HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA by Nor Ayuni

PEMIKIRAN DALAM ASPEK SOSIOEKONOMI
PETIKAN SATU
"Adapun Raja Phra Ong Mahaputisat…duduklah di atas tahta peninggalan ayahandanya di negeri Kedah Zamin Turan terlalu adil dan murah pada segala dagang, senteri, rakyat, bala sekalian. Maka sekalian mereka itupun memuji-muji akan dia, banyaklah datang segala mereka berniaga dari sebulan kepada sebulan makin bertambah-tambah ramainya serta banyak orang datang ke negeri itu." (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)

PETIKAN DUA
‘Maka banyaklah orang berhimpun datang berniaga ke negeri Kedah itu, tiadalah berputusan lagi pergi datangnya’.

‘Maka negeri itu daripada sebulan keada sebulan, daripada setahun kepada setahun, maka bertambah ramainya serta dengan banyak segala senteri daripada segenap negeri berniaga dan pindah ke negeri itu."(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 75)

PEMIKIRAN DALAM ASPEK SOSIOBUDAYA
PETIKAN SATU
"Demi di-dengar oleh Sheikh Abdullah akan perkataan raja itu lalu di-pelok leher di-chium-nya tuboh raja itu serta dudok berkata², sa- ketika di-ajarkan-nya kalimah shahadat demikian bunyi-nya, “Ashhadu alla-ilaha-illallahwahdahu lasharika lahu wa ashhadu- anna Muhammadan’abduhu wa rasulluh.” Maka Raja Pra’ Ong Mahawangsa pun menguchap-lah dua kalima shahadat…" (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 144)

PETIKAN DUA
“Maka Raja Merong Mahawangsa pun berangkat-lah masok ka- istana di-iringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuroh memulai kerja berjaga² mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan minum dan bersuka²an dengan beberapa banyak perburuan yang di-sembelah jadi tambul orang berjaga² itu, serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, cherachap, serdam, bangsi, nakara, menjadi empat puloh malam yang berjaga² makan minum dengan segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalu-lah ramai-nya. Sa-telah genap-lah empat puloh hari maka pada sa-orang sa-beblar selatan timor menenggara daripada negeri Kedah ini,..."(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 42)

PETIKAN TIGA
Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rom, “Sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan akan dia.” Maka sembah segala menteri, “Patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tiada sesat daripada sebutannya.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 34)

PETIKAN EMPAT
Maka Raja China pun menyurongkan puan-nya sireh persantapan pada raja jin Harman Shah, kata-nya “Makan-lah sireh hai saudara-ku Raja Harman Shah”…

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 33)

PEMIKIRAN DALAM ASPEK SOSIOPOLITIK
PETIKAN SATU
“… Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

PETIKAN DUA
“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Maha dipusat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.” (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)

PETIKAN TIGA
Maka titah Raja Seri Mahawangsa pada menteri keempat, “Hendak-lah tuan hamba suroh berhimpun segala tukang emas dan perak ... dan tukang kayu pun di-suroh berhimpun dengan tukang besi sakalian-nya.” Maka pekerjaan yang hendak di-perbuat kota, parit, balai, istana itu tiada-lah menjadi... ‘’… sebab leka dengan membuat sa-pohon emas dan sa-pohon bunga perak dengan tambak chabang yang bersampok emas saga merah… ‘’

(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 56)

PETIKAN EMPAT
Maka pada suatu hari datanglah seekor burung rajawali kepada burung geroda itu, katanya, "Adakah tuan hamba beroleh khabar bahawa raja Rom itu beroleh seorang anak laki-laki? Sekarang ini ia hendak meminang anak raja Benua China, kerana negeri kedua itu terlalulah jauhnya, sebuah negeri itu di sebelah matahari naik dan sebuah negeri di sebelah matahari mati, maka kehendaknya raja Rom itu hendak menghantarkan anaknya itu berperahu dan berlayar"
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 4-5)

PETIKAN KELIMA
" Setelah sudah balai itu maka dinamai akan dia "Langkasuka" kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa binatang jenisnya daripada rusa, kijang, pelanduk, napuh, sapi dengan segala perburuan yany dimakan oleh sekaliannya".
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 15)

Warna warni Kehidupan, teruskan perjalanan sehingga berjaya ke hadapan. 5 bintang untuk andaaaaa