My grand padlet by Shahirahalis

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN
PENDAHULUAN
Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insitusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.

ISI PENTING
Terdapat 3 pembahasan mengenai sosiologi pendidikan iaitu perkembangan perspektif sosiologi pendidikan, dimana sosiologi sebagai pendekatan belajar tentang pendidikan, beberapa pendekatan yang digunakan sejumlah perspektif sosiologi pendidikan, baik perspektif sosiologi pendidikan yang berorientasi makro maupun mikro dengan sejumlah teori yang relevan. Paradigma yang berkembang di dunia pendidikan sebagai implikasi dari pilihan perspektif sosiologis yang digunakan yang meliputi paradigma behaviorism, konstruktivisme dan social cognitive dalam pengembangan pendidikan.
Selain itu, pendidikan dalam perspektif struktur fungsional, memahami posisi perspektif ini dalam mengembangkan pandangannya tentang pendidikan, kemudian memasuki konteks sosial yang melatarbelakangkan perspektif ini, asumsi-asumsi, pertanyaan yang diajukan, unit analisasi dan metodologi serta kerangka pemikiran para tokohnya dan implikasinya terhadap strategi pembelajaran.
Akhir sekali, pendidikan dalam perspektif struktur konflik, ini adalah pendidikan dalam perspektif struktul konflik Artikel ini adalah untuk menggambarkan kedudukan pendidikan dalam perspektif konflik politik. Analisis perpustakaan digunakan untuk mengetahui deskripsi, yang melibatkan rujukan sebenar dan fakta, rakan sebaya dan rakan sebaya yang mengajar pendidikan agama.

RUMUSAN
Manfaat sosiologi sangat besar bagi upaya pengembangan pendidikan, karena pendidikan diselenggarakan di tengah kehidupan masyarakat yang terus menerus tumbuh dan berubah cepat. Tanpa memahami karakteristik pertumbuhan dan perkembangan masyarakat, penyelenggaraan pendidikan bisa keluar dari konteks masyarakatnya. karena itu diperlukan jasa ilmu-ilmu sosial terutama teori-teori tentang sosiologi.

BAB 2: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara yang perlu dilakukan oleh guru, bagi menentukan mata pelajaran yang diajar mengikut kepakaran memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang.

ISI PENTING
Penetapan matlamat diri dan akademik merupakan salah satu faktor pengurusan pembelajaran. Penetapan matlamat diri dan akademik harus dilakukan kerana matlamat yang jelas dan spesifik adalah lebih baik daripada matlamat yang kabur bagi seorang pelajar. Justeru itu, disinilah guru akan menerangkan matlamat yang perlu digapai agar masa hadapan pelajarnya tidak gelap.
Selain itu, pengurusan masa. Pengurusan masa merupakan perkara yang amat perlu dititikberatkan dalam mengurus pembelajaran. Ini kerana, apabila pengurusan masa dilakukan dengan baik maka penggunaan masa dapat diseimbangkan antara aktiviti belajar dan aktiviti-aktiviti lain. Pengurusan masa boleh dilakukan dengan menyusun jadual belajar harian. Senarai aktiviti harian ataupun list to do juga boleh dilakukan agar aktiviti yang akan dilakukan pada hari-hari tertentu akan lebih jelas.
Akhir sekali, strategi meningkatkan daya ingatan. Otak manusia berupaya mengingat dan menyimpan maklumat yang diperoleh. Namun begitu, keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara semakin lemah apabila usia semakin meningkat bermula pada umur 27 tahun. Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan.

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Ada yan berpendapat bahawa aktiviti kokurikulum merupakan salah satu kaedah untuk membentuk perkembangan personaliti pelajar. Hal ini kerana, aktiviti kokurikulum dapat membantu murid untuk berfikiran positif dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi. Malah, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, pelajar dapat mengembangkan beberapa domain penting iaitu domain intelek dan domain personaliti
Domain intelek ialah orang yang menggunakan intelek untuk bekerja, belajar, membayangkan, mengagak, atau menyoal dan menjawab soalan tentang berbagai-bagai idea.
Manakala domain personaliti ialah
Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

BAB 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Organisasi dan kepimpinan adalah sebuah proses dimana seorang pemimpin mempengaruhi dan memberikan contoh kepada pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan organisasi. Pemimpin yang baik bukan dilihat daripada orang yang menjadi pengikutnya dan bukan juga dilihat daripada berapa lama ia memimpin akan tetapi pemimpin yang baik dilihat daripada keberhasilannya menciptakan pimpinan yang baru. Kepimpinan menjadi salah satu faktor penting bagi keberhasilan sebuah organisasi.  Kepemimpinan dalam organisasi akan menjadi lebih efektif jika pemimpin boleh menjalin hubungan silaturrahim dengan anak buahnya seorang dengan itu pemimpin tersebut akan dihormati oleh anak buahnya.

BAB 5: PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah di sekolah penting sebagai medium untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran ialah perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dirangka secara kreatif dan menarik untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kebolehan dan kesungguhan pelajar dalam proses ilmiah. Guru perlu menarik perhatian pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pembelajaran pula ialah aktiviti atau proses di mana pelajar tersebut memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran baru serta mengaplikasikannya dalam kehidupan. Justeru, menjadikan pelajar lebih yakin untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijaksana.

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.Selain itu, Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.
ISI PENTING
Kepentingan Sumber

1. Media komunikasi

·         Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat

·         Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video

2. Sebagai ransangan

·         Murid lebih minat belajar

·         Bahan sebagai ransangan utama murid

3. Penjelasan makna dan konsep

·         Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber

·          Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

SLIDE PEMBENTANGAN http://badiahhalim.blogspot.com/2018/12/bab-7-pengurusan-sumber.html

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
Bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

Asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik ialah komunikasi. Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan objektif pengajarannya dengan jelas.

Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan.

SLIDE PEMBENTANGAN: https://asnieysulaiman.blogspot.com/2019/04/bab-8-strategi-mengurus-bilik.html

BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai, dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala pengurusan tingkah laku merupakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pembelajaran akademik mahupun sosial. Ini bermakna tanpa perubahan tingkah laku, pembelajaran tidak akan berlaku. Dalam hal pembelajaran, perubahan tingkah laku menjadi kayu ukur bagi menentukan sama individu tersebut telah mempelajari sesuatu yang baru atau tidak dan samada positif atau negatif.
Menurut Abdullah Sani(2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi indvidu daripada segi intelek, rohani, jasmani dan emosi supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.

ISI PENTING
a) Disiplin ialah Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

Kesanggupan seseorang murid  menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak.

b) Pengurusan Disiplin ialah Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok  masyarakat. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan mahkamah. Mengandungi dokumen undang-undang. Contohnya ialah Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.

RUMUSAN
Kesimpulannya, para pelajar dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.namun begitu ia sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka.gejala seperti ponteng sekolah, ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-sosial, bergaduh, membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID
Terdapat pelbagai cara membantu dan membimbing manusia. Antaranya dengan memberi nasihat , membimbing , kaunseling dan mungkkin juga melalui proses psikoterapi. Konsep asas membimbing ini wajar difahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan dan keupayaan masing-masing.

ISI PENTING
* Kaunseling individu
mementingkan penggunaan masa akan tetapi manusia sentiasa lalai dan rugi. Jika manusia yang baik maka beriman dan beramal solehlah selalu serta sentiasa bersabar dalam memberi nasihat.

RUMUSAN
Oleh itu, penasihatan dan bimbingan adalah konsep yang membawa pengertian yang serupa. semoga penjelasan ini dapat menghilangkan apa jua kekeliruan yang timbul apabila melakukan penasihatan dan bimbingan bersama jika tersalah langkah lainlah maknanya. Bagaimanapun, menasihat adalah amalan yang muliadalam masyarakat kita terutamanya di Malaysia.

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Manakala definisi Pelbagai Budaya ialah satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

Terdapat 3 teori pelbagai budaya iaitu Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity.  Anglo conformity ialah pengaruh lintas etnik, dan dalam beberapa hal, lintas agama. Selama hampir empat abad sejak para pemukim pertama dari Eropa tiba di Dunia Baru yang disebut Amerika, budaya para founding fathers ini telah menjadi komponen sentral dan tak terpisahkan dari apa yang disebut identitas Amerika.
Seterusnya ialah Melting Pot II: Ethnic Synthesis. Ethnic synthesis ialah dentiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Akhir sekali, Cultural Pluralism (Mosaic Analogy) ialah teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti                                      budaya kelompok minoriti.

RUMUSAN
Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek iaitu konsep, gerakan, dan proses.

BAB 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Adam Salleh (2003) menyatakan, pendidikan adalah hak asasi semua manusia. Semua insan di dunia ini, mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Individu kurang upaya juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Sebagai manusia normal, mungkin tidak akan berasa rendah diri kerana kebanyakkan yang dilahir dengan sempurna sehingga segelintir yang sanggup menghina atau mengetepikan orang yang kurang sempurna. Malah, pelajar kurang upaya sepatutnya tidak disisihkan daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan setanding dengan pelajar yang normal malah kadang kala melebihi mereka.
semua pihak perlulah peka terhadap persekitaran pelajar pelbagai upaya. Kewujudan minoriti komuniti kurang upaya di Malaysia perlu diiktiraf dan menerima kesamarataan dengan masyarakat biasa.

Kesimpulannya, Sistem Pendidikan yang sedia ada perlu diperkembangkan dan menggunakan sepenuhnya perkembangan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Keadaan persekitaran bagi pelajar yang berkeperluan khas seperti mereka turut perlu diperkemaskan bagi menjamin keselesaan pelajar. Contohnya, persekitaran kelas bagi pelajar pelbagai upaya perlu menarik dan bilangan pelajar juga tidak terlalu ramai bagi mengelak pelajar menjadi malu atau tertekan. Oleh yang demikian, kita seharusnya memberi nilai kasih sayang yang sepenuhnya terhadap pelajar yang pelbagai upaya ini bukannya mengetepikan hak asasi mereka

SLIDE PEMBENTANGAN: http://elhaurawareesha.blogspot.com/2019/05/bab-11-pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Sekolah merupakan tempat dimana untuk menuntut ilmu, langkah awal untuk mengenali ilmu itu sendiri. Selain pelajaran awal yang bermula daripada ibu bapa itu sendiri, sekolah juga merupakan tapak lain untuk meneroka ilmu dan menambah untuk pengetahuan diri sendiri. Sekolah ialah sebuah institusi yang memberi pendidikan formal dan informal kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Manakala, persekitaran dalam konteks kajian ini membawa maksud kawasan sekitar yang terdapat berdekatan sekolah tersebut. Sebagaimana pentingnya iklim sekolah yang harmoni, persekitaran sekolah juga berperanan membangkitkan semangat motivasi pelajar. Faktor-faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadi sumber pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan (Azhar 2006)
Menurut artikel MOHAMAD KHAIRI OTHMAN,ASMAWATI SUHID ( 2010 ) pentingnya peranan sekolah dan guru dalam membentuk nilai sahsiah dan akhlak dalam kalangan pelajar. Sekolah bukan setakat tempat untuk mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik dan guru bukanlah setakat orang untuk mengajar bagi mendapatkan pencapaian akademik tetapi lebih daripada itu iaitu dalam membina dan juga membangunkan potensi diri terutama daripada segi sahsiah, nilai dan akhlak pelajar itu sendiri.
Oleh itu, hubungan sekolah dengan persekitaran termasuklah ibu bapa dan masyarakat. Ia juga dikenali sebagai Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas, Sarana Ibu Bapa merupakan kumpulan sokongan ibu bapa yang berperanan menambah baik prestasi akademik sekolah serta mempergiat lagi aktiviti di luar bilik darjah pada masa depan. Konsep Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah seumpama ini sebenarnya telah lama dijalankan di negara maju dalam memastikan taraf pencapaian akademik dan prasarana (kemudahan) sekolah mencapai standard yang baik serta membantu mendapat bantuan kewangan daripada pihak swasta dalam pelbagai aktiviti sekolah

SLAID PEMBENTANGAN: https://drive.google.com/file/d/1FXL29CxtJPTAuz-7PS_PItf9WLhmPBNV/view?usp=sharing

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Pengurusan alam pembelajaran boleh dikaitkan dengan sikap dan kesedaran guru terhadap alam pembelajarannya.
Menurut Teng Lung Kiu (2006), guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi lebih bersedia menerima inovasi dalam sistem pendidikan. Guru berefikasikendiri tinggi akan menjadi pendorong utama kepada perkembangan pendidikan yang akan membawa negara memasuki peradaban gelombang ketiga. Guru yang komited dan berdedikasi juga menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Keberkesanan bukan sahaja bergantung kepada kemahiran mengajar malah termasuk sikap dan perasaan guru terhadap tugas mereka. Guru yang percaya kepada kebolehan diri akan berusaha bersungguh-sungguh, komited terhadap kerja dan menunjukkan prestasi kerja yang lebih baik. Mereka juga akan sentiasa bersedia memberi pandangan dan sumbangan demi kepentingan sekolah. Bahkan guru yang berefikasi tinggi dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh organisasi mereka.
Sesuai dengan waktu pembelajaran sekarang yang semuanya dihujung jari kerana pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara. Seorang guru perlu bersedia dengan sebarang bahan  yang digunakan untuk pembelajaran secara online dengan para pelajarnya.