PADLET FOR TITAS by Aslexson Meron

1. Hubungkait undang-undang syariah dengan batu bersurat Terengganu.
Batu Bersurat Terengganu telah ditemui pada tahun 1887 di Kampung Buluh, Kuala Berang. Batu Bersurat Terengganu ini dikatakan adalah teks perundangan Islam pertama di negara ini sekaligus membuktikan kewujudan Islam di negeri Terengganu adalah lebih awal berbanding negeri Melaka dan Kedah. Perkara yang tercatat di atas Batu Bersurat ini adalah penting dalam pengasasan dan perkembangan undang-undang syariah di negara ini kerana ia mempunyai kandungan undang-undang Islam yang dilaksanakan di negeri Terengganu pada suatu ketika dahulu. Tulisan dalam Bahasa Melayu dengan tulisan jawi di atas Batu Bersurat ini menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga menyatakan mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, Batu Bersurat Terengganu ini telah diambil sebagai contoh dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. Selain itu, Batu Bersurat ini adalah bukti yang penting dalam penerimaan agama Islam dalam kalangan penduduk tempatan di negeri Terengganu pada ketika itu.

2. Sejarah perkembangan Islam di Nusantara.
Pengaruh Islam di Indonesia telah berkembang secara berperingkat di daerah-daerah di bahagian barat. Menurut Ricklefs, pengaruh Islam berkembang melalui pelbagai cara, antaranya ialah dengan perkahwinan orang-orang Arab, Persia, India dan lain-lain dengan orang tempatan, pertunjukan kesenian, penubuhan pusat-pusat pendidikan Islam dan sebagainya. Ahli-ahli sejarah telah mengemukakan beberapa pendapat mengenai sejarah kedatangan Islam di Indonesia. Menurut Mouqette, Islam telah wujud di Indonesia sekitar abad ke 13-14 Masihi lagi. Ini dibuktikan dengan penemuan batu nisan Maulana Malik Ibrahim dan Malik al-Saleh yang ditemui di Pasai. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengenai kedatangan Islam di Nusantara. Antaranya ialah teori bahawa Islam datang dari Arab (teori Makkah), Islam datang dari Gujarat (teori Gujarat) dan Islam datang dari Persia (teori Persia). Proses penyebaran Islam di Nusantara berjalan dengan amat lancar kerana penyebaran tersebut berjaya meliputi hampir keseluruhan kepulauan Nusantara dan berjaya menarik penduduk-penduduk tempatan untuk memeluk agama Islam.

3. Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar.
Penyebaran Islam di Tanah Melayu telah dipengaruhi dengan hubungan dan jalinan diplomatik yang giat pada masa tersebut. Hubungan diplomatik telah terjalin dengan banyak negara-negara luar seperti Kerajaan Moghul di India dan Makkah. Dalam pada itu, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam di Acheh juga banyak menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan-kerajaan Islam seperti Kerajaan Gujerat, Malabar, Turki, Mesir, Makkah dan banyak lagi.  Pada masa tersebut, Acheh merupakan pusat perdagangan yang amat penting di Asia Tenggara akan kerana hubungan diplomatik yang terjalin dengan kerajaan-kerajaan lain adalah sangat utuh. Sebagai contohnya, kerajaan Acheh pada masa itu juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan dinasti Usmani di Turki, Belanda dan Inggeris. Acheh juga pernah menghantar utusan ke Turki dengan membawa hadiah. Kunjungan ini diterima baik oleh Khalifah Turki Usmani dan beliau telah membalas balik hadiah tersebut dengan menghadiahkan sebuah Meriam dan menghantar penasihat tentera bagi memperkuatkan lagi system pertahanan Acheh. Selain itu, kerajaan ini juga telah menjalinkan hubungan dengan Perancis. Perancis juga pernah menghantar wakilnya ke Acheh dengan membawa hadiah yang merupakan sebuah cermin.

BATU BERSURAT TERENGGANU

MEMORIAL BATU BERSURAT

MISTERI BATU BERSURAT TERENGGANU

BATU BERSURAT TERENGGANU (INSCRIBED STONE OF TERENGGANU)

SEJARAH KERAJAAN ISLAM DI INDONESIA