书签 by 初一11(30)张哲轩 CHONG ZE XUAN

menambah perbedaharaan kata
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan perbendaharaan kata anda. Apabila bekerja untuk berbuat demikian, penting untuk mengetahui matlamat anda untuk memilih cara terbaik yang anda ingin pelajari. Sebagai contoh, bacaan boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan perbendaharaan kata anda, tetapi ia tidak akan banyak membantu dalam ujian perbendaharaan kata minggu depan. Berikut adalah beberapa kaedah untuk membantu anda meningkatkan dan mengembangkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris anda.

Pengenalan diri
Nama :Chong Ze Xuan
Kelas  :Junior Middle Satu(11)
Nombor Kedudukan: 30
ID Pelajar :224517
Mata Pelajaran :Bahasa Melayu
Cikgu :Tai Ching Wen
Tarikh : 19/3/2022
Tema :kebaikan amalan
membaca

Meningkatkan pencapaian bahasa
Pada era globalisasi ini, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa pengantar

utama di seluruh dunia dan dengan menekankan penggunaan Bahasa

Inggeris, negara mampu bersaing setaraf dengan negara maju yang lain di

pentas dunia. Malaysia turut tidak ketinggalan telah mewujudkan

pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Pihak kerajaan khususnya

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sangat mengambil berat tentang

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk

para pelajar di sekolah. Terbaru, untuk mewujudkan masyarakat yang

menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta melahirkan

perpaduan masyarakat, pihak kementerian telah melaksanakan Dasar

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

(MBMMBI) bagi menggantikan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Namun, penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar masih lagi berada pada

taraf yang rendah, khususnya golongan pelajar sekolah di luar bandar.

Mengatahui berita atau isu semasa
Detik-detik hidup di Malaysia agak semakin membimbangkan dan merisaukan. Di mana-mana media banyak menyiarkan isu-isu mendebarkan, yang memerlukan kita memahami penulisan yang dipaparkan.

Kita perlu faham, tahu, fikir dan membuat penilaian dan membuat keputusan, yang mana baik, yang mana boleh diterima.

Kita tidak mempunyai pilihan mengenai keperluan untuk mengintegrasikan pemerhatian, pengalaman dan pengetahuan kita ke dalam idea-idea abstrak untuk dijadikan prinsip.

Kita hanya mampu membuat tanggapan sama ada prinsip-prinsip benar atau palsu, sama ada ia sebahagian pemikiran atau sabitan rasional kita.

Menambah ilimu pengetahuan
Walaupun masa berganti masa, zaman berubah mengikut zaman, golongan yang berilmu senantiasa menjadi insan yang dihormati dan disanjungi. Tanpa ilmu, seseorang itu tidak dapat membuat keputusan yang jauh lebih bijak berbanding dengan orang yang berilmu.

Dewasa ini, kita selalu didedahkan dengan kempen budaya membaca. Slogan kempen membaca seperti Rajin Membaca Pasti Berjaya dan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya begitu dekat dihati masyarakat kerana ia mencerminkan kejayaan seseorang. Slogan ini juga boleh dilihat secara meluas di dada akhbar, iklan di televisyen mahupun di tempat-tempat awam.

Senario ini dilihat berjaya ‘memujuk’ masyarakat untuk mengamalkan cara baru dengan lebih kepada ke arah penambahan ilmu pengetahuan. Namun, ianya tidak akan tercapai sekiranya masyrakat hanya mengagungkan slogan semata-mata tanpa mengamalkan budaya membaca ini.

Keperihatinan kerajaan dalam pendidikan negara cukup terpuji. Dasar negara yang mahu melahirkan generasi ilmuan yang ramai, seharusnya membuatkan generasi muda menyahut cabaran ini seiring dengan perubahan global yang semakin mencabar.

Di PTS, kami menerapkan konsep ‘pembacaan’ kepada masyarakat dalam usaha melahirkan ilmuan dan cendekiawan negara. Selain menerbitkan buku-buku yang berkonsepkan sistem pendidikan negara, kami juga mendidik masyarakat agar lebih berilmu dan dekat dengan dunia buku.

Buku-buku terbitan PTS seperti Islamika, Darul Furqan, Litera Utama, Millennia, Profesional, Pop dan lain-lain banyak menerbitkan buku-buku yang sememangnya dapat memberikan kesan pembacaan kepada masyarakat. Diterapkan dengan konsep syariah sebagai teras utama, sudah pasti ianya mampu membuatkan pembaca menghayati serta memahami penggunaan bahasa yang sebenar.

Mengisi masa lapang
Aktiviti-aktiviti Berfaedah Bagi Mengisi Masa Lapang

Setiap orang mesti mempunyai masa lapang setiap hari. Masa lapang ini mesti diisi dengan perkara yang berfaedah. Pada pandangan saya ibu bapa boleh membimbing anak-anak agar menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang baik. Terdapat beberapa aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan bagi mengisi masa lapang.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Sesungguhnya, kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan memperbaiki penguasaan bahasa melalui pembacaan. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang boleh kita baca seperti akhbar, majalah dan buku. Kita boleh membaca bahan bacaan tersebut di rumah atau di perpustakaan awam.

Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan membantu ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu ibu mengemas rumah, membasuh pakaian dan membasuh pinggan-mangkuk. Kita juga boleh menolong bapa mencuci kereta atau menyapu sampah di halaman rumah. Sikap bantu-membantu dalam keluarga ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mengisi masa lapang
Terdapat banyak cara untuk meningkatkan perbendaharaan kata anda. Apabila bekerja untuk berbuat demikian, penting untuk mengetahui matlamat anda untuk memilih cara terbaik yang anda ingin pelajari. Sebagai contoh, bacaan boleh menjadi cara yang baik untuk meningkatkan perbendaharaan kata anda, tetapi ia tidak akan banyak membantu dalam ujian perbendaharaan kata minggu depan. Berikut adalah beberapa kaedah untuk membantu anda meningkatkan dan mengembangkan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris anda.

Jambatan kepada ilmu pengetahuan
A JAMBATAN ILMU

Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan yang lebih luas. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan sesuatu masyarakat.

Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang berorientasikan sains dan teknologi.

Membaca merupakan suatu cabang ilmu yang sangat penting kepada masyarakat pada hari ini. Hal ini disebabkan banyak perkara yang tidak dapat kita ketahui hanya melalui pengalaman pancaindera sahaja. Kebanyakan perkara yang berlaku di dunia ini dapat kita ketahui melalui pembacaan. Semakin banyak kita membaca bahan bacaan yang berfaedah semakin banyak ilmu pengetahuan yang bakal kita peroleh daripadanya. Sesungguhnya amat tepat sekali slogan yang menyatakan “membaca jambatan ilmu”

Menambah baik penguasaan dan kefahaman bahasa
Kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat dipertikaikan walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa global ini digunakan dengan meluas dan perlu dikuasai terutama golongan pelajar yang akan meneroka bidang ilmu dalam bidang pendidikan, seterusnya diaplikasi dalam dunia pekerjaan. Sekalipun Pengajaran Pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) tidak lagi digunakan, proses menimba ilmu di universiti terutamanya memerlukan pelajar mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Kajian ini mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun satu dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia, seterusnya mengkaji adakah tahap penggunaan bahasa Inggeris seharian mempengaruhi penguasaan para pelajar terhadap bahasa tersebut. Kajian ini merumuskan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris bagi pelajar Tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia masih berada pada tahap sederhana dengan purata band MUET adalah band 2. Walaupun kebanyakan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi dari segi lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak menghadapi masalah untuk membuat rujukan, mendapat arahan dan mengendalikan peralatan yang menggunakan arahan dalam bahasa Inggeris, menikmati hiburan seperti filem, permainan atas talian, menonton drama dan sebagainya. Mereka sering merujuk kamus dan bersikap positif untuk meningkatkan kemahiran berkenaan serta bersedia mengikuti kursus-kursus berkaitan sekiranya diberi peluang.

Membuka pemikiran masyarakat untuk lebih kritis dan kreatifa/
Dalam kehidupan seharian, pernahkah kita terfikir bila masanya kita menjadi seorang yang kritis atau kreatif? Biasanya, seseorang itu akan menjadi kreatif apabila dia berada dalam situasi kritikal atau terdesak.

Misalnya, ibu atau bapa yang miskin, boleh menjadi kreatif dengan hanya memetik sayur di hutan atau menangkap ikan di sungai untuk dijadikan makanan ahli keluarga. Kemiskinan yang membelenggu sesebuah keluarga, menyebabkan si ibu atau si bapa menjadi kritis terhadap nasib anak mereka.

Dalam situasi ini, mereka akan menjadi lebih kreatif untuk meneruskan kehidupan. Kreatif dikatakan berasal daripada perkataan Latin 'creare' yang bermaksud membuat (to make). Dalam bahasa Yunani pula, ia dikatakan berasal daripada perkataan 'krainein' yang bermaksud memenuhi. Dalam bahasa Inggeris, ia bermaksud 'create', manakala dalam bahasa Melayu pula bermaksud cipta.

Jika dikaitkan dengan sejarah Islam, ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, seorang ibu terpaksa merebus batu untuk melekakan anaknya yang sedang lapar. Ibu berkenaan sengaja merebus batu disebabkan ketiadaan makanan dan berharap anaknya akan terus tertidur disebabkan terlalu lama menunggu 'makanan' itu.

Menjadi sumber inspirasi dan motivasi/
Memunculkan semangat harus berasal dari diri sendiri. Orang lain hanya bisa memberikanmu dorongan untuk maju, tetapi itu tidak akan berguna jika tak ada keinginan darimu.

Satu di antara cara untuk memunculkan itu adalah dengan membaca dan memaknai kata-kata bijak penuh semangat. Selain untuk diri sendiri, kamu juga bisa membagikan kata-kata tersebut kepada yang membutuhkan.