Kongsikan pengalaman anda yang diperolehi tentang kursus BMMB1114 dan pengalaman serta kemahiran baharu dalam menghasilkan tugasan transliterasi by zulfahmi

Kursus BMMB1114 bagi saya banyak bagi pengalaman baru. Saya belajar beza antara ejaan Jawi dan Rumi, termasuk perbezaan antara ejaan dulu dan sekarang. Selain tu, saya juga faham asas padanan huruf dan hukum ejaan Jawi yang penting untuk tulis dengan betul.

Untuk tugasan transliterasi, saya dikehendaki mengtransliterasi ejaan Jawi sebanyak 150 perkataan. Saya belajar cara buat transliterasi yang tepat dan guna perisian Jawi digital. Tugasan ni buat saya lebih teliti sebab kena semak setiap perkataan supaya betul ikut ejaan yang standard.

Secara keseluruhan, kursus ni banyak tolong saya faham sistem tulisan Melayu dengan lebih jelas dan bagi kemahiran baru yang berguna untuk saya nanti sebagai guru.

Mengikuti kursus BMMB1114: Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi telah membuka perspektif baharu saya terhadap sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam konteks tamadun Melayu. Saya amat tertarik dengan bagaimana tulisan Jawi pernah menjadi medium utama dalam pentadbiran, kesusasteraan, dan pendidikan sebelum penjajahan. Kursus ini juga memberi pendedahan mendalam terhadap pengaruh Arab dalam sistem ejaan Jawi dan bagaimana ia mengalami modenisasi untuk disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu.

Salah satu aspek paling mencabar bagi saya ialah memahami pelbagai bentuk huruf Jawi mengikut kedudukan dalam perkataan, terutamanya bagi huruf yang tidak terdapat dalam abjad Rumi. Di samping itu, saya juga menemui cabaran dalam menyesuaikan transliterasi perkataan moden seperti istilah teknologi dan sains yang tiada padanan langsung dalam Jawi tradisional.

Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja memperkasakan kefahaman saya terhadap transliterasi, tetapi juga menyemai kesedaran tentang warisan budaya dan cabaran pemuliharaan tulisan Jawi dalam dunia moden.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang asas-asas tulisan Jawi, termasuk sejarah perkembangannya, bentuk huruf, dan kaedah transliterasi daripada tulisan Rumi ke Jawi.

Pengalaman ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan saya dalam membaca dan menulis tulisan Jawi, malah menyedarkan saya tentang kepentingan memelihara warisan tulisan ini sebagai sebahagian daripada identiti bahasa dan budaya Melayu.

Salah satu pengalaman yang paling bermakna sepanjang mengikuti kursus BMMB1114 ialah ketika menjalankan tugasan transliterasi daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi. Tugasan ini memberikan saya peluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang struktur dan sistem ejaan Jawi yang tepat.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman baharu berkaitan sistem ejaan Jawi dan Rumi. Kursus ini membuka peluang dan pandangan  saya terhadap perkembangan ejaan rumi dan jawi serta cara dan kaedah penggunaannya.

Dalam tugasan transliterasi, saya trlah belajar bagaimana untuk menukar teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi dengan tepat. Tugasan ini telah mengasah kemahiran saya dalam mengenal pasti padanan huruf jawi fan rumi yang betul. Hal ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, sekali gus menjadikan saya lebih peka terhadap kepentingan menguasai transliterasi dalam kehidupan.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114 Pengenalan Jawi, saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang asas tulisan Jawi, termasuk sejarah, sistem ejaan, dan aplikasinya dalam penulisan moden. Tugasan transliterasi yang diberikan telah membantu saya mengasah kemahiran menukar teks Rumi kepada Jawi dengan tepat dan sistematik.

Meskipun pada awalnya saya menghadapi kesukaran untuk memahami perbezaan antara bunyi huruf dan padanan Jawi yang sesuai, latihan berterusan serta bimbingan pensyarah telah banyak membantu saya meningkatkan ketepatan dan keyakinan dalam membuat transliterasi.

Secara keseluruhan, pengalaman mengikuti kursus ini amat bermakna kerana bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan, tetapi juga menyemai rasa bangga terhadap tulisan Jawi sebagai salah satu khazanah budaya Melayu. Saya kini lebih yakin untuk membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, serta menyedari kepentingannya dalam memelihara identiti bahasa dan sejarah bangsa.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh pengetahuan asas yang kukuh berkaitan sejarah, struktur huruf, dan sistem tulisan Jawi dalam konteks bahasa Melayu. Kursus ini bukan sahaja membantu saya memahami asal usul dan kepentingan tulisan Jawi sebagai warisan budaya, malah turut memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi secara lebih sistematik.

Antara pengalaman paling bermakna ialah apabila saya menjalankan tugasan transliterasi daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi. Tugasan ini memerlukan saya memahami padanan huruf dengan tepat dan memastikan ejaan Jawi yang digunakan menepati kaedah standard.

Tugasan ini telah melatih saya menjadi lebih teliti dan peka terhadap perbezaan antara tulisan Jawi lama dan ejaan semasa. Secara keseluruhan, kursus ini telah membuka ruang kepada saya untuk lebih menghargai tulisan Jawi serta memupuk kesedaran tentang pentingnya memelihara dan memartabatkan tulisan Jawi.

Kursus BMMB1114: Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi memberikan pendedahan asas yang penting kepada pelajar tentang dua sistem tulisan utama dalam bahasa Melayu, iaitu Jawi dan Rumi, dengan memberi penekanan kepada sejarah, struktur ejaan, dan prinsip padanan huruf. Kursus ini secara langsung berkait rapat dengan aspek transliterasi huruf Jawi, iaitu proses menukar tulisan Jawi kepada Rumi dan sebaliknya tanpa mengubah makna. Dalam transliterasi, pelajar perlu memahami padanan fonetik antara huruf Jawi dan Rumi serta mengambil kira cabaran seperti kekurangan tanda vokal dalam tulisan Jawi, huruf konsonan yang mempunyai pelbagai padanan bunyi, dan keperluan untuk merujuk konteks semantik bagi memastikan ketepatan. Oleh itu, BMMB1114 bukan sahaja membantu pelajar menguasai kemahiran transliterasi secara sistematik, tetapi juga menyemai kesedaran terhadap kepentingan warisan tulisan Jawi dalam memperkukuh identiti bahasa Melayu.

Sepanjang mengikuti subjek BMBB1114, saya telah memperoleh pelbagai ilmu berkaitan tulisan Jawi, termasuk sejarah perkembangan, bentuk huruf dan penggunaannya dalam konteks semasa. Saya berpeluang mempelajari teknik menulis dan membaca Jawi dengan lebih sistematik, terutamanya melalui aktiviti praktikal seperti latihan penyalinan dan pembacaan teks Jawi klasik dan moden.

Melalui perbincangan kumpulan dan pembentangan tugasan, saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Kursus ini bukan sahaja mengukuhkan asas saya dalam tulisan Jawi, malah menyedarkan saya tentang kepentingan memelihara warisan bahasa dan budaya Melayu dalam pendidikan.

Saya telah mengikuti sesi pembelajaran di dalam kursus BMMB1114 yang memberi tumpuan kepada transliterasi tulisan Rumi kepada Jawi dan Jawi kepada Rumi, yang merupakan satu pengalaman yang sangat berharga. Sepanjang proses pembelajaran ini, saya telah mempelajari kaedah dan teknik asas dalam melakukan transliterasi dengan betul serta memahami perbezaan antara ejaan Jawi tradisional dan ejaan Jawi moden. Kami juga didedahkan kepada pelbagai contoh teks bagi melatih kemahiran menukar tulisan dengan mengekalkan makna asal, di samping memperkukuh pemahaman terhadap struktur ayat dan sistem ejaan bahasa Melayu. Selain itu, saya turut memperoleh kemahiran baharu seperti mengenal pasti padanan huruf antara Rumi dan Jawi serta membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf Jawi yang berubah mengikut kedudukan dalam perkataan.Keseluruhannya, pembelajaran ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang bahasa, tetapi juga meningkatkan keyakinan saya dalam membaca dan menulis dalam kedua-dua tulisan dengan tepat.

Steward

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah belajar banyak perkara baharu terutama sekali dalam sistem tulisan bahasa Melayu. Kursus ini memberi saya pendedahan kepada teks jawi dan bagaimana untuk menukarkannya kepada tulisan rumi moden.

Melalui tugasan transliterasi, saya dapat meningkatkan kemahiran membaca dan memahami tulisan Jawi serta cara menulisnya semula dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Pada mulanya agak mencabar, tetapi dengan bimbingan daripada pensyarah dan kawan-kawan, tugasan ini semakin menyeronokkan dan senang untuk dilaksanakan.

Saya juga belajar untuk lebih teliti dan sabar kerana kerja transliterasi memerlukan perhatian kepada setiap perkataan. Secara keseluruhan, kursus ini sangat membantu dan memberi pengalaman yang berguna untuk saya sebagai bakal guru di masa hadapan.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114: Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya memperoleh pengetahuan asas tentang sistem ejaan Jawi dan Rumi yang menjadi warisan tulisan masyarakat Melayu. Kursus ini memperkenalkan sejarah, kaedah ejaan lama dan baharu, serta peraturan ejaan Rumi mengikut pedoman rasmi. Bimbingan pensyarah yang jelas telah membantu saya memahami perbezaan kedua-dua sistem ini serta kepentingannya dalam bidang linguistik dan budaya.

Selain itu, kursus ini memberi saya pengalaman baharu menghasilkan tugasan transliterasi daripada teks Jawi kepada Rumi. Proses ini memerlukan ketelitian, kefahaman padanan huruf serta hukum ejaan bagi mengekalkan makna asal teks. Pengalaman ini telah menjadikan saya lebih peka terhadap konteks bahasa dan kepentingan menjaga keaslian maksud dalam kedua-dua sistem penulisan tersebut.

Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja mengukuhkan kemahiran saya dalam penguasaan sistem ejaan Jawi dan Rumi, malah turut mendidik saya tentang pentingnya memelihara dan mengekalkan warisan budaya tulisan sebagai aset bangsa yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah mempelajari sejarah perkembangan tulisan Jawi dan Rumi dalam bahasa Melayu. Saya dapat memahami bentuk huruf-huruf Jawi, padanan huruf Rumi ke Jawi, serta kaedah transkripsi yang betul.

Di samping itu, saya juga telah diberi latihan membaca dan menulis dalam tulisan Jawi serta membandingkan persamaan dan perbezaan kedua-dua sistem ejaan ini. Tambahan pula, pensyarah dan rakan-rakan juga banyak memberikan kaedah dan bimbingan dalam menguasai kursus ini misalnya dengan nyanyian dan menjemput tetamu luar untuk berkongsi ilmu.

Walaupun pada awalnya, kursus ini amat susah namun setelah dikaji dan dipelajari dari bentuk tunggalnya, hukum-hukumnya dan menggunakan media digital seperti E-Jawi  dapat membantu saya untuk lebih memahami cara penulisan Jawi ini.

Kursus BMMB1114: Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi telah memberikan saya pemahaman yang mendalam tentang sistem tulisan yang menjadi warisan masyarakat Melayu. Melalui kursus ini, saya didedahkan kepada sejarah perkembangan ejaan Jawi dan Rumi, perbezaan antara kaedah ejaan lama dan baharu, serta peraturan ejaan Rumi yang berlandaskan pedoman rasmi. Bimbingan pensyarah yang jelas dan teratur amat membantu saya dalam memahami aspek linguistik kedua-dua sistem ejaan ini. Selain itu, pengalaman melaksanakan tugasan transliterasi daripada teks Jawi kepada Rumi mengasah ketelitian serta kefahaman saya terhadap padanan huruf dan hukum ejaan, sekali gus mengekalkan keaslian makna asal teks.

Secara keseluruhannya, kursus ini bukan sahaja mengukuhkan penguasaan saya terhadap sistem ejaan Jawi dan Rumi, malah menyedarkan saya tentang kepentingan memelihara warisan tulisan sebagai identiti budaya yang bernilai. Saya menjadi lebih peka terhadap konteks bahasa dan lebih menghargai usaha mengekalkan kesinambungan ilmu melalui tulisan. Kursus ini wajar diteruskan dan diperluas kerana ia mampu melahirkan generasi celik bahasa yang bertanggungjawab dalam mempertahankan warisan bangsa.

Kursus BMMB1114 memberi pendedahan yang meluas tentang perkembangan sistem tulisan jawi dan rumi. Banyak perkara baharu yang telah saya pelajari sepanjang melalui kursus ini. Tulisan bukan sekadar abjad dan bunyi malah meliputi aspek sejarah dan revolusinya.

Tugasan transliterasi telah membantu saya mengasah lagi kemahiran menjawikan perkataan. Melalui tugasan ini, saya dapat menajamkan kemahiran transliterasi mengikut kaedah jawi standard. Tambahan lagi, saya juga dapat membezakan pelbagai jenis kaedah ejaan dan berpeluang untuk mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari.

Kesimpulannya, kursus ini banyak membantu saya untuk memahami lagi sistem tulisan jawi dan rumi sekali gus menanam nilai menghargai tulisan-tulisan ini sebagai warisan yang perlu dipelihara.

Saya tidak pernah menyangka bahawa saya perlu mengikuti dan belajar tentang kursus ini. Saya fikirkan, apabila ingin menjadi guru Bahasa Melayu, saya akan belajar tentang sejarah BM, tatabahasa, fonologi, dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Pada mulanya, saya agak risau mengikuti kursus ini kerana saya tidak mempunyai ilmu asas dalam Jawi. Namun demikian, bimbingan dan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan sekelas dapat membantu saya untuk meningkatkan pemahaman dan meningkatkan kemahiran membaca serta menulis sepanjang mengikuti kursus ini. Banyak ilmu baharu yang saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini terutamanya cara untuk menukarkan perkataan atau teks daripada rumi kepada jawi, dan daripada jawi kepada rumi. Dalam menghasilkan tugasan transliterasi, pensyarah saya telah berkongsi beberapa perisian Jawi digital yang boleh membantu dan memudahkan kami untuk melakukan proses transliterasi.  Tugasan transliterasi ini membuatkan saya menjadi lebih teliti dan sabar untuk memastikan setiap perkataan jawi ditukar dengan tepat. Proses pembelajaran yang amat menyeronokkan sepanjang mengikuti kursus BMMB1114. Suatu pengalaman yang baharu, bermanfaat dan berguna untuk saya sebagai bakal guru.

Sepanjang belajar sistem ejaan Jawi dan Rumi, saya rasa banyak benda baru yang saya pelajari. Mula-mula memang agak susah, terutama Jawi sebab dah lama tak belajar jadi sedikit kekok, tapi lama-lama jadi seronok bila dah faham pelbagai sistem,huruf dan cara ejaannya seperti diftong, huruf kaf dan ga.

Saya juga mula sedar Jawi ni sebenarnya sangat penting sebab sebahagian daripada sejarah dan budaya kita. Rumi pula lebih biasa kita guna, jadi belajar cara ejaan yang betul pun bantu saya tulis dengan lebih tepat. Terutamanya belajar kembali ejaan rumi lama dan baharu.

belajar dua-dua sistem ni buat saya lebih hargai bahasa Melayu. Saya harap ilmu ni boleh saya guna dan kongsi dengan orang lain juga sebagai seorang guru suatu hari nanti

Kursus ini banyak membantu saya dalam mendapatkan ilmu dan pengalaman baharu.
Antara ilmu baharu yang boleh saya peroleh ialah saya dapat mengetahui cara mengeja dalam Jawi dengan betul. Sebelum ini, saya hanya mengeja tanpa mengikut sebarang hukum, tetapi sekarang saya dapat mengeja mengikut hukum yang benar.
Selain itu, pengalaman baharu yang saya pelajari ialah pengalaman mencipta seni khat, di mana orang yang tidak mempunyai latar belakang sekolah agama sukar untuk mempelajarinya.

Secara kesimpulannya, kursus ini telah banyak membantu saya dalam mendalami pengetahuan mengenai Jawi.

Terlalu banyak ilmu dan input yang boleh saya huraikan sewaktu mengikuti kursus BMMB1114. Antaranya ialah saya dapat mengasah dan mengingati semula kemahiran seperti menulis, mengeja dan membaca dalam tulisan jawi. Saya dapati bahawa tulisan jawi adalah sesuatu perkara yang sangat menarik. Ini kerana terdapat pelbagai hukum yang perlu diambil cakna untuk menghasilkan sesuatu perkataan atau ayat. Selain itu, saya dapat mengasah bakat dalam menghasilkan karya seni khat. Pada mulanya, penghasilan karya ini agak susah. Namun, keseronokan dalam menghasilkan karya ini dari segi penghayatan dan ketelitian menarik minat saya terhadap karya seni khat ini. Akhir sekali, pembentangan bersama rakan-rakan sangat menghiburkan dan menceriakan suasana kelas.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah mempelajari pelbagai perkara termasuklah asas kepada sistem ejaan jawi iaitu huruf jawi dan juga sebutan setiap huruf jawi. Saya juga telah mempelajari pelbagai hukuman sistem ejaan jawi yang telah dibentangkan oleh kawan-kawan semasa di dalam kelas.

Walaupun saya tidak mempunyai asas yang kukuh sebelum bermulanya kursus ini tetapi pada pengakhiran kursus ini saya dapat menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat.

Aktiviti transliterasi juga telah mengajar saya untuk menulis rumi ke jawi. Melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari cara menulis tulisan jawi dan juga hukuman semasa menulis jawi. Sepanjang pelaksanaan aktiviti ini, saya telah dibantu oleh kawan-kawan saya yang berbangsa Melayu kerana mereka mempunyai asas dalam tulisan Jawi dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana sudi memberi tunjuk ajar.

pengalaman saya dapati sepanjang mengikuti kursus BMMB 1114 bagi semester 2:

1. Kursus ini membuka minda saya tentang seronoknya belajar Jawi dan transliterasi.

2. ⁠Kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui perkara baharu tentang Jawi seperti hukum-hukumnya, cara ejaan, sebutan yang betul, bentuk tulisannya dan sebagainya.

3. ⁠Kursus ini merupakan kursus yang sangat seronok kerana saya dapat belajar tentang seni khat yang saya tidak pernah cuba dalami semasa zaman persekolahan dahulu, dan kursus ini memberi peluang kepada saya untuk belajar cara menghasilkan seni khat dengan menarik.

Kursus BMMB1114 memang banyak mengajar saya tentang hukum-hukum tulisan Jawi, transliterasi dan banyak lagi. Mula-mula memang rasa susah nak faham tapi lepas belajar sikit-sikit dan buat latihan, saya mula minat akan subjek ini. Seronok bila dapat tahu maksud sebenar teks, hukum-hukum yang tak pernah diketahui dan faham sejarah zaman dulu. Kelas pun best sebab ada banyak perbincangan dan contoh menarik.

Bila buat tugasan transliterasi, saya belajar untuk tukar teks rumi ke tulisan jawi serta yang sebaliknya. Nampak je macam senang, tapi sebenarnya kena teliti dan sabar. Kalau tersilap huruf, maksud boleh lari jauh. Dan disinila pemahaman kita tentang subjek ini diuji. Hukum-hukum yang telah dipelajari akan diaplikasi dalam tugasan transliterasi ini. Tugasan ni ajar saya untuk lebih berhati-hati dan saya jadi makin yakin bila tengok hasil kerja sendiri. Seronok apabila saya berjaya mengtrasliterasi teks-teks tersebut. Saya rasa ilmu ni sangat berguna nanti bila dah jadi cikgu Bahasa Melayu.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114: Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran baharu, terutamanya berkaitan perbezaan dan persamaan antara sistem ejaan Jawi dan Rumi dalam bahasa Melayu. Saya berpeluang mendalami sejarah dan perkembangan tulisan Jawi, serta memahami peraturan-peraturan ejaan Jawi yang standard dan digunakan secara rasmi hari ini.

Salah satu pengalaman yang paling menarik ialah apabila saya belajar melakukan transliterasi, iaitu proses menukarkan teks daripada Jawi kepada Rumi. Melalui tugasan ini, saya bukan sahaja dapat mengasah kemahiran membaca tulisan Jawi dengan lebih lancar, malah saya juga lebih peka terhadap struktur ayat, tanda baca dan maksud sebenar sesuatu teks.

Saya juga belajar menggunakan kaedah transliterasi yang tepat mengikut sistem ejaan Jawi semasa, serta membandingkannya dengan ejaan Rumi berdasarkan sistem DBP. Tugasan transliterasi ini telah meningkatkan ketelitian saya, terutama dalam mengecam huruf Jawi yang hampir serupa seperti “ba”, “ta”, “tha” dan “nun”.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah membuka minda saya tentang pentingnya memelihara tulisan Jawi sebagai warisan bangsa, serta melatih saya menjadi lebih mahir dan yakin dalam membaca serta menulis Jawi dan Rumi dengan betul dan berkesan.

Pada mulanya, saya tidak menyangka bahawa saya akan mempelajari khusus ini sebagai pelajar bukan muslim. Saya agak teruja untuk mempelajari ilmu baharu ini iaitu khusus BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi. Pada awalnya, saya agak kekok semasa mempelajar khusus ini, namun, dengan bantuan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing, saya mulai faham terhadap banyak perkara khususnya pada tulisan Jawi.

Antara perkara yang telah saya pelajari ialah cara menulis dan urutan abjad-abjad Jawi. Sebagai pelajar yang pertama kali belajar perkara ini, ia agak mencabar namun menyeronokkan. Tambahan pula, saya juga turut mengenali hukum-hukum semasa menulis perkataan Jawi seperti diftong, darlung, hukum ka dan ga serta sebagainya. Saya juga turut mempelajari cara menulis tulisan khat serta menghasilkan karyanya. Dalam menghasilkan karya ini, saya telah belajar erti sabar serta meningkatkan kreativiti yang ada pada diri saya.

Sepanjang sem 2 ini, saya telah mengikuti kursus BMMB1114 yang memfokuskan kepada transliterasi tulisan Rumi kepada Jawi dan Jawi kepada Rumi. Pengalaman ini sangat berharga kerana saya berpeluang mempelajari kaedah dan teknik asas untuk melakukan transliterasi dengan betul.

Sepanjang pembelajaran, saya didedahkan kepada perbezaan antara ejaan Jawi tradisional dan ejaan Jawi moden, yang membantu saya memahami evolusi sistem tulisan tersebut. Kami juga diberikan pelbagai contoh teks sebagai latihan, bagi meningkatkan kemahiran menukar tulisan tanpa mengubah makna asal. Latihan ini turut memperkukuh kefahaman saya terhadap struktur ayat dan sistem ejaan dalam bahasa Melayu.

Selain itu, saya turut mempelajari cara mengenal pasti padanan huruf antara tulisan Rumi dan Jawi, serta membiasakan diri dengan bentuk huruf Jawi yang berbeza mengikut kedudukannya dalam perkataan.

Secara keseluruhan, pembelajaran dalam kursus ini bukan sahaja memperluas pengetahuan saya dalam bidang bahasa, tetapi juga meningkatkan keyakinan saya untuk membaca dan menulis dalam kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi dengan lebih tepat.

Mohammad Nazim
Setelah mempelajari kursus BMMB1114, iaitu Pengenalan Sistem Ejaan Jawi Dan Rumi, saya dapat mendalami ilmu dan cara tulisan jawi digunakan.

Saya juga baru tahu bahawa ejaan jawi mempunyai sistem dan hukum yang tersendiri dan tidak sama dengan ejaan lain yang membuatkannya unik dan menarik. Selain itu, saya dapat tahu bagaimana sistem ejaan rumi boleh sampai ke tanah melayu dengan sejarah yang padat dan cukup untuk saya fahami dengan senang dan mudah. Secara keseluruhannya, kursus ini menarik bagi saya kerana semua agama lain selain islam boleh belajar seni tulisan jawi yang cantik

Kursus BMMB1114 telah memberikan saya peluang untuk mengenali sistem tulisan Jawi dengan lebih mendalam. Sepanjang mengikuti kursus ini, saya mula memahami struktur asas tulisan Jawi dan bagaimana ia berbeza daripada tulisan Rumi, terutamanya dari segi padanan huruf dan kaedah ejaan yang digunakan.

Salah satu aktiviti utama yang mencabar ialah tugasan transliterasi teks Jawi ke Rumi. Tugasan ini memerlukan saya menganalisis perkataan-perkataan dalam Jawi dengan teliti dan memastikan setiap transliterasi dibuat dengan betul. Saya juga diberi pendedahan kepada penggunaan perisian Jawi digital, yang sangat membantu dalam memastikan ketepatan dan konsistensi ejaan.

Melalui kursus ini, saya bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal dalam penulisan Jawi, tetapi juga lebih menghargai peranan tulisan Jawi dalam sejarah dan budaya Melayu. Ilmu yang saya pelajari sangat berguna dan relevan, terutama sekali dalam bidang pendidikan dan pemeliharaan warisan bahasa M

elayu.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh asas pengetahuan yang mantap berkaitan sejarah, struktur huruf, serta sistem tulisan Jawi dalam konteks bahasa Melayu. Kursus ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada asal usul dan evolusi tulisan Jawi sebagai salah satu warisan budaya yang penting, malah turut membimbing saya dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi secara sistematik dan teratur.

Pengalaman yang menarik bagi saya dalam kursus ini ialah tugasan khat. Sangat mencabar tetapi puas hati kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk menyiapkan khat itu. Tambahan pula, khat tersebut perlu dibentangkan atau menjual khat tersebut dalam kelas. Sungguh menarik sekali!

Secara keseluruhan, kursus ini telah membuka minda saya untuk lebih menghargai keindahan dan kepentingan tulisan Jawi. Ia juga memupuk kesedaran dalam diri saya tentang peri pentingnya usaha memelihara dan memartabatkan tulisan ini sebagai sebahagian daripada identiti dan khazanah bangsa.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya memperoleh banyak ilmu baharu terutamanya berkaitan tulisan Jawi. Saya belajar membezakan antara ejaan Jawi lama dan moden serta perbezaannya dengan ejaan Rumi. Hal ini membuka mata saya tentang kepentingan memahami sistem ejaan yang tepat.

Salah satu tugasan yang mencabar ialah transliterasi sebanyak 150 perkataan daripada Jawi ke Rumi. Tugasan ini menuntut ketelitian kerana saya perlu memastikan setiap ejaan mengikut piawaian yang betul. Saya juga berpeluang menggunakan perisian digital untuk memudahkan proses transliterasi ini.

Secara tidak langsung, kursus ini membantu saya menguasai kemahiran yang penting dalam bidang pendidikan, terutamanya sebagai bakal pendidik yang akan menyampaikan ilmu tulisan Melayu kepada generasi akan dataang.

Dengan mengikuti kursus BMMB1114 iaitu Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah, perkembangan dan kaedah penulisan ejaan Jawi serta Rumi. Saya didedahkan kepada perbezaan asas antara kedua-dua sistem ejaan, termasuk kaedah transliterasi dan penggunaan huruf dengan betul. Kursus ini membantu saya mengukuhkan asas bahasa Melayu, terutamanya dari segi ketepatan ejaan dan struktur penulisan.

Saya juga berpeluang untuk mempraktikkan penulisan dan pembacaan Jawi melalui latihan bertulis dan tugasan yang diberikan. Selain itu, saya lebih memahami fungsi ejaan Rumi mengikut sistem Ejaan Rumi Baharu yang digunakan secara rasmi dalam penulisan bahasa Melayu hari ini.

Secara keseluruhannya, kursus ini memberikan manfaat besar dalam meningkatkan kemahiran bahasa saya, khususnya dalam membaca dan menulis Jawi serta menggunakan ejaan Rumi dengan betul. Saya juga lebih menghargai peranan tulisan Jawi sebagai warisan budaya dan identiti bangsa Melayu. Ilmu yang diperoleh dalam kursus ini pasti berguna bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam memelihara khazanah bahasa dan tulisan Melayu.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114 , saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang sejarah, nilai dan perkembangan kesusasteraan serta kebudayaan Melayu. Kursus ini membantu saya memahami bagaimana sastera mencerminkan identiti dan budaya masyarakat Melayu.

Antara pengalaman paling bermakna ialah menghasilkan tugasan transliterasi teks Jawi kepada Rumi. Saya mempelajari cara membaca tulisan Jawi klasik dan menukarkannya ke tulisan Rumi tanpa mengubah maksud asal. Tugasan ini mengasah kemahiran saya dalam memahami gaya bahasa lama serta meningkatkan ketelitian dan penghayatan terhadap warisan sastera Melayu.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memperkaya pengetahuan dan kemahiran saya serta menanam rasa bangga terhadap khazanah budaya bangsa.

Sebagai seorang pelajar bukan Melayu, dalam mempelajari subjek BMMB1114 SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI, saya telah mendapati bahawa sistem ejaan Jawi merupakan satu pengalaman yang mencabar tetapi amat berharga. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran dalam mengenal huruf-huruf Jawi kerana bentuknya yang berbeza daripada huruf Rumi yang biasa saya gunakan. Selain itu, arah penulisan dari kanan ke kiri juga memerlukan penyesuaian.

Namun begitu, pembelajaran ini telah membuka mata saya terhadap kekayaan budaya dan warisan masyarakat Melayu. Sistem ejaan Jawi bukan sekadar satu bentuk tulisan, tetapi juga satu lambang sejarah dan identiti bangsa yang patut dihargai oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Melalui bimbingan guru dan latihan yang berterusan, saya mula memahami struktur ejaan dan dapat membaca serta menulis dalam tulisan Jawi dengan lebih baik. Saya juga mendapati bahawa pembelajaran Jawi membantu saya meningkatkan pemahaman terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan, terutama dalam aspek kosa kata klasik dan nilai sastera.

Walaupun saya bukan daripada latar belakang Melayu, pembelajaran sistem ejaan Jawi memberikan saya peluang untuk menghargai kepelbagaian budaya negara ini. Ia juga menyemai semangat perpaduan dan saling hormat antara kaum. Saya percaya bahawa usaha untuk mempelajari tulisan Jawi wajar digalakkan dalam kalangan semua pelajar sebagai satu langkah ke arah memperkukuh jati diri dan integrasi nasional..

Sepanjang saya mempelajari kursus BMMB1114, saya berasa sangat seronok dengan pengisian yang telah diberikan sepanjang semester ini. Saya dapat belajar jawi dan pada yang sama belajar juga tentang transliterasi jawi. Saya dapat membina pengetahuan yang baharu dengan lebih mendalam berkenaan dengan hukum hakam yang terdapat dalam sistem ejaan jawi dan sistem ejaan rumi. Dengan pengetahuan yang saya telah dapat semasa mempelajari kursus ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Saya juga seronok belajar menulis khat kerana ianya merupakan pengajaran yang agak mencabar tetapi seronok bagi saya kerana saya tidak pernah terfikir pun bahawa sepanjang saya di sini saya akan belajar menulis khat mengikut teknik yang betul.

Kursus BMMB1114 telah meningkatkan pemahaman saya terhadap tulisan Jawi, terutama dalam membaca dan menulis dengan betul. Salah satu pengalaman bermakna ialah ketika saya menjalankan tugasan transliterasi daripada teks Jawi ke Rumi. Tugasan ini mencabar, tetapi sangat membantu dalam mengasah ketelitian dan kefahaman terhadap struktur bahasa Melayu klasik. Kursus ini juga membuatkan saya lebih menghargai kepentingan tulisan Jawi sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah mempelajari pelbagai perkara yang sangat bermakna, terutamanya asas dalam sistem ejaan Jawi, termasuk huruf-huruf Jawi dan sebutan setiap huruf tersebut. Saya juga telah didedahkan kepada pelbagai peraturan dalam sistem ejaan Jawi yang telah dibentangkan oleh rakan-rakan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.

Aktiviti transliterasi turut memberikan saya peluang untuk mempraktikkan penulisan daripada Rumi ke Jawi. Melalui aktiviti ini, saya dapat memahami teknik dan kaedah menulis tulisan Jawi dengan lebih baik serta mendalami peraturan yang perlu diikuti. Saya juga amat menghargai bantuan dan sokongan rakan-rakan berbangsa Melayu yang sudi berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Aazizi atas segala ilmu, bimbingan, dan kesabaran sepanjang mengendalikan kursus ini. Kehadiran dan dedikasi Cikgu benar-benar membantu saya dalam memahami serta menghargai keindahan tulisan Jawi. Terima kasih, Cikgu!

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya telah memperoleh banyak ilmu dan pengalaman yang memperkaya pemahaman saya terhadap kepentingan sistem tulisan dalam pembinaan identiti dan warisan budaya Melayu. Kursus ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada asas ejaan Jawi dan Rumi, malah memberikan peluang untuk mengaplikasikan ilmu tersebut melalui pelbagai tugasan yang berimpak tinggi.

Melalui tugasan penulisan esei berkenaan sejarah perkembangan tulisan Jawi di Malaysia, saya dapat mendalami asal-usul, perkembangan serta peranan penting tulisan Jawi dalam konteks sejarah, pendidikan dan pentadbiran negara. Saya menjadi lebih menghargai warisan tulisan ini yang bukan sekadar medium komunikasi tetapi juga simbol ketamadunan dan penyebaran ilmu Islam di Tanah Melayu.

Seterusnya, dalam tugasan analisis ejaan Jawi dan Rumi, saya didedahkan dengan perbandingan antara kedua-dua sistem ejaan serta cabaran standardisasi dalam penggunaannya. Tugasan ini mengasah kepekaan saya terhadap variasi ejaan dan kepentingan ketepatan dalam penulisan.

Tugasan transliterasi daripada tulisan Rumi ke tulisan Jawi pula memberi saya peluang mempraktikkan kaedah transliterasi secara sistematik dan tepat berdasarkan PEJYD. Tugasan ini bukan sahaja melatih kemahiran teknikal saya, tetapi juga meningkatkan keyakinan dalam menulis dan membaca Jawi dengan lebih fasih.

Akhir sekali, tugasan penghasilan produk tulisan khat memberikan saya ruang untuk menggabungkan seni dan bahasa. Melalui proses ini, saya belajar tentang jenis-jenis khat serta prinsip asas dalam menghasilkan karya yang indah dan bermakna. Tugasan ini juga membantu saya menghayati kehalusan dan nilai estetika dalam seni tulisan Jawi.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah membuka minda saya tentang pentingnya memelihara dan memartabatkan tulisan Jawi sebagai salah satu warisan budaya Melayu. Kursus ini bukan sekadar pembelajaran akademik, tetapi juga satu usaha pemuliharaan identiti bangsa.

Kursus BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi merupakan salah satu kursus yang amat menarik dan mencabar kerana saya dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu terutamanya berkaitan perkembangan sistem ejaan Rumi dan Jawi.

Proses pembelajaran dan pengajaran yang menarik dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan berkumpulan dan aktiviti didik hibur membolehkan saya memahami kandungan pembelajaran dengan mudah walaupun tidak mempunyai asas yang kukuh untuk ejaan Jawi.

Antara kemahiran baharu yang telah saya peroleh dalam menghasilkan tugasan transliterasi adalah menghasilkan seni khat dan mentransliterasikan teks cerita yang ditulis dalam tulisan Rumi kepada tulisan Jawi. Tugasan-tugasan tersebut sememangnya  mencabar tetapi saya berasa seronok kerana dapat memperoleh pengalaman baharu.

Sesungguhnya, melalui  kursus ini, saya semakin tertarik untuk mempelajari tulisan Jawi dengan lebih mendalam sekali gus memantapkan pengetahuan tentang sistem ejaan dan tulisan Rumi supaya dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang betul kepada anak didik kelak.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah melalui satu pengalaman pembelajaran yang amat bermakna, khususnya dalam memperkukuh kefahaman terhadap sistem tulisan Jawi dan Rumi. Kursus ini memberi peluang kepada saya untuk mengenali dengan lebih mendalam proses penukaran tulisan Rumi kepada Jawi serta sebaliknya, dengan mengambil kira aspek ketepatan huruf dan struktur ejaan.

Melalui pelbagai latihan dan bimbingan pensyarah, saya belajar untuk mengenal pasti padanan huruf-huruf tertentu, terutama huruf Jawi yang berubah bentuk mengikut kedudukan dalam perkataan, sama ada di awal, tengah atau akhir. Latihan yang berterusan juga membantu saya memahami perbezaan antara ejaan lama dan ejaan Jawi yang telah diselaraskan mengikut panduan semasa.

Secara keseluruhan, pembelajaran ini bukan sekadar memperluas pengetahuan saya dalam aspek linguistik, tetapi juga meningkatkan kecekapan saya dalam menulis dan membaca tulisan Jawi dengan lebih yakin. Ia telah membuka mata saya tentang pentingnya kemahiran ini dalam memahami khazanah ilmu dan sejarah bangsa.

Sepanjang saya mengikuti kursus ini banyak yang saya dapat..antaranya saya dapat mempelajari lebih mendalam lagi mengenai sistem ejaan jawi dan rumi yang sebelum ini saya tidak tahu dan pelajari..kursus ini banyak membantu saya untuk mengenali hukum2 jawi dan membantu saya menambahbaik lagi jawi saya dalam pembelajaran..kursus ini juga ada mengajar untuk membuat seni khat yang semakin kurg dilakukan oleh generasi skrg..ini membuat kami merasa bahawa seni khat ini seronok untuk dipelajari dan boleh memberi manfaat dari segi kewangan jikaa kitaa menjualnya dan sebagainya

Mengikuti kursus BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi telah memberikan saya pengalaman baharu yang amat berguna dalam meningkatkan kemahiran bahasa, khususnya dalam memahami dan mengaplikasikan sistem ejaan Jawi dan Rumi dengan betul. Kursus ini membantu saya mengenal pasti perbezaan antara ejaan Jawi klasik dan moden, serta memperkukuh penguasaan saya dalam membaca, menulis dan mentransliterasi teks Jawi ke Rumi dan sebaliknya.

Kursus ini turut memberi saya keyakinan untuk membaca dan memahami bahan-bahan bertulisan Jawi, termasuk manuskrip lama, buku teks, serta artikel berbentuk keagamaan dan budaya. Pengalaman menghasilkan tugasan transliterasi bukan sahaja meningkatkan ketelitian dan daya tumpuan saya, tetapi juga memberi kesedaran tentang pentingnya memelihara tulisan Jawi sebagai warisan bangsa yang bernilai.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberi saya pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu yang sangat berguna, terutamanya sebagai seorang bakal pendidik yang akan berperanan dalam meneruskan kesinambungan tulisan Jawi di sekolah dan dalam masyarakat.

Kursus BMMB1114 banyak mengajar saya bahawa mengeja jawi bukan sahaja berdasarkan bunyi perkataan melainkan terdapat beberapa hukum-hukum ejaan jawi yang perlu dipatuhi. Namun begitu, kursus ini sangat seronok untuk dipelajari kerana banyak mengingatkan saya tentang zaman mula-mula belajar jawi sewaktu sekolah rendah dahulu. Walaupun saya sememangnya telah mempunyai asas jawi, tugasan penghasilan khat sangat sukar untuk dihasilkan memandangkan saya tidak terbiasa dengan seni khat sebelum ini. Namun, tugasan tersebut sangat seronok untuk dihasilkan kerana melibatkan kemahiran seni yang kreatif!

Kursus BMMB1114 adalah kursus kegemaran saya. Saya didedahkan dengan pelbagai sistem ejaan jawi dan rumi yang menarik sehinggakan ada sebilangannya saya sudah pelajari dan dipratikkan semasa kelas KAFA dahulu. Contohnya, diftong, digraf, hukum darlung dan bukan darlung, hukum ka dan ga serta kata pinjaman. Saya berasa teruja apabila mempelajarinya.

Selain itu, kursus ini juga menerangkan sejarah perkembangan tulisan jawi di negara kita. Terdapat pelbagai peranan penting dan perkembangannya dalam aspek pendidikan serta pentadbiran negara. Kesannya, saya dapat memahami dengan lebih mendalam akan kepentingan tulisan Jawi sebagai warisan budaya yang perlu dipelihara pada masa kini.

Dalam pada itu, perkara yang paling seronok ketika saya mengikuti kursus ini adalah seni khat. Saya belajar tentang prinsip asas serta jenis-jenis khat yang pelbagai. Seni khat bukan sekadar seni yang saya nak gambarkan pada sebuah kertas tetapi usaha saya dalam mempelajari pelbagai jenis khat yang wujud sehingga kini.

Sepanjang saya mengikuti kursus BMMB 1114 iaitu Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya telah mempelajari banyak perkara baharu dan mendapat pengalaman dalam melakukan perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Pembelajaran bagi kursus ini sangat menarik dan mudah dihadam kerana pensyarah banyak membantu dalam menjelaskan perkara yang mengelirukan pelajar. Saya telah menambah ilmu pengetahuan dengan mempelajari sejarah dan asal usul bagi tulisan Jawi dan Rumi sekaligus belajar dengan lebih mendalam tentang kedua-dua tulisan tersebut. Saya juga mendapat pengalaman baharu semasa melaksanakan tugasan dalam kursus ini iaitu penghasilan khat yang pada pendapat saya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Pengalaman semasa melakukan tugasan transliterasi pula telah membantu mengasah kemahiran saya untuk membezakan ejaan yang betul bagi setiap huruf jawi dan meningkatkan fokus saya ketika melakukan tugasan agar tulisan Jawi yang ditulis cantik dan kemas. Secara keseluruhan, kursus ini telah memberi banyak manfaat kepada diri saya baik dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman baharu yang menjadikan kursus ini menyeronokkan untuk diikuti. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Azizi selaku pensyarah bagi kursus ini dan juga kepada rakan-rakan kerana banyak membantu sepanjang proses pembelajaran saya.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang sangat bermakna, khususnya dalam aspek penguasaan tulisan Jawi dan proses transliterasi, iaitu penukaran tulisan daripada Jawi ke Rumi dan Rumi ke Jawi. Kursus ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman saya terhadap sejarah dan perkembangan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu, malah turut membina keyakinan saya untuk membaca, menulis dan menganalisis teks Jawi dengan lebih tepat.

Semasa menyiapkan tugasan transliterasi, saya menghadapi beberapa cabaran seperti mengenal pasti huruf Jawi yang hampir serupa, memahami ejaan klasik, serta menyesuaikan struktur ayat agar sesuai apabila ditukar kepada sistem tulisan yang berbeza. Namun begitu, tugasan ini telah membantu saya membina kemahiran membaca Jawi dengan lebih lancar, menulis Rumi berdasarkan teks Jawi, serta mengenal pasti perbezaan antara ejaan Jawi tradisional dan moden.

Kursus BMMB1114 Pengenalan Tulisan Jawi dan Tulisan Rumi telah memberikan saya pengalaman yang sangat bermakna dalam memahami sejarah, sistem dan peranan kedua-dua tulisan ini dalam perkembangan bahasa Melayu. Saya belajar bahawa tulisan Jawi bukan sahaja penting dari sudut linguistik, tetapi juga merupakan warisan budaya yang menggambarkan jati diri bangsa Melayu.

Melalui tugasan transliterasi, saya memperoleh kemahiran baharu dalam menukar teks Jawi kepada Rumi dan sebaliknya dengan lebih tepat dan teliti. Saya belajar mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang mempunyai lebih daripada satu bunyi dalam tulisan Rumi, serta memahami konteks ayat bagi memastikan maksud asal tidak berubah. Tugasan ini juga mengajar saya untuk lebih sabar, tekun dan teliti dalam setiap proses transliterasi. Saya turut menggunakan kamus Jawi-Rumi dan sumber digital untuk memastikan transliterasi saya menepati standard bahasa yang betul.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah meningkatkan minat saya terhadap tulisan Jawi dan membuka peluang kepada saya untuk mengaplikasikan kemahiran transliterasi dalam bahan pembelajaran di sekolah kelak.

Sepanjang mengikuti kursus BMBB1114, saya telah memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang asas sistem ejaan Jawi dan Rumi dalam bahasa Melayu. Kursus ini telah memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan tulisan Jawi, perbezaan antara sistem ejaan lama dan baharu, serta peraturan penulisan yang betul dalam kedua-dua tulisan.

Melalui kuliah, tugasan, dan latihan praktikal, saya berpeluang mempelajari cara membaca dan menulis tulisan Jawi dengan lebih lancar serta memahami struktur dan sistem ejaan Rumi secara lebih sistematik. Kursus ini juga meningkatkan kesedaran saya terhadap kepentingan pemeliharaan tulisan Jawi sebagai warisan budaya Melayu.

Secara keseluruhannya, kursus ini sangat bermanfaat dan telah memperkukuh asas saya dalam kedua-dua sistem tulisan, sekali gus membantu saya menjadi lebih yakin dalam menggunakan bahasa Melayu secara lisan dan tulisan.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermakna, terutamanya berkaitan dengan tulisan Jawi dan proses transliterasi. Kursus ini telah membuka mata saya tentang kepentingan memelihara warisan tulisan Jawi yang merupakan sebahagian daripada identiti budaya dan sejarah bangsa Melayu.

Salah satu pengalaman paling berharga ialah ketika menjalankan tugasan transliterasi. Tugasan ini memerlukan saya menukar teks Jawi kepada Rumi dengan tepat dan teliti. Pada mulanya, saya menghadapi cabaran dalam mengecam beberapa huruf Jawi yang mempunyai bentuk hampir serupa serta memahami konteks ayat bagi memastikan transliterasi yang dihasilkan tidak lari daripada maksud asal.

Namun begitu, melalui latihan yang berterusan dan bimbingan pensyarah, saya berjaya meningkatkan kemahiran mengenal pasti struktur ayat dalam teks Jawi, serta memahami ejaan dan tatabahasa yang digunakan dalam konteks tradisional. Saya juga mempelajari penggunaan kamus Jawi-Rumi dan strategi semakan silang bagi memastikan ketepatan hasil transliterasi.

Selain kemahiran teknikal, tugasan ini juga telah mengajar saya nilai kesabaran, ketelitian, dan pentingnya menghargai warisan bahasa. Saya menjadi lebih peka terhadap perubahan dalam sistem tulisan Melayu dari zaman dahulu hingga kini, serta bagaimana perubahan itu mencerminkan peredaran masa dan pengaruh luar.

Secara keseluruhan, kursus BMMB1114 bukan sahaja memperkukuhkan pengetahuan saya tentang tulisan Jawi, tetapi juga memberikan saya keyakinan dan kemahiran baharu dalam bidang transliterasi. Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga dan akan saya manfaatkan dalam bidang pengajian serta kehidupan seharian.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya telah memperoleh pelbagai ilmu dan pendedahan berkaitan asas linguistik Melayu, khususnya dalam aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Kursus ini membantu saya memahami struktur dan sistem bahasa Melayu dengan lebih mendalam serta meningkatkan kemahiran analisis bahasa secara ilmiah.
Selain itu, pengalaman menghasilkan tugasan transliterasi telah memberi saya kemahiran baharu dalam menukar teks Jawi kepada Rumi dengan tepat, serta memahami perbezaan sistem ejaan antara kedua-dua tulisan. Tugasan ini juga melatih saya supaya lebih teliti, sabar, dan peka terhadap unsur fonetik dan fonemik dalam bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, kursus ini telah membuka ruang kepada saya untuk menghayati keindahan dan kepelbagaian bahasa Melayu secara lebih sistematik dan terperinci.

Kursus BMMB1114 telah menjadi satu pengalaman yang bermanfaat dan menarik bagi saya. Kursus ini memberi pendedahan awal tentang sejarah, perkembangan, serta struktur sistem tulisan Jawi dan Rumi dalam bahasa Melayu. Melalui kuliah, perbincangan dan tugasan telah memberikan pemahaman penting berkaitan peranan kedua-dua sistem tulisan ini dalam komunikasi dan pemeliharaan warisan budaya.

Sepanjang kursus, saya berpeluang mengasah kemahiran membaca dan menulis Jawi serta memperkukuh pengetahuan terhadap ejaan dan tatabahasa Rumi. Kursus ini juga membantu saya mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara kedua-dua sistem, sekali gus meningkatkan apresiasi saya terhadap bahasa Melayu.

Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja memperkaya ilmu saya, malah memberi kesedaran tentang kepentingan memelihara tulisan Jawi sebagai sebahagian daripada identiti bangsa. Saya amat menghargai ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang mengikuti kursus ini.

Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114, saya berasa amat teruja dan bersyukur kerana telah memperoleh pelbagai ilmu yang bermanfaat. Pengisian yang disampaikan sepanjang semester ini sangat menarik, terutamanya apabila saya berpeluang mempelajari tulisan Jawi serta teknik transliterasinya. Kursus ini bukan sahaja memperluas pengetahuan saya tentang sistem ejaan Jawi dan Rumi, malah membantu saya memahami dengan lebih mendalam tentang hukum-hakam yang mengawalnya.

Apa yang lebih menarik, ilmu yang diperoleh ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam penulisan dan pemahaman teks Jawi. Selain itu, pengalaman mempelajari seni khat juga merupakan sesuatu yang istimewa. Walaupun agak mencabar, saya berasa seronok kerana tidak pernah menyangka akan berpeluang mempelajari teknik penulisan khat yang betul di sini. Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna dan membuka minda saya terhadap keindahan tulisan Jawi.

MALIANA ANAK TAMA (BM SK 4)
Sepanjang kursus, saya mempelajari struktur asas sistem ejaan Jawi, termasuk perbezaan antara ejaan Jawi lama dan baharu, kaedah menulis huruf Jawi bersambung, serta penggunaan huruf-huruf tertentu dalam menyampaikan bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu. Saya juga lebih memahami peranan tulisan Rumi dalam pemodenan bahasa Melayu dan bagaimana kedua-dua sistem ini boleh digunakan secara serentak.

Dalam tugasan transliterasi, saya berpeluang untuk menukarkan teks daripada tulisan Jawi kepada Rumi, dan sebaliknya. Saya belajar menggunakan pelbagai sumber seperti Kamus Ejaan Jawi-Rumi dan banyak lagi perisian transliterasi untuk membantu dalam tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat mencuba untuk menulis ayat-ayat Rumi kepada tulisan Jawi yang pada awalnya agak sukar bagi memastikan ejaan dan cara penulisannya menepati hukum hukum ejaan Jawi.

Walaupun saya tidak pernah belajar Jawi sebelum ini, tapi kursus ini menarik minat saya untuk mempelajari Jawi dengan lebih mendalam kerana belajar Jawi sangat menyeronokkan.

Nazriq
Sepanjang mengikuti kursus BMMB1114 Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi, saya telah memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam tentang asas sistem ejaan Jawi dan Rumi, termasuk sejarah, prinsip ejaan, serta perbandingan antara kedua-dua sistem. Saya belajar mengeja, membaca dan menulis dalam tulisan Jawi dengan lebih tepat dan yakin. Melalui kursus ini juga, saya diberi tugasan transliterasi yang mencabar tetapi menyeronokkan. Tugasan ini melibatkan penukaran teks Jawi ke Rumi dan sebaliknya, yang membantu saya meningkatkan ketelitian, kefahaman struktur bahasa serta kemahiran menganalisis konteks ayat. Pengalaman ini sangat bermakna kerana saya kini lebih yakin menggunakan tulisan Jawi dalam tugasan akademik dan komunikasi harian.