PADLET TAMADUN ISLAM TITAS-D20142068922 by

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Penyebaran Islam di Indonesia tidak terlepas dari perang saudagar muslim, ulama dan mubaligh melalui proses perdagangan, hubungan sosial dan pendidikan. Para ulama Jawa terkenal dengan sebutan “Wali 9”. Beberapa sejarawan menyebutkan, bahwa awal masuknya Islam ke Indonesia pada abad ke-7, ada pula pendapat lain yang menyatakan pada abad 13. Agama Islam dibawa dan dikembangkan oleh para saudagar muslim dari Gujarat, Arab, dan Persia.Agama ini diterima di Indonesia bukan sahaja dalam kalangan bangsawan tetapi juga tokoh masyarakat ketua suku kaum dan para hulubalang (ketua adat). Agama Islam disebarkan dimulai dari daerah pesisir hingga ke daerah yang terletak di daerah terpencil (pedalaman).

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Melaka pada awal abad ke-14 menjadi sebuah perlabuhan yang pesat dengan kegiatan perdagangan. Hubungan antara Melaka dan China melalui perdagangan dan politik merupakan hubungan luar pertama yang berjaya dijalinkan oleh Sultan Iskandar Shah (Parameswara) dengan Maharaja China, Yung Lo. Hubungan ini merupakan satu strategi pertahanan bagi negeri Melaka memandangkan China terkenal dengan kuasa besarnya