PENGGUNAAN UBATAN DAN RAWATAN SEMASA BERPUASA by ainul barizah

Soalan:

Apakah hukum puasa bagi pesakit lelah yang menggunakan inhaler?

Jawapan:

Penggunaan inhaler bagi pesakit lelah tidak membatalkan puasa. Inilah pandangan yang dipilih oleh beberapa tokoh ulama semasa.

Huraian

Para ulama semasa berbeza pandangan tentang penggunaan Inhaler bagi orang yang berpuasa.

Pandangan yang dipilih ialah tidak membatalkan puasa. Inilah pandangan al-Syeikh ‘Abd al-‘Aziz ‘Abdullah bin Baz RH[1], al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH[2], al-Syeikh Dr. yusuf al-Qaradhawi[3], al-Syeikh Dr. Haitham Khayyath[4], al-Syeikh ‘Abdullah al-Bassam[5], al-Syeikh Faisal Maulawi[6], Dr. Ahmad al-Khalil[7],. Pandangan ini juga mewakili pandangan Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi[8].

Dalil:

1. Qiyaskan semburan inhaler yang sampai ke dalam rongga dengan baki air yang tinggal di dalam mulut selepas berwudhu dan menyedut air ke dalam hidung. Ulama telah sepakat (ijmak) seorang yang berpuasa dibolehkan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu. Di mana dari perbuatan berkumur, sudah pasti terdapat saki-baki air yang masih berada di dalam mulut, seterusnya akan ditelan bersama air liur dan masuk ke dalam perut. Sama keadaannya dengan semburan inhaler akan akan masuk ke dalam rongga pernafasan, seterunya masuk ke dalam perut dalam jumlah yang lebih sedikit.

Penjelasan:

1. Satu-satu inhaler mengandungi 10 ml cecair yang mengandungi ubat. Kuantiti sebanyak ini secara asasnya akan mengeluarkan 200 semburan. Ini bermakna setiap semburan akan keluar 0.05 ml cecair yang mengandungi ubat, ia kurang dari satu titisan. Ia menyamai 1/75 bahagian cecair di dalam satu sudu teh kecil[9] yang boleh menampung air sebanyak lebih kurang 5 ml. Kuantiti cecair berubat yang amat sedikit ini pula, bahagian terbanyak akan masuk ke anggota pernafasan, sebahagian lagi akan kekal di dinding kerongkong dan baki bahagian yang amat sedikit akan turun ke dalam perut. Jumlah yang amat sedikit ini termasuk perkara yang dimaafkan dengan dikiaskan kepada air yang berbaki selepas berkumur dan menyedut air ke hidung ketika berwudhu. Bahkan air yang berbaki dari berkumur dan menghisap air ke hidung ketika berwudhu itu lebih banyak jika dibandingkan dengan air yang berbaki dari semburan inhaler.

2. Masuknya sesuatu ke dalam perut hasil dari penggunaan inhaler bukan sesuatu yang pasti, sebaliknya ia sekadar sangkaan, barangkali ia masuk ke dalam perut dan barangkali juga tidak, kerana kadar cecair yang digunakan terlalu sedikit. Oleh kerana itu puasa orang yang menggunakan inhaler dikira SAH dan TIDAK batal berdasarkan kaedah yang menyebut: “Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan keraguan”

3. Penggunaan inhaler tidak menyamai makan dan minum.

4. Para Doktor mengesahkan bahawa siwak mengandungi 8 jenis bahan kimia yang berperanan membersihkan gigi dan kotoran yang penyebab sakit. Dan unsur kimia ini akan meresap bersama air liur dan akan masuk ke dalam tekak. Sedangkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari menunjukkan Nabi s.a.w. sentiasa bersiwak ketika berpuasa. Daripada ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. bersiwak ketika baginda berpuasa, dalam kekerapan yang tidak boleh dihitung.” (H.R. al-Bukhari secara ta’lik di dalam Bab Siwak)

Oleh itu, unsur kimia yang masuk ke dalam badan ketika bersiwak termasuk perkara yang dimaafkan disebabkan jumlah yang sedikit dan tidak dimaksudkan. Maka penggunaan inhaler juga adalah termasuk dalam perkara yang sama

Soalan

Apakah menggunakan ubat menitis mata membatalkan puasa?

Jawapan

Dar al-Ifta Jordan dalam fatwa puasanya menyatakan, “Ubat mata tidak membatalkan puasa walaupun dapat merasakannya di halkum. Ini kerana mata bukanlah tergolong di dalam ruang yang menyalurkan sesuatu sehingga ke rongga.

Begitu juga Dar al-Ifta al-Misriyyah dalam laman sosial rasminya menjawab persoalan berkenaan dengan perbezaan pendapat hukum meletak ubat di dalam mata. Mengukut pendapat al-Imam Syafie’ memasukkan ubat ke dalam mata sehingga sampai ke halqum, tidak membatalkan puasanya.

Di dalam keputusan Majma’ al-Fiqh al-Islami yang bernombor 93 (10/1), disebutkan bahawa antara perkara yang tidak membatalkan puasa ialah menitis mata, telinga, berus gigi, menitis hidung, semburan hidung, dengan syarat iaitu selagi titisan yang jatuh itu tidak sampai ke kerongkong dan ditelan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, memasukkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa. Hal ini kerana mata bukanlah termasuk di dalam kategori ruang yang sedia terbuka. Walaupun dapat merasakan kesan ubat sehingga ke rongga dalam namun ia tidak membatalkan puasa.

Manakala, sekiranya terdapat sesuatu yang masuk tanpa disengajakan melalui ruang yang sedia terbuka seperti mulut, telinga, qubul dan dubur sehingga ke rongga dalam, maka tidak membatalkan puasanya ini seperti mana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:

مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya: Sesiapa yan g terlupa, sedang dia berpuasa, lalu dia makan dan minum, dia hendaklah meneruskan puasa. Sesungguhnya Allah SWT yang memberinya makan dan minum itu.

Soalan: Apakah hukum mengambil suntikan ketika bulan ramadhan?

Jawapan:
1)TIDAK MEMBATALKAN PUASA
- semua jenis suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot, sendi atau salur darah.
- suntikan insulin yang dilakukan melalui lapisan kulit

2)MEMBATALKAN PUASA
- suntikan yang mendatangkan khasiat dan tenaga kepada tubuh badan kerana ia sama seperti makan dan minum dengan sengaja.
- suntikan melalui bahagian yang bersambung dengan rongga badan

Soalan: Apakah hukum mengambil vaksin covid 19 pada bulan ramadhan? Adakah boleh membatalkan puasa?

Ringkasan jawapan: Hukum melakukan suntikan vaksin Covid-19 pada siang hari di bulan ramadan adalah diharuskan dan tidak membatalkan puasa kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga yang terbuka.

Huraian jawapan dan dalil:                        Timbul persoalan berkaitan batal atau tidak puasa sekiranya mengambil suntikan vaksin Covid-19 semasa puasa. Kaedah pemberian suntikan vaksin terbahagi kepada empat kaedah, pertamanya suntikan Intramuscular iaitu suntikan ke dalam otot, Intravena iaitu suntikan melalui salur darah, intradermal suntikan melalui lapisan kulit atas dan subcutaneous iaitu suntikan pada kawasan dalam kulit di atas otot. Vaksin Covid-19 disuntik menggunakan kaedah intramuscular iaitu suntikan ke dalam otot. [1]

Dalam membahaskan isu ini, secara umumnya  perkara yang membatalkan puasa adalah apabila tidak mencukupi syarat-syarat atau gugur salah satu daripada rukun puasa seperti haid, nifas, memasukkan sesuatu ke dalam badan dan sebagainya. Ini sebagaimana yang disebut di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah:

يَفْسُدُ الصَّوْمُ - بِوَجْهٍ عَامٍّ - كُلَّمَا انْتَفَى شَرْطٌ مِنْ شُرُوطِهِ، أَوِ اخْتَل أَحَدُ أَرْكَانِهِ، كَالرِّدَّةِ، وَكَطُرُوءِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ، وَكُل مَا يُنَافِيهِ مِنْ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَنَحْوِهِمَا، وَدُخُول شَيْءٍ مِنْ خَارِجِ الْبَدَنِ إِلَى جَوْفِ الصَّائِمِ

Maksudnya: Perkara yang membatalkan puasa secara umumnya, setiap perkara yang tidak memenuhi salah satu daripada syarat-syaratnya, atau gugur salah satu rukunnya seperti murtad,keluarnya haid dan nifas. Melakukan setiap perkara yang boleh membatalkan puasa seperti makan, minum dan seumpamanya. Begitu juga memasukan sesuatu dari luar badan ke bahagian dalam rongga dalam badan orang yang berpuasa

(Rujuk, Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 28/29)

Para ulama menjelaskan bahawa antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam tubuh badan melalui rongga yang terbuka seperti hidung dan mulut. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Raudah al-talibin:

مِنَ الْمُفْطِرَاتِ دُخُولُ شَيْءٍ فِي جَوْفِهِ - وَقَدْ ضَبَطُوا الدَّاخِلَ الْمُفْطِرَ بِالْعَيْنِ الْوَاصِلَةِ - الظَّاهِرُ إِلَى الْبَاطِنِ فِي مَنْفَذٍ مَفْتُوحٍ عَنْ قَصْدٍ مَعَ ذِكْرِ الصَّوْمِ

Maksudnya: Antara perkara yang membatalkan puasa adalah masukkan sesuatu ke bahagian dalam rongga. Para ulama telah menentukan sesuatu yang masuk ke dalam al-Jauf (rongga) membatalkan puasa dengan ain (objek) yang sampai, iaitu (dari) had zahir ke dalam had batin melalui rongga terbuka dengan sengaja dan sedar berpuasa.

(Rujuk Raudah al-Talibin, 2/356)

Begitu juga dengan suntikan yang mengandungi khasiat atau untuk menguatkan badan maka boleh membatalkan puasa walaupun suntikan tersebut tidak melalui rongga yang terbuka. Hal ini menjadi perbezaan pandangan para ulama sebagai mana yang dirumuskan secara terperinci oleh Syeikh Hassan al-Kaf di dalam karyanya al-Taqrirat al-Sadidah:

Maksudnya: Hukum Suntikan (pada siang Ramadhan): Harus dalam keadaan darurat namun para ulama berbeza pandangan dalam hal batalnya puasa dalam tiga pandangan:

Pandangan pertama: Batal puasa secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian dalam rongga (al-Jauf)
Pandangan Kedua: Tidak terbatal secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian dalam rongga (al-Jauf) tanpa melalui rongga yang terbuka
Pandangan ketiga: perlu kepada perincian dan ia merupakan pandangan yang paling sahih: sekiranya kandungan suntikan tersebut mengandungi nutrisi atau pemakanan maka batal puasanya, namun sekiranya tidak mengandungi pemakanan maka dilihat pada aspek berikut:
Sekiranya suntikan pada urat ke bahagian dalam rongga, iaitu saluran urat darah maka batal
Sekiranya suntikan pada otot iaitu urat bukan pada bahagian dalam rongga maka tidak batal
(Rujuk: Al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 352)

Menurut pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi, suntikan tidak membatalkan puasa walaupun suntikan itu dilakukan pada siang hari Ramadan kerana suntikan bukan termasuk dalam kategori makan atau minum dari sudut syarak.[2]

Kesimpulan:
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa hukum melakukan suntikan vaksin Covid-19 pada siang hari di bulan Ramadan adalah diharuskan dan tidak membatalkan puasa kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga yang terbuka.

JABATAN Mufti Melaka memaklumkan terdapat beberapa rawatan perubatan yang boleh membatalkan puasa.

Perkara itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi jabatan berkenaan untuk panduan umat Islam sepanjang Ramadan.

"Turut membatalkan puasa adalah penggunaan alat seperti enema, tiub suppository, teropong protoscope atau jari pegawai perubatan yang dimasukkan ke dalam dubur pesakit atau rektum untuk pemeriksaan.

"Penggunaan bius menyeluruh yang membabitkan penggunaan gas dan penggunaan teropong usus atau teropong perut untuk pemeriksaan penghadaman pesakit juga membatalkan puasa," katanya.

Menurutnya, rawatan itu termasuk memasukkan tiub 'catherer,' iaitu alat pemeriksaan ke dalam saluran kencing dan barium atau ubat pencuci ke dalam saluran kencing pesakit lelaki atau wanita (contohnya memasukkan urinary catherer untuk rawatan sumbatan salur kencing).

Selain itu, memasukkan tiub kecil atau ubat ke dalam faraj termasuk prosedur cucian, pemeriksaan dalaman vagina atau pegawai perubatan memasukkan jari untuk melakukan pemeriksaan dalam vagina turut membatalkan puasa.

Fiqh Puasa: As-su’uth Dan Kaitannya Dengan Perubatan Kontemporari

Dalam perkara yang membabitkan perbuatan yang membatalkan puasa, terdapat suatu perbahasan yang dipanggil as-su’uth. As-su’uth juga disebut sebagai an-nusyuq ataupun an-nusyugh, iaitu meletakkan sesuatu benda di hidung lalu disedut ke dalamnya. Sesuatu ubat yang disedut melalui hidung dipanggil as-sa’uth. As-su’uth dalam beberapa hadis disebutkan seperti ubat, tetapi tidak ada satu pun hadis yang mengaitkan antara as-su’uth dan puasa secara bersama. Para muhadditsin (ahli hadis) tidak menjumpai istilah ini (as-su’uth) dalam masalah puasa kecuali yang diriwayatkan oleh Laqith bin Shabrah r.a., ia berkata:

{ قُلْتُ يا رسول الله أَخْبِرْنِي عَن الوُضُوءِ ؟ قال : أَسْبِغ الوُضُوءَ وَبَالِغْ فِي الْاِسْتِنْشَاقِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِماً }

Aku berkata, “Wahai Rasulullah, ajarkanlah aku tentang wudhuk”. Baginda saw berkata: “Sempurnakanlah wudhuk dan lebihkan dalam beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung melalui sedutan), kecuali jika engkau berpuasa”.   [Riwayat Ibnu Majah, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan Ahmad]

Daripada hadis ini, para muhadditsin memasukkan perbuatan istinsyaq ketika berwudhu’ ke dalam kategori as-su’uth.

Para fuqaha’ (ahli fiqh) berbeza pendapat dalam masalah as-su’uth, iaitu sama ada ia membatalkan puasa ataupun tidak. Al-Hasan menyatakan bahawa ia dibolehkan asalkan ia tidak sampai ke kerongkong. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada al-Qa’qa yang menyatakan bahawa Ibrahim an-Nakhaie menyebutkan bahawa tidak ada masalah bagi orang yang berpuasa untuk melakukannya. Namun, majoriti ulama’ berpendapat bahawa perbuatan as-su’uth membatalkan puasa dan wajib untuk diqadha’ kembali puasanya jika terbatal.

Para ulama’ berbeza pendapat pula tentang air yang disedut melalui hidung (istinsyaq) oleh seseorang yang berpuasa lalu air tersebut sampai ke kerongkong tanpa sengaja. Mazhab Hanafi, Maliki dan Imam as-Syafi’e dalam salah satu qaulnya berpendapat bahawa perkara tersebut merosakkan puasa. Manakala Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Al-Auza’I serta para pengikut as-Syafi’e berpandangan bahawa ia tidak membatalkan sebagaimana orang yang terlupa. Hasan al-Basri dan Ibrahim an-Nakhaie berkata perkara tersebut membatalkan puasa jika ia disengajakan.

Syeikh Mahmud Abdullatif ‘Uwaidhah berpendapat bahawa hadis riwayat Ibnu Majah di atas tidak layak untuk dijadikan sandaran perbahasan tentang as-su’uth dengan hujah bahawa as-su’uth sendiri merupakan perbuatan memasukkan benda ke dalam hidung dan disedut agar kesemuanya atau sebahagian daripadanya masuk ke dalam paru-paru dan inilah fakta as-su’uth. Sedangkan memasukkan air atau ubat ke dalam hidung untuk mengubati sinusitis (keradangan pada selaput lendir dalam rongga hidung atau resdung) yang mana air tersebut tidak sampai ke paru-paru dan ini tidak termasuk ke dalam kategori as-su’uth.

Oleh yang demikian, memasukkan air ke dalam rongga hidung ketika berwudhuk tidak termasuk dalam kategori as-su’uth. Jika ditelusuri kembali jalur perbahasan tentang as-su’uth, ia sebenarnya diambil berdasarkan atsar sahabat sepertimana yang diriwayatkan oleh Abdurrazzaq daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata:

“Sesungguhnya puasa itu (menahan diri) daripada sesuatu yang masuk, bukan daripada sesuatu yang keluar. Dan wudhu’ itu disebabkan (menahan diri daripada) sesuatu yang keluar, bukan sesuatu yang masuk.”

Dalam atsar yang lain, daripada Abdullah bin Abbas r.a, ia berkata:

“Dia berkata tentang berbekam bagi orang yang berpuasa. Dia berkata,’Berbuka (puasa) itu kerana sesuatu yang masuk, bukan kerana sesuatu yang keluar.’” [Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah]

Bukhari meriwayatkan atsar ini secara mu’allaq (gugur salah seorang atau lebih perawinya) namun atsar ini sahih.

Telah disepakati oleh kaum Muslimin bahawa masuknya sesuatu benda melalui kerongkong merupakan perkara yang jelas membatalkan puasa tidak kira sama ada benda tersebut sampai ke perut ataupun ke dalam paru-paru, dan juga tanpa mengira apakah jenis benda yang masuk tersebut. Perkara tersebut sememangnya membatalkan puasa. Jika seseorang ingin berhelah dengan menumbuk kacang sehingga halus kemudian disedut dengan nafasnya melalui hidung, maka hal tersebut tetap membatalkan puasanya kerana hasil daripada perbuatan tersebut adalah memasukkan sesuatu ke dalam kerongkong (melalui hidung) hingga sampai ke paru-paru ataupun perut.

Selain itu, jika yang masuk itu bukan terdiri daripada zat yang mampu disentuh seperti wangi-wangian, maka hal tersebut tidak membatalkan puasa berdasarkan hadis Anas bin Malik r.a, ia berkata:

“Rasulullah saw ditanya, apakah seseorang yang berpuasa boleh mencium (bau)? Baginda menjawab: Adakah terdapat masalah dengan bau-bauan yang dihidunya?” [Riwayat At-Thabrani]

Rasulullah dalam hadis ini dan dalam hadis yang lain telah menyamakan antara mencium isteri (at-taqbil) dengan mencium wangi-wangian (as-syamm), di mana kedua-duanya menunjukkan satu persamaan iaitu tidak membatalkan puasa.

Berbalik kepada persoalan as-su’uth, maka pendapat jumhur adalah pendapat yang tepat iaitu as-su’uth membatalkan puasa dan ia wajib untuk menqadha kembali puasanya berdasarkan atsar sahabat mengenai puasa sebagai menahan “sesuatu yang masuk”, iaitu menahan diri daripada masuknya sesuatu ke dalam perutnya. Ini termasuklah apa sahaja yang melalui saluran organ pencernaan, mulai daripada kerongkong sehinggalah ke usus besar. Oleh itu, sesuatu yang masuk ke dalam perut membatalkan puasa dan sesuatu yang masuk melalui rongga badan antaranya seperti as-su’uth dianggap sebagai membatalkan puasa.

Beberapa amalan perubatan yang berkaitan

1.    Pemasangan jaringan wayar atau tiub (seperti catheter) yang digunakan untuk membuka pembuluh darah yang tersumbat, ataupun pemasangan tiub berkamera dan alat-alat lain yang seumpama dengannya (seperti bronchoscope, endoscope dan lain-lain) untuk pemeriksaan dalaman tubuh dan lain-lain, maka keadaannya perlu dikaji terlebih dahulu. Jika wayar atau tiub tersebut dimasukkan melalui kulit dan ia sampai kepada paru-paru, perut dan usus, maka hal tersebut membatalkan puasa. Jika ia masuk melalui kulit dan sampai ke jantung, hati ataupun pundi kencing iaitu tidak sampai kepada sistem pencernaan, maka tidak membatalkan puasa.

2.    Imbasan otak dan kardiografi untuk jantung yang biasanya disertai dengan pemasangan wayar atau elektrod pada tubuh tidak membatalkan puasa.

3.    Penggunaan pancaran sinaran (ray) dalam pelbagai tujuan seperti menghancurkan batu karang dan juga rawatan kanser, rawatan seperti ini tidak membatalkan puasa. Begitu juga rawatan yang menggunakan gelombang magnetik kerana gelombang dan sinaran tidak termasuk sebagai benda (yang mempunyai zat atau ’ain yang dapat diindera).

4.    Taqthir (menitiskan sebarang cecair) ke dalam zakar lelaki atau ke dalam saluran kencing (al-ihlil menurut istilah ahli fiqh) tidak membatalkan puasa kerana ia tidak sampai masuk ke dalam paru-paru atau sistem pencernaan. Termasuk dalam hal ini seperti memasukkan tiub atau wayar (seperti urinary catheter, uretroscope dan lain-lain) melalui zakar untuk pemeriksaan pundi kencing dan ginjal serta operasi pemeriksaan rahim wanita dengan menggunakan vaginoscope ataupun alatan lain, kesemuanya tidak membatalkan puasa.

5.    Enema atau memasukkan ubat melalui dubur membatalkan puasa kerana ia melalui organ pencernaan. Pendapat Imam Ahmad berkenaan enema membatalkan puasa merupakan pendapat yang benar.

6.    Vaksin kulit dan yang sejenis dengannya tidak membatalkan puasa, namun vaksin mulut membatalkan puasa.

7.    Operasi membersihkan rahim wanita (douche), pemeriksaan rahim dan segala yang diperlukan seperti memasukkan ubat-ubatan melalui saluran ke rahim (vaginal suppository), kesemua ini tidak membatalkan puasa kerana rahim bukan termasuk dalam sistem pencernaan atau pernafasan.

8.    Sesuatu yang keluar daripada faraj, maka hal tersebut perlu diteliti. Seperti yang sedia maklum, haid dan nifas membatalkan puasa. Namun jika ia termasuk darah istihadhah (iaitu darah yang keluar kerana pembuluh darah putus atau pecah), maka puasanya tidak terbatal. Darah yang keluar daripada mana-mana anggota tubuh lelaki mahupun wanita tidak membatalkan puasa. Cairan yang keluar daripada alat kemaluan wanita selain darah juga tidak dianggap membatalkan puasa.

9.    Al-jaifah (luka yang bersambung ke perut atau bahagian dalaman tubuh) membatalkan puasa sekiranya luka tersebut masuk ke dalam paru-paru atau ke dalam sistem pencernaan. Jika lukanya tidak sampai kepada anggota-anggota tersebut, maka ia tidak membatalkan puasa. Contohnya jika luka terkena hingga ke jantung, hati dan organ lain. Manakala bagi al-ma’mumah (luka yang sampai ke selaput otak), ia juga tidak membatalkan puasa kerana memasukkan apa sahaja ke bahagian dalam tulang tengkorak tidak membatalkan puasa.

10.    Pembiusan dengan menyedut ubat bius melalui mulut atau hidung membatalkan puasa. Ia termasuk dalam perbahasan as-su’uth yang membatalkan puasa.

11.    Bagi pembedahan, jika ia melibatkan sampai ke perut, paru-paru atau sistem pencernaan, maka ia membatalkan puasa. Jika selain daripada perkara tersebut seperti pembedahan buah pinggang, jantung atau hernia, ia tidak membatalkan puasa seseorang kecuali jika ia diiringi dengan aktiviti perubatan lain seperti memasukkan ubat atau sesuatu melalui paru-paru atau sistem pencernaan.

12.    Operasi lutut, paha atau penggantian organ yang rosak pada kedua-duanya tidak membatalkan puasa.

13.    Jarum suntikan melalui pembuluh darah ataupun otot tidak membatalkan puasa, tidak kira sama ada yang dimasukkan itu adalah ubat, zat-zat makanan, darah ataupun bius selagimana tidak secara langsung memasuki sistem pernafasan atau pencernaan.

Secara ringkasnya, memasukkan sesuatu apa pun, sama ada ia pepejal atau cecair, ataupun alatan tertentu, jika ia memasuki ke dalam sistem pernafasan atau sistem pencernaan, maka hal tersebut membatalkan puasa. Sebaliknya jika ia tidak sedemikian, maka puasa seseorang itu masih sah.

Syubhat yang muncul adalah mengapa dibolehkan sesuatu yang mempunyai zat makanan masuk melalui jarum suntikan sedangkan puasa itu termasuk sebagai menahan diri daripada makan dan minum? Bukankah menyuntik zat makanan atau vitamin mempunyai kesamaan dengan makan dan minum itu sendiri?  Sebagai jawapan bagi syubhat tersebut, perlu difahami bahawa seseorang yang berpuasa itu dilarang untuk makan dan minum, iaitu dilarang daripada melakukan sesuatu yang boleh diistilahkan sebagai makan dan minum. Inilah yang disebutkan dalam pelbagai dalil dan nas. Tidak ada satu pun nas atau dalil yang mengatakan supaya orang yang berpuasa itu menahan diri daripada al-mughadziyat (sesuatu yang berzat makanan) atau at-taghdziyah (pemberian zat-zat makanan).

Oleh itu, seseorang yang menelan segenggam tanah atau beberapa biji batu kerikil dianggap sebagai membatalkan puasa walaupun benda-benda yang ditelan itu tidak dikategorikan sebagai al-ghidza (sesuatu yang berzat makanan). Yang menjadi sandaran adalah proses atau perbuatan makan dan minum itu sendiri secara fizikal, bukan pemberian zat makanan (at-taghziyah) atau sesuatu yang berzat makanan (al-ghidza). Oleh yang demikian, tidak ada keraguan lagi bahawa pemberian zat makanan atau darah melalui kulit tidak termasuk sebagai makan dan minum serta ia tidak mengakibatkan terbatalnya puasa. Wallahu a’lam.

*Disunting dan diringkaskan daripada tulisan Syeikh Mahmud Abdullatif ‘Uwaidhah bertajuk Himpunan Hukum-Hakam Tentang Puasa (Al-jami’ li Ahkam As-Siyam).

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/4746-irsyad-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-176-apakah-hukum-cucuk-vaksin-covid-19-pada-bulan-ramadhan

https://muftiperlis.gov.my/index.php/panduan-hukum/634-hukum-puasa-bagi-pesakit-lelah-yang-menggunakan-inhaler

https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/04/batal-atau-tidak-puasa/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/573398/ada-rawatan-perubatan-yang-membatalkan-puasa

http://mufti.perak.gov.my/profil/jabatan/carta-organisasi/68-koleksi-umum/artikel_khas/496-penggunaan-alatan-yang-boleh-membatalkan-puasa

https://mykhilafah.com/hukum-memasukkan-sesuatu-ke-dalam-hidung-ketika-berpuasa/