NUR ALYA BINTI MOHAMAD (100262) by ALYA MOHD

LU1 INTRODUCTION TO COMMUNICATION
Berdasarkan LU1 yang telah saya pelajari, saya dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai komunikasi. Komunikasi sememangnya sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Ia digunakan sebagai alat perantaraan untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan antara individu atau kumpulan sama ada melalui media lisan, bukan lisan atau bertulis. Bagi menyampaikan komunikasi dengan jelas, kita akan melalui enam proses komunikasi iaitu pengantar, enkod, saluran, dekod, penerima dan maklum balas.

Topik-topik yang saya pelajari dalam unit pembelajaran 1 ini telah memberikan pemahaman yang jelas mengenai pentingnya komunikasi dalam kehidupan. Ia bukan hanya mengenai penyampaian maklumat, tetapi juga berperanan sebagai alat utama untuk mengeratkan hubungan, menyelesaikan masalah serta dapat mempertingkatkan pemahaman individu. Sebagai contoh, terdapat enam jenis komunikasi yang digunakan dalam kehidupan iaitu komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal, komunikasi interpersonal yang dimediasi, komunikasi kumpulan kecil, komunikasi organisasi dan komunikasi awam.

Menerusi jenis-jenis komunikasi yang telah saya pelajari, saya mendapati bahawa komunikasi yang sering saya gunakan dalam kehidupan ialah komunikasi intrapersonal. Komunikasi intrapersonal merupakan perundingan yang berlaku dalam diri sendiri dengan mentafsir sendiri sebelum membuat keputusan. Contoh komunikasi intrapersonal yang berlaku dalam diri saya ialah bermonolog dalaman. Saya sering bercakap dengan diri sendiri dalam minda untuk membuat keputusan seperti memilih untuk makan apa dan tempat makan pada hari ini. Selain itu, komunikasi interpersonal. Komunikasi interpersonal merupakan perundingan antara individu dengan individu atau sekumpulan individu lain. Komunikasi ini sering saya gunakan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan ataupun keluarga. Sebagai contoh, semasa saya di UNIMAS saya akan berbual dengan rakan-rakan mengenai tugasan berkumpulan. Kami akan berkongsi pendapat dan mendapatkan penyelesaian yang terbaik mengenai tugasan yang akan dilaksanakan.

Di samping itu, komunikasi yang sering digunakan membawa banyak kebaikan dalam kehidupan saya. Buktinya, komunikasi berperanan untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebagai contoh, keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dapat membantu saya untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas dan berkesan kepada penerima. Jadi, kemahiran ini dapat saya aplikasikan semasa menyuarakan pendapat dalam kumpulan ataupun semasa pembentangan. Secara keseluruhannya, kemahiran komunikasi yang baik sama ada secara lisan atau tulisan sangat penting dalam kehidupan seseorang untuk menyesuaikan diri dan mencapai kejayaan.

LU2 IDENTITY AND PERCEPTION
Pada pandangan saya mengenai LU2 yang telah saya pelajari, identiti merupakan cara pemikiran seseorang untuk mengenal dan mentafsir dirinya sendiri. Antara beberapa ciri identiti yang telah saya pelajari dalam bab ini adalah seperti pelbagai rupa, sosial dan peribadi, kepentingan dan kekuatan, cecair dan stabil, diikrarkan dan dinisbahkan, lulus dan keluar serta persembahan dan ekspresi.

Salah satu ciri identiti yang saya perasan ada dalam diri saya ialah pelbagai rupa. Identiti pelbagai rupa ini boleh terbentuk melalui pelbagai aspek kehidupan dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan pengalaman. Sebagai contoh, apabila saya di universiti, perwatakan saya berubah kerana saya bergelar seorang pelajar. Sebagai seorang pelajar, saya banyak mempelajari pengalaman yang baharu seperti berjumpa dengan banyak orang, bergaul dengan rakan-rakan yang datang dari pelusuk dunia dan perlu berhadapan dengan orang ramai. Walaupun hakikatnya saya seorang yang pemalu, namun pada peringkat universiti ini saya cuba untuk membiasakan diri saya dengan pelbagai keadaan yang mendatang. Perwatakan saya juga akan berubah apabila bersama dengan rakan-rakan dan keluarga. Apabila bersama rakan-rakan, saya akan berasa lebih santai dan saling berkongsi pendapat dan apabila di rumah, perwatakan saya akan berubah menjadi seorang anak bongsu yang akan membantu keluarga.

Selain identiti, saya juga mempelajari mengenai persepsi. Persepsi ialah satu proses untuk memahami dan menilai individu lain berdasarkan apa yang dilihat, dirasai dan alami. Kecenderungan yang biasa kita hadapi dalam persepsi ini adalah “We Cling to First Impression”. Pada pandangan saya, setiap persepsi yang kita rasai akan berbeza dengan apa yang kita lihat. Sebagai contoh, pada waktu pertama kali bertemu dengan rakan-rakan di sekolah atau di universiti, kita mungkin akan mempunyai persepsi seperti “kawan itu sombong”, “kawan itu tidak pandai senyum” dan sebagainya. Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa tanggapan awal terhadap orang lain itu kadangkala tidak mencerminkan sifat individu tersebut. Malah, persepsi tersebut akan berubah apabila kita mula rapat dan mengenali mereka dengan lebih lanjut.

Oleh itu, kita perlu memperbetulkan tanggapan kita terhadap orang lain dan sentiasa berhati-hati dalam menonjolkan identiti diri supaya tidak disalah tafsir. Jadi, kita dapat membina hubungan yang baik dan sentiasa menghormati identiti serta persepsi yang berbeza-beza.

PROFILE
Nama: Nur Alya Binti Mohamad

No Matrik: 100262

Fakulti: Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi

LU3 VERBAL COMMUNICATION SKILLS
Komunikasi verbal merujuk kepada semua bentuk komunikasi yang menggunakan perkataan, sama ada berbentuk lisan atau tulisan. Penggunaan perkataan sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia berfungsi dalam pelbagai bentuk seperti simbol, arbitrari, samar-samar, abstrak, denotatif dan konotatif, bermakna pada orang dan perkataan terikat dengan budaya. Kemahiran berkomunikasi secara verbal membolehkan maklumat yang ingin disampaikan jelas, dapat mengelakkan salah tafsir dan dapat memperkukuh hubungan antara individu.

Pada pandangan saya, komunikasi verbal ini perlulah menggunakan pemilihan istilah yang sesuai supaya mesej yang disampaikan boleh diterima dengan jelas oleh pendengar. Misalnya, makna denotatif dan makna konotatif. Kedua-dua jenis makna ini sememangnya mempengaruhi mesej yang akan disampaikan dan ditafsirkan dalam pertuturan harian. Sebagai contoh, penggunaan perkataan kaki ayam dalam konotatif dan denotatif sememangnya dua perkara yang berbeza.  Makna denotatif merupakan makna literal atau makna sebenar sesuatu perkataan. Jadi ‘kaki ayam’ yang dimaksudkan kaki seekor ayam. Namun begitu, makna konotatif boleh menjadikan ‘kaki ayam’ tersebut sesuatu yang berbeza kerana ia merupakan makna tambahan kepada makna utama sesuatu perkataan. Perkataan yang sama, iaitu ‘kaki ayam’ merujuk kepada seseorang yang tidak menggunakan kasut.

Oleh hal yang demikian, komunikasi verbal sangat penting kerana ia boleh mencipta persepsi dan mempengaruhi pemikiran seseorang. Kegagalan menggunakan perkataan dengan bijak dalam perbualan mungkin boleh menyebabkan seseorang tersinggung. Jadi, kita perlu berhati-hati semasa memilih perkataan yang ingin digunakan sewaktu menyampaikan mesej supaya tidak berlaku kesalahfahaman.

Kesimpulannya, perkataan sangat memberi impak dalam kehidupan kita. Ia boleh membawa kesan positif mahupun negatif. Jadi, pemahaman setiap fungsi perkataan sangat penting supaya komunikasi verbal kita akan menjadi lebih berkesan.

LU4 NONVERBAL COMMUNICATION SKILLS
Kemahiran komunikasi nonverbal sememangnya sangat penting dalam kehidupan seharian kita, sama ada secara peribadi ataupun dalam situasi yang profesional. Komunikasi nonverbal merujuk kepada proses penyampaian makna kepada orang lain melalui mesej yang tidak melibatkan penggunaan kata-kata. Ia bukan sahaja melalui gerak isyarat dan bahasa badan kita, namun juga boleh dilihat dari segi pengeluaran kata-kata. Contoh-contoh komunikasi nonverbal yang kita boleh lihat ialah pergerakan dan postur badan (KINESICS), pandangan mata, ekspresi muka, isyarat/nada vokal, proxemics (ruang), wilayah, sentuh (haptics), rupa dan komunikasi temporal (Chronemics).

Berdasarkan contoh-contoh komunikasi nonverbal yang telah disenaraikan, saya perasan bahawa ekspresi muka sangat penting dalam kehidupan seharian kita untuk menyampaikan perasaan atau emosi tanpa menggunakan kata-kata. Ekspresi muka yang boleh kita lihat di sekeliling kita adalah seperti gembira, marah, sedih, dan sebagainya. Setiap ekspresi muka yang berbeza akan membawa maksud yang berbeza. Sebagai contoh, semasa kita bersama rakan-rakan atau keluarga, kita akan menggunakan ekspresi wajah yang gembira kerana ia menunjukkan kefahaman, keyakinan dan keprihatinan dengan lebih tepat.

Pengalaman sepanjang berkomunikasi secara nonverbal ini menyedarkan saya bahawa pentingnya menyesuaikan setiap contoh-contoh komunikasi nonverbal ini mengikut situasi. Selain daripada maklum balas daripada orang sekeliling, saya juga perlu berusaha untuk memperbaiki komunikasi ini supaya saya akan menjadi lebih peka mengenai isyarat nonverbal yang akan disampaikan orang lain. Ia bukan sahaja membantu menyampaikan mesej dengan lebih berkesan, namun boleh meningkatkan kefahaman seseorang individu.

Kesimpulannya, penguasaan kemahian komunikasi nonverbal sangat penting dalam kehidupan untuk menyampaikan dan menerima mesej dengan jelas dan berkesan. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan yang lebih kukuh antara individu yang sedang berinteraksi. Saya berazam akan terus meningkatkan kemahiran komunikasi ini supaya menjadi lebih yakin dan lebih berkesan dalam penyampaian dan penerimaan sesuatu maklumat.

LU5 MINDFUL LISTENING
‘Mindful Listening’ atau pendengaran secara penuh perhatian merupakan satu kemahiran yang penting dalam komunikasi yang efektif. Sebab utama kita mendengar adalah kita perlu memperoleh maklumat lisan daripada orang lain dan seterusnya mesej yang diperoleh akan berfungsi dalam kehidupan seharian kita. Mendengar merupakan satu proses yang melibatkan lima peringkat yang berhubung antara satu sama lain iaitu memperoleh (menerima) pemahaman, mengingati, menilai dan bertindak balas terhadap mesej daripada orang lain. Melalui proses-proses tersebut, saya menyedari bahawa ‘mindful listening’ bukan sahaja memerlukan telinga untuk mendengar, namun juga hati dan minda untuk memahami dengan mendalam makna atau mesej yang ingin disampaikan oleh orang lain.

Melalui pembelajaran topik ini, kita sememangnya perlu menggunakan kelima-lima proses mendengar ini supaya maklumat dan maklum balas yang kita hasilkan pada akhirnya selari dengan kemahuan interaksi yang dihasilkan. Sebagai contoh, mula-mula kita sebagai penerima akan memberi tumpuan yang untuk mendengar mesej daripada penghantar. Seterusnya, kita akan cuba memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penghantar. Selepas memahami mesej yang disampaikan, kita seterusnya akan mengingat mesej yang disampaikan dengan meletakkan maklumat tersebut dalam ingatan jangka panjang atau ingatan jangka pendek. Selepas itu, kita akan melalui peringkat menilai. Pada peringkat ini, kita akan menilai kandungan mesej yang disampaikan oleh penghantar sama ada kita percaya atau tidak terhadap apa yang ingin disampaikannya dan pada peringkat terakhir, segala maklumat yang telah diproses akan mewujudkan peringkat maklum balas. Peringkat maklum balas berlaku apabila kita telah memahami keseluruhan mesej yang disampaikan oleh penghantar dan memberi respons sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Pembelajaran topik ini mengajar saya bahawa dengan memberi tumpuan yang penuh semasa mendengar dapat membantu kita menghasilkan respons atau maklum balas yang berkualiti. Contohnya, saya boleh aplikasikan kemahiran mendengar ini semasa saya menjalani kuliah. Setiap perkara yang disampaikan oleh pensyarah ketika mengajar perlu diberikan perhatian penuh supaya kita dapat memahami dengan lebih jelas dan berkesan tentang maklumat yang ingin disampaikan.

Oleh itu, pendengaran yang baik dan prihatin sangat dititikberatkan dalam kehidupan kerana ia mengajar seseorang menjadi seorang yang sabar dan empati. Saya akan terus memperkukuh kemahiran ini supaya dapat menjadi individu yang lebih peka dan berkesan dalam komunikasi seharian.

LU6 FOUNDATIONS OF INTERPERSONAL COMMUNICATION
Hubungan interpersonal merupakan satu kemahiran asas yang sangat penting dalam kehidupan seharian kerana ia melibatkan interaksi antara dua orang atau lebih. Melalui hubungan interpersonal yang telah dipelajari, saya memahami bahawa hubungan sesama manusia sememangnya dapat membantu kita untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan menstabilkan emosi. Hubungan yang kukuh dapat memberi rangsangan yang selamat buat diri kita khususnya dorongan, membentuk keyakinan diri dan membantu mengatasi cabaran di masa hadapan. Walau bagaimanapun, hubungan komunikasi ini juga boleh menyebabkan berlakunya konflik dan salah faham antara individu sekiranya berlakunya perbezaan pendapat.

Melalui topik ini juga, saya dapat mengetahui tentang enam peringkat model perhubungan iaitu hubungan (perseptual/interaksi), penglibatan (menguji/mempergiatkan), keintiman (komitmen interpersonal/ikatan sosial), kemerosotan (pembaikan intrapersonal/pembaikan interpersonal), pembaikan (ketidakpuasan intrapersonal/ketidakpuasan interpersonal) dan akhir sekali pembubaran (perpisahan interpersonal/perpisahan sosial atau awam). Setiap fasa dalam model ini memainkan peranan yang penting dan menuntut komunikasi yang berkesan, empati dan peka terhadap perubahan yang berlaku dalam hubungan. Melalui peringkat-peringkat ini, kita dapat melihat beberapa jenis hubungan interpersonal iaitu persahabatan, percintaan, hubungan kekeluargaan dan hubungan di tempat kerja.

Berdasarkan jenis hubungan interpersonal yang disenaraikan, terdapat dua jenis hubungan interpersonal yang saya sering tempuhi dalam kehidupan iaitu hubungan interpersonal persahabatan dan hubungan kekeluargaan. Melalui hubungan persahabatan, kita dapat mengukuhkan hubungan tersebut dengan sentiasa memberi dorongan, berkongsi masalah dan sentiasa memberikan pendapat mengenai permasalahan yang dihadapi oleh rakan-rakan. Melalui hubungan kekeluargaan pula, keluarga berperanan dalam membantu pembentukan identiti diri dan sokongan emosi seperti kepercayaan.

Secara keseluruhannya, pembelajaran mengenai hubungan interpersonal ini dapat membantu saya untuk membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain. Ia dapat mengajar saya untuk lebih peka dan sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan orang sekeliling supaya dapat menjaga emosi dan mental.

LU7 GROUP COMMUNICATION
Komunikasi berkumpulan merupakan suatu proses yang melibatkan interaksi tiga atau lebih ahli yang saling bergantung bekerja untuk mencapai matlamat yang sama. Komunikasi berkumpulan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, untuk mengumpul maklumat atau maklum balas mengenai sebarang projek dan juga untuk membuat keputusan mengenai perkara yang penting. Sepanjang penglibatan saya dalam pelbagai aktiviti dan tugasan berkumpulan di universiti ini, saya menyedari bahawa komunikasi yang lancar dan berkesan sangat penting untuk membantu tahap pencapaian dan kejayaan sesebuah kumpulan.

Kerja berkumpulan memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya berkomunikasi sesama ahli kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui perbincangan yang dilakukan, kita dapat berkongsi maklumat berkaitan tugasan yang hendak disiapkan. Sebagai contoh, saya menggunakan medium komunikasi seperti WhatsApp untuk berbincang dengan rakan-rakan bagi menyiapkan tugasan berkumpulan dan membahagikan peranan tugas masing-masing secara adil dan saksama. Oleh hal demikian, komunikasi yang berkesan membolehkan mesej yang ingin disampaikan menjadi lebih jelas dan mudah untuk difahami.

Walau bagaimanapun, saya turut mendapati komunikasi berkumpulan juga boleh menyebabkan berlakunya salah faham, ketidakterlibatan sesetengah ahli dan kekeliruan dalam menyampaikan maklumat. Situasi ini boleh memberikan kesan kepada kerja berkumpulan jika tidak diatasi dengan segera. Oleh itu, saya perlu melatih diri untuk lebih bersabar, bersikap terbuka dan memahami gaya komunikasi rakan sepasukan saya.

Kesimpulannya, komunikasi dalam kumpulan sememangnya banyak membantu saya untuk meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi serta memimpin. Ia juga mengajar saya untuk saling percaya dan bersikap empati terhadap ahli kumpulan. Saya percaya bahawa dengan peningkatan komunikasi berkumpulan, kita bukan sahaja dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat bersama, malah dapat mengukuhkan semangat kerjasama dalam suasana yang positif.

LU8 ORGANIZATIONAL COMMUNICATION
Komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting untuk menjamin tugas dilakukan berjalan dengan lancar. Ia melibatkan proses menyampaikan maklumat, arahan, pandangan serta maklum balas antara ahli pada tahap dalam struktur organisasi. Melalui komunikasi yang berkesan juga, kita dapat mencapai matlamat dalam sesebuah organisasi. Terdapat empat jenis organisasi yang terlibat iaitu orientasi ekonomi, orientasi politik, orientasi integrasi dan orientasi penyelenggaraan corak. Terdapat beberapa ciri-ciri pusat organisasi juga dikenal pasti iaitu jenis-jenis struktur organisasi, rangkaian komunikasi dan asimilasi organisasi.

Melalui topik ini, saya dapat mempelajari bahawa komunikasi sangat penting dalam organisasi. Ciri-ciri pusat organisasi yang saya dapati ialah setiap jenis struktur organisasi yang wujud seperti struktur organisasi tradisional dan struktur penyertaan dapat membantu meningkatkan kerjasama, menyelesaikan masalah dengan cekap dan dapat membantu mencapai matlamat bersama. Dalam organisasi juga, wujudnya dua jenis rangkaian komunikasi iaitu rangkaian komunikasi formal dan rangkaian komunikasi tidak formal. Rangkaian komunikasi formal merujuk kepada penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi yang telah ditetapkan. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu keputusan dan arahan yang penting dalam sesebuah organisasi. Sebaliknya, rangkaian komunikasi tidak formal pula digunakan dalam situasi sosial seperti perbualan harian sesama ahli kumpulan. Ciri terakhir ialah asimilasi organisasi iaitu proses seseorang menyesuaikan diri dalam sesebuah organisasi dengan memahami budaya, nilai, amalan dan tanggungjawab kerja untuk berinteraksi dan berfungsi secara berkesan. Ciri ini dapat membantu meningkatkan semangat dalam melakukan kerja secara berkumpulan dan membentuk persekitaran kerja yang positif.

Melalui ciri-ciri pusat organisasi tersebut, saya dapati kita dapat meningkatkan kecekapan komunikasi di tempat kerja. Sebagai contoh, sekiranya saya bekerja nanti, saya boleh memberikan sokongan kepada rakan sekerja saya supaya dapat mengelakkan berlakunya kewujudan konflik dalam organisasi. Keadaan sedemikian dapat membina persekitaran kerja yang lebih terbuka dan profesional.

Kesimpulannya, saya dapat mempelajari bahawa komunikasi yang baik dalam sesebuah organisasi sangat penting, bukan hanya dalam pengurusan tugas harian, malah turut menyumbang kepimpinan, keyakinan diri dan hala tuju kerjaya pada masa hadapan.

LU9 CONFLICT MANAGEMENT
Konflik sememangnya sering terjadi dalam kalangan masyarakat khususnya semasa bekerja. Sekiranya tidak dibendung dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan produktiviti semakin berkurang, dan menyebabkan hilang sikap saling hormat dalam pekerjaan. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengetahui mengenai pengurusan konflik. Pengurusan konflik merupakan usaha sistematik yang perlu dirancang untuk menangani perbezaan pandangan atau pertikaian antara individu atau kumpulan supaya matlamat yang ingin tercapai tidak terjejas. Pengurusan konflik yang terus konsisten dapat membantu menyelesaikan masalah, menggalakkan hubungan interpersonal yang sihat, serta dapat menyumbang kepada inovasi sesebuah organisasi. Konflik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi atau kerja berkumpulan, tetapi boleh ditangani secara rasional dan terbuka.

Berdasarkan unit ini, saya dapat mengetahui bahawa konflik organisasi boleh dikategorikan kepada dua bentuk, iaitu konflik yang berfungsi (konstruktif) dan konflik yang tidak berfungsi (distruktif). Konflik berfungsi terjadi apabila perbezaan pendapat dapat mencetuskan idea baharu, penambahbaikan serta pemikiran yang lebih kritis. Namun begitu, konflik tidak berfungsi pula akan membawa kemusnahan kepada mental, emosi dan gangguan dalam proses komunikasi yang berlaku dalam ahli kumpulan. Terdapat tiga jenis konflik yang boleh berlaku iaitu konflik tugas, konflik perhubungan dan konflik proses.

Berdasarkan jenis-jenis konflik tersebut, saya menyedari bahawa ia dapat memberi kesan negatif seperti menyebabkan hubungan antara ahli menjadi renggang dan boleh menyebabkan kegagalan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam kumpulan. Menerusi konflik yang berlaku, ketua atau pemimpin dalam organisasi perlu menggunakan kuasanya dengan sebaik mungkin. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia dapat mempengaruhi seseorang individu untuk menjadi lebih baik. Contoh-contoh pengurusan konflik yang dibuat berdasarkan pertimbangan kuasa ialah pemerkasaan, rundingan dan pengantaraan, membina perhubungan, ketelusan dan memupuk budaya bekerjasama. Jadi, pengurusan konflik ini dapat memberikan gambaran kepada saya untuk menangani konflik yang berlaku sama ada di universiti atau di tempat kerja. Kesannya, ia boleh mewujudkan keharmonian dalam kumpulan.

Kesimpulannya, melalui pembelajaran pengurusan konflik ini, saya dapat belajar untuk menjadi lebih matang dari segi emosi dan lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Pengurusan konflik yang berkesan seharusnya dikuasai oleh setiap individu, baik dalam pembelajaran, kerjaya atau kehidupan seharian.

LU10 SOCIAL MEDIA
Media sosial merupakan saluran komunikasi digital yang digunakan untuk berhubung, bertukar idea, maklumat, video, gambar dan grafik. Platform digital seperti WhatsApp, Instagram, Tiktok, Youtube, Facebook, Twitter dan Linkedin sering digunakan untuk berinteraksi. Penggunaan media sosial juga dapat memberikan manfaat kepada orang ramai untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan meluaskan jaringan sosial di seluruh dunia. Sebagai contoh, ia digunakan untuk berkongsi ilmu, untuk tujuan pendidikan, dan mempromosikan perniagaan dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial yang berlebihan juga boleh mendatangkan keburukan dari segi masalah privasi, boleh mengubah gaya hidup seperti gangguan tidur, mengurangkan hubungan emosi dan merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Berdasarkan topik ini, saya mendapati bahawa hampir kesemua platform digital yang disenaraikan di atas digunakan dalam kehidupan harian saya. Sebagai contoh, saya menggunakan platform WhatsApp untuk berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Bukan itu sahaja, melalui platform Instagram, Tiktok, Youtube, Facebook, Twitter dan Linkedin juga, saya dapat mengetahui pelbagai maklumat terkini dengan lebih pantas. Melalui penggunaan media sosial ini juga, saya dapat mempelajari bahawa setiap maklumat yang disebarkan seharusnya diselidik terlebih dahulu kesahihannya supaya tidak berlakunya penyebaran maklumat palsu.

Walaupun penggunaan media sosial sangat penting pada masa kini, saya juga perlu mengehadkan penggunaan media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana, penggunaan tanpa kawalan dan berlebihan menyebabkan gangguan fokus terhadap kerja atau pelajaran. Keadaan ini boleh menjejaskan emosi dan menyebabkan tekanan sekiranya tidak diatasi dengan segera.

Secara keseluruhannya, media sosial mempunyai potensi yang besar sekiranya digunakan secara bijak dan bertanggungjawab. Ia perlu dikendalikan dengan seimbang supaya tidak memberikan kesan negatif kepada diri, sebaliknya dapat membantu membentuk gaya hidup yang produktif.

UCAPAN TERIMA KASIH
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Dato Dr Spencer Empading Sanggin atas segala ilmu dan panduan yang telah dikongsikan sepanjang proses pembelajaran. Bimbingan serta dorongan yang diberikan memudahkan saya untuk memahami pelajaran dengan lebih baik.