A159041 FADHILAH AISYAH BINTI NOOR AZMEE by Aisyah Noor Azmee

KERATAN AKHBAR
Pada masa kini kita dapat lihat penggunaan gajet sangat meluas tanpa mengira peringkat umur. Baik daripada golongan dewasa mahu pun kanak-kanak. Keratan akhbar di bawah menceritakan tentang pendedahan gajet berskrin kepada kanak-kanak di Britain sehingga menyebabkan mereka sukar untuk bertutur.

ULASAN ISU KERATAN AKHBAR
Akhbar tersebut menceritakan tentang kanak-kanak di Britain lambat bertutur disebabkan oleh faktor pendedahan gajet berskrin yang terlalu lama kepada mereka. Hal ini hakikatnya bukan sahaja berlaku di Britain, malah turut terjadi di Malaysia dan juga negara-negara lain.
Masalah ini seharusnya perlu dibendung supaya kanak-kanak tidak terlalu obses dengan gajet. Apabila mereka terlalu obses dengan gajet, mereka tidak akan berminat untuk bergaul dengan orang lain, malah mereka lebih suka untuk bermain dengan gajet. Kemungkinan juga mereka tidak mempunyai keinginan dan minat yang tinggi untuk belajar.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

KEBAIKAN TEKNOLOGI (GAJET) KEPADA KELUARGA
Sekiranya gajet dimanfaatkan dengan cara yang betul, banyak kebaikan yang kita dapat perolehi daripadanya.
Antaranya ialah kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara adik-beradik atau saudara-mara terutamanya yang duduk berjauhan dengan kita sama ada melalui panngilan telefon atau media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Selain itu, gajet juga memudahkan kita untuk mengakses maklumat-maklumat penting untuk memudahkan kerja seperti maklumat berkenaan isu semasa, maklumat untuk kajian dan lain-lain lagi.
Di samping itu juga, gajet seperti komputer riba dapat memudahkan kita untuk menyiapkan tugasan sebagai pelajar atau pekerja yang memerlukan kita untuk menaip assignment dan sebagainya.
Dengan itu, kita dapat lihat bahawa penggunaan gajet secara terkawal dapat memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada keluarga malah kepada pelajar dan individu lain

KEBURUKAN TEKNOLOGI (GAJET) KEPADA KELUARGA
Walaupun kita dapat lihat banyak manfaat gajet kepada keluarga dan orang lain, namun masih ada keburukannya sekiranya digunakan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Antaranya ialah anak-anak akan lebih mudah untuk mengakses  video atau maklumat porno sekiranya ibu bapa tidak mengawasi penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak. Hal ini menyebabkan anak-anak terlalu mudah untuk terdedah dengan perkara yang tidak baik.
Selain itu,  seperti yang dinyatakan dalan keratan akhbar, penggunaan gajet berskrin menyebabkan kanak-kanak lambat bertutur. Hal ini disebabkan oleh mereka terlalu lama terdedah dengan gajet berskrin sehingga menyebabkan minda anak-anak menjadi lambat dan lembap.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan supaya gajet tidak digunakan oleh anak-anak untuk perkara yang tidak mendatangkan faedah.

CABARAN UNTUK MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN GAJET SECARA TIDAK TERKAWAL
Peranan gajet memberi cabaran yang besar untuk ibu bapa supaya sentiasa mengawal penggunaannya di kalangan kanak-kanak.
Hal ini kerana gajet akan mempengaruhi sikap anak-anak bukan sahaja kepada ibu bapa, malah kepada orang lain juga. Kanak-kanak akan menjadi anti-sosial sekiranya mereka terlalu leka dengan gajet. Mereka tidak akan menghiraukan hal yang berlaku di sekeliling mereka kerana terlalu asyik dengan gajet.
Penggunaan gajet yang berlebihan juga boleh mempengaruhi prestasi akademik anak-anak. Hal ini kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet berbanding mengulang kaji pelajaran. Sedikit sebanyak hal ini akan menyebabkan prestasi akademik anak-anak merudum.
Dengan itu, ibu bapa harus bijak untuk berhadapan dengan segala cabaran yang akan dihadapi  untuk mengatasi masalah penggunaan gajet yang tidak terkawal di kalangan anak-anak.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap perkara itu diciptakan ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan gajet. Sekiranya digunakan untuk perkara yang berfaedah, kita pasti akan mendapat manfaatnya. Namun, sekiranya gajet disalahgunakan untuk perkara-perkara negatif, kita sendiri yang akan menerima padahnya.
Oleh itu, kita seharusnya menjadi pengguna gajet yang bijak dan tidak menjadi hamba kepada gajet iaitu mengguna gajet secara berlebihan tanpa had.

SIGNATURE