Refleksi Pertengahan Praktikum Jabatan Matematik IPGKPT by Manisah Binti Mohd Shah IPGKPT

MANISAH BINTI MOHD SHAH
Salam Sejahtera kepada semua pelatih guru di Jabatan Matematik yang saya kasihi sekalian.

Sedar tak sedar telah 6 minggu sesi Praktikum Fasa 2 berlangsung. Pembentangan Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) juga telah berakhir dengan jayanya pada 16 & 17 Ogos 2021 yang lepas..Syabas saya ucapkan kepada semua pelajar Matematik kerana telah membentangkan segala pengalaman dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan sepanjang berpraktikum di sekolah.

Walaupun kali ini kita berhadapan dengan cabaran PdPr, namun segala masalah tersebut nampaknya telah berjaya guru pelatih atasi dengan jayanya.  Dalam pembentangan RPP juga saya perhatikan terdapat banyak penggunaan teknologi dan penghasilan bahan baharu (boleh diangkat sebagai inovasi) yang anda semua hasilkan. Tahniah kepada semua...👏👏👏

Sehubungan itu, dalam ruangan ini saya ingin anda kongsikan serba sedikit ringkasan refleksi pembentangan RPP anda yang lalu agar dapat kita simpan sebagai kenang-kenangan sebelum anda semua bergraduat kelak. Anda juga boleh tuliskan tentang hasrat dan harapan anda sebagai bakal guru pada masa akan datang.

Semoga coretan ini akan sentiasa mengukir senyuman dan kenangan terindah dalam kamus kita semua sebagai warga pendidik di Malaysia.

Terima kasih..✨✨✨

TEOH JEN CHEE (MT2)
Pada 17 Ogos 2021, saya telah menjalankan pembentangan rpp saya. Pada pendapat saya, rpp adalah satu platoform untuk berkongsi idea-idea dan pengalaman yang baru kami dapatkan sepanjang enam minggu ini.

Pada pendapat saya, selain daripada pengetahuan dan kemahiran menjalankan PdPr dengan lebih cekap, perkara yang lebih penting semasa tempoh PdPr ini adalah cara mengurus emosi dan tekanan diri.

PdPr ini dipaksa lasanakan kerana PKP, PKPB, PKPP dan PKPD yang disebabkan oleh Covid-19. Mestilah manusia yang dikawal pergerakan, hati juga dikawal emosi. Sebagai guru pelatih yang berpraktikum di rumah, kami perlulah membuat rph setiap hari, memikir aktiviti atas talian yang dapat menarik perhatian murid, merancang projek sekolah, menjalankan aktiviti kokurikulum, menyemak kerja rumah murid, menyelesaikan masalah telefon bimbit atau komputer murid, berkomunikasi dengan ibu bapa, membantu ahli keluarga membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.
Kami tidak dapat sembang dan bertanya pendapat rakan sebaya lain seperti dulu dan perlulah menghadapi kebanyakkan isu diri-sendiri.

Dengan ini, cara mengurus emosi dan melepasi tekanan dengan cara yang betul adalah sangat penting. Janganlah paksa diri sendiri sehingga tidak dapat bernafas haha. Pilihlah aktiviti yang suka supaya kehidupan kami bukan penuh dengan praktikum sahaja sepanjang 3 bulan ini. Dengan adanya emosi yang positif, barulah kami dapat belajar perkara yang baru dengan lebih berkesan.

Kami bukan hanya guru pelatih Malaysia sahaja, kami juga anak bagi ibu-bapa, cucu bagi datuk nenek, dan juga fans bagi idol kami haha.

Setelah selesaikan tanggungjawab kami sebagai seorang guru pelatih, luangkan masa bagi diri sendiri untuk menemani ahli keluarga (bukan sentiasa terdapat peluang duduk di rumah selepas posting 😭) dan juga have a me-time.

Masih 4 minggu lagi, kawanku.
Let's fight together ❤️

KOK SUET TENG
Semasa Refleksi Pertengahan Praktikum, saya telah belajar daripada banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang tidak dapat belajar daripada buku. Saya paling suka adalah mendengar perkongsian  rakan-rakan lain mengajar secara online. Hal ini dapat membantu saya menggelak  masalah-masalah tersebut dan saya berasa "I'm not alone".  Saya berasa RPP amat baik kerana banyak idea-idea rakan-rakan lain amat baru dan berguna untuk pengajaran saya.

Saya berharap keinginan untuk belajar dan 'thrist for knowledge' sentiasa dalam jiwa saya sebagai seorang bakal guru pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

CHOK TING JUN (MT2)
Refleksi Pertengahan Praktikum telah dijalankan pada 17 Ogos 2021. Selain daripada membentangkan apa yang saya telah lakukan dalam praktikum ini, saya juga berpeluang untuk mendapat idea daripada pembentangan rakan-rakan saya.

Disebabkan PdPr yang dilaksanakan di rumah, kita tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan secara bersemuka, kita tidak dapat bergaul selepas balik dari sekolah seperti Praktikum Fasa 1. Setiap orang sibuk untuk merancang pengajaran dan pembelajaran sendiri dan ini telah menyebabkan kita kurang untuk bergaul. Dalam Praktikum Fasa 2 ini, kita jarang dapat mempunyai topik pergaulan yang sama seperti Praktikum Fasa 1, kerana kita berpraktikum di sekolah yang berbeza, menghadapi murid yang berbeza. Oleh itu, kita juga kurang dapat berkongsi apa yang kita lakukan kerana tahap penguasaan, cara pelaksanaan PdPr adalah berbeza di setiap sekolah.

Dengan ini, saya berasa RPP merupakan satu peluang yang baik di mana kita dapat berpeluang untuk berkongsi pengalaman kita dan kita juga dapat bergaul dengan kawan-kawan kita. Dalam RPP, barulah saya sedar "Oh, finally i'm just a student but not a teacher in school, finally i got to see my friends' faces after so long". 🤣

Rancang satu pengajaran dan pembelajaran terutamanya atas talian adalah tidak senang bagi kita sebagai seorang guru pelatih. Ini adalah kerana kita perlu sentiasa merancang aktiviti yang menyenorokkan, dan apa-apa pun kena selesaikan sendiri. Namun begitu, apabila melihat wajah murid-murid yang seronok melalui kamera, saya juga berasa sangat bersyukur kerana ini merupakan satu tanda bahawa kelas saya tadi adalah berjaya.

So when we are stress and running out of ideas, just wanna tell myself and you guys, put all the things down for a while and do something that you like, example watching dramas, eat, sleep or exercise or maybe some house chores? HAHA you might get some ideas when you are relaxing.

One month left and we can do it!!! 🤪🙆‍♀️
Hope to meet you guys soon but only when the covid cases decrease and we are all safe. ⭐

CHONG HAU NENG
Saya telah menjalankan praktikum fasa 2 selama beberapa minggu dan banyak ilmu pengetahuan telah dibina dan didapati. Melalui Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) yang diadakan pada 16&17 Ogos 2021, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan dan juga pengalaman saya tentang mengajar secara PDPR.  Pelbagai cara dan teknik mengajar yang efisien telah dikongsikan oleh rakan-rakan dan juga pensyarah saya. Jadi, RPP ini agak berguna dalam menjadikan PDPR saya lebih menarik dan juga dapat memastikan aktiviti PDPR saya dapat dijalankan dengan lancar seperti dengan apakah yang saya rancang dalam RPH saya.

HII LU ENG
Refleksi pertengahan praktikum diadakan pada 17 Ogos 2021. Maksudnya, kita semua telah menjalankan praktikum fasa ke 2 ini sehinggalah minggu ke 7. 5 minggu sahaja tamatlah praktikum fasa ke 2 7PISMP. Setelah mengalami refleksi pertengahan praktikum ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan daripada rakan-rakan sekalian. Saya dapat mempelbagaikan lagi pdpr yang dijalankan. Sebagai contoh, saya telah menggunakan Blooket dalam pdpr bagi subjek Matematik Tahun 3 yang diajar. Walaupun praktikum kali ini adalah dilaksanakan secara online atau lebih dikenali sebagai PDPR. Tetapi saya masih berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat mempelajari teknik pengajaran yang berbeza daripada "cholk and talk". Saya akan menggunakan peluang ini untuk mempelbagaikan lagi pengetahuan yang dapat digunakan. Secara kesimpulan, saya berasa RPP yang dijalankan ini sangat membantu dan saya akan terus berusaha sehinggalah tamat praktikum fasa 2 ini.

CHAI JUN WEI
Semasa Refleksi Pertengahan Praktikum, saya telah mendapati banyak ilmu sama ada tentang teknik pengajaran, pengurusan bilik darjah dan juga penggunaan aplikasi dalam PdPR. Pada pendapat saya, program RPP adalah satu platform yang baik untuk guru pelatih kerana kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan menjana idea yang lebih bernas untuk menjadikan PdPR lebih berkesan.

Saya telah mendapat banyak ilham daripada rakan-rakan untuk meningkatkan keberkesanan dan keseronokan PdPR. Saya juga dapat melakukan penambahbaikan dan mengatasai kelemahan diri dalam pengajaran hasil daripada pembentangan rakan-rakan dalam RPP. Sekiranya setiap guru pelatih dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru dengan rakan, kita pasti dapat banyak idea baru, tips and trick dan seterusnya meningkatkan kemampuan diri dalam pengajaran. Sharing is caring. Jangan kedekut ilmu 😉

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam PdPR. Namun, sebagai seorang pendidik, kita harus tabah menghadapi cabaran dan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Segala usaha yang dilakukan oleh guru adalah untuk membantu murid belajar dengan efektif dalam situasi pandemik COVID-19. Kita akan rasa puas hati apabila murid dapat menguasai apa yang kita ajar. Jadi, kita harus sentiasa menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Aplikasikan fun learning, belajar sambil bermain dan pembelajaran bermakna.

Dalam dunia pendidikan yang dinamik ini, kita tidak boleh berhenti menimba ilmu pengetahuan yang baru. Pendidikan pada masa ini penuh dengan perubahan, kita harus menyesuaikan diri dengan arus perubahan dan sentiasa meningkatkan keupayaan diri. Sentiasa explore dan amalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa praktikum fasa 2. Berbanding dengan praktikum fasa 1, saya berasa lebih relax dan dapat menguruskan masa dengan lebih baik. Hal ini demikian kerana saya sudah biasa dengan praktikum dan mampu handle perkara-perkara seperti buat RPH, menguruskan bilik darjah, berkomunikasi dengan guru pembimbing dan pensyarah. Apabila kita berdepan dengan benda yang baru, kita pasti akan stres dan lost the way. But everything will be fine eventually.

Kepada rakan-rakan yang sangat tension dan stress, walaupun kita sibuk membuat persediaan untuk PdPR, jangan lupa untuk lakukan perkara yang anda suka untuk hilangkan stres. Main game, mendengar muzik, tengok movie dan lain-lain asalkan anda rasa gembira dan dapat hilangkan stres.

Tidak kira betapa sibuk pun, jangan lupa be kind to yourself.
Take good care of yourself. Mental health is important as physical health.
Jangan stres sampai No Way Home 😆
Apa guna susah hati😂
Work Smart, Play Hard.

Stay Safe.

CHONG YUNG YIN
Refleksi pertengahan praktikum telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 17 -18 Ogos 2021.  Dalam refleksi ini, saya berpeluang berkongsi pengalaman saya dan masalah yang dihadapi dalam praktikum fasa 2 ini.  Semasa mendengar pembentangan rakan lain, saya mendapati bahawa bukan sahaja saya yang menghadapi masalah ini, bahkan rakan lain juga menghadapi masalah yang sama. Tambahan pula, saya juga menambah ilmu ataupun teknik pengajaran daripada rakan-rakan saya. Melalui perkongsian mereka, saya mendapati bahawa PDPR juga boleh dijalankan dengan menarik dan efisen. Mereka berkongsi tentang aplikasi yang boleh digunakan dalam PDPR seperti Class Dojo, Nearpod dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat memasukkan aktiviti-aktiviti ini dalam RPH saya supaya murid saya tidak berasa bosan dan mempunyai keinginan untuk belajar. Secara kesimpulannya, saya berasa bersyukur kerana refleksi ini amat membantu saya dalam merancang aktiviti kepada murid saya.

SUN MAN HUA
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada minggu lepas, iaitu 17 hingga 18 Ogos 2021. Selama dua hari ini, saya telah menimba banyak ilmu dan menjana pelbagai idea daripada rakan-rakan saya.  Semasa mendengar perkongsian rakan-rakan, saya mendapati mereka amat rajin dan berusaha untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Ini turut menggalakkan saya terus berusaha dan cuba sedaya upaya dalam merancangkan PdPR yang efisien dan mampu menarik perhatian murid.

Selama 8 minggu saya menjalankan praktikum fasa 2, saya berasa amat bersyukur kerana setiap cabaran dan masalah yang saya hadapi telah berjaya ditangani. Sekiranya anda ingin bertanya apa yang saya belajar semasa praktikum fasa 2 ini, jawapannya ialah pengurusan emosi diri. Saya amat setuju dengan pendapat Teoh bahawa cara mengurus emosi dan tekanan diri amat penting selama tempoh PdPR ini. Tidak dapat dinafikan bahawa pada permulaan pelaksanaan PdPR merupakan satu cabaran kepada saya kerana saya masih kurang mahir dalam penggunaan teknologi. Oleh itu, saya sentiasa menghadapi masalah seperti laptop tiba-tiba hang semasa saya tengah share slide dan sebagainya masalah. Penulisan RPH dwibahasa, persediaan PPT dan sebagainya telah menjadi satu tekanan kepada saya. Walaubagaimanapun saya berasa amat bersyukur kerana saya telah dapat mencari jalan untuk melepaskan tekanan saya, iaitu bermain online game "PUBG" dengan kawan-kawan dan sebagainya.

Selepas menjalankan dua kali praktikum, saya lebih suka praktikum fasa 1 berbanding dengan fasa 2 kerana banyak masalah yang sukar dikawal secara atas talian. Contohnya, murid yang tiba-tiba tidak ada line, murid tidak buka kamera, murid tidak hadir kelas GM dan sebagainya. Semua masalah ini perlu ditangani dengan adanya kerjasama ibu bapa. Semasa praktikum fasa 1, masalah-masalah ini tidak akan wujud semasa pelaksanaan kelas fizikal. Inilah sebabnya saya lebih suka praktikum fasa 1 berbanding dengan fasa 2.

Haraplah kes covid 19 di Malaysia dapat dikurangkan supaya saya berpeluang berjumpa dengan anak-anak murid dan juga rakan-rakan saya dalam keadaan yang selamat.

Stay safe until we meet again! ❤️
One more month and we will end this prak very soon!!
Fighting ! ✨

YII KIE MIN
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP)dilaksanakan pada 17 Ogos 2021 dan 18 Ogos 2021. Semasa RPP, saya berasa seronok kerana dapat menimbul ilmu daripada perkongsian mereka seperti cara pdpr yang dilakukan , permainan kreatif yang dicipta untuk topik-topik tertentu dan sebagainya. Saya berasa bersyukur kerana masih mempunyai peluang belajar walaupun kita semua berada dalam situasi pandemik covid-19.
Antara sesi RPP yang paling diminati adalah perkongsian bahan inovasi yang dicipta. Hal ini kerana saya kurang mempunyai idea ciptaan tetapi saya boleh mendapatkan ilmu ciptaan daripada perkongsian rakan-rakan.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa praktikum fasa 2. Berbanding dengan pengalaman semasa fasa 1, saya berasa kurang semangat kerana saya lebih suka mengajar anak murid secara bersemuka. Pdp bersemuka juga dapat menolak saya ke depan kerana saya mempunyai target yang jelas. Pdpr yang dialami pada fasa 2 adalah lebih terhad dari segi pengajaran. Pdpr akan diganggu oleh pencapaian internet murid, sikap malas pada diri mereka dan sebagainya. Tambahan pula dengan pengajaran hanya berkesan sekiranya murid ingin belajar. Pengajaran pada pandemik ini juga berfokus kepada TMK. Pada pandangan saya, saya berasa pdp melalui TMK adalah kurang menarik berbanding dengan pengajaran secara bersemuka. Walaubagaimanapun, saya akan terus berusaha dan mengekalkan sikap tidak putus asa dalam pengajaran serta bermula untuk membuat persediaan sebagai seorang guru.

Wong Xin En
Dalam RPP yang telah dilaksanakan minggu lepas, saya telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam sesi PdPR.  Disebabkan pandemia covid-19, kita juga perlu mengajar secara online dan menghadapi juga banyak cabaran dalam sesi PdPR ini.  Contohnya, masalah murid tidak dapat mengakses link untuk GM atau perisian online.  Ini telah banyak memberikan pengalaman kepada kita cara untuk mengatasai masalah yang dihadapi dengan tenang dan cekap.

Saya juga bersyukur kerana saya mempunyai guru pembimbing, pensyarah penyelia dan rakan-rakan yang selalu membantu saya sepanjang tempoh praktikum ini. Hal ini kerana kadang-kala terdapat kekurangan atau cara penambahbaikkan yang saya tidak dapat dapati atau fikirkan, tetapi dengan bantuan dan cadangan mereka saya dapat membuat penambahbaikkan dan mencuba sedaya upaya untuk melakukkan terbaik dalam setiap sesi pengajaran saya.

Everyone.. just do your best and stay safe!

Wong Yee Xin
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada 17 dan 18 Ogos 2021. Selama  dua hari tersebut, saya telah  mendapat banyak ilmu pengetahuan yang baru daripada perkongsian rakan-rakan. Saya juga telah mempelajari teknik pengajaran yang baru untuk mengendali kelas saya dengan lebih seronok dan efisien.

Di sini, saya ingin berkongsikan perasaan dan pengalaman saya sepanjang perjalanan praktikum fasa 2. Pada permulaannya, saya berasa amat risau kerana saya lebih cenderung untuk mengajar murid-murid secara bersemuka kerana saya dapat memantau perkembangan dan pemahaman murid dengan segera serta menyediakan bahan bantu mengajar seperti bahan konkrit yang mampu menarik minat mereka untuk belajar. Akan tetapi, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr) ini telah menghalang saya untuk mencapai tujuan tersebut kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi seperti kemudahan gadget dan capaian internet murid, sikap kemalasan murid dan lain-lain. Selain itu, saya juga berasa agak kurang semangat kerana saya telah diberitahu oleh guru pembimbing saya bahawa salah satu kelas yang diajar oleh saya adalah pada tahap yang lemah. Murid-murid di dalam kelas itu lebih pasif (tutup kamera, tidak bercakap) dan biasa dengan cara komunikasi satu hala. Sehubungan itu, masa yang saya bersemuka dengan murid-murid hanya satu jam dan seminggu sekali sahaja. Ini secara tidak langsung telah menghalang saya untuk memupuk hubungan silaturahim yang baik antara saya dengan murid. Namun begitu, saya juga tetap berusaha untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini dan mencari langkah untuk membantu mereka.

Untuk menyelesaikan cabaran yang telah saya hadapi, saya telah merancang beberapa langkah penyelesaian. Antaranya ialah, menetapkan peraturan pada permulaan kelas, mengaplikasikan peneguhan positif dan peneguhan negatif melalui aplikasi Class Dojo, menjalankan penilaian yang berunsurkan permainan yang mampu menarik minat murid, merancangkan set induksi yang lebih seronok, memberikan pujian secara verbal apabila murid menjawab soalan, memberikan kelas tambahan kepada murid yang lemah dan lain-lain. Kegiatan seperti ini juga telah menunjukkan kesan yang baik iaitu murid-murid di dalam kelas tersebut telah menunjukkan peningkatan dan mereka juga berasa enjoy dan gembira semasa menghadiri kelas saya.

Di samping itu, saya amat bersyukur kerana sepanjang masa praktikum ini, saya telah mendapat galakan dan bantuan daripada pensyarah, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk menjadikanpengajaran saya dengan lebih efisien dan sempurna.

Haraplah kes covid-19 ini dapat dikurangkan supaya saya dapat berpeluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan secara bersemuka dan bersama-sama berkongsi pengalaman masing-masing sepanjang tempoh masa praktikum fasa 2 ini.

Keep on fighting !!😆✨

SHIN WEI WEN
Melalui Refleksi Pertengahan Praktikum yang dijalankan pada minggu yang lalu, saya telah menimba banyak ilmu pengetahuan yang baru daripada perkongsian rakan-rakan. Saya telah mempelajari pelbagai teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dan telah mengambil tahu pelbagai aplikasi baharu yang boleh digunakan dalam sesi PdPR bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Pada pendapat saya, perkongsian rakan-rakan telah membuka mata saya tentang keseronokan pengajaran yang boleh diwujudkan dalam PdPR. Walaupun pengajaran hanya dapat dijalankan secara dalam talian, saya dapat melihat bahawa mereka berusaha mengaplikasikan pelbagai teknik atau strategi pengajaran berdasarkan teori-teori yang telah dipelajari di IPG dalam proses pengajaran PdPR. Kesungguhan rakan-rakan merupakan semangat yang harus dicontohi supaya menjadi seorang pendidik yang profesional.

Jadi, saya berharap agar jiwa pendidik dapat terus membara dalam hati saya dan terus membuat menambah baik diri dari pelbagai segi supaya menjadi seorang guru yang berkualiti dan berdedikasi. Marilah kita bersama-sama menjadi pendidik yang best serta melahirkan generasi muda yang berilmu dan beraklak tinggi pada masa yang akan datang!

TAI TONG XIN
Sepanjang RPP ini saya telah mendapat banyak pengetahuan. Semasa membuat persediaan slide RPP, saya dapat melihat semula kelebihan dan kelemahan saya dalam menjalankan  PDPR yang telah dilaksanakan. Melalui peluang ini, saya boleh analisis manakah perlakuan atau cara mengajar yang perlu saya kekalkan atau perlu diubahsuai. Bukan begitu sahaja, semasa menjalankan pembentang RPP, saya juga mendapat idea untuk mengajar dengan lebih kreatif daripada pembentangan rakan praktikum. Program RPP ini telah menyediakan satu platform bagi para guru pelatih untuk saling berkongsi ilmu. Melalui peluang ini, saya juga telah mendapat suatu ilmu yang baharu seperti kegunaan aplikasi Dojo, WhiteBoardfi ,cara kawalan kelas yang berkesan dan lain-lain.
Sepanjang pratikum fasa 2 ini saya sangat bersyukur kerana mempunyai guru pembimbing dan pensyarah penyelia yang sudi mengajar saya dan membimbing saya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh saya serta kongsi pengalaman mengajarnya dengan saya.

LOO JOU NIN ♡
Pada 17 Ogos 2021 yang lalu, saya telah membentangkan Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) saya melalui platform Google Meet. Saya berasa bersyukur dan seronok kerana diberi peluang untuk mendengar perkongsian rakan-rakan lain yang sangat menarik dan kreatif sepanjang dua hari ini (16 dan 17 Ogos 2021). Dengan ini, saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan idea serta penggunaan aplikasi yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti PdPR yang menarik. RPP ini dijalankan juga telah memberi peluang kepada kami untuk berjumpa dengan rakan-rakan secara atas talian. (Lama dah tak jumpa kawan-kawan ku TT)

Pada pendapat saya, pengalaman praktikum fasa 1 dan fasa 2 agak berbeza kerana dalam praktikum fasa 1, saya masih dapat berkongsi pengalaman dan bergaul dengan rakan berpraktikum saya selepas tamat persekolahan. Pada kali ini, saya perlulah sendiri menyelesaikan segala cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh berpraktikum fasa kedua ini. Dengan ini, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman baru seperti berinteraksi dengan pihak sekolah untuk menguruskan jadual waktu mengajar atau pelaksanaan aktivti PdPR atas talian. Ini juga merupakan pengalaman yang baik kerana kemungkinan besar kami juga perlu menghadapi cabaran yang sama semasa "posting" kelak.

Selain daripada itu, perbezaan dapat dilihat semasa merancang aktiviti PdPR atas talian. Yang paling ketara ialah perancangan aktiviti berkumpulan yang membolehkan murid-murid berinteraksi dengan rakan. Saya telah cuba untuk menggunakan pelbagai aplikasi tetapi pelbagai masalah juga dihadapi seperti masalah capaian internet murid yang kurang stabil, penggunaan gajet dan sebagainya. Dalam hal ini, saya perlu berfikir daripada aspek murid dan bukan semata-mata mengikut perancangan saya untuk menggunakan aplikasi susah diakses oleh murid supaya semua murid diberi peluang yang sama untuk belajar bersungguh-sungguh dalam sesi PdPR atas talian. Oleh itu, saya akan memilih dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang sesuai supaya dapat diakses oleh semua murid.

Akhir kata, walaupun pandemik Covid-19 ini menyebabkan kita tidak dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan murid-murid secara bersemuka, tetapi kita masih boleh "focus on the good" dan "enjoy the little good things" dalam kehidupan kita. Buatlah apa-apa yang dapat "cheer you up and that's ALL from me, teehee". \(^ヮ^)/

KUAH PEI YAN
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada 17 dan 18 Ogos 2021. Saya berasa RPP ini merupakan satu program yang sangat baik dan juga bermanfaat untuk kita semua yang berperanan sebagai guru pelatih. Selama dua hari tersebut, saya telah berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan saya terutamanya segi perancangan aktiviti PdPR yang menarik selepas mendengar hasil pembentangan daripada rakan-rakan yang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PdPR merupakan satu cabaran yang besar kerana semasa praktikum fasa satu, kita menjalankan praktikum secara fizikal dan PdPR adalah berbeza daripada pengalaman yang kita pernah hadapi pada sebelum ini. Murid-murid juga kurang bersemangat untuk menghadiri kelas PdPR kerana mereka berasa sangat bosan untuk belajar seorang diri di rumah. Oleh itu untuk memastikan kita dapat menjalankan kelas PdPR dengan lebih berkesan dan mampu untuk meningkatkan semangat murid untuk belajar, kita perlu berusaha untuk meneroka pelbagai cara untuk merancang aktiviti PdPR termasuklah belajar menggunakan pelbagai aplikasi yang sesuai dan senang untuk digunakan oleh murid semasa kelas PdPR untuk merancang satu PdPR yang menyeronokkan kepada murid-murid sekolah rendah supaya mereka tetap bersemangat untuk belajar walaupun berada di rumah.

RPP memberi peluang kepada kita untuk saling berkongsi pengalaman yang kita dapat sepanjang dua bulan menjalankan praktikum termasuklah perkongsian tentang cara untuk merancang aktiviti PdPR yang mampu meningkatkan keseronokan murid untuk belajar.  Kita juga saling berkongsi pelbagai aplikasi seperti kelas Dojo, Booklet, Whiteboard-fi dan aplikasi lain yang sesuai digunakan untuk meningkatkan minat murid untuk belajar. Dengan ini, kita semua dapat belajar antara satu sama lain dan bersama-sama membaiki kelemahan diri sendiri supaya kita semua mampu menghasilkan satu kelas PdPR yang berkesan dan menarik kepada murid kita dan akhirnya kita semua dapat bersama-sama menjadi seorang guru yang lebih baik dan berkualiti pada masa yang akan datang.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman yang saya hadapi sepanjang masa menjalankan praktikum fasa dua. Pada permulaannya, saya berasa kurang bersemangat kerana tidak dapat menjalankan praktikum bersama rakan-rakan sekalian seperti praktikum fasa satu dan juga tidak dapat berjumpa dengan murid secara bersemuka dalam kelas fizikal. Walau bagaimanapun, saya faham bahawa kita semua perlu belajar untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Oleh itu, saya berusaha untuk menyesuaikan diri saya dalam keadaan yang baru ini dan belajar untuk membina hubungan yang baik bersama murid-murid saya walaupun kita hanya saling mengenali antara satu sama lain melalui Google Meet sahaja. Akhirnya saya berasa bersyukur kerana mampu menyesuaikan diri untuk menjalankan praktikum secara atas talian dan sangat berseronok kerana diberi peluang untuk menjalankan praktikum secara atas talian serta dapat berjumpa dengan murid-murid sekalian walaupun sekarang kami semua sedang menhadapi dengan situasi pandemik Covid-19.

Akhir sekali, saya berharap bahawa kes  Covid-19 dapat berkurangan dan saya dapat berjumpa lagi dengan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

AAU YANG JING (MT2)
Pada minggu yang lalu, saya telah membuat pembentangan tentang Refleksi Pertengahan Praktikum bagi fasa 2 / 2021. Melalui pembentangan ini, saya dapat mengenai kelebihan dan kelemahan diri sendiri sebagai seorang bakal guru. Bukan itu sahaja, saya juga telah menimba pelbagai ilmu dan kemahiran yang baru daripada perkongsian rakan-rakan. Sebagai contoh, saya telah mempelajari pelbagai kaedah PdP yang berkesan yang dapat saya aplikasikan pada masa hadapan. Ia amat membantu kami dalam menjadi seorang guru yang profesional dan berkualiti.  Dari perkongsian rakan-rakan, saya mendapati bahawa mereka telah menjalankan usaha yang banyak dalam perancangan PdPR. Hal ini juga turut memberi galakkan pada kepada saya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dalam mempelbagaikan aktiviti bagi murid-murid.

Walaupun pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sejak awal tahun yang lalu telah sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran kami dan turut menghasilkan suatu norma baharu di sekolah iaitu PdPR, saya tetap bersyukur kerana mempunyai guru pembimbing dan pensyarah penyelia yang banyak memberi bimbingan kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Mula-mulanya, tidak dapat dinafikan bahawa PdPR adalah satu cabaran kepada saya kerana saya berasa masih kurang mahir dalam penggunaan teknologi dan capaian internet di daerah saya yang tidak stable juga adalah gangguan bagi saya menjalankan PdPR dengan berkesan. Namun, guru pembimbing saya telah banyak memberi galakkan dan menghulurkan tangan kepada saya, beliau berkongsi pengalamannya dengan saya. Selepas saya tetap berusaha mencari jalan atas kesusahan ini, masalah berjaya ditangani. Prestasi murid-murid kelas saya juga menunjukkan peningkatan yang baik.
Secara kesimpulan, saya berasa RPP yang dijalankan ini sangat membantu dan saya akan terus berusaha sehinggalah tamat praktikum fasa 2 ini.

NG JIE YI
Dalam tempoh RPP yang dijalankan selama 2 hari pada minggu lepas (17 & 18 Ogos), saya telah membuat satu refleksi mengenai pengalaman praktikum yang dilalui sepanjang 6 minggu. Saya juga berpeluang untuk mendengar perkongsian daripada rakan-rakan seperjuangan yang menjalankan PdPr dengan gaya masing-masing yang begitu kreatif. Daripada situ saya bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya, saya juga dapat menimba banyak idea dan pengetahuan yang memang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Di sini saya ingin rakamkan terima kasih kepada pihak ipg yang berjaya menyempurnakan program bermakna ini dan juga rakan-rakan yang membuat perkongsian kerana kesemua ini memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk teruskan perjuangan saya serta menjalankan PdPr dengan lebih baik.

Sebenarnya sebelum praktikum bermula, saya mulai berasa risau dan tercabar kerana kali ini saya diberi tanggungjawab untuk mengajar murid-murid Tahap 2 untuk subjek bidang teras dan elektif teras. Sebelum ini saya mengajar Tahun 3 untuk kedua-dua subjek, maka ini merupakan kali pertama saya mengajar kanak-kanak yang lebih besar, terutamanya murid Tahun 5 bagi Matematik. Saya juga kurang yakin sebab silibus Tahun 5 melibatkan angka yang lebih besar. Walaubagaimanapun, kesemua kegelisahan ini hilang apabila guru pembimbing bagitau saya:"Gaya awak bukan macam guru praktikum, awak kelihatan matang dan yakin macam guru biasa semasa mengajar" selepas kelas pertama. Justeru saya dapat mencari balik keyakinan dan semangat saya untuk mengajar. Sepanjang tempoh mengajar, beliau sentiasa memberi komen yang positif dan juga dorongan kepada saya. Selain itu, saya boleh dikatakan enjoy every classes kerana kedua-dua kelas saya aktif dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam pelajaran. Sikap mereka yang baik menjadikan saya lebih bermotivasi untuk buat yang terbaik dalam tempoh praktikum ini.

Pada pendapat saya, sikap guru pembimbing yang asertif, tidak kedekut untuk memberi pujian dan komen positif menyebabkan anak-anak murid lebih bersemangat untuk belajar walaupun berada di rumah. Sokongan daripada guru juga membolehkan saya untuk berani mencuba pelbagai aplikasi dan menjalankan projek, contohnya meminta murid untuk merakam video untuk membuat kerja hands-on. Daripada proses ini saya sedar bahawa walaupun PdPr membawa banyak kekangan, misalnya capaian internet, penggunaan gajet, tidak dapat jumpa kawan di sekolah, tapi sokongan, galakan mahupun sepatah kata semangat boleh menjadi suatu power yang amat besar kepada kita untuk teruskan perjalanan kita dalam bidang pendidikan. Saya berharap boleh menjadi seorang guru yang memberi semangat yang tidak terhenti kepada murid-murid untuk terus belajar dan memajukan diri.

[Spreading good vibes✨]

TIEN YI HUI (MT2)
Refleksi Pertengahan Praktikum telah dijalankan pada 16 dan 17 Ogos 2021. Selain daripada mengkongsikan pengalaman yang saya perolehi dalam praktikum setakat ini, saya juga berpeluang untuk mendapat banyak ilmu pengetahuan dan idea daripada perkongsian pengalaman rakan-rakan saya.

Seperti yang diketahui, disebabkan oleh pandemik COVID-19, kita semua berpraktikum di rumah, menjalankan PdPR di rumah. Kita mungkin sudah biasa dengan proses praktikum kerana kita semua telah melalui praktikum fasa 1, tetapi berpraktikum di rumah memanglah pengalaman baharu bagi kita semua. Pada pendapat saya, praktikum fasa 2 ini memang berbeza dengan praktikum fasa 1.  Misalnya, dalam praktikum fasa 1 yang lalu, temanan dan galakan daripada rakan-rakan merupakan salah satu unsur yang amat penting yang help me dan support me to go through everything. It doesn't mean I've lost all these in praktikum fasa 2, namun pergaulan yang secara langsung atau bersemuka ini tidak lagi mudah seperti sebelum ini. Hal ini demikian kerana kemungkinan besar kita semua sibuk dengan persediaan PdPR dan apabila kita finally free, we will choose to have me-time , rest or whatever. Bagi praktikum fasa 1 yang sebelum ini, kita semua sibuk juga, tetapi we all surrounded by our friends, roommates and classmates, no matter how busy we are, we still able to talk to each others, share what we've been through, cheer others up when they are stressed or down, congrats to others who have done their PR and many else. All these things will be more helpful and meaningful when we are face to face because face-to-face communications are always the easiest one. 🥺 Dengan ini, dalam RPP hari itu, saya berasa sangat gembira dan excited because finally able to see all my friends after so long and at that moment, I realized that ya.. we are going through the same things, same conditions together, we are not alone. 🥰🤍

It's okay guys, one month left, I know that we can get through this together 🌻
Hope that the COVID-19 pandemic will end soon and we can meet each others soon :) Stay happy and stay safe ☺

TAN YI SHIAN
Pada 16 dan 17 Ogos 2021 yang lalu, refleksi pertengahan praktikum telah dijalankan secara atas talian. Saya juga telah berkongsi refleksi pada 16 Ogos 2021. Bagi saya, aktiviti ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk berkongsi, tetapi juga membolehkan saya mengambil kesempatan ini untuk belajar dari rakan-rakan saya.

Di sini, saya ingin berkongsi tentang pengalaman dan perasaan saya terhadap kedua-dua praktikum yang telah saya jalani. Saya berasa sangat syukur kerana saya mempunyai peluang untuk menjalani praktikum secara luar talian (praktikum fasa 1) dan  atas talian (praktikum fasa 2). Melalui kedua-dua kali praktikum ini, banyak yang telah dapat saya perolehi. Sebagai contoh, cara pengurusan bilik darjah sama ada atas talian atau dalam talian amat berbeza. Selain itu, aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan juga sangat berbeza. Bagi PdPr, kami perlu menyediakan aktiviti dengan menggunakan aplikasi seperti Classdojo, Kahoot, Jamboard, Blooket dan lain-lain lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa PdPr memang merupakan cabaran besar bagi orang ramai selain daripada kami, guru pelatih. Sebilangan pelajar mempunyai produk elektronik yang sangat terhad di rumah, dan sebilangan pelajar tidak mempunyai Internet yang mencukupi untuk mengikuti kelas dengan lancar. Ini semua telah menjadi situasi yang agak mencabar bagi setiap guru dan juga guru pelatih iaitu saya.

Masalah-masalah ini menjadikan kita menghadapi cabaran besar dalam membina hubungan baik dengan pelajar. Kami tidak dapat memastikan setiap pelajar sentiasa dapat mengikuti kelas dengan baik.

Akhir sekali, RPP yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk mendapatkan idea-idea yang lebih menarik dan konstruktif untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran saya bukan sahaja pada minggu seterusnya bagi praktikum saya tetapi juga proses PdP semasa saya telah menjadi seorang guru.

LAI PEH MING
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada 17 dan 18 Ogos 2021. Melalui  RPP yang dijalankan selama dua hari ini, saya berpeluang untuk mendapat banyak idea yang kreatif daripada pembentangan rakan-rakan saya. Daripada perkongsian rakan-rakan saya semasa menjalankan PdPr, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada rakan-rakan sekalian untuk meningkatkan keberkesanan dan keseronokan PdPr.  Selain itu, saya telah mempelajari pelbagai teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam PdPr.

Pada pendapat saya, praktikum fasa 1 saya adalah mengajar secara bersemuka manakala praktikum fasa 2 ini telah menjadi pengajaran atas talian. Bagi murid saya yang tahun 2, terdapat sebilangan pelajar yang lemah dalam penggunaan teknologi, ini adalah masalah utama dalam kaedah pembelajaran atas talian di mana pelajar tidak tahu menggunakan fungsi komputer untuk mengakses internet untuk pembelajaran kerana kaedah pembelajaran adalah berasaskan atas talian dan semua bahan-bahan serta sumber maklumat juga dimuatkan atas talian.  Ada yang pelajar perlu ibu bapanya untuk membantu mereka untuk menekan pautan yang saya paparkan.

Dengan ini. kami sebagai bakal guru perlu sentiasa bersedia untuk menempuhi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seiring dengan era globalisasi. Sebagai bakal guru, kami perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi mengikut perkembangan teknologi semasa.

Jadi, saya berharap agar saya dapat menangani segala isu ini dalam diri saya agar tugas saya sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya.

ANNIE LO XIAO MING
Refleksi Pertengahan Praktikum telah dijalankan pada 16 dan 17 Ogos 2021. Saya telah menimba pelbagai ilmu daripada perkongsian rakan-rakan. Saya telah belajar pelbagai teknik-teknik yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran agar menghasilkan PdP yang bermakna dan berkesan. Selain itu, saya juga mengaplikasikan teori-teori dan kemahiran yang dipelajari dalam sesi pengajaran saya.

Seterusnya, saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa praktikum fasa 2. Praktikum fasa 2 ini amat berbeza dengan praktikum fasa 1. Praktikum fasa 2 ini amat mencabar kerana saya tidak dapat mengawal pergerakan murid dan juga memantau perkembangan murid. Saya juga perlu sentiasa merancang aktiviti yang menarik supaya murid dapat melibatkan diri secara aktif semasa proses PdP. Tetapi semasa terlihat muka murid tersenyum dan  seronok untuk belajar, saya juga akan berasa gembira dan akan berusaha untuk merancang pengajaran yang bermakna untuk mereka. Tambahan pula, saya juga berasa bersyukur  PdP dijalankan atas talian kerana keselamatan murid-murid dapat terjamin. Selain daripada itu, saya juga berasa bersyukur kerana guru pebimbing saya amat memberi bantuan kepada saya apabila menghadapi masalah. Jadi, saya akan mengambil peluang ini untuk berlajar bersama-sama dengan guru yang berpengalaman.

PANG SHENG HONG
Refleksi Pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada 17 Ogos 2021. Dengan pelaksanaan RPP, saya sebagai guru pelatih dapat mengimbas kembali pengalaman saya semasa mengajar sepanjang praktikum dijalankan. Hal ini dapat membantu saya mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya sama ada dalam perancangan atau dalam pelaksanaan PdP.

Dalam pembentangan RPP, saya telah memberikan beberapa idea yang telah dipelajari semasa berada di IPG yang dapat mengaplikasikan dalam PdP. Misalnya, saya telah mempelajari cara pelbagai jenis kaedah pengajaran yang mampu menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga memberikan beberapa contoh inovasi dan hasil BBM yang digunakan sepanjang praktikum. Walaupun saya tidak mempunyai banyak peluang untuk menggunakan bahan maujud atau bahan konkrit sebagai BBM saya, namun saya telah mencari beberapa bahan alternatif dalam talian untuk dijadikan bahan BBM bagi PdP saya.

Saya juga menerima pengalaman dan cadangan daripada rakan guru pelatih lain dalam menyediakan PdP yang menarik. Daripada pembentangan rakan guru pelatih lain, saya juga dapat membandingkan saya sendiri dengan rakan. Hal ini adalah untuk membantu saya mengenal pasti kekuatan orang lain dengan lebih mendalam. Dengan itu, saya dapat menggunakan kekuatan orang lain untuk menambahbaikkan kelemahan saya sendiri. Begitu juga, beberapa orang pensyarah yang bertugas mengendalikan RPP juga memberi cadangan kepada saya. Pensyarah-pensyarah adalah lebih berpengalaman dan telahpun memerhati ramai guru pelatih, maka mereka boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dengan lebih mudah lalu membantu saya menambahbaikkan PdP saya.

Walaupun praktikum fasa 2 saya ini akan dijalankan secara atas talian sehingga tamatnya, namun saya masih akan mencuba yang terbaik untuk melakukan pengajaran dan pendidikan supaya generasi akan datang adalah orang yang dapat muncul kemenjadian yang agak tinggi.

Refleksi pertengahan Praktikum (RPP) telah dijalankan pada 16 dan 17 Ogos 2021 melalui platform Google Meet. Saya telah mendapatkan pelbagai ilmu daripada perkongsian rakan-rakan demi menghasilkan pdpr yang baik, kreatif dan berkesan kepada murid-murid. Sebagai contoh, saya telah mendapati banyak aplikasi atau platform seperti Class Dojo, Class 123 dan sebagainya yang boleh digunakan dalam kelas bagi menarik perhatian murid-murid. Jadi, melalui perkongsian melalui RPP daripada rakan-rakan, saya berjaya mendapatkan ilmu yang lebih dan berguna.

Sekelip mata sahaja sudah sampai akhir praktikum fasa 2, adakah kita ada peluang lagi bertemu face to face di IPG? BTW, doalah covid 19 di Malaysia dapat hapus pada masa yang terdekat ini.

JIA YOU! 还有最后一年就自由了！