My glorious wall by nur aliah

1-Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Pada zaman kesultanan melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah. Perlaksanaan undang-udang islam di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Hal ini kerana penemuan batu bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan islam pertama yang ditulis di negara pada tahun 1898. Penemuan batu bersurat itu sangat penting kepada sejarah perkembangan perundangan syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang islam yang dilaksanakan di Terengganu pada ketika itu. Terdapat dua teks undang-undang islam utama semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka,iaitu undang-undang Melaka dan undang-undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan adat Temenggung, Mazhab Syafie dan pengaruh adat melayu.

2-Sejarah perkembangan islam di Nusantara
Bukti awal kedatangan dan penyebaran islam di nusantara berdasarkan kepada batu nisan dan bukti-bukti lain. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa dan batu bersurat Terengganu. Pada akhir abad ke-15, islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. Berdasarkan catatan sejarah yang menyebut bahawa pada abad ke-7 masihi, orang-orang Arab telah sampai ke  Tanah Jawa. Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di Pantai Barat, Pulau Sumatera. Menurut catatan lain, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun Bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang Mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapalberlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China, kapal-kapal itu telah berhenti sebentar di Malabar Coast di Kerala India, Srivijaya dan Palembang. Ketika mereka berhenti, mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

3-Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan China-Malaysia merujuk kepada hubungan dua hala antara China dan Malaysia sejak Dinasti Han, terdapat banyak masyarakat Cina di Malaysia untuk revolusi perang penentangan menetapkan banyak kredit. Malaya selepas kemerdekaan apabila enggan mengiktiraf republik rakyat China, yang menjalin hubungan diplomatik dengan republik China. Bukan itu sahaja,Kedatangan Islam ke Nusantara telah berjaya membentuk sebuah hubungan diplomatik yang lebih sistematik. Di Nusantara, Islam mula bertapak dianggarkan pada tahun 225 Hijrah bersamaan dengan 840M di Perlak (Hashim Musa, 2004: 40). Islam telah membawa perubahan besar dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu, terutamanya dalam hubungan diplomatik sehingga membentuk suatu tamadun bangsa yang kekal sehingga  hari ini. Dalam agama Islam telah menegaskan tentang prinsip hubungan diplomatik itu perlu berdasarkan prinsip persaudaraan, persahabatan dan perdamaian. Prinsip hubungan diplomatik menurut hukum Islam antara lain ialah menghargai manusia sebagai makhluk yang terbaik, menegakkan keadilan, persamaan, kemerdekaan, menepati janji, toleransi, mencegah kejahatan, dan bukannya mewujudkan peperangan dan permusuhan. Sebagai sebuah agama yang bersifat sejagat, Islam menyeru ke arah pengwujudan suatu bentuk hubungan antara manusia, bangsa dan negara merentasi sempadan nasional atau hubungan antarabangsa. Contohnya, Kerajaan Melaka yang telah membentuk hubungan merentas sempadan menerusi perkahwinan. Perkahwinan antara Kerajaan Melaka (Sultan Mansur) dengan Kerajaan Majapahit (Raden Galoh Cendera Kirana) dan Kerajaan China (Puteri Hang Liu) telah memberikan kesan positif kepada Kerajaan Melaka dalam bidang politik, ekonomi dan juga sosial. Dalam bidang politik, misalnya dengan mendapat perlindungan daripada Kerajaan Majapahit dan China, Melaka telah berjaya menangani ancaman dari anasir luar seperti Siam yang ingin menggugat keselamatan Melaka.