Batu Bersurat Terengganu by Alya Syukur

Batu Bersurat Terengganu

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Syariah secara umum membawa maksud kepada "undang-undang, aturan-aturan dan ketetapan-ketetapan Allah SWT yang diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan penciptanya iaitu Allah SWT.

Terdapat beberapa keistimewaan Undang-Undang Syariah, antaranya ialah ia bersifat sempurna, lengkap dalam mengatur kehidupan manusia, bersifat bersepadu, bersifat universal, matlamat pelaksanaan adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan bersifat tetap (tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat).

Persoalannya, apakah hubung kait ekspidisi orang Islam dari Tanah Arab ke Nusantara dengan Undang-Undang Syariah Islam? Dengan aktiviti perdagangan yang semakin luas dilaksanakan, para mubaligh dari Tanah Arab menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di dunia dengan menyebarkan agama Islam. Perkara yang dilakukan para mubaligh ini adalah selari dengan syariah Islam; memelihara agama, nyawa, akal, kehormatan dan keturunan, dan menjaga harta benda.

Dengan ini, pedagang Arab yang menyebarkan agama Islam mengikut syariah yang bertujuan untuk menyelamatkan dan memelihara lima perkara yang menjadi asas kepada kehidupan manusia. Mereka berdakwah (menyebarkan agama Islam) kerana mereka ingin memelihara agama Islam dan ingin menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Mereka juga ingin memelihara nyawa agar tiada siapa yang tidak mempunyai kuasa, tertindas dalam menjalankan kehidupan di dunia ini. Hal ini kerana Allah SWT telah memberikan hak untuk hidup di dunia ini agar semua boleh meng-Esakan kepada Tuhan Pencipta Alam, Allah SWT.

Mereka juga ingin memelihara akal manusia dengan menggalakkan orang untuk melakukan perkara-perkara baik, dan meninggalkan perkara yang tidak baik seperti melakukan zina, meminum arak, berjudi dan sebagainya. Hal ini dibangkitkan agar perbuatan pada zaman Jahiliah tidak berulang kembali di mana, pada zaman inilah di mana umat manusia menghalalkan perkara yang haram dilakukan. Ini juga berkait rapat dengan memelihara kehormatan dan keturunan - di mana pengamalan aktiviti negatif seperti berzina, seks bebas dan hubungan luar tabil dilarang keras oleh Islam bertujuan untuk memelihara keturunan.

Akhir sekali, menjaga harta benda. Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankannya. Dapat dihubungkan bahawa matlamat untuk menyebarkan agama Islam oleh orang Islam adalah untuk mengelakkan daripada orang-orang yang berlaku tidak adil terhadap orang lain (penindasan), dan melakukan aktiviti negatif yang diharamkan oleh Islam.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Islam merupakan salah satu agama yang tersebar luas di dunia dan telah memasuki Nusantara. Masih tiada kepastian lagi bilakah Islam mula bertapak di Nusantara, namun telah banyak peninggalan-peninggalan yang ditemui bukan sahaja di Tanah Melayu, tapi di kepulauan sekitarnya seperti Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.

Salah satu penemuan yang menunjukkan Islam telah bertapak di Tanah Melayu (nusantara) ialah Batu Bersurat yang ditemui di Terengganu pada tahun 1303 M. Batu Bersurat ini ditemukan oleh seorang saudagar Arab yang bernama Sayid Husin b. Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja di Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ini menunjukkan bahawa agama Islam telah wujud di Nusantara sebelum tahun 1326 atau 1386.

Namun, belum ada kepastian lagi tarikh tepatnya agama Islam telah wujud di Nusantara. Walaupun telah banyak bukti tentang kewujudan Islam (seperti yang tertera di atas - Batu Bersurat Terengganu), namun tarikh tepat tidak dapat lagi dijelaskan. Namun, terdapat teori-teori kedatangan dan perkembangan Islam di Nusantara. Berikut adalah teori-teori tersebut.

Menurut catatan sejarah Cina, orang-orang Arab telah bertapak di Tanah Jawa, dan pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera. Satu catatan Barat menyatakan bahawa pada tahun 1717Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri daripada 35 buah kapal (yang berasal dari Tanah Arab) belayar menuju China dan membuat perhentian di Malabar Coast di Kerala India, Srivijaya dan Palembang - dan mereka telah menyebarkan agama Islam.

Islam juga telah tersebar sebelum kebangkitan Melaka lagi. Ini dapat dibuktikan catatan oleh Marco Polo pada tahun 1292, mengenai negeri Pasai dan Perlak yang mempunyai pemerintah-pemerintah Islam, dan batu nisan seorang raja Pasai (yang meninggal dunia pada tahun 1297) yang mempunyai nama Islam Malek-as-Salleh.

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam atau perkembangan Islam di Nusantara adalah akibat daripada aktiviti perdagangan yang pesat antara pedagang-pedagang di Tanah Arab yang menyebabkan mereka mengembara ke tempat-tempat lain. Aktiviti perdagangan ini menyebabkan mereka (orang Arab - mubaligh Arab) untuk bertempat di kawasan mereka hijrah dan menyebarkan agama Islam. Selain itu, perkahwinan antara orang Arab dengan orang setempat juga boleh membawa kepada penyebaran agama Islam secara meluas di kawasan tersebut.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Antara hubungan diplomatik yang dijalinkan adalah dengan negara-negara di Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Tanah Cina dan Tanah India.

Hubungan in terjalin adalah disebabkan oleh hubungan rapat antara negara-negara tersebut dengan melakukan aktiviti-aktiviti perdagangan dengan negara tersebut.

"Islam is a religion of peace"
Pelbagai debat telah dilakukan dalam subjek "Islam sebagai agama yang damai. Ini adalah salah satu lampiran yang menjelaskan bahawa pendapat ini benar.

Bahan Rujukan
H.S. Paterson (& C.O. Blagden). 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263

Kedatangan dan Penyebaran Agama Islam. (2017, Disember 17) Didapati daripada: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kedatangan_dan_Penyebaran_Islam_di_Nusantara

Memorial Batu Bersurat, Didapati daripada:
http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. (2018). "Bab 2: Tamadun Islam". ms 46-52