FILEM: ELEMENTAL by NUR SHAFIQA BINTI MUSTAFFA (KL)

AHLI KUMPULAN

MUHAMMAD AIMAN BIN JAMALUDIN(AM2307014217)

NUR SHAFIQA BINTI MUSTAFFA(AM2307013970)

MUHAMMAD ALIFF HAIQAL RAMLEY (AM2307013968)

NURFARAH AINA BINTI SULAIMAN(AM2307014207)

A'LEA SOPHEA BINTI JAMIL(AM2307013715)

PLOT FILEM

1. PERMULAAN
Filem ini bermula dengan Benie dan Cinder Lumen, dua elemen api yang ingin berpindah ke Element City. Pada mulanya, mereka menghadapi kesukaran untuk mencari tempat tinggal kerana Xenofobia yang mereka hadapi. Namun, selepas beberapa kajian, akhirnya mereka berjaya mendapatkan tempat tinggal yang sesuai akan tetapi keadaan rumah itu bukanlah dalam keadaan yang sempurna. Walau bagaimanapun, mereka tetap membuat keputusan untuk menetap disitu. Tidak lama kemudian, Bernie dan Cinder mula mendapat cahaya mata perempuan yang bernama Ember. Selepas itu, Bernie dan Cinder menjadikan rumah mereka sebagai sebuah kedai yang dinamakan “The Fireplace” yang semakin lama menjadi semakin terkenal di kalangan Elemen Api.

2. PERKEMBANGAN
Ember dibesarkan dengan membantu perniagaan ayahnya. Ember dijangka akan mengambil alih perniagaan keluarganya apabila bapanya sudah bersara. Namun begitu, kerisauan Benie iaitu si bapa mula membuak apabila si Ember mempunyai masalah panas baran dan sering kehilangan sabar terhadap pelanggan – pelanggannya sehingga menyebabkan banyak kerosakan di dalam kedai. Jadi, Ember mula meyakinkan ibu bapanya untuk menjaga kedai pada hari ‘’Red Dot Sales’’ berlangsung. Setelah beberapa kali percubaan akhirnya Ember mula mendapat kepercayaan daripada ibu bapanya untuk menjaga kedai tersebut. Namun begitu, apabila tiba hari jualan tersebut, Ember tidak dapat mengawal kemarahannya terhadap pelanggannya dan tanpa dia sedari, dia telahpun melepaskan kemarahannya di ruang bawah tanah kedai yang mempunyai banyak paip yang bermasalah sehingga menyebabkan berlaku kebocoran besar terhadap salah satu paip. Dan di situ juga, dia telah bertemu dengan ‘Wade Ripple’, iaitu elemen air yang bekerja sebagai pemeriksa di bandar Element.

3. KONFLIK
Akibat kebocoran air yang terjadi di ruang bawah tanah kedai bapa Ember, Wade ingin membuat laporan dan laporan tersebut boleh menyebabkan kedai bapa Ember ditutup. Selepas itu, Wade mula merasa kesian dengan situasi Ember dan ingin membantu Ember untuk mendapatkan semula laporan tersebut. Akan tetapi, usaha mereka tidak berjaya dan menyebabkan Wade dan Ember bertemu dengan Gale, iaitu “Atasan Dewan Bandaraya”. Gale akhirnya diberi masa seminggu untuk mereka mencari punca kebocoran paip tersebut. Dalam usaha mereka untuk mencari punca masalah paip itu, mereka mendapati air sekeliling bandar element api Ember tumpah ke dalam terusan dan menyebabkan air melimpah di tempat tinggal mereka. Selepas itu, Ember berusaha menggunakan element apinya untuk membuat kaca lalu menutup empangan air yang rosak itu.

4. KLIMAKS
Perjalanan mereka berdua untuk menyelesaikan masalah paip tersebut menyebabkan hubungan mereka menjadi lebih rapat. Akan tetapi, disebabkan oleh perbezaan element, Ember memilih untuk memendam perasaanya terhadap Wade. Wade menjemput Ember untuk datang kerumahnya dan bertemu dengan keluarga Wade. Disitu, Ember mula menunjukkan kemahirannya dengan mengukir kaca dan ibu kepada Wade iaitu Brooke Ripple, membuat tawaran kepada Ember untuk memasuki Latihan amali mengukir kaca tetapi jauh dari tempat tinggalnya. Dari situ, Ember mula menyedari bahawa impiannya bukanlah untuk mengambil alih perniagaan bapanya tetapi dalam ukiran kaca. Setelah Bernie, iaitu ayah kepada Ember mendapat tahu bahawa Ember sering bertemu Wade, element air yang sangat dibenci oleh Bernie. Disebabkan itu, Ember dan Wade mula berpisah kerana hubungan mereka tidak direstui oleh bapa si Ember dengan alasan perbezaan element.

5. PELERAIAN
Empangan air yang melindungi tempat tinggal elemen api tersebut mula pecah dan menyebabkan banjir yang besar berlaku sehingga boleh menyebabkan kematian elemen api yang tinggal disitu. Ember dan Wade yang menyedari kejadian tersebut mula memberi amaran kepada penduduk di situ untuk menyelamatkan diri. Kemudian, Ember dan Wade ingin menyelamatkan “api biru” kepunyaan keluarga Ember yang merupakan nilai tradisi kaum elemen api. Akan tetapi, mereka berdua telahpun terperangkap di dalam kedai tersebut akibar banjir yang semakin teruk. Situasi menjadi semakin kritikal apabila Wade, si air mula mencair akibat suhu persekitarannya yang tinggi. Selepas situasi menjadi semakin terkawal, keluarga Ember mula menyedari ketiadaan Wade dan mereka mula berfikir bahawa Wade sudah mencair dan tersejat. Bagi menyelamatkan Wade, Ember mula bercerita mengenai kisah sedihnya dan secara perlahan-lahan, Wade menangis dan kembali hidup. Kehadiran Wade disitu disambut baik oleh ibu bapa Ember. Selepas beberapa bulan kemudian, Ember dan Wade mula  menjalinkan hubungan percintaan dan mereka berdua bertekad untuk melancong ke seluruh dunia sementara Ember menjalani Latihan amali dalam mengukir kaca.

CABANG FALSAFAH : METAFIZIK

MAKSUD METAFIZIK
Metafizik merupakan ilmu yang sangat luas dan abstrak. Ia adalah ilmu di bawah cabang ilmu falsafah di mana ia adalah kajian mengenai sesuatu yang luar biasa, hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti dan mengkaji sesuatu persoalan asas pada zaman kuno. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji sesuatu untuk dirungkai seperti bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, apakah yang menjadikan sesuatu? atau mengkaji sesuatu hal yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, kajian mengenai apakah hubungan antara minda atau akal dengan tubuh badan atau fizikal.

METAFIZIK DARI SUDUT ETIMOLOGI
Istilah metafizik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Meta(selepas) dan Physika(yang mengenai alam). Jadi metafizik bermaksud melangkaui alam fizik. Metafizik menjelaskan sesuatu yang disebalik fizikal. Jadi metafizik ini ditafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak dapatt dilihat oleh mata kasar.

METAFIZIK DARI SUDUT TERMINOLOGI
Metafizik menjelaskan sesuatu yang disebalik fizikal merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi dua suku kata yang utama, iaitu meta yang bermaksud disebalik dan fizik yang membawa maksud zahir. Metafizik merupakan salah satu cabang utama falsafah yang dikenali sebagai falsafah pertama merujuk kepada karya purba Aristotle ‘’metaphysics’’. Aristotle mendefinisikannya sebagai ‘’the study of the first principles and causes of the things.’’ Plato dan Aristotle berpendapat bahawa sesuatu yang disebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri. Ini kerana bagi mereka alam pemikiran itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia dan hanya boleh dirasai kehadirannya.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH

FANTASI
Walaupun ‘Elemental’ merupakan animasi drama romantik yang biasa, tapi penulis animasi ini meletakkan imaginasi yang unik dan di luar pemikiran kita, seperti alam fantasi untuk unsur kehidupan. Kita dapat lihat watak-watak yang berkait rapat dengan unsur-unsur asas kehidupan iaitu air, udara, tanah dan api. Unsur- unsur kehidupan ini hidup bermasyarakat dalam satu kotaraya besar yang dipanggil ‘Elemental City’ dan semuanya saling melengkapi dan berinteraksi. Selain itu, di dunia elemental ini juga melampaui batas fizik seperti sentuhan antara unsur air dengan api seperti watak Ember(api) dan Wade(air) yang bersentuhan dan menunjukkan rasa cinta mereka.

KASIH SAYANG
Kasih sayang merupakan nilai yang terdapat di dalam falsafah metafizik dan kasih sayang ini boleh didefinisikan dengan perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Kasih sayang ini lahir daripada hati yang ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh emosi atau orang lain. Kasih sayang yang wujud di dalam filem ini ialah kasih sayang antara kekeluargaan. Sebagai contoh, Benie iaitu bapa kepada si Amber, masih menyayangi anaknya walaupun anaknya tidak mahu menyambung legasinya untuk meneruskan perniagaan kecilnya.

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

ISU SEMASA: POLITIK
Pekerja atasan tidak mempedulikan masyarakat bawahan yang memerlukan bantuan baik pulih kediaman mereka sehingga menyebabkan banjir besar di bandar kelas rendah dan mereka terpaksa melakukan pembaikian secara sendiri.  Masalah ini boleh diklasifikasikan yang sama berlaku di dunia nyata seperti di Kuala Lumpur, telah mendapati terdapat kebocoran pada sistem perpaipan bekalan air di kawasan terbabit. Ini membuktikan bahawa kerajaan tidak melakukan pemerhatian secara berkala kerana mereka hanya memakan duit cukai rakyat untuk mencantikan kawasan dan tidak peduli akan keselamatan pihak awam  sehingga menyebabkan bahaya terhadap rakyat tempatan.

ISU SEMASA: KEMASYARAKATAN
Wade dan Gale dengan baik hatinya membantu Amber untuk melihat bunga Vivisteria yang Amber ingin lihat sejak dari kecil lagi dan Gale membantu Wade dengan membuat gelembung udara untuk Amber bernafas malaluinya manakala Wade menolak Amber yang berada di dalam gelembung tersebut untuk melihat bunga Vivisteria. Situasi seperti ini boleh dikaitkan dengan situasi kita di Malaysia apabila negara mengalami kemelut akibat pandemic COVID-19. Masyarakat membantu meringankan beban rakyat yang tidak berkemampuan untuk menjalani kehidupan harian. Ia merupakan satu nilai murni yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya terutama sekali apabila menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka seperti ini.

PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS

PERSOALAN 1 (Mengapa sifat ekstremis membawa keburukan kepada masyarakat?)
Hal ini boleh dibuktikan apabila ayah kepada Ember, menunjukkan kemarahannya terhadap dua karakter air yang mencetuskan masalah di dalam kedainya.  Diikuti dengan Ember, di mana dia cuba berhadapan dengan dua karakter air tersebut secara bersemuka lalu mengugut mereka agar mereka berdua beredar dari kedai mereka. Berdasarkan pada perhatian tersebut, terdapat unsur perkauman yang dimainkan dalam filem ini. Misalnya, hubungan antara elemen api dan air adalah kurang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana karakter api menganggap bahawa karakter air membawa musibah terhadap kaum mereka (api) dan boleh mengancam keselamatan mereka. Secara umum, ekstremisme merujuk kepada tindakan atau pandangan yang melampaui sempadan munasabah atau rasional, dan boleh mengancam keselamatan, kestabilan, dan keharmonian sosial. Ekstremisme berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk politik, agama, dan ideologi. Untuk menangani ekstremisme adalah cabaran kompleks di kebanyakan negara kerana ia melibatkan banyak pihak termasuk kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan individu. Contohnya, salah satu tindakan yang boleh diambil untuk menangani ekstremisme ialah meningkatkan pendidikan dan kesedaran tentang nilai-nilai sejagat seperti keamanan, toleransi, kerjasama, dan menghormati perbezaan. Kesannya, tindakan tersebut dapat membantu dalam mengurangkan kecenderungan untuk menerima pandangan ekstremis.

PERSOALAN 2((Mengapa ibu bapa perlu mengutamakan minat atau perasaan anak mereka?)
Terdapat detik perpisahan antara Ember dengan ibu bapanya di mana Ember mengikuti Wade demi mengejar impiannya untuk menghasilkan ukiran kaca. Pada mulanya, bapa Ember menentang minat Ember di dalam bidang ukiran kaca kerana dia menginginkan anaknya untuk menyambung legasi perniagaannya. Namun begitu, selepas beberapa rintangan yang telah Amber hadapi, bapanya mula sedar bahawa anaknya memiliki kemahiran yang tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Akhirnya, si bapa Ikhlas menghantar pemergian anaknya untuk mengejar impiannya. Berdasarkan pada pemerhatian tersebut, ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorak masa depan dan membentuk hala tuju anak mereka. Selain itu, hal ini juga boleh merujuk kepada gaya hidup yang dikongsi ibu bapa dengan anak mereka yang kembali kepada asas keibu bapaan termasuk pembabitan bersama, kasih sayang dan rasa hormat. Selain daripada itu, ibu bapa dapat menerima keunikan dan sifat semula jadi setiap anak, tidak tergesa-gesa dengan kejayaan anak-anak. Ibu bapa juga harus menunjukkan kasih sayang, minat dan sokongan terhadapat minat dan hobi anak-anak mereka. Sifat seperti ini sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa.