Refleksi by LEE MEI LING Moe

Salam sejahtera. Saya amat bersyukur dan berbesar hati kerana tugasan projek berkumpulan telah disempurnakan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan sesama ahli kumpulan, lebih-lebih lagi kepada Prof Madya Dr.Aziah selaku pensyarah subjek ini. Terima kasih atas tunjuk ajar dan khidmat nasihat yang diberikan oleh Prof Madya Dr.Aziah sepanjang kursus ini.

Pada mulanya, saya agak keliru tentang kehendak soalan projek berkumpulan ini. Saya begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini. Namun demikian, cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Dalam projek berkumpulan ini, kami mula mengagihkan tugas dan setiap ahli menjalankan tugas masing-masing agar dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Semangat berpasukan dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan sesama ahli memainkan peranan yang penting untuk membantu kami melengkapkan dan menyempurnakan tugasan ini. Hasil temu bual dengan guru besar membuka minda kami bahawa kepimpinan betapa penting dan implikasinya terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Keberkesanan sesebuah sekolah banyak bergantung atas kecemerlangan kepimpinan guru besar. Beban dan tanggungjawab selaku pemimpin dalam konteks sekolah amat berat dan mencabar. Saya berharap bidang Pendidikan di Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih dirakamkan kepada Profesor Madya Dr. Aziah  atas segala tunjuk ajar, bantuan, dorongan dan sokongan yang diberi kepada saya untuk menyempurnakan projek berkumpulan ini. Segala bimbingan, ilmu dan nasihat yang diberikan sangat dihargai.  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan dalam perkongsian ilmu pengetahuan daripada mereka telah membolehkan saya menyiapkan projek ini mengikut jangka masa yang ditetapkan. Terdapat beberapa ilmu baharu serta pengalaman yang dapat saya peroleh sepanjang tempoh menyiapkan tugasan projek. Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan projek, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran menemu ramah telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif.
Akhir kata, saya amat berharap agar tugasan projek ini akan diterima oleh Dr. Aziah bagi subjek ini dan saya meminta maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam menyiapkan tugasan projek ini. Sekian terima kasih.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah tercinta, Prof Madya Dr.Aziah. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Madya Dr.Aziah atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang semester ini. Sebagai seorang guru novis dan berperanan sebagai pemimpin pertengahan (KP Muzik) di sekolah rendah, ilmu yang dipelajari menerusi kursus ini amat memanfaatkan saya dalam bidang pengurusan tenaga manusia dan membantu saya untuk meningkatkan kecemerlangan diri sebagai seorang pemimpin.

Bagi projek berkumpulan ini, saya berasa amat bersyukur kerana mempunyai rakan seperjuangan yang begitu komited dan bekerjasama dalam menyiapkan projek ini. Mula-mulanya, saya amat risau dan berasa projek ini amat mencabar kerana saya masih baharu di bidang pendidikan dan tidak banyak bergaul serta berkenalan dengan pemimpin-pemimpin sekolah. Namun, dengan berkat doa, kerjasama sesama ahli kumpulan dan bimbingan daripada pensyarah, tugasan projek berkumpulan ini telah berjaya disempurnakan tepat pada masanya.

Sepanjang proses menyiapkan projek ini, kami banyak berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bersama-sama apabila menghadapi sebarang masalah. Sikap toleransi, tanggungjawab dan semangat bekerjasama merupakan elemen-elemen penting dalam menjayakan tugasan berkumpulan ini. Melalui projek ini, saya juga belajar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan ahli-ahli kumpulan dan sedia untuk mendengar serta menerima pandangan orang lain. Hasil temu bual daripada kedua-dua orang guru besar pula amat memanfaatkan saya, khasnya informasi mengenai bidang kepimpinan. Kepimpinan guru besar yang berkesan akan menyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Justeru, guru besar selaku pemimpin utama sekolah berperanan signifikan dan bertanggungjawab untuk memimpin sekolah ke arah kecemerlangan dan merealisasikan visi serta misi yang dihasratkan.

Secara keseluruhannya, projek berkumpulan ini telah banyak memberikan faedah kepada saya serta meningkatkan semangat saya untuk menjadi seorang pendidik dan pemimpin yang berkualiti lagi cemerlang. Sekian, terima kasih.

Terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr. Aziah atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam semester ini.  Saya amat bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang amat komited dan sentiasa mencuba yang terbaik untuk menyiapkan tugasan ini.  Saya amat bersyukur kerana melalui projek ini, saya dapat diberi peluang untuk menemu bual guru besar dan membelajari teknik-teknik menemu bual.  Pada masa yang sama, dengan pengalaman yang dikongsikan oleh Guru Besar, banyak ilmu pengetahuan mengenai strategi kepimpinan di sekolah dalam dunia realiti sebagai rujukan masa depan.  Selain itu, dalam proses menganalisis data kuantitatif, ilmu tentang kaedah untuk membuat analisis transkrip dan kaedah membincangkan data-data yang dikutip juga merupakan pengalaman yang amat berharga.  Pengalaman ini telah memberi peluang kepada saya untuk melihat kaedah menjalankan kajian berdasarkan data kuantitatif.  Projek ini juga telah membuka minda saya dalam kepimpinan.  Saya berharap selepas pengalaman ini, saya dapat mengaplikasikan ilmu ini semasa melaksanakan kajian dan menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.