KONSEP DAN PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM by farah wahidah

NAMA KUMPULAN
1. NUR FARAH WAHIDAH (K02STK21F020)
2. NUR ASYEEQAH HANANIAH (K02STK21F005)
3. NUR ALIA SYUHADA (K02STK21F022)
4. NUR AMEERA ASYA (K02STK21F026)

1. KONSEP DAN PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM
Tasawwur adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud gambaran dan rupa bentuk. Kata kerjanya ialah sawwara yang bermaksud menggambarkan. Surah pula bermaksud gambar atau rupa. Apabila perkataan tasawwur digandingkan dengan Islam maka ia merujuk kepada gambaran atau rupa bentuk Islam yang sebenar dan hakiki (Haron Din, 1992). Apabila kita ingin memastikan bahawa kita mendapatkan tasawwur yang betul tentang Islam, kita sebenarnya perlu merujuk kepada gambaran yang sahih tentang Islam yang  tentunya bersumberkan daripada sumber yang berautoriti iaitu al-Quran dan al-Hadis. Tanpa merujuk kepada Al-Quran, Al-Sunnah dan kitab muktabar para ulama, tidak mungkin gambaran yang tepat tentang Islam diperolehi. Bagaimana kita boleh mendapatkan gambaran yang betul tentang sesuatu sekiranya kita tidak merujuk kepada sumber yang betul dan tepat? Perkara ini sama dalam konteks apabila kita tidak memperoleh gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu isu menyebabkan kita tidak bersikap adil dalam menangani isu berkenaan kerana  perspektif kita tidak tepat dan sempit.

2. PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA
Pengertian Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin. Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

Ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat). Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t. semata-mata.

3. JELASKAN SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ISLAM
Berikut sumber hukum Islam:

1. Al Quran

Al Quran adalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Tulisannya berbahasa Arab dengan perantaraan Malaikat Jibril.Al Quran juga merupakan hujjah atau argumentasi kuat bagi Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah kerasulan dan pedoman hidup bagi manusia serta hukum-hukum yang wajib dilaksanakan. Hal ini untuk mewujudkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat serta untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Hadis

Seluruh umat Islam telah sepakat dan berpendapat serta mengakui bahwa sabda, perbuatan dan persetujuam Rasulullah Muhammad SAW tersebut adalah sumber hukum Islam yang kedua sesudah Al Quran. Banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang memerintahkan untuk mentaati Rasulullah SAW seperti firman Allah SWT. Al hadis sebagai sumber hukum yang kedua berfungsi sebagai penguat, sebagai pemberi keterangan, sebagai pentakhshis keumuman, dan membuat hukum baru yang ketentuannya tidak ada di dalam Al Quran. Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Rasulullah Muhammad SAW ada kalanya atas petunjuk (ilham) dari Allah SWT, dan adakalanya berasal dari ijtihad.

3. Ijma

Imam Syafi'i memandang ijma sebagai sumber hukum setelah Al Quran dan sunah Rasul. Dalam moraref atau portal akademik Kementerian Agama bertajuk Pandangan Imam Syafi'i tentang Ijma sebagai Sumber Penetapan Hukum Islam dan Relevansinya dengan perkembangan Hukum Islam Dewasa Ini karya Sitty Fauzia Tunai, Ijma' adalah salah satu metode dalam menetapkan hukum atas segala permasalahan yang tidak didapatkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Sumber hukum Islam ini melihat berbagai masalah yang timbul di era globalisasi dan teknologi modern.

Jumhur ulama ushul fiqh yang lain seperti Abu Zahra dan Wahab Khallaf, merumuskan ijma dengan kesepakatan atau konsensus para mujtahid dari umat Muhammad pada suatu masa setelah wafatnya Rasulullah SAW terhadap suatu hukum syara' mengenai suatu kasus atau peristiwa.

Ijma dapat dibagi menjadi dua bentuk yaitu ijma sharih dan ijma sukuti. Ijma sharih atau lafzhi adalah kesepakatan para mujtahid baik melalui pendapat maupun perbuatan terhadap hukum masalah tertentu. Ijma sharih ini juga sangat langka terjadi, bahkan jangankan yang dilakukan dalam suatu majelis, pertemuan tidak dalam forum pun sulit dilakukan.

Bentuk ijma yang kedua dalah ijma sukuti yaitu kesepakatan ulama melalui cara seorang mujtahid atau lebih mengemukakan pendapatanya tentang hukum satu masalah dalam masa tertentu kemudian pendapat itu tersebar luas serta diketahui orang banyak. Tidak ada seorangpun di antara mujtahid lain yang menggungkapkan perbedaan pendapat atau menyanggah pendapat itu setelah meneliti pendapat itu.

4. Qiyas

Sumber hukum Islam selanjutnya yakni qiyas (analogi). Qiyas adalah bentuk sistematis dan yang telah berkembang fari ra'yu yang memainkan peran yang amat penting. Sebelumnya dalam kerangka teori hukum Islam Al- Syafi'i, qiyas menduduki tempat terakhir karena ia memandang qiyas lebih lemah dari pada ijma.

4. PENGERTIAN AKIDAH DAN KEPENTINGANNYA
PENGERTIAN AKIDAH

Akidah atau disebut juga
sebagai Iman ialah satu ikatan atau janji yang kukuh. Ia adalah satu kepercayaan yang tersimpul kukuh di dalam jiwa sehingga tidak boleh terungkai sekali-kali sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW bahawa iman itu bukanlah hanya bercita-cita tetapi apa yang teguh didalam hati dan dibuktikan dengan amal anggota badan. Imam Syafie r.h. menyatakan bahawa iman itu tiga perkara; berikrar dengan lidah, membenar dengan hati dan beramal dengan anggota badan.

Kepentingan Aqidah dalam kehidupan Muslim

Setelah kita memahami asas dan konsep aqidah; baru kita dapat merasakan kepentingannya dalam kehidupan Muslim. Di antara kepentingannya ialah;

1. Ianya sebagai benteng dan perisai dalam diri seorang muslim. Ia merupakan benteng kukuh bagi memelihara akal daripada perkara khurafat dan syirik dan perisai yang utuh bagi menangkis segala anasir jahat , perasaan syak dan ragu serta segala bentuk penyelewengan.

2. Ianya adalah dasar dan tunjang. Yang lain ibarat cabang dan ranting. Mati dasar maka akan matilah ranting dan cabangnya.

3. Ianya menjadi sebab dan tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT. FirmanNya: ”Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.

4. Ianya adalah risalah semua rasul. Firman Allah SWT; “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaku".

5. Penerimaan amal bergantung kepada sahnya akidah.
Sebagaimana yang telah saya bincangkan tadi bahawa seluruh amal soleh yang dilakukan oleh seorang samaada diterima atau ditolak amalannya di sisi Allah SWT bergantung kepada sahnya aqidah yang orang itu miliki. Iman yang batal tidak diterima oleh Allah SWT. Amalan orang kafir, murtad, munafiq dan musyrik adalah amalan yang tertolak. Ia disebabkan oleh imannya yang menyeleweng dan Allah tidak sesekali menerima keimanan seperti itu. Firman Allah SWT: “dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Dan Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik (mempersekutukanNya) (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu (dosa syirik) bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

5. PERKARA-PERKARA YANG MEMANFAATKAN AKIDAH
Akidah terbahagi kepada tiga
1.perkataan
-membaca al-quran dan memahami hadia nabi
-berzikir,bertahlil,bertasbih dan berselawat
-bercakap benar
-nasihat menasihat ke arag kebaikan serta berdoa

2.perbuatan
-menunaikan ibadah sama
Ada fardhu ataupun sunat
-membantu golongan yang memetlukan bantuan seperti anak yatim dan fakir miskin

3.Hati
- sentiasa mengingati Allah
-yakin dengan pertolong Allah dan iklas melakukan ibadah atau amalkan kebajikan
-Sentiasa bersangka baik terhadap Allah
-Bercita-cita tinggi dan sentiasa bertawakal kepada Allah