DDWI1082 - USUL FIQH 2 by Syed Husaini bin Syed Hassan

Kuliah M2: Berikan contoh aplikasi Maqasid al-Shariah di Malaysia

SAMHANA AUNI A22DW3063 - Contoh Aplikasi Maqasid Al-Shariah Di Malaysia.
Berlakunya Hubungan terlarang iaitu hubungan sesama jantina. Di Malaysia, Perbuatan ini telah berleluasa dan menjadi ikutan “tranding” tentang hubungan sesama jantina yang lebih dikenali sebagai “lesbian, gay mahupun LGBT". Larangan perbuatan LGBT ini telah disepakati oleh para ulama’. Kitab-kitab fiqh juga menyebut LGBT adalah perbuatan yang keji yang keluar dari ketentuan Allah SWT.

Dalam al-quran juga terdapat ayat yang menegaskan tentang larangan perbuatan LGBT. Seperti dalam firman Allah, dalam surah Al-A’raf ayat 80-81:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (80) إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ

(81) الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُون

Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (81)

Dalam jurnal Penyimpangan Seksual LGBT Dalam Pandangan Hukum Islam dari Huzaemah Tahido Yanggo menyatakan, Ayat ini menerangkan bahwa perbuatan kaum Nabi Luth yang hanya melakukan hubungan seksual kepada sesama jantina melepaskan syahwatnya hanya kepada sesama jantina dan tidak berminat kepada perempuan sebagaimana ditawarkan oleh Nabi Luth akan anak-anaknya, tetapi mereka tetap melakukan perbuatan homoseksual, dan pada akhirnya Allah memberikan hukuman kepada mereka dengan memutarbalikkan negeri mereka.

Dengan permasalahan ini dapat diatasi dengan pembahagian Maqasid Syariah dalam tajuk Daruriyyat dalam perbahasan yang keempat tentang Hifz al Nasli iaitu menjaga keturunan. Konsep memelihara keturunan ini adalah melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia menjadi sangat penting untuk membentuk masyarakat yang memelihara kesucian dan kehormatan diri. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga sistem sosial dalam masyarakat. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama seperti berzina, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama.

Ulama fikih sepakat mengharamkan homoseks selain berdasarkan Al-Quran dan Hadis  juga berdasarkan kaedah fiqhiyah yang mengatakan Hubungan seks pada dasarnya adalah haram, sehingga ada dalil (sebab-sebab yang jelas dan yakin tanpa keraguan) yang menghalalkannya, yakni adanya akad nikah.

Oleh itu, Allah SWT telah menjadikan manusia  berpasang-pasangan,yakni lelaki dan perempuan. Maka seharusnya kita  memilih dengan jalan perkahwinan yang halal mengikut syarak supaya manusia memperoleh zuriat, serta memelihara keturunan, sekali gus dapat menjaga akhlak supaya tidak dicemari oleh perbuatan yang mungkar.

NUR ALIFAH AISYAH A22DW3058 - Contoh Aplikasi Maqasid Al-Syariah di Malaysia
Aplikasi Maqasid Syariah dalam Perubatan.

Perubatan membawa maksud semua perkara yang bersangkutan dengan hal misalnya merawat penyakit. Dalam kes ini, Maqasid Syariah bagi perubatan adalah merupakan pembahagian Daruriyyat yang kedua iaitu Hifz al-Nafsi yang membawa makna menjaga nyawa.

Contoh: Ikhtiar perubatan termasuklah memakan ubat-ubatan mengikut dos yang ditetapkan untuk merawat pesakit, melakukan pembedahan yang boleh merosakkan sebahagian anggota badan demi menyelamatkan nyawa seperti memotong kaki bagi pesakit kencing manis untuk mengelakkan kuman merebak ke bahagian organ yang boleh mengancam nyawa.

Selain itu, sistem latihan yang panjang dan pembelajaran yang sistematik untuk menjadi ahli perubatan seperti doktor perubatan, doktor gigi, ahli farmasi, jururawat dan lain-lain adalah bertujuan untuk melahirkan petugas-petugas dalam bidang perubatan yang berkemahiran tinggi.

Penggunaan alat-alat perubatan yang sangat mahal dan canggih juga digunakan dalam bidang perubatan walaupun menelan belanja yang tinggi demi untuk menyelamatkan nyawa.

Kuliah M3: Apakah yang dimaksudkan dengan Mujtahid dan apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi Mujtahid?

Maksud mujtahid menurut kamus dewan : orang yang berusaha untuk mendapat­kan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yang sah.

Maksud mujtahid dari sudut istilah : golongan yang mempunyai keupayaan untuk berijtihad iaitu mampu melaksanakan kajian terhadap hukum-hukum syarak yang bersifat amali menerusi dalil-dalil yang terperinci.

Syarat² kelayakan seseorang menjadi mujahid:

- Mestilah beragama islam dan bersifat adil

- Mengetahui tentang al-quran dan makna² dari sudut bahasa serta istilah

- Mengetahui Hadis berserta maknanya dari sudut bahasa dan syarak

- Mampu Mengetahui masalah² ijmak serta tempat² berlaku ijmak. Hal ini, supaya mereka tidak mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengannya.

- Mengetahui Qiyas- merangkumi illah, hukum, kemaslahatan masyarakat serta uruf.

- Mengetahui dan memahami bahasa arab dengan baik dan sempurna. Hal ini membolehkan mentafsir Al-Quran dan dan Hadis dengan baik serta dalam istinbat hukum

- Mengetahui tentang kaedah nasikh dan mansukh daripada Al-Quran dan hadis

- Mengetahui ilmu usul fiqh, kerana ia merupakan asas dalam berijtihad dan istinbat hukum

- Mempunyai kefahaman dan dapat membezakan diantara perkara yang baik atau yang buruk

- Baligh

- Berakal

- Mengetahui tentang Asbab nuzul ayat

Kuliah M4: Berikan contoh-contoh ijtihad yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat R.Anhum

Contoh Bagaimana Para Sahabat Berijtihad
Ammar RA berguling di atas muka bumi (padang pasir) untuk bertayamum

dalam suatu perjalanan bermusafir, ‘Ammar bin Yasir RA (37H) telah berjunub (berhadas besar) dan beliau mengalami masalah ketiadaan air untuk mandi wajib. Sehubungan itu, ‘Ammar RA telah berijtihad lalu beliau pun bertayammum menurut cara yang beliau fikirkan logik dan munasabah. Berkenaan peristiwa berkenaan, ‘Ammar RA telah meriwayatkan:

أجْنَبْتُ فَلَمْ أُصب الْمَاءَ فَتَمَعكْتُ فى الصعيْد وَصَليْتُ، فَذَكَرْتُ“ ذَلكَ للنَبي صَلى اللهُ عَلَيه وَسَلّمْ فَقالَ : (إنمَا كَانَ يَكْفيْكَ هكَذَا) وَضَرَبَ النَبيُ صَلَى الله عَلَيْه وَسَلَّمَ بكَفَّيْه الْأَرْضَ وَنَفَخَ فيْهمَا ثُم مَسَحَ بـهمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْه.”

Maksudnya: “Saya telah berjunub dan saya tidak mendapati air (untuk mandi janabah) lalu saya pun berguling di atas muka bumi (dalam debu pasir) dan (kemudiannya) mengerjakan solat. Lalu saya melaporkan tindakan tersebut kepada Rasulullah SAW lantas baginda bersabda: “Sesungguhnya cukuplah bagi anda bertayammum dengan melakukan begini” sambil Nabi SAW meletakkan kedua tangan baginda ke bumi kemudian meniup pada kedua telapak tangan baginda (supaya debu tanah yang terlekat padanya menjadi lebih sedikit) kemudian menyapukan keduanya pada muka dan pada dua (belakang) telapak tangan baginda.”

Tindakan ‘Ammar RA bertayammum dengan cara berguling di atas muka bumi (padang pasir) bagi menggantikan mandi janabah adalah kerana beliau telah mengqiyaskan (membandingkan) cara bertayammum untuk bersuci daripada hadas besar dengan perbuatan mandi janabah. Sehubungan itu, beliau berpendapat bahawa sebagaimana orang yang berjunub perlu mandi dengan meratakan air pada seluruh badan, maka orang yang bertayammum kerana berhadas besar juga perlu meratakan debu pada seluruh badan.

Setelah pulang daripada bermusafir, beliau telah bertanyakan kepada Rasulullah SAW berkenaan kedudukan ijtihad beliau berkaitan kes yang telah dilaluinya itu. Mendengar laporan berkenaan, baginda menjelaskan bahawa cara bertayammum untuk menggantikan mandi janabah adalah sama sahaja dengan cara bertayammum untuk menggantikan wuduk, di mana ia hanya melibatkan dua anggota iaitu muka dan dua belah tangan sahaja.