Anda pernah dijangkiti COVID-19? Kongsikan kepada kami pengalaman anda. by JPP IPGKBM

Stay safe
Jaga diri semua. Semoga kita semua dilindungi dalam setiap urusan yang kita lakukan.

SAYA PERNAH BERPENGALAMAN MENJADI KONTAK RAPAT KEPADA INDIVIDU YANG POSITIF COVID-19!
Assalamualaikum & hai semua! Selalunya, dengar kat berita je tentang virus Covid-19 yang menular gila-gila ni kan. Tapi, kali ni... masa berada di kampus. Saya didapati menjadi kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19! 😱 OMG! Masa tu, memang rasa tak sangka sangat dengan apa yang dah jadi! Rasa menyesal sebab tak ikut S.O.P. Rasa macam mungkin dah takde harapan untuk diri ini. Dan macam-macam lagi. 🥲 Waktu tu, mulalah rasa nak demamlah, tak sihatlah... sebabnya... pemikiran tu dah dijangkiti dengan ketakutan tersedia ada. Huhu. Tapi, lepas dah habis kuarantin kendiri selama 5 hari (sebab dah ambil booster - kuarantin 5 hari ja). Then, buat RTK dapat result negatif Covid-19. Masa tu, rasa bersyukur sangat. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Syukur yang tidak terkira! Akhirnya, memang lepas tu menyesal dan terus jaga S.O.P. walau dengan sesiapa pun sekali. Barulah rasa pentingnya akan pengawalan ketat S.O.P. dan sebagainya. Sebab, yelah... kita pun takut kan dengan sakit ni... Sapa je yang nak sakit... & terkadang tu... kawan-kawan kita pun tak tahu yang diorang pun dah terkena... Maka, apapun berhati-hati dan berjaga-jagalah ya semua. Semoga bumi IB ini terselamat daripada Covid-19 keseluruhannya. In Syaa-Allah. Amin ya mujib. 💖

POSITIF COVID-19
Dari kontak rapat ke positif covid-19.

Pada awalnya cukup-cukup tertekan dan tak boleh terima kenyatana sebab dah disahkan positif. Maklumlah saya bab SOP paling saya jaga. Tapi malangnya dalam kita menjaga sehabis baik, tetap kita dapat juga.

Sebelum saya disahkan posotif, saya mengalami simptom yang snagat teruk sehinggakan saya tidak mampu untuk berjalan dan mampu terbaring di katil. Namun, pada hari disahkan positif saya kembalo cergas sehingga hari tamat kuarantin.

Pesanan saya,
Tolong jaga SOP walaupun kes semakin menurun. Covid bukan seperti batu yang kita nampak, namun ia bagaikan serpihan-serpihan kaca yang nipis bila terpijak baru rasa sakit.. JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI dan BELAJAR HARGAI ORANG YANG TOLONG KITA.

#kitajagakita
#bebasCovid19

DISIPLIN ANTARA KUNCI UTAMA KITA SELAMAT
Saya Zulhafiz Pismp E5. Syukur kehadrat Illahi atas lindungan yang diberikan olehNya. Keluarga saya masih diberikan kesempatan untuk bebas dari Covid-19. Ibu dan ayah selalu pesan biarlah tak selalu keluar dari rumah di musim pandemik ini sebab di luar sana banyak lagi kes yang ada. Keluar hanya urusan penting sahaja. Apa yang boleh saya pesan disini adalah disiplin sangat penting. Ikutlah peraturan walaupun susah untuk diterima peraturan itu kerana melalui peraturan juga kita terselamat dari sesuatu perkara.  Kepada mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 tidak bermakna bahawa awak tidak berdisiplin. Awak sudah cukup hebat menjaga SOP yang diberikan cuma kadang-kadang yang berlaku itu adalah satu dugaan yang diberikan oleh Pencipta. Sesuatu kejadian yang berlaku sememangnya ada hikmah yang berada dibelakangnya nanti bukan sekarang in sha Allah akan datang nanti kita akan dapat lihat hikmah itu.

Pengalaman Dijangkiti COVID-19
Hii semua. Harap semua sihat selaluuu :)) Disebabkan rasa terpanggil untuk berkongsi dengan semua, saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya dijangkiti COVID-19. Mula- mula ingatkan demam biasa ja, sekali satu family demam. Mula mula kena, memang demam teruk. Deria bau pun tak kuat sangat. Tapi alhamdulillah, dikelilingi orang yang baik yang tolong hantarkan makanan dan ubat depan pagar rumah. Lama lama, dah mula sihat. Nasihat saya, mindset kita kena selalu positif tauu. Jangan asyik fikir yang bukan-bukan. Bila kita selalu fikir benda positif, in sha allah benda yang baik baik je akan datang kepada kita. And kena rajin check bacaan oxygen juga. Makesure bacaan sentiasa berada pada tahap yang normal. Last sekaliii stay safe 🙌🏻

POSITIF COVID-19
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pada asalnya, saya merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Beberapa Hari Saya bertahan, akhirnya saya tewas dan disahkan positif Covid-19. Jadi saya diarahkan untuk kuarintin kan diri bagi menggelakkan jangkitan ini daripada terus merebak. Tak dapat dinafikan, saya mengalami sedikit tekan, dan juga bosan kerana tidak boleh bebas dan hanya terkurung sahaja. Namun, Saya sedar, ini ujian yang Allah turunkan buat saya. Saya redha dan terima dengan hati terbuka. Dalam tempoh kuarintin Saya muhasabah diri. Banyakkan ibadah. Kesimpulannya, Covid ni banyak memberi pengajaran kepada saya.

STAY SAFE EVERYONE!
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah,saya masih dihindari dari wabak covid-19 yang melanda negara. Namun begitu, ingin saya titipkan sedikit nasihat dan pesanan buat rakan-rakan yang saya sayangi di luar sana. Keluarga saya pernah diuji dengan penyakit ini sehingga ada yang meragut nyawa insan yang saya sayangi. Kami redha dengan ketentuan Illahi dan menerima takdir ini. Siapa sangka wabak ini membawa perubahan yang besar bukan sahaja di dalam negara kita bahkan di dunia luar juga. Rakan-rakan patuhi SOP walaupun kadangkala kita merasakan perkara ini hanya sia-sia. Ada yang berpendapat, "alah jaga SOP pon kalau nak kena,kena jugak". Ya betul, tapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat ☺️ Kalaulah kalian boleh berada di tempat saya sekarang untuk merasakan perasaan kehilangan orang yang kita sayangi, pasti kalian meminta untuk diputarkan semula masa. Akhir kata, ingatlah wabak ini menjadi asbab kepada kita untuk terus patuh serta mendekatkan diri kepada Allah.

Menjadi kontak rapat rakan sebilik
Saya sudah selesai booster ketika berada di rumah. Kemudian, setelah sampai di kampus, memang saya dan rakan bilik menjaga SOP walaupun ada ahli aras lain yang melanggar SOP seperti berkumpul di bilik dan sebagainya. Saya tidak tahu rakan bilik mendapat jangkitan bermula dari mana, tapi kami ada bertemu dengan seorang pelajar positif di dalam lif yang ketika itu ingin turun ke aras 1 (bilik kuarantin). Malam kejadian, tiada simptom atau apa-apa berlaku. 2 hari kemudian, kami mula rasa perubahan. Badan berasa sejuk, bisa badan, perit tekak, menggigil. Pada hari ketiga, rakan bilik membuat ujian rtk dan mendapati dia positif, saya pulak melakukan ujian yang sama namun keputusan yang ditujukan adalah negatif. Maka, kami berkuarantin selama tempoh yang ditetapkan. Alhamdulillah makan minum kami terjaga kerana pihak pengurusan yang cakna dan cekap menguruskan, di samping jpp yang bekerja keras. Alhamdulillah kini kami sudah sembuh