuk mengekspresikan emosi tersebut dalam lukisan mereka. Guru boleh melaksanakan aktiviti ini semasa mengajar tajuk kata adjektif perasaan.

“Aktiviti corak berulang dalam batik atau kolaj”

Guru boleh meminta murid mencipta corak berulang menggunakan cap jari, span, atau cetakan daun. Guru juga boleh mengadakan aktiviti membuat kolaj menggunakan kertas warna yang disusun dalam pola tertentu untuk menghasilkan kesan irama. Melalui aktiviti tersebut, murid dapat memahami konsep pengulangan dan keseimbangan dalam seni.

Aktiviti: Lukisan ‘Akuarium Laut Dalam’

Warna – Murid menggunakan tona biru yang berbeza (biru muda, biru tua, hijau kebiruan) untuk mencipta kesan laut yang realistik.

Ruang – Murid melukis hidupan laut seperti ikan, dan obor-obor dalam saiz berbeza untuk menunjukkan kedalaman. Contohnya, ikan besar di hadapan, ikan kecil di belakang.

Irama – Murid melukis ikan dalam susunan berulang atau melukis ombak dengan garisan yang beralun untuk mencipta irama visual.

Contoh aktiviti yang melibatkan warna, ruang& irama dalam seni visual

Aktiviti Warna - Cetakan daun

Aktiviti Ruang - Kolaj Landskap

Aktiviti Irama - Lukisan batik

YAP

1. Penerokaan Warna

Aktiviti: Warna dan Emosi dalam Cerita

- Murid membaca atau mendengar petikan cerita pendek. Mereka mengenal pasti emosi dalam cerita dan memilih warna yang sesuai untuk mewakili perasaan tersebut. Murid kemudian melukis atau mewarna menggunakan warna pilihan mereka untuk menggambarkan suasana cerita.

2. Penerokaan Ruang

Aktiviti: Diorama Cerita

- Murid memilih satu cerita rakyat, seperti Sang Kancil dan Buaya. Mereka membuat model tiga dimensi menggunakan kotak, tanah liat, atau kertas untuk menggambarkan latar tempat cerita.Murid kemudian membentangkan hasil kerja mereka dengan menceritakan semula kisah tersebut.

Aktiviti: Lukisan Perspektif Mudah

- Murid melukis pemandangan kampung atau bandar dengan menggunakan teknik perspektif satu titik lenyap. Aktiviti ini membantu mereka memahami bagaimana sesuatu objek kelihatan lebih kecil apabila berada jauh dan lebih besar apabila dekat.

Khaw Jia Xin

Berikut beberapa lagi aktiviti penerokaan warna, ruang, dan irama dalam seni visual untuk sekolah rendah:

1. Warna: "Eksperimen Warna Sejuk dan Panas"

Aktiviti:

Murid membahagikan kertas kepada dua bahagian dan melukis pemandangan pagi menggunakan warna panas (merah, jingga, kuning) dan pemandangan malam dengan warna sejuk (biru, ungu, hijau).

Objektif:

Memahami kesan psikologi warna dan mengkategorikan warna panas serta sejuk.

Bahan:

Cat air/kertas warna, berus, kertas lukisan.

2. Ruang: "Lakaran Bangunan Bertingkat"

Aktiviti:

Murid melukis bangunan bertingkat menggunakan teknik perspektif satu titik (garisan tumpu) untuk memberi kesan kedalaman.

Objektif:

Mengenali konsep ruang dalam seni dan menggunakan perspektif dalam lukisan.

Bahan:

Pensel, pemadam, pembaris, kertas lukisan.

3. Irama: "Cap Daun dan Motif Semula Jadi"

Aktiviti:

Murid mengumpul daun pelbagai bentuk, mencelupkannya dalam cat, dan mencetaknya berulang kali di atas kertas untuk menghasilkan pola berirama.

Objektif:

Meneroka corak berulang dalam seni dan memahami unsur irama melalui bentuk semula jadi.

Bahan:

Daun kering/segar, cat air, kertas lukisan.

4. Warna: Eksperimen Campuran Warna

Aktiviti: Murid mencampurkan warna asas (merah, biru, kuning) untuk menghasilkan warna sekunder dan tertier pada kertas lukisan.

Objektif: Memahami teori warna dan kesan campuran warna.

Bahan: Cat air, palet, berus, kertas lukisan.

Ruang: Kolaj Landskap 3D

Aktiviti: Murid membuat kolaj landskap dengan menggunakan bahan seperti kertas warna, fabrik, dan kapas untuk mencipta kesan ruang (dekat, tengah, jauh).

Objektif: Memahami konsep ruang dalam karya seni.

Bahan: Kertas warna, gam, gunting, bahan kitar semula.

6. Irama: Corak Batik dan Motif Berulang

Aktiviti: Murid melukis corak batik dengan motif berulang menggunakan teknik renjisan atau canting tiruan.

Objektif: Mengeksplorasi unsur irama melalui pengulangan bentuk dan warna.

Bahan: Kertas lukisan, cat air, berus, lilin cair (jika sesuai).

Eksperimen dengan Cahaya dan Bayang-bayang melalui objek berwarna.

Pelaksanaan aktiviti: Gunakan lampu dan objek berwarna untuk melihat bagaimana warna, cahaya dan bayang-bayang berinteraksi di atas permukaan kertas putih

Objektif: Mengenali kesan ruang dan irama melalui pencahayaan dan warna.

See

(a) Aktiviti Penerokaan Warna: "Puisi Warna Emosi"

Langkah-langkah:

Guru menunjukkan pelbagai warna dan bertanya kepada murid tentang perasaan yang dikaitkan dengan setiap warna (contoh: merah – marah, biru – tenang).

Murid memilih satu warna yang mereka suka dan menulis puisi pendek yang menggambarkan emosi warna tersebut.

Murid melukis atau mewarna latar belakang puisinya dengan warna yang dipilih untuk menunjukkan kesan emosi.

Sesi pembentangan diadakan, di mana murid membaca puisi mereka dengan intonasi yang sesuai.

(b) Aktiviti Penerokaan Ruang: "Cerita dalam Lukisan"

Langkah-langkah:

Guru memaparkan lukisan atau gambar yang mempunyai perspektif ruang yang berbeza (contoh: pemandangan kampung, bandar, atau bilik yang berselerak).

Murid berbincang mengenai elemen ruang dalam gambar seperti latar depan, latar belakang, dan kedalaman.

Murid menulis cerita pendek berdasarkan lukisan tersebut dengan memberi fokus kepada perincian ruang dalam naratif mereka.

Murid membacakan cerita mereka dan membincangkan bagaimana penggunaan ruang mempengaruhi cerita.

(c) Aktiviti Penerokaan Irama: "Berbalas Pantun Irama"

Langkah-langkah:

Murid berlatih membaca pantun dengan intonasi dan nada yang sesuai.

Guru memainkan alat muzik atau lagu latar dengan rentak sederhana.

Murid cuba membaca pantun mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Aktiviti 1:  Warna

Guru membacakan satu petikan cerita pendek yang menggambarkan pelbagai emosi seperti emosi gembira, sedih dan marah. Murid memilih warna yang sesuai untuk setiap emosi dan mewarnakan ilustrasi berdasarkan petikan. Murid menjelaskan mengapa mereka memilih warna tersebut dalam satu ayat lengkap.

Aktiviti 2 : Ruang

Guru meminta murid memilih satu babak daripada cerita yang dipelajari. Murid membuat model 3D menggunakan tanah liat untuk menggambarkan ruang dalam cerita seperti pokok, matahari dan sebagainya.

Aktiviti 3 : Irama

Guru menunjukkan lukisan dengan corak atau pola berulang yang mempunyai unsur irama seperti batik atau anyaman. Murid mendengar bacaan puisi pendek yang mempunyai pengulangan bunyi dan ritma.

Murid menulis sebuah puisi pendek bertemakan warna atau alam, dengan menekankan penggunaan kata yang berulang atau berima. Murid menghias puisinya dengan corak irama menggunakan warna pilihan mereka.

Aktiviti bagi Penerokaan Warna

Kanak-kanak boleh cuba mencampurkan warna dengan titisan warna air atas kertas basah untuk untuk melihat kesan penyebaran warna.

Aktiviti Penerokaan Ruang

Susun objek seperti blok atau objek dan lukiskan objek tersebut yang mengecil dari arah satu titik

Aktiviti Penerokaan Irama

Membuat corak batik atau songket dengan susunan motif yang berulang dan teratur.