TUGASAN 2 - PENULISAN by AINNUR ALYSHA MAYSARAH BINTI MAHFEEZ IPG-Pelajar

DEFINISI
Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, pemerkasaan teknologi hijau telah giat diperkenalkan di seluruh dunia. Teknologi ditakrifkan sebagai proses yang memanfaatkan bahan-bahan yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang mengurangkan penggunaan semula jadi. Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem bagi memulihara alam sekitar serta sumber semua jadi serta dapat meminimumkan sekali gus mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada.

KONSEP
Konsep Teknologi Hijau merupakan inisiatif gabungan pelbagai kaedah dan bahan-bahan tertentu yang bebas daripada sumber pencemaran seperti pembebasan gas rumah hijau dan pembakaran terbuka. Penerapan amalan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian merupakan satu langkah yang amat penting untuk menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan. Ini adalah selaras dengan pembangunan Teknologi Hijau yang perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Hal ini adalah kerana kita perlu mengubah minda bagi memastikan kita masih akan dapat menikmati kehidupan yang kita nikmati hari ini dalam jangka masa panjang.

Teknologi Hijau ini juga mempunyai potensi besar dan tahap keberkesanan yang tinggi dalam memacu pembangunan negara. Oleh itu, ia adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengurangkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Teknologi Hijau memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara yang mampan dalam memproses sumber semula jadi bagi meningkatkan kualiti hidup dan keperluan hidup manusia. Pembangunan yang mampan yang dibina menggunakan Teknologi Hijau adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian yang diambil kira daripada aspek sosial, ekonomi dan juga alam sekitar. Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan (DHTK) telah menekankan kepada aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan lestari.

Kriteria produk Teknologi Hijau dapat mendorong masyarakat memperoleh cara hidup yang lebih baik dan mempraktikkan penggunaan tenaga lestari. Antara kriteria yang terdapat dalam Teknologi Hijau ialah:

- Selamat untuk digunakan

- Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran

- Mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar

- Menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan

- Menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui.

PENCEMARAN AIR
Air merupakan sumber yang penting dalam hidup manusia dan telah menjadi nadi manusia. Namun krisis air yang melanda bumi bakal mencetuskan kebimbangan di mana bencana yang teruk bakal terjadi apabila sumbernya semakin hilang. Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memberi amaran mengenai sumber air yang semakin berkurangan di beberapa tempat di seluruh dunia yang disebabkan oleh isu air yang tercemar.

PEMBUANGAN SAMPAH KE DALAM SUNGAI
Menurut Sinar Harian (2019), lebih 80 peratus sungai di bandar-bandar utama di Malaysia boleh dianggap sebagai sungai ‘mati’ akibat pencemaran terutamanya sisa industri yang semakin meningkat setiap tahun. Kebanyakan sungai di Malaysia kehilangan keupayaan ekosistem untuk membekalkan air bersih. Ini adalah kerana sungai-sungai dipenuhi dengan sampah-sarap terutamanya plastik, botol-botol, tayar terpakai yang menyebabkan sir sungai menjadi hitam dan mengeluarkan bau yang busuk. Apabila semua sisa buangan domestik dan sampah-sarap dibuang ke dalam sungai, ia akan mendatangkan kesan yang buruk. Kesan yang sangat buruk kepada sungai apabila semua sisa buangan domestik dan sampah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

PEMBUANGAN BAHAN KIMIA DARIPADA SEKTOR PERINDUSTRIAN
Pencemaran sungai di Malaysia juga berlaku akibat daripada pembuangan sisa-sisa dari kilang. Perlakuan yang buruk oleh pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab membuang bahan-bahan kimia dan sisa toksik ke dalam sungai merupakan punca berlakunya pencemaran air. Sisa daripada kilang yang dibina berhampiran sungai akan mengalir terus ke sungai untuk dilupuskan dengan cara mudah. Ini menyebabkan kualiti air akan sorot dan hidupan akuatik akan pupus. Pada 7 Mac 2019, berlakunya pencemaran sungai yang disebabkan oleh pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang menyebabkan penduduk setempat dan pelajar-pelajar di sekolah berhampiran perlu dirujuk ke hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

PENGGUNAAN BAJA KIMIA DALAM PERTANIAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan bahan kimia juga akan menyebabkan pencemaran air berlaku dan menjejaskan alam sekitar. Penggunaan racun serangga serta baja kimia bagi menghapuskan serangga perosak akan menganggu ekosistem alam dan juga hidupan akuatik serta keasidan tanah. Hal ini menyebabkan tanah akan kekurangan nutrien dan menjadi tidak subur. Jelaslah bahawa penggunaan racun dan baja kimia akan menjejaskan alam sekitar dan struktur tanah akan menjadi lemah.

KEKURANGAN AIR BERSIH
Kekurangan air bersih di Malaysia menyebabkan berlakunya krisis ‘kemiskinan air’ di Malaysia. Lebih tiga juta pengguna di Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor berhadapan masalah gangguan bekalan air. Ini menyebabkan penggunaan air dalam kehidupan harian masyarakat setempat akan terjejas kerana bukan hanya di Selangor, Pulau Pinang juga terjejas akibat ketiadaan air. Menurut Zuhainy Zulkifli (2024), Pulau Pinang mmerlukan bantuan pakar bagi menangani isu gangguan bekalan air.

ISU KETIADAAN AIR DI KAMPUS
Terdapat beberapa isu yang membelenggu pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Salah satunya adalah masalah kekurangan air di sekitar kawasan Gelugor. Pelajar-pelajar IPGKPP tidak dapat menggunakan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian mereka seperti untuk mengurus diri, mencuci baju dan sebagainya. Pada bulan Januari yang lalu, IPGKPP mengalami masalah ketiadaan air dan perkara ini berlaku selama tiga hari dan menyebabkan semua pelajar perlu menghadiri kuliah dalam talian selama seminggu di rumah masing-masing. Isu ini telah menyekat proses pengajaran dan pembelajaran antara pelajar dengan pensyarah kerana terpaksa melaksanakan kuliah dan tutorial secara dalam talian.

PRODUK
Setiap produk yang dihasilkan mestilah mempunyai kriteria teknologi hijau yang betul supaya isu dan masalah dapat diselesaikan. Inovasi diperlukan supaya pembaharuan atau penambahbaikan boleh dihasilkan demi memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang tanpa menjejaskan alam sekitar. Penghasilan produk ini mempunyai objektif atau matlamat yang ingin dicapai bagi menjamin kehidupan yang lestari. Oleh itu, produk Kondensasi Air ini merupakan salah satu cara semua pelajar dapat menggunakan air dengan berjimat. Penggunaan produk Kondensasi Air ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik di kampus kerana produk ini tidak perlu menggunakan sebarang tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

KONDENSASI AIR MESRA ALAM
Bagi mengatasi masalah-masalah yang membelenggu pelajar di sini, penulis telah mencadangkan satu produk Teknologi Hijau yang dipanggil Kondensasi Air Mesra Alam. Penggunaan produk mesra alam ini mampu memberikan banyak manfaat kepada pengguna kerana mereka tidak perlu menggunakan sumber tenaga elektrik untuk mengumpul air yang bersih bagi membantu proses mengurus diri.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Kondensasi Air Mesra Alam ini adalah mudah dicari. Antara bahan-bahannya ialah:

- Kaca Lutsinar

- Bekas air

- Straw kertas

- Air (Air laut, air sungai dan sebagainya)

- Kotak

- Batang aiskrim

Proses ini menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu cahaya matahari dan tidak memerlukan sumber elektrik. Prototaip ini membantu dalam memelihara dan memulihara alam sekitar kerana dapat membantu meningkatkan penggunaan air bersih yang mencukupi.

KELEBIHAN
Produk Kondensasi Air Mesra Alam yang dihasilkan dengan konsep Teknologi Hijau membawa kepada beberapa kesan positif terhadap alam sekitar. Antaranya ialah produk ini mesra alam. Produk ini juga selamat digunakan kerana bahan-bahan untuk menghasilkannya tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan hanya menggunakan bahan yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti plastik dan sebagainya. Selain itu, produk ini juga tidak menggunakan sumber tenaga elektrik kerana hanya menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Model prototaip Kondensasi Alam Sekitar ini direka dan dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seiring dengan amalan 5R. Pengalaman 5R dalam penghasilan prototaip ini dapat mengurangkan pembuangan bahan dan memaksimumkan penggunaan bahan terpakai dengan memproses bahan tersebut untuk menghasilkan produk baharu. Amalan ini juga dapat mengurangkan pengeluaran kos pembuatan selain ia juga merupakan usaha untuk mengurangkan pencemaran.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) meyakini Teknologi Hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem serta bebanan kos dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan. Teknologi Hijau juga berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.

KELEMAHAN
Setiap produk yang dihasilkan mestilah mempunyai kebaikan dan juga kekurangan pada fungsinya. Begitu juga dengan produk Teknologi Hijau yang penulis hasilkan, Kondensasi Air Mesra Alam. Kelemahan yang terdapat pada produk ialah ia mengambil masa untuk menghasilkan air suling dengan kuantiti yang banyak kerana produk ini memerlukan persediaan dan penyediaan yang rapi. Selain itu, Kondensasi Air ini juga mempunyai jisim yang berat dan sukar dibawa ke mana-mana. Malah pengeluaran kuantiti air juga tidak berlaku dengan banyak semasa proses kondensasi dijalankan kerana ianya hanya berfungsi pada waktu pagi ketika kehadiran matahari berlaku.

PRINSIP CINTAKAN ALAM SEKITAR
Nilai ini melibatkan kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Apabila seseorang itu ikhlas, mereka akan sentiasa menghargai alam sekitar untuk mewujudkan perasaan cinta yang mendalam terhadap alam sekitar. Oleh itu, semua komuniti mestilah mempelajari pendidikan alam sekitar supaya dapat memupuk semangat mencintai dan menghargai alam sekitar dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan yang datang apabila tidak menghargai sumber semula jadi. Penggunaan tenaga yang efisien juga dapat mengurangkan keperluan untuk penjanaan tenaga yang seterusnya dapat mengurangkan pencemaran tanpa menjejaskan kehidupan generasi seterusnya.

PRINSIP KEHIDUPAN YANG SEIMBANG
Perkara yang terbaik di dalam kehidupan bukan hanya perasaan kebahagiaan atau kegembiraan, kebendaan juga perlu diambil kira namun keseimbangan juga merupakan keutamaan yang penting bagi mewujudkan kehidupan yang seimbang. Nilai ini membantu dalam membina hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekitar supaya kualiti hidup manusia dan alam sekitar sentiasa terpelihara. Hal ini adalah kerana pengekalan keseimbangan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan alam sekitar.

PRINSIP TANGGUNGJAWAB BAGI SETIAP INDIVIDU
Sebagai seorang yang menetap di bumi yang sekitarnya alam sekitar, kita seharusnya mempunyai sifat bertanggungjawab dan prihatin dalam menjaga alam sekitar supaya dapat menjamin dan menjaga keharmonian alam sekitar. Setiap komuniti global mestilah bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran yang akan berlaku. Contohnya, apabila seseorang itu membuang sampah ke dalam sungai, mereka tidak endahkan perkara yang akan berlaku seterusnya seperti berlaku pencemaran air dan hidupan akuatik akan musnah. Perkara ini juga akan menyebabkan kepada para nelayan untuk mencari rezeki di sungai-sungai. Sungai adalah nadi sumber semula jadi untuk membekalkan air bagi keperluan domestik, bekalan air, industri, pengairan dan sebagainya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Teknologi Hijau memainkan peranan penting dalam memelihara dan memulihara alam sekitar demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan juga negara. Teknologi Hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli supaya dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem serta mengurangkan kesan negatif dalam berlakunya pencemaran. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjaga sumber semula jadi yang terdapat di Malaysia agar kehidupan manusia mahupun hidupan lain kekal sejahtera. Kita juga seharunya menjadi manusia yang bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar supaya kita dapat hidup dengan aman dan harmoni demi masa depan dan negara yang tercinta tanpa berlakunya masalah berkaitan alam sekitar.

Menurut pakar rujuk, beliau menyatakan bahawa penggunaan tenaga suria adalah sangat bagus bagi menggantikan tenaga elektrik supaya dapat menjimatkan tenaga elektrik. Menurut beliau juga, projek yang menggunakan tenaga suria juga adalah lebih selamat dan tidak membahayakan serta bersifat mesra alam.