Tokoh remaja yang Dikagumi by Siti Khadijah Mohammed A

Khairyna
Greta Thunberg adalah seorang remaja aktivis iklim yang berasal dari Swedia. Beliau menjadi terkenal di seluruh dunia kerana usahanya dalam memperjuangkan isu-isu iklim dan kelestarian alam. Bagi banyak golongan muda, Greta Thunberg adalah contoh teladan yang menginspirasi mereka untuk menjadi lebih aktif dalam memperjuangkan isu-isu sosial dan lingkungan.

Salah satu sebab mengapa Greta Thunberg menjadi contoh teladan bagi golongan muda adalah keberaniannya dalam berbicara di depan umum mengenai isu-isu iklim dan lingkungan. Beliau berbicara dengan tegas dan tidak takut mengkritik para pemimpin dunia dan menuntut tindakan segera untuk mengatasi krisis iklim. Kegigihannya dalam memperjuangkan isu ini telah menginspirasi banyak orang, terutama golongan muda, untuk mengambil tindakan dan memperjuangkan kepentingan mereka sendiri.

Dengan sikapnya yang berani dan gigih, Greta Thunberg telah menjadi tokoh bagi golongan muda di seluruh dunia. Beliau telah membuktikan bahawa belia dapat memiliki pengaruh dan suara yang kuat dalam memperjuangkan isu-isu yang dianggap penting dalam dunia saat ini. Oleh yang demikian, Greta Thunberg merupakan seorang suri teladan yang menginspirasi banyak pemuda untuk menjadi lebih aktif dan berkontribusi dalam perubahan positif untuk masa depan yang lebih baik.

Reza
Nicholas Lowinger merupakan seorang belia yang merupakan pengasas “Gotta Have Sole Foundation”. Ia merupakan satu pertubuhan yang menderma kasut kepada kanak-kanak yang miskin. Nicholas Lowinger mendapat ilham dan rangsangan untuk menubuhkan pertubuhan tersebut kerana daripada pada usia yang kecil, dia menyedari bahawa terdapat ramai kanak-kanak yang tidak bertuah sepertinya, kerana mereka seringkali memakai kasit dan pakaian yang robek. Dari situ, dia mula berempati dengan kanak-kanak sedemikian lalu bertekad untuk memperbaiki keadaan mereka dengan memastikan bahawa semua kanak-kanak mempunyai pakaian-pakaian yang berada di dalam keadaan baik. Dia pun mula mengambil langkah-langkah kecil dengan memberi kasut dan pakaiannya kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Setelah beberapa tahun,pada usia remaja, Nicholas Lowinger pun mengorak langkah dan menubuhkan Gotta Have Sole Foundation. Pertubuhan tersebut mengutip derma yang akan digunakan untuk mereka kasut untuk kanak-kanak yang miskin. Sejauh ini, Gotta Have Sole Foundation telah berjaya mendermakan kepada lebih daripada 45 000 kanak-kanak di seluruh Amerika Syarikat. Dari ini, kita dapat melihat bahawa Nicholas Lowinger merupakan seorang yang remaja yang patut dicontohi kerana dia mempunyai ciri-ciri seperti murah hati, proaktif dan berani. Oleh yang demikian, kita patut mencontohi sikapnya yang beriltizam untuk mempertingkatkan keadaan kehidupan ahli-ahli masyarakat di sekelilingnya agar semua ahli masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan selesa.

Purinita
Marley Días, seorang African-American, telah mula mengumpulkan buku-buku yang mempunyai watak-watak utama wanita yang berbangsa Afrika sejak dia berumur 13 tahun pada tahun 2018. Dia mempunyai cogan kata dan hashtag '#1000blackgirlbooks'. Saya berpendapat bahawa dia seorang tokoh belia kerana dia sedang memperjuangkan perwakilan bangsa dan jantinanya sebagai suatu cara untuk memperkasakan kaum wanitanya. Hal ini amat penting terutama sekali dengan berita terkini tentang negeri Florida yang sedang mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh penulis berkaum Afrika.

Fitri
Autumn Peltier, seorang belia dari Kanada, merupakan seorang aktivis hak penduduk asli  yang memperjuangkan hak air untuk setiap orang.

Beliau didedahkan kepada isu kekurangan air bersih dan selamat untuk diminum sejak dari kecil. Apabila beliau menyaksikan pencemaran air yagn dibekalkan untuk sebuah masyarakat asli, beliau memulakan perjuangan beliau pada usia lapan tahun. Pada usia 12 tahun, beliau menjadi terkenal apabila beliau memarahi Perdana Menteri Justin Trudeau kerana kegagalan pemimpin itu untuk memastikan air kekal bersih. Sejak itu, beliau berbual dengan pemimpin-pemimpin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN General Assembly).

Autumn Peltier menunjukkan keberanian dalam perjuangan beliau. Umur bukan penghalang. Beliau berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang hak air. Kesabaran dan ketekunan beliau juga dipamerkan dengan sumbangan dan usaha beliau sejak umur 8 tahun sehingga sekarang (19 tahun).

Farhan
Amika George, seorang belia dari British merupakan seorang aktivis yang berkempen menentang kemiskinan haid di United Kingdom yang merupakan istilah di mana para wanita terdapat kekurangan akses kepada produk haid yang betul dan pendidikan yang diperlukan untuk menggunakannya dengan berkesan.

Pertama sekali, satu ciri yang menarik perhatian saya dari Amika adalah kepekaannya terhadap masalah sosial yang dihadapi oleh perempuan muda. Pada usia 17 tahun, setelah membaca tentang ketidakadilan akses terhadap perlengkapan menstruasi di kalangan pelajar perempuan yang kurang mampu, dia mendirikan kempennya yang dipanngil "Free Periods" yang bertujuan untuk memberikan bekalan haid percuma kepada pelajar perempuan yang memerlukannya.

Lagi satu ciri belia yang saya sangat kagumi adalah kepemimpinannya yang luar biasa dalam memajukan hak-hak perempuan muda.Dia telah mendorong generasi muda untuk berbincang dengan suara mereka sendiri, terlibat dalam perubahan sosial, dan melawan ketidakadilan jantina.

Fatimah
Melati Wijsen adalah seorang aktivis lingkungan asal Indonesia. Dia dilahirkan pada tahun 2001 di Bali, Indonesia. Bersama dengan adiknya, Isabel Wijsen, Melati mendirikan organisasi nirlaba Bye Bye Plastic Bags pada usia 12 dan 10 tahun pada tahun 2013. Organisasi ini bertujuan untuk mengurangi penggunaan plastik sekali pakai di Bali dan meningkatkan kesadaran tentang dampak negatif plastik terhadap lingkungan.

Melati Wijsen adalah seorang pemimpin yang berani. Dia tidak hanya memiliki sebuah idea yang besar untuk mengurangi penggunaan plastik di Bali, tetapi dia juga mampu memimpin dan menggerakkan ribuan orang untuk mendukung kempennya. Dia juga mempunyai ketekunan. Walaupun dia dikritik dan diberi rintangan dia masih memperjuangkan tujuannya sehingga dia berjaya.Melati Wijsen memiliki keberanian yang luar biasa untuk memperjuangkan isu lingkungan, walaupun usianya yang sangat muda. Ia juga menunjukkan bahawa dia mempunyai visi yang jelas dan juga pemikiran yang matang. Dia berani berbicara di hadapan pemimpin dan orang-orang politik, menantang kebijakan yang merosakkan lingkungan, dan mengambil risiko untuk memperjuangkan apa yang dia mempercayai. Dia juga mempunyai visi yang jelas.

Rhean
Kelvin Doe merupakan seorang belia yang mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tempatan dengan teknologi ketika berusia 11 tahun, lima tahun selepas perang saudara yang tidak menentu di negaranya kini berakhir. Menjelang 13, beliau telah menjanakan rumah-rumah kejiranan dengan bateri yang dibuat daripada asid, soda dan logam dalam cawan timah. Kelvin Doe telah menyusun satu AMP, sebuah mesin pembancuh, dan peralatan yang mencukupi untuk melancarkan stesen radio “one-young-man” yang disiarkan kepada penduduk kawasan kejiranan Dworzark Farm di Freetown. Beliau menyediakan berita dan memainkan muzik kepada masyarakat sekeliling. Stesen radionya dikuasakan oleh penjana yang dibentuk daripada penstabil voltan yang telah merosot, yang dia mendapati dalam tong sampah, manakala antena mudah membolehkan kejiranan untuk mendengarnya.
Satu ciri yang menarik perhatian saya adalah beliau merupakan seorang yang tabah dan kukuh dengan keinginannya. Kelvin Doe percaya bahawa jika seseorang memberi tumouan, dia boleh mencapai sebarang ciptaan tanpa cela. Beliau juga tidak mementingkan diri sendiri, dan saya rasa ini sesuatu yang patut kita mengikuti lagi-lagi dalam era moden ini. Dengan mencontohi sikpanya ini, kita dapat mengatasi cabaran-cabaran dalam kehidupan kita tanpa ingin berputus asa tetapi kita harus berusaha dan yakin dengan diri sendiri bahawa kita dapat mencapai sesuatu keinginan dalam kehidupan kita.